~melodi~

katanya:

[27/10 3:17 pm] syrnn:
Mendengar aku muzik syahdu,
kerna mencari aku akan estetika
sebuah kesedihan hasil cinta, psikologi,
juga realiti.

[27/10 3:18 pm] syrnn:
Aku tikam jiwaku,
dengan mendengar lagu syahdu,
lagi dan lagi.

[27/10 3:19 pm] syrnn:
Aku rawat jiwaku,
dengan estetika melodi syahdu,
walau ia bersifat hanya sementara.

[27/10 3:20 pm] syrnn:
Realitinya, lagu syahdu itu,
hanya merosakkan jiwanya sahaja,
kerna ia kegembiraan sementara...

[27/10 3:21 pm] syrnn:
Ya, dia tahu itu.
Dia tahu bahwa melodi lagu itu,
hanya memberi warna hitam
ke dalam jiwanya,
tapi apa bisa dia lakukan,
kerna hanya dalam melodi lagu sahaja,
dia rasai kegembiraan...

[27/10 3:25 pm] syrnn:
Dia itu sekadar orang awam,
yang mencari kegembiraan
dalam kesyahduan hidupnya,
hasil tragedi psikologinya,
juga tragedi cintanya,
juga tragedi realitinya.

[27/10 3:26 pm] syrnn:
Kerna tragedi psikologinya,
dia mencari estetika
dalam melodi, lagu, lirik, seni, sastera...

[27/10 3:26 pm] syrnn:
Juga kerna tragedi cintanya,
dia mencari estetika
dalam melodi, lagu, lirik, seni, sastera...

[27/10 3:27 pm] syrnn:
Tapi, kebanyakan estetikanya itu,
ada sesuatu yang tersembunyi,
yang hanya diketahui oleh dirinya sahaja...

[27/10 3:27 pm] syrnn:
Semuanya adalah estetika dalam kesyahduan.

[27/10 3:37 pm] syrnn:
-





Ulasan

Catatan Popular