~sekadar khayalanku~
katanya:
[11:03 AM, 10/25/2017] syrnn:
Kamu tahu kamu kenal manusia itu, hanya 10% sahaja, yang bakinya, 80% adalah dari subjektifmu sendiri... maknanya, andai kamu nilai manusia, sebenarnya kamu sedang nilai diri kamu sendiri... spesies kita suka tafsir manusia berdasarkan pengalaman hidup masing-masing... kan?
[11:04 AM, 10/25/2017] syrnn:
Dan yang lebih indah, apabila copy paste kata-kata ulama, untuk tafsir hidup manusia...
[11:05 AM, 10/25/2017] syrnn:
Seperti biasa dilakukan oleh spesies-genus kita...
[11:05 AM, 10/25/2017] syrnn:
Kan?
[11:06 AM, 10/25/2017] syrnn:
[Yang 10% lagi adalah dari maklumat yang spesies kita dapat ia dari buku/kitab]
[11:12 AM, 10/25/2017] syrnn:
-
[11:16 AM, 10/25/2017] syrnn:
Bagiku, sebuah fantasi itu, sama saja dengan sebuah ideologi, bezanya ideologi itu dikongsi-kongsikan juga disebar-sebarkan antara manusia, diikuti oleh majoriti masyarakat manusia, tapi fantasi pula hanya untuk dirinya sendiri, andai dikongsi pun, ia akhirnya ditafsir lain, kerna perbezaan subjektif manusia, yang menerima ia [andai fantasi itu disebarkan dalam karya sastera fantasi]. Ideologi juga ditafsir berbeza melalui subjektif manusia, tapi perbezaannya hanyalah sedikit, andai dibandingkan dengan perbezaan subjektif fantasi.
[11:18 AM, 10/25/2017] syrnn:
Ideologi ditafsir atas kesedaran yang dikongsi ramai manusia, sama ada ia sedar atau separa sedar. Tapi, fantasi ditafsir bukan atas kesedaran yang dikongsi ramai, tapi ia ditafsir atas pengalaman hidup masing-masing.
[11:19 AM, 10/25/2017] syrnn:
Kerna itu, berbezaan tafsiran ideologi hanya sedikit berbanding tafsiran fantasi.
[11:19 AM, 10/25/2017] syrnn:
Kerna itu juga, ideologi itu kelihatan lebih berfaedah, daripada fantasi...
[11:20 AM, 10/25/2017] syrnn:
Bagiku ia sama sahaja, kerna ideologi dan fantasi, hanyalah menyeksa jiwaku akhirnya...
[11:23 AM, 10/25/2017] syrnn:
Dan, ideologi dan fantasilah, yang menyatukan manusia, juga yang memecah-belahkan manusia.
[11:24 AM, 10/25/2017] syrnn:
Fantasi bisa datang hasil kedukaan hidup. Ideologi juga bisa datang hasil kedukaan hidup. Cumanya, fantasi tidak ditemani anarki, tapi hanya sebuah kekalahan. Ideologi pula bisa ditemani anarki, kerna masa itu hati tengah berduka menyebabkan hati menjadi marah terhadap conformist manusia sekeliling, juga seluruh dunia.
[11:27 AM, 10/25/2017] syrnn:
Tapi, fantasi bisa juga ditemani anarki, tapi fantasi tidak indah, andai ada sifat anarki di dalamnya, kecuali fantasi itu mahu diluahkan dalam karya, maka hati dan jiwa bisa gunakan sifat anarki untuk menarik membaca, dan menjadi pencerita kepada jiwa-jiwa yang kekosongan.
[11:27 AM, 10/25/2017] syrnn:
Seperti mana manusia gunakan lawak, untuk tarik perhatian manusia...
[11:28 AM, 10/25/2017] syrnn:
Dan menjadi pencerita kepada jiwa-jiwa yang kekosongan.
[11:29 AM, 10/25/2017] syrnn:
Fantasi dan ideologi adalah sama, tapi akhirnya, ia tetap tidak sama, kerna ideologi itu lebih berfaedah berbanding fantasi...
[11:30 AM, 10/25/2017] syrnn:
Kerna itu, ramai minat ideologi berbanding fantasi, kecuali mereka minat fantasi andai fantasi itu ada kena-mengena dengan idelogi yang mereka minat.
