~mencintaimu~

katanya:

mencintaimu adalah perkara sia-sia.
aku tahu itu, sangat-sangat tahu
tapi tetap aku memasuki lembah itu
kerna, sejujurnya aku tidak tahu
bagaimana nak mengawal hatiku ini.

aku tahu, sangat-sangat tahu
mencintaimu adalah perkara tersia
tapi, aku tidak mampu mengawal hatiku
untuk terus jatuh dan jatuh
ke dalam lembah cinta itu.

ia sakit, ia perit mencintai seseorang.
aku pelik kemahuan hatiku ini
kenapa ia tidak mampu hidup bersendirian
tetap mahu mencintai juga
walau aku nak hidup tanpa susahnya cinta.

hatiku ini teringin, tersangat teringin
agar kamu membalas cintaku ini
tapi, semua itu hanyalah angan-anganku sahaja
kerna kamu sekadar delusiku
yang hanya bisa ku pandang dari jauh.

aku belajar terima nasibku itu.

.
apa rasanya, andai suatu hari nanti
aku baca kembali semua ini.
adakah aku masih sama seperti ini
atau, aku dah berubah menjadi manusia
yang sibuk di alam empirikal.

.
picture credit to internet.

gambar sekadar hiasan.

Ulasan

Catatan Popular