~kebodohanku~
katanya:
bodoh aku ini
masih memilih untuk lemas
dalam lautan delusi cinta...
aku bodoh, tersangat bodoh
membiarkan jiwaku kesyahduan
tanpa lagi tahu
apa itu gembira real.
bodoh, bodoh aku ini
memilih kesayuan
berbanding kegembiraan.
aku bodoh, tersangat bodoh
kerna anggap kegembiraan
sebagai sebuah delusi.
aku bodoh, teramat bodoh
kerna anggap kesedihan
sebagai perkara real
dalam duniaku.
bodoh, bodoh aku ini
tidak mahu lari
dari kedukaan cinta.
aku tersangat bodoh
masih mahu mencintainya
walau dia itu delusi.
kenapa.. kenapa, wahai aku
kau memilih untuk seksa jiwamu?
kenapa... kenapa wahai aku
kau memilih merasai duka?
bukankah ia lebih baik
andai dia kau lupakan sahaja?
wahai aku, kenapa kau masih mahu
mencintainya andai kau tahu
dia itu tidak akan pernah
mencintaimu...?
wahai aku, coba jawab aku
kenapa kau berhenti mencari cinta
dan hanya melayan cinta delusimu itu?
adakah kerna kau dah berputus asa
akan kebahagianmu?
adakah kerna kau mahu abaikan
kebahagian cinta
dan hanya merasai duka cinta?
Credit picture to internet
gambar sekadar hiasan
Ulasan
Catat Ulasan