-
katanya
"terima kasih, kepada cinta yang sentiasa bertepuk sebelah tangan, kerna ia sentiasa memberi inspirasi baru kepada sasteraku, sampaikan aku tidak mahu lagi jatuh cinta..."
"sebab utamaku, tidak mahu jatuh cinta adalah, aku nak wanita itu, adalah wanita terakhir yang aku cintai. kerna, bagaimana bisa ku kata hanya wanita itu sahaja; satu-satunya yang aku cintai di dunia ini, bila mana dikala wanita itu tidak mencintaiku kembali, aku mencari pula cinta wanita lain...?
apa maksudku bila ku kata hanya dia yang ku cintai di dunia ini, bila mana aku mencari cinta wanita lain, di kala wanita yang aku cintai itu tidak akan pernah mencintaiku?
aku hanya setia kepada dirinya, walau selama-lamanya dia tidak akan sedari kewujudanku... walau selama-lamanya cintanya tidak bisa ku miliki"
"sebab yang lain pula, adalah; aku tidak mahu lagi rasa lemasnya jiwaku, hasil harapan hati mengenai hal-hal cinta...
aku dah penat merasai lemasnya jiwaku kerna cinta... biarlah aku tidak akan jatuh cinta lagi..."
"dan, sebab yang tersembunyi, adalah; aku nak tunggu wanita itu datang kepadaku, walaupun aku terpaksa tunggu selama-lamanya, walaupun selama-lamanya dia tidak akan pernah muncul di depanku...walaupun tungguku ini sia-sia sahaja..."
Ulasan
Catat Ulasan