~si ikan duyung~
01:16 am
katanya:
perkara yang paling aku benci
mengenai cinta adalah
apabila aku terfikir
bahwa suatu hari nanti
kamu bakal aku lupakan...
kerna aku tahu,
hati yang sedang duka
hasil cinta tidak berbalas
mudah untuk jatuh cinta
kerna jatuh cinta lagi
adalah cara untuk lari
dari duka hasil cinta
yang tak berbalas.
aku benci akan fakta cinta itu
aku benar-benar benci ia
walaupun aku tahu ia terbaik
kerna untuk halang manusia
dari jiwa dan hatinya merana
hasil lemas selemasnya
dalam lautan duka cinta
aku tahu itu.
tapi, hatiku rasa sakit
andai aku fikir itu
kerna bagiku, 'sekali lagi aku kalah'.
hatiku rasa sakit fikir akan itu.
teringat aku sebuah drama
'andai si ikan duyung
tidak dibalas cintanya
maka ia mati perlahan-lahan
kerna spesis ikan duyung
hanya bisa mencintai seorang sahaja
sepanjang hayatnya.
dan andai cintanya tidak berbalas
maka nyawanya semakin pudar
sebagai cara hilangkan rasa seksa
hasil duka cinta yang tidak berbalas.
ia berbeza dari manusia;
manusia bisa jatuh cinta lagi dan lagi
maka jatuh cinta itu adalah penawar
kepada duka cinta unrequited,
bagi si ikan duyung pula
kematian adalah penawar
kepada duka cinta unrequited.'
kamu mahu pilih mana
nak jadi seperti ikan duyung
yang mencintai seorang sahaja
sepanjang hayatnya
atau jadi seperti manusia,
yang senang jatuh cinta
setelah diseksa oleh cinta
yang tidak berbalas?
kamu mahu jadi seperti mana
nak jadi seperti ikan duyung
diseksa cinta kerna tidak bisa
jatuh cinta lebih sekali,
atau menjadi seperti manusia
yang benci kerna hatinya
akan jatuh cinta lagi
setelah diseksa cinta unrequited?
aku pilih menjadi si ikan duyung
biar aku hanya bisa mencintai
seorang wanita sahaja dalam hidupku
walaupun hidupku habis tanpa cinta...
aku rela itu, kerna aku benci
akan keindahan cinta yang dirasai kemudian
setelah cintaku ditolak oleh wanita
yang aku cintai kini.
aku tak minat, nak jatuh cinta lagi dan lagi
yang akhirnya berjumpa dengan cinta real
aku tak minat akan itu
kerna aku hanya nak mencintai
wanita yang kini aku cintai sahaja,
hanya dia sahaja yang aku mahu cintanya
walaupun aku tahu, dia tetap
tak akan pernah membalas cintaku.
bodoh aku ini.
Ulasan
Catat Ulasan