~persoalan dalam khayalannya~
katanya:
[27/10 6:35 pm] syrnn: Adakah cinta itu wujud, kerna ada hati untuk merasai ia, [kerna adanya hati, maka cinta itu wujud]? Andai tiada hati, adakah cinta itu tak akan wujud? Adakah bulan itu ada, kerna sang tikus tengah memerhatinya, andai tiada mata yang memerhati rembulan, adakah bulan tidak ada di situ, di orbitnya itu?
[27/10 6:39 pm] syrnn: Adakah kerna adanya mata yang mengkaji posisi elektron, maka ada elekton di posisi itu, andai tiada mata yang mengkaji ia, maka elektron itu mengembara ke seluruh dunia?
[27/10 6:43 pm] syrnn: Adakah elektron itu seperti field andai tiada mata yang memerhati ia, dan andai ada mata yang memerhati ia, maka ia berubah menjadi zarah, dan andai tiada mata lagi memerhati ia, maka ia berubah menjadi field? Tapi, mata yang di 'luar' akan nampak elektron itu seperti wave, yang ber-particle?
[27/10 6:47 pm] syrnn: Cinta itu akan mengembara ke mana, andai tiada hati nak menerima ia, nak menghayati ia? Andai elektron itu bisa mengembara ke mana-mana, dan ia muncul di posisi yang dikaji setelah ada mata yang memerhati ia, adakah elektron itu bergerak melebihi kelajuan cahaya?
[27/10 6:52 pm] syrnn: Adakah apabila elektron-elektron yang mempunyai state yang sama dipisahkan sejauh galaksi, dan elekron-elektron itu bisa berhubung antara satu sama lain, adakah kelajuan 'pergerakan' informasi antara elektron itu telah melebihi kelajuan cahaya?
[27/10 6:57 pm] syrnn: Apa akan terjadi kepada teori relativity Albert Einstein, andai benar-benar kelajuan pergerakan informasi itu melebihi kelajuan cahaya? Atau sebenarnya sesuatu yang bisa diperhatikan oleh mata saja yang tidak bisa bergerak melebihi kelajuan cahaya, hanya sesuatu yang tidak bisa dilihat mata sahaja yang bisa melebihi kelajuan cahaya pergerakannya?
[27/10 7:00 pm] syrnn: Bagaimana nak membuka portal ke alam lain agar bisa melihat kehidupan spesies-genus selain manusia? Bagaimana nak membuka lohong hitam, agar bisa gunakan ia untuk menjelajah ke galaksi lain, dan tidak perlu lagi memikirkan akan batas kelajuan objek [contoh: kapal angkasa]?
[27/10 7:03 pm] syrnn: Adakah di alam lain [sekiranya ada], ada kehidupan yang makhluknya berbeza spesies-genus manusia yang ada di bumi ini, atau andai ada, adakah makhluk itu sama spesies-genus dengan manusia? Bagaimana nak ke sana? Adakah manusia bisa sampai ke alam sana, guna teknologi-sains?
[27/10 7:08 pm] syrnn: Adakah ada metodologi lain selain metodologi saintifik, yang bisa digunakan untuk mencari dan berusaha untuk menerangkan realiti alam ini? Adakah ada fahaman sebab dan akibat, yang berbeza dengan fahaman sebab dan akibat yang difahami oleh kebanyakan ahli sains? Andai ada, adakah ia bisa digunakan untuk hasilkan/majukan teori sains yang sedia ada? Dan, adakah teori sains yang baru itu bisa digunakan untuk memajukan teknologi? Atau, teori sains baru itu tiada praktikalnya dalam aplikasi teknologi, hanya ada praktikalnya dalam penerangan realiti mengenai alam ini?
[27/10 7:10 pm] syrnn: Sebenarnya apa rahsia disebalik matematik sehinggakan ia bisa digunakan untuk menerangkan fenomena alam dengan tepat sekali? Adakah matematik itu ada rahsiahnya yang tersendiri, yang tersembunyi dalam perkiraan nombor-nombor, formula, geometry, arithmetic, trigonometry, etc.?
