Composer 1

aku tahu, tersangat tahu
bahwa cinta ini delusi
tapi, aku tidak tahu
kenapa aku masih
mahu mencintaimu...
mungkin kamu, adalah caraku
untuk lari dari psikologiku
mungkin kamu, adalah eskapisme-ku
dari dunia realitiku.

realitiku tak seindah fantasi
kerna itu, aku reka fantasi
agar aku bisa habiskan masaku
di alam delusiku itu.
di alam itu, aku mencintaimu
tersangat mencintaimu.
di alam itu, aku adalah seorang
composer muzik, cold, empty soul.
aku seorang compuser yang hebat
banyak lagu rekaanku
menjadi lagu terbaik dunia
memecahkan pelbagai rekod
menjadi aku pemenang
anugerah composer muzik dunia.

dan, akhirnya aku ke negaramu
mencari kamu dalam diamku.
aku melihat kamu dari jauhku
tapi kamu tak sedar wujudku
kerna kamu hanya pandang
akan penyanyi hebat
yang berdiri di tepiku.
kamu juga tidak tahu
akan siapa aku ini.

bersambung...

.
picture credit to
gambar sekadar hiasan

Ulasan

Catatan Popular