[11:33 AM, 10/25/2017] syrnn:
Si ideologi, suka berdebat sana dan sini
Si fantasi suka bersendirian berkurung
Si ideologi suka rendah-rendahkan sesuatu
Si fantasi hanya suka dalam dunia kecilnya sahaja
Si ideologi suka mertabatkan sesuatu
Si fantasi hanya suka dunia kecilnya sahaja
Si ideologi kelihatan hebat dalam masyarakat
Si fantasi dikatakan manusia pemalas
Si ideologi suka akan struggle for recognition
Si fantasi hanya suka berkurung dalam dunianya
Si fantasi suka bersendirian berkurung
Si ideologi suka rendah-rendahkan sesuatu
Si fantasi hanya suka dalam dunia kecilnya sahaja
Si ideologi suka mertabatkan sesuatu
Si fantasi hanya suka dunia kecilnya sahaja
Si ideologi kelihatan hebat dalam masyarakat
Si fantasi dikatakan manusia pemalas
Si ideologi suka akan struggle for recognition
Si fantasi hanya suka berkurung dalam dunianya
[11:35 AM, 10/25/2017] syrnn:
Si ideologi suka cari maklumat untuk ideologi
Si fantasi suka cari maklumat untuk fantasi
Si ideologi diangkat masyarakat
Si fantasi ditendang masyarakat
Si fantasi suka cari maklumat untuk fantasi
Si ideologi diangkat masyarakat
Si fantasi ditendang masyarakat
[11:35 AM, 10/25/2017] syrnn:
Si fantasi adalah si ideologi
Kerna ia dari awalnya lagi
Adalah sama...
Kerna ia dari awalnya lagi
Adalah sama...
[11:36 AM, 10/25/2017] syrnn:
Cuma, selepas dipisahkan berdasarkan faedah, maka ia kelihatan berbeza, tapi realitinya, ia sama, kerna dua-dua itu, tidak bisa dipisahkan existential nya, hanya bisa dipisah essence nya.
[11:37 AM, 10/25/2017] syrnn:
Akhirnya, aku hanya kelihatan bodoh, kerna berbincang akan ideologi dan fantasi, kerna akhirnya, dua-dua itu tetap berbeza, cuma si fantasi suka samakan ia [ideologi], dengan fantasi.
[11:37 AM, 10/25/2017] syrnn:
Dua-dua itu berbeza...
[11:38 AM, 10/25/2017] syrnn:
Ia tidak sama, kerna subjektif manusia tidak sama. Ia kelihatan sama, kerna ada subjektif manusia yang dikongsi bersama masyarakat sekeliling.
[11:40 AM, 10/25/2017] syrnn:
Apa subjektif kamu, yang ada persamaan dengan masyarakat sekelilingmu? Banyakkah ia, atau sedikitkah ia?
[11:41 AM, 10/25/2017] syrnn:
Apa subjektif kamu, yang berbeza dengan masyarakat sekelilingmu? Banyakkah ia, atau sedikitkah ia?
[11:41 AM, 10/25/2017] syrnn:
Apa subjektif kamu, yang berbeza atau sama, dengan masyarakat manusia? Mana yang banyak, beza atau sama?
[11:43 AM, 10/25/2017] syrnn:
Andai ia beza, adakah ia menyebabkan kamu dipandang hina oleh masyarakat, atau dipandang lain dari lain subjektifmu? Andai ia sama, adakah ia benar-benar sama, atau permukaannya sahaja yang sama, tapi di dalamnya, langsung tidak sama?
[11:44 AM, 10/25/2017] syrnn:
Adakah kamu benci dirimu sendiri, kerna mempunyai subjektif berbeza, dari ikutan majoriti manusia? Atau, adakah kamu bangga akan dirimu, kerna kamu lain dari lain, jiwa dibandingkan dengan masyarakat sekelilingmu?
[11:46 AM, 10/25/2017] syrnn:
Atau, adakah kamu anggap "semua manusia itu anggap bahwa dirinya lain dari lain jika dibandingkan dengan masyarakat sekelilingnya. Dirinya anggap dirinya lain dari majoriti masyarakat, kerna dirinya sendiri yang tafsir akan dirinya sendiri, bukan manusia lain yang katakan dia itu berbeda dari masyarakat majoriti..."
[11:47 AM, 10/25/2017] syrnn:
Adakah kamu anggap dirimu lain dari majoriti masyarakat, atau orang sekelilingmu yang approve bahwa kamu benar-benar lain dari yang lain?
[11:48 AM, 10/25/2017] syrnn:
Kerna, manusia itu, 'kita hanyalah center dalam dunia kita sendiri...'
[1:48 PM, 10/25/2017] syrnn:
-
Ulasan
Catat Ulasan