[27/10 7:13 pm] syrnn: Adakah matematik itu bisa digunakan untuk menerangkan personaliti manusia, tabiat haiwan, pergerakan proses fotosintesis tumbuh-tumbuhan? Adakah matematik itu sesuai digunakan dalam ilmu selain ilmu sains fizik? Adakah metodologi sains fizik, biologi dan kimia, bisa digunakan untuk mengkaji mengenai sejarah, masyarakat, psikologi, antropologi?
[27/10 7:15 pm] syrnn: Apa kelemahan metodologi saintifik dalam menerangkan tentang soalan-soalan fundamental manusia, seperti kita ini siapa, kita datang dari mana, apa sebenarnya rahsia kewujudan bumi ini, apa tujuan dunia ini muncul/ada, apa selepas kematian?
[27/10 7:18 pm] syrnn: Sebenarnya mana lebih berfaedah, cari rahsia alam, faham rahsia alam, menghayati keindahan fenomena alam atau merasai nikmatnya cinta romantika, menghayati seni sastera, menenggelamkan jiwa dalam lautan melodi muzik, melayan kehendak psikologi dan jiwa?
[27/10 7:31 pm] syrnn: Adakah suatu hari nanti, aku bisa berdiri setaraf dengan wanita yang aku cintai di kala ini, atau selama-lamanya tak akan bisa, kerna dia bakal aku lupa, dan pada masa yang sama, aku tak akan bisa berdiri setaraf dengannya, selama-lamanya, walaupun dia masih aku cintai atau tidak di kala itu?
[27/10 7:33 pm] syrnn: Berapa lama cinta aku terhadap wanita itu bisa bertahan dalam hati aku? Adakah aku bakal melupakan dia, dan mencintai wanita lain? Adakah aku bakal lari lagi dari duka cinta ini, dengan mencintai wanita lain?
[27/10 7:34 pm] syrnn: Adakah suatu hari nanti, sastera aku bisa berubah melodinya?
[27/10 7:53 pm] syrnn: Adakah Dhaqiq al-kalam bisa digunakan sebagai alternatif untuk kajian dan penerangan mengenai sains alam ini? Bagaimana ia digunakan, adakah dengan sekadar membandingkan ia dengan ilmu sains sedia ada, atau menggunakan ia untuk membangunkan sains alternatif yang berlainan dengan sains yang sedia ada? Adakah gunakan ia untuk hasilkan teori sains baru dan memajukan sains yang sedia ada, atau gunakan ia sekadar sebagai sumber utama untuk menafsirkan teori sains yang sedia ada? Adakah ia itu bisa digunakan untuk membantu menerangkan alam tanpa terlalu berharap dengan sains yang sedia ada, atau sekadar bisa digunakan untuk menafsir teori sains yang sedia ada dan tidak bisa digunakan untuk membangunkan sains alternatif untuk menerangkan mengenai alam ini agar penerangan alam ini tidak terlalu bersifat material?
[27/10 7:56 pm] syrnn: Adakah Dhaqiq al-kalam itu bergantung dengan teori sains yang sedia ada, atau ia itu bisa hasilkan teori alternatif untuk mencabar tori sains yang sedia ada, di mana teori alternatif itu bisa juga digunakan untuk memajukan teknologi? Atau adakah Dhaqiq al-kalam itu tidak bisa berdiri sendiri tanpa bantuan teori sains yang sedia ada? Adakah sekadar gunakan ia sebagai perbandingan dengan teori sains sedia ada semata-mata?
[27/10 7:58 pm] syrnn: Banyak persoalan di mindaku, banyak curiosity di hatiku, banyak benda membangkitkan enthusiasm hidupku, tapi semua itu dihilangkan oleh psikologiku, dimusnahkan dengan kejam oleh monster depression ku...
[27/10 7:59 pm] syrnn: Akhirnya, psikologiku menang, kalah semua curiosity ku, enthusiasm ku, persoalanku... apatah lagi, psikologi depression ku mengambil semangat ku untuk belajar bersungguh-sungguh...
[27/10 7:59 pm] syrnn: Tapi, aku tak salahkan psikologiku... aku salahkan aku, kerna aku bodoh, kerna tidak sedar diri mempersoalkan semua itu.
[27/10 8:40 pm] syrnn: -
Ulasan
Catat Ulasan