~essential dan existential~

katanya:

Masing-masing menyusut ayat
Nak ceritakan usahanyalah sahaja hebat
Typical human being, ala-ala homo sapiens,
Tapi ia perlu, kerna ia benar-benar perlu
Kerna nak tunjukkan bahwa kita ini manusia;
Kita manusia yang pelbagai usaha,
Ideologi, minat, impian, harapan, etc..
Ia perlu, sangat-sangat perlu, andai tiada
Maka kosonglah hidup manusia.
Ia perlu, dan diperlukan homo sapiens
Sebagai cara mengisi existential crisis
Dan juga mengisi essential crisis.
Kerna, homo sapiens satu-satunya spesies
Yang ada existential crisis, yang perlu diisi.
Soalanku, apa usaha mu kini, yang kau guna
Sebagai caramu tunjukkan bahwa kamu
Adalah human beings era modern?
Adakah kamu human beings atau
Homo sapiens tulen?
Adakah kamu hanya fikir essential crisis
Atau hanya fikir perihal existential crisis?
Adakah kamu berjiwa existential
Atau berjiwa essential?

*
Bagiku existential crisis adalah krisis jiwa
Manakala essential crisis adalah krisis zahir.

Ulasan

Catatan Popular