~01:42 am~

katanya:

aku tahu, cintaku ini bodoh
tapi aku tetap tenggelamkan jiwaku
di dalamnya, semata-mata kerna
aku tidak mahu lari lagi dari cinta
walaupun cintaku ini sebuah delusi.
aku tak kisah itu, kerna...
hatiku dah mencintai dia
sangat-sangat mencintai dirinya.
daripada aku melawan perasaan hatiku
lebih baik aku peluk ia erat-erat
kerna aku nak tahu,
jenis karya apa yang bisa aku hasilkan
setelah aku lemas dalam lautan itu
adakah ia masterpiece terhebat
atau sekadar masterpiece tersampah.

aku pilih untuk tetap mencintainya
walaupun aku kelihatan tersangat bodoh.
aku tak kisah akan itu...
dan aku tak akan lari dari cinta ini
walau ia sekadar sebuah delusi
malah aku berenang lebih dalam lagi
dalam lautan cinta delusi itu
kerna aku nak tahu, apa rasanya
akan perit seperitnya
akan sebuah cinta delusi.

Ulasan

Catatan Popular