-dark rationalism-nya-

fiction
tulisan ini, aku tujukan kepada seseorang, yang telah lama 'hilang', 'faded'. hadirnya kau dalam hidupku, telah menampakkan aku, dengan tidak sempurna jelas, akan dunia yang disembunyikan. aku tidak tahu, sama ada aku perlu berterima kasih kerna kau kenalkan aku dunia itu, atau aku perlu syaitankan kau kerna beritahu aku akan dunia hitam itu.

tapi aku ada satu persoalan, yang kau sendiri tidak mahu beritahu jawapannya kepadaku

"siapa sebenarnya kau...?
kenapa kau hadir di hidupku...?"

tajuk: dark rationalism
genre: dark rationalism
penulis: aku
amaran:
1.18 tahun ke atas
2. bangsa homo sapien dilarang membaca
....

menghasilkan sastera ini benar-benar melemaskan jiwa, umpama hati disiat-siat untuk mencari ke-real-an perasaan, agar bisa digubah menjadi melodi sastera, di kala kegelapan malam menjadi peneman. terasa lemas jiwa seperti ia jatuh ke jurang lautan dalam tanpa penghujung. setelah melodi siap maka lirik pula perlu digubah agar ia serasi dengan kelemasan jiwa. 

setelah hati diiris-iris pisau ilusi, maka lahirlah sastera yang neutral hasilnya, neutral dari sudut hati. ubahku keneutralan sastera itu menjadi subjektif mentalku. maka terletak kepada peneman jiwa, iaitu psikologi untuk gubah segalanya, sama ada sastera indah atau rosak akhirnya.

aku pilih sastera rosak... kerna ia sesuai dengan aku... umpama aku suka warna hitam, kerna ia sesuai dengan hatiku... 

Friedrich Nietzsche itu yang terkenal dengan kata-kata ‘God is dead’ pernah berkata

“Whoever fights monsters should see to it that in the process he does not become a monster. And if you gaze long enough into an abyss, the abyss will gaze back into you.”

setelah aku kaji hatiku dengan berteman kegelapan malam, aku sedari hati ini penuh kegelapan, maka kegelapan itu mula menunjukkan tabiatnya, maka hatiku ini mula ia kuasai...

maka lahirlah sastera rosakku...


ini akibatnya bila aku kaji hatiku tanpa ada guru mursyid menemaniku... bila aku kaji hatiku, aku temui ada kegelapan dalamnya, tapi setelah lama aku perhatikan ia, kegelapan itu mula menunjukkan taringnya, maka ia mula menguasai hatiku... aku nak lawan ia, tapi usahaku sia-sia, kerna hatiku tak cukup kuat untuk melawannya...

semuanya salah aku, maka itu, aku kurangkan kewujudanku di dunia empirikal, agar dunia ini selamat dari kegelapan hatiku. kerna itu, aku mula menjauhi segala-galanya dan berputus asa akan segala-galanya, termasuk ilmu-maklumat fizik, matematik, kalam, metafizik sufi, politik, ekonomi, sains sosial, falsafah, ideologi, psikologi, juga cinta romantika...

aku give up segala-galanya itu ...

aku give up untuk tahu segala-galanya itu...

aku menjauhi segalanya itu... kerna kenapa sampah sepertiku perlu buat semua itu...? not my job...

kecuali, mungkin sastera... so, kalau ada namaku di dunia sastera, jangan baca ia, kerna ia telah aku rosakkan estetikanya...
 
selepas tahu semua itu, tak salah kan aku commit suicide, agar dunia ini tidak aku hancurkan ia...?

eh jap, kenapa aku perlu commit suicide. setahu aku, CIA nak recruit manusia seperti aku. dan, dari dulu aku memang nak kerja under CIA, kerna aku bisa musnahkan dunia ini... nilai estetika melihat kemusnahan dunia bisa membuatkan mindaku terasa bagai menelan  pil ecstasy. kah kah kah...

pernah seseorang soal aku, apa yang aku perlu lakukan andai aku ini ditakdirkan sebagai tentera demon... kah kah kah... laksanakan amanah itu sebaik mungkin.. kah kah kah.. kalau dunia ini tiada manusia jahat, bagaimana nak tahu seseorang itu golongan manusia baik...

“welcome to black parade”, bak kata lirik band my chemical romance... 

kah kah kah..

pernah ku terfikir, andai suatu saat nanti, sang psikiatri datang menanya khabar , bersoal mental agar bisa ubati aku, akan ku jahanamkan jiwanya, bagai Joker corrupt kan jiwa Harley Quenn, tapi ku tak akan jadi seperti Joker, lelaki loser kerna dikalahkan cinta romantika bodoh, bercinta dia dengan wanita itu... bagaimana kau nak hancurkan dunia ini andai kau dikalahkan oleh perasaan cinta? jangan sesekali jatuh cinta... kerna cintalah yang menyebabkan manusia jadi baik... kecuali cinta romantika itu bisa menghancukan kau lagi, maka kejar cinta itu kerna ia akan beri kau inspirasi kegelapan jiwa.. kah kah kah... 

aku telah meng-hell-kan makna cinta romantika...
 
dan yang penting sekali...

"why you want to cure your mental illness when you can embrace it... embrace your pain, as hell embrace fire... as fire embrace hell... walau akhirnya jiwa kau merana... bagi aku tak salah andai kau nak commit suicide, tapi sebelum kau nak buat benda yang indah itu, pastikan kau kalahkan pemenang nobel sastera dan penulis hebat yang ada mental illness, dan buktikan bahawa Sylvia Plath effect itu real... kah kah kah..."

Oh, shit, jiwa aku makin corrupt... kah kah kah...

maafkan aku... kerna jiwa aku corrupt...

eh jap.. jap... manusia corrupt tak minta maaf bila dia buat salah... kah kah kah...

lagu My Demon bermain di benakku.. menariku di fantasi, malasku di zahir... suicide ku di internal, senyumku di external. andailah ada anugerah Oscar untuk pelakon realiti, aku memang salah seorang yang layak menerima anugerah itu... kah kah kah...

can you save me if I become my demon?

"tak... aku tak mahu sesiapa selamatkan aku, dari indahnya kegelapan ini..."
 
di suatu ketika, setelah diri penat, dengan ilusi kegembiraan sementara, yang melemaskan jiwa... datanglah seseorang, tanpa diduga, mengubah segala... wajahnya bersih, bercahaya...

"wahai nak, mahu kau menceritakan pakcik kisahmu, kerna kau dah lama berseorangan melawan kegelapan. berilah pakcik ini peluang, agar pakcik bisa ajar betapa indahnya cinta Pencipta... dan betapa Allah merindui taubatmu..."
...

lelaki itu menangis, kerna selama ini, tiada sesiapa pun nak mendengar kisahnya... kisah tragedi yang telah mengubah segala-galanya... kisahnya itu ada manusia lain tahu, tapi manusia lain itu tafsir kisahnya itu, seperti sampah... malah golongan "baik" juga tafsir kisahnya seperti sampah.. kau tafsir kisahnya sampah, maka sampah lah kelihatan dirinya itu, dan sampahlah dia tafsir akan dirinya sendiri, maka dia pun nak sampahkan segalanya, untuk dia lahirkan sampah dunia.

Tamat.

.
(manusia itu memang pakar pentafsir hidup manusia lain,
tafsiran yang hanya merosakkan lagi manusia yang dah corrupt jiwanya...
manusia hanya menambahkan lagi jurang antara manusia beriman dan manusia yang jahil.
ada manusia yang pakar membuatkan manusia beriman semakin beriman, yang jahil semakin jahil..)

Ulasan

Catatan Popular