-tentang dia [26]-
katanya
"aku, selama-lamanya, mungkin sekadar mampu, memandang dirimu, dari jauh sahaja. itu, realiti diriku, yang aku, harus belajar menerimanya. aku tahu, kau tak akan, memandang diriku, seperti mana, aku memandang dirimu. aku tahu itu. sangat-sangat tahu. apa yang aku mampu lakukan, hanyalah berharap, agar kau berjaya, kau boleh menjadi seperti idolamu, dan aku berharap agar kau bisa menjumpai lelaki yang baik, yang sesuai dengan dirimu."
"cintaku ini, biarlah aku simpan ia, sampai akhir hayatku. cinta yang ada di hatiku ini, biarlah tersimpan rapi, tanpa sesiapa ketahuinya. aku, akan simpan cinta ini, sehingga akhir hayatku."
"cintaku ini, mungkin dikata delusi, kerna hasil virtual. tapi bagiku, cintaku ini real, walaupun hasil delusi virtual. cinta tetap cinta, walaupun ia cinta di empirikal atau cinta di virtual, kerna dua-dua itu, adalah sama rasanya, bezanya sekadar, jumpa secara virtual atau empirikal."
"aku, hanya bisa, pandang dirimu, dari jauh sahaja. dan, aku terima segala-galanya."
"aku akan usaha juga, walaupun aku tahu, ia sepertinya mustahil, sangat-sangat mustahil. tapi, hatiku ini bodoh, dan aku nak layan kebodohan hatiku ini."
"tak sangka, aku jatuh cinta, hasil pandang di dunia virtual, buat pertama kalinya. wahai Sang Pencipta, terima kasih, kerna menciptakan wanita itu."
"terima kasih, kepada takdirku, kerna aku jatuh cinta; kerna aku mencintai wanita di virtual itu."
"wahai kamu si sang manusia, terima kasih, kerna wujud di dunia kecilku, kerna muncul di dunia virtual."
"wahai awak, terima kasih, kerna kau hadir di hidupku, walaupun kau tak kenali aku. terima kasih, kerna kembangkan lagi sasteraku yang tak seberapa ini. terima kasih."
...
"aku nak jumpa dia.
tak sangka, aku mula berharap lagi, setelah aku sampahkan beberapa harapan aku.
aku nak berharap, walaupun aku tahu, harapan ini adalah delusi, kerna datang hasil ilusiku melayan virtual.
tapi, aku pilih untuk tidak lagi sampahkan harapanku, walaupun ia delusi, dan sia-sia, kerna aku dah lama tidak terlalu berharap, kerna aku dah lama, kurang inspirasi dalam kehidupan, kurang catalyst untuk membantuku berharap agar berjaya (selain keluargaku)."
"bukankah kita perlukan inspirasi juga catalyst yang banyak, agar semangat untuk berjaya dalam hidup, tidak pudar, agar menyala tanpa pudar walau sebentar."
"enthusiasms ku tetap pudar juga, tapi... cinta bodoh virtual ku ini, ada membantuku."
Ulasan
Catat Ulasan