-berhentiku berusaha-
"aku nak berusaha, agar wanita yang ku cintai mencintaiku kembali, agar dia sedari akan kewujudanku..."
"jangan berusaha, kerna akhirnya, kau akan menyesal..."
"macam mana kau tahu aku akan menyesal..."
"kau usaha atau tidak, hasilnya tetap sama, dia itu tetap tak akan mencintaimu..."
"bagaimana kau tahu, aku usaha atau tidak, dia tetap tak akan jadi kekasihku?"
"kau sendiri tahu jawapannya. jawapan itu ada di dalam hatimu, yang kau sengaja sembunyikan ia..."
"tak, jawapan itu tiada di hatiku..."
"hahaha, terimalah kenyataan... sampai bila kau nak lari daripada kenyataan hidupmu... loser."
aku berusaha juga, tanpa dengar kata-kata itu. beberapa tahun kemudian, aku berjaya dan wanita yang aku cintai itu, sedar akan wujudku, malah dia suka akan lagu buatanku, lagu nyanyianku..
akhirnya, aku beritahu dunia, bahawa aku cintakan wanita itu, malah aku dah lama cinta akan dirinya itu. aku berusaha dan aku berjaya kerna dia, kerna aku nak dia sedari akan wujudku, dan agar dia mencintaiku seperti mana aku mencintainya...
aku beritahu dunia, bahawa aku jadi seperti ini, kerna dia. aku berjaya kerna dia, semuanya kerna dia.
"kan ku dah kata, hasilnya tetap sama, dia tetap tidak akan mencintaimu...", kata akalku kepada hatiku.
Ulasan
Catat Ulasan