~kenapa kau pilih hidup seperti itu~

katanya:

[28/10 2:07 pm] syrnn: 
Kenapa kau seksa hatimu, jiwamu guna duka cinta, guna duka kemurungan... andai ada kegembiraan di hadapanmu? Kenapa?

Kerna aku dah biasa merasai itu... dan, andai ia hilang dari hatiku, aku rasa lain... andai aku gembira, aku rasa lain, sepertinya ada something missing in my life...


[28/10 3:42 pm] syrnn: 
Andai dah biasa merasai estetika akan sebuah kesedihan, kesayuan, kesepian, kesunyian, kekosongan, maka estetika sebuah kegembiraan tak akan lagi bisa memberinya erti estetika hebat...


[28/10 3:44 pm] syrnn: 
Dia bahagia merasai kekosongan, kelemasan, kesedihan berbanding merasai kegembiraan... kerna dia dah biasa untuk itu... dia dah lama latih hatinya, agar biasa merasai semua itu, tanpa perlu lari lagi, mencari penawar sebenar. Kerna penawar sebenar, tak bisa lagi menyentuh hatinya. Hatinya, jiwanya, mindanya, dah rosak, kerna dah terlalu lama merasai kekosongan, kesepian, kesedihan, kesunyian, kedukaan, hasil tragedi psikologinya juga tragedi cintanya yang penuh unrequited.


[28/10 3:45 pm] syrnn: 
Sebuah kegembiraan tidak bisa lagi bertahan lama dalam hatinya, kerna dia anggap kegembiraan itu ilusi, apa yang real hanyalah kegembiraan akan sebuah kesedihan, kesunyian, kesepian, kesayuan, kekosongan...


[28/10 3:46 pm] syrnn: 
Sebuah kegembiraan tidak bisa lagi bertahan lama dalam hatinya, kerna dia anggap kegembiraan itu ilusi, apa yang real hanyalah kegembiraan akan sebuah kesedihan, kesunyian, kesepian, kesayuan, kekosongan... bukan lagi kegembiraan hasil kegembiraan...


[28/10 3:47 pm] syrnn: 
Hatinya, jiwanya dah benar-benar rosak. Itu akibatnya, kerna dah terlalu lama, dalam lembah kemurungan, dan juga kerna dah terlalu lama tenggelam lemas dalam lautan cinta delusional-unrequited...


[28/10 3:47 pm] syrnn: 
Jangan seperti seperti dia...




Jangan jadi seperti aku.


[28/10 3:47 pm] syrnn: 
-

Ulasan

Catatan Popular