-

hadirmu membuatkan sasteraku senyum
senyumanmu membuatkan sasteraku indah
tawamu membuatkan sasteraku berubah
melodi suaramu membuatkan sasteraku berbunga
wajahmu membuatkan sasteraku berpelangi.

ingin ku tulis pelbagai kisah puisi cinta untukmu
agar suatu hari nanti bila cinta di hati ini hilang
akan ku bisa ingat ia lagi
melalui tulisan peninggalan hatiku kepada ku sendiri.

terima kasih, kerna dikau hadir di depanku
wujudmu telah membungakan sasteraku
walaupun semakin hari bunga itu semakin layu; hasil kelayuan sastera yang aku coba rosakkan
mungkin kerna kekecewaan ku terhadap cintaku kepadamu.

wahai cinta
terima kasih kerna dikau hadir di hati ini
kerna hati ini dah lama rasa kosong
ingin dia mencintai seseorang
tapi sukar ia menemui cinta...

tapi, akhirnya tanpa ku pinta
kau datang menjelma di hati
membawa kau erti cinta kepada hati ini;
akhirnya aku cinta akan wanita
walaupun wanita itu jauh di sana
malah ku tahu bahawa dia itu
selama-lamanya tak akan sedari kewujudanku

tapi, terima kasih juga ku ucapkan
kerna cinta virtual itu
telah selamatkan aku buat sementara waktu
daripada mental psikologiku
juga daripada pemikiran ideologi ku;
kerna cinta telah melupakanku sementara
akan hal-hal akal, hal-hal minda,
hal-hal hasil pembacaan buku...
kerna kau, wahai cinta
aku dah tak seberapa lemas lagi,
kerna pemikiranku yang selalu aku gunakan
telah coba aku abaikan ia
ku ganti ia dengan perasaan cintaku kepadamu.
walaupun aku tahu, akhirnya kau juga memberi
kelemasan kepada jiwaku....

tapi, aku tetap juga ucap terima kasih kepadamu cinta,
kerna wujud di hatiku...

Ulasan

Catatan Popular