-

hari ni, aku mendengar lagu daripada Queen OST, Taeyeon. pada mulanya, aku tidak tahu dia itu adalah Queen OST. aku buka video di Youtube, dan ku dengar satu lagunya, telah membuatkan aku suka akan lagu itu. aku tidak faham apa maksud lagu itu; sebenarnya banyak lagu aku tak faham, lirik tak faham, malah ada lirik bahasa melayu yang aku tak faham... aku tak faham bukan kerna aku tak nak faham, tapi bagiku, melodi dah cukup, kerna lirik untuk sesuatu melodi adalah lirik daripada kisah kehidupanku.

aku mendengar lagu bukan kerna lirik, tapi kerna melodi...

ada sesetengah lagu, yang ku coba faham liriknya, kerna ia ada kaitan dengan hidupku, tapi majoriti lagu, tidak kisahlah bahasa apa, aku tidak faham liriknya, kerna minda dan hatiku minat sesuatu lagu bukan kerna lirik, tapi kerna melodi. lirik untuk sesuatu melodi itu adalah kehidupanku, bukannya lirik original melodi itu...

suara Taeyeon memang merdu didengar, mungkin sebab itu wanita itu respect akan Taeyeon...

selepas aku dengar lagu Taeyeon, teringin aku nak hasilkan lagu, aku nak hasilkan lagu hebat... melodi hebat... kah kah kah... khayalan tingkat tertinggi...

(tajuk lagu yang aku dengar itu adalah 'fine')

Ulasan

Catatan Popular