Bab 10: si pencari fantasia
10 Festival
Selepas seminggu aku berkurung di dalam bilik dan menjelajah di dunia
virtual bersama dengan geng-geng Tree Party Anventure, akhirnya kali ini aku
akan mula hidup di realiti aku berdasarkan pengalaman aku di dalam dunia
virtual. Bagaikan kata seorang otaku
“Kehidupan anda pada hari ini dipengaruhi oleh anime yang baru anda tonton
semalam.”
Ayat ini mungkin difahami oleh golongan tertentu sahaja, mungkin. Biasa
hidup ini kita akan ‘pandang’ berlainan di saat kita terima sesuatu tragedi,
mungkin tragedi itu datang daripada pengalaman sendiri ataupun tragedi yang
berlaku hasil daripada fantasi manusia lain yang kita tonton di dalam TV atau
daripada buku, manga dan light novel yang dibaca. Kehidupan yang kita lalui
akan dilihat dengan pandangan yang mungkin lebih matang sehinggakan ada kalanya
hati terasa puas dan akhirnya kembali ke hati yang sedih semula. Kesedihan yang
sengaja dilupakan kerana ingin hilangkan kesakitan yang dirasai sehinggakan
mulut tersenyum di saat hati menangis. Hidup ini ada kalanya kita tidak mahu
manusia lain melihat kesedihan yang kita lalui, sehinggakan mulut kita mula
tersenyum walaupun mata ingin menangis.
Tetapi bagaimana dengan tragedi fantasi rekaan sendiri? Bagaimana perasaan seseorang
seandainya seseorang itu melalui tragedi fantasinya sendiri, tragedi minda yang
mula lupa realiti sendiri dan gembira di ilusi? Apa akan terjadi dengan
pengalaman ilusi itu, pengalaman yang hanya dirasai di dalam fantasi?
…
Aku senyum walaupun aku tahu bahawa apa yang aku lalui selama seminggu ini
hanyalah sekadar ilusi. Aku hanya mampu tersenyum walaupun kehidupan aku nampak
kebosanannya, tetapi aku tidak rasa kecewa, kerana aku tahu semua ilusi ini ada
pengajarannya. Mungkin pengajaran itu ilusi yang sengaja aku anggap realiti
tetapi apa yang aku lalui di ilusi aku mengajar hati aku untuk melupakan Shina.
Selama seminggu aku tidak berjumpa Shina. Aku harap dia lupakan aku, kerana
bagi aku cinta itu boleh berubah dalam seminggu
seandainya dia tidak berjumpa dengan aku.
Aku perlu reset otak aku dan hati aku agar tidak lagi jatuh cinta dengan
siapa-siapa. Aku tidak boleh jatuh cinta selagi penyakit minda aku ini belum
hilang. Aku tidak boleh mencintai dia di realiti ini seandainya hati aku masih
membenci realiti aku. Aku perlu buang semua ilusi ini tanpa bantuan
siapa-siapa.
…
Selepas selesai sarapan, aku keluar rumah. Hari pertama sekolah selepas
cuti seminggu. Tidak sangka aku boleh berkurung di bilik seminggu tanpa
bersosial dengan siapa-siapa selain teman ilusi aku. Aku dah biasa, sedangkan
cuti selama dua bulan aku akan berkurung di dalam bilik aku. Itu sahaja yang
aku mampu.
Aku berjalan ke arah sekolah. Aku malas nak naik basikal kerana aku tidak
mahu sampai awal di sekolah. Aku lebih suka melihat alam sambil berjalan,
memerhati keadaan dan melayan pemikiran aku. Melayan lagu yang mengajar erti
muzik yang lain liriknya jika
dibandingkan dengan apa yang aku tafsirkan melalui hati aku. Sama ada aku mendengar
lagu Melayu, English atau Jepun, semuanya aku tafsir melalui hati aku yang
kosong ini. Biarpun lagu itu memberi semangat, memberi kegembiraan atau
kesedihan, semua itu aku tafsir melalui hati aku yang kosong. Lagu yang
menyebabkan hati aku bertambah kosong. Di saat aku mendengar lagu, aku tidak
faham apa liriknya, walaupun lagu itu dalam bahasa yang aku faham. Aku
mendengar lagu bukan kerana aku nak mendengar liriknya, tetapi aku mendengar
lagu kerana aku suka reantaknya, aku suka iramanya. Aku tidak tahu kenapa.. Mungkin
aku rasa lagu itu sesuai dilayan bersama hati aku yang kosong.
Aku berjalan perlahan. Aku melihat sekeliling. Aku melihat alam sekeliling
yang telah dimodenkan. Indah. Mungkin indah tetapi hati aku tetap rasa kosong.
Aku penat melayan hati ini, tetapi apakan daya kerana hati ini adalah salah
satu badan aku. Mana mungkin aku boleh membuang hati aku. Mana mungkin begitu
senang sahaja aku mampu membuang kekosongan ini dan membawa kegembiraan ke
dalam hati aku yang rosak ini. Aku penat dengan semua itu hinggakan minda aku
sakit dan badan aku menjadi lemah, sampaikan masa tidur aku juga tidak menentu.
Sampai di pagar depan sekolah, aku terlihat Shina. Dia berbual dengan
rakannya. Dia nampak gembira. Aku tidak tahu sama ada dia betul-betul gembira.
Aku tidak mahu dan tidak suka tafsir manusia lain berdasarkan hati aku ini. Aku
hanya menganggap kegembiraan itu bukannya lakonan, kerana cinta itu tidaklah
penting sampaikan boleh menggugat kegembiraan, itu pun sekiranya dia masih
mencintai aku. Tiada guna layan semua itu. Membuang masa. Kisah romantik yang
membuang masa. Romantik yang mengganggu perasaan manusia lain hinggakan
romantik diserap masuk ke dalam semua tragedi yang ada di dalam TV dan mempengaruhi manusia untuk menyukai
romantik. Semua itu merosakkan. Tapi apakan daya kalau hati tidak boleh
dikawal.
Dia memandang aku. Dia senyum. Aku juga senyum. Aku rasa dia tidak lagi
sedih kerana kisah itu.
Sampai di kelas, aku berjalan ke arah tempat dudukku. Zainal yang duduk di sebelah mejaku belum sampai.
Aku memandang ke arah Shina. Dia tengah duduk. Bersendirian. Aku malas nak
memikirkan semua itu. Lebih baik aku layan mata aku.
‘Aku rasa aku nak tidur sekejap sebelum kelas bermula.’
…
“Amad, saya nak bincang something..”
Aku membuka mataku. Aku nampak Shina.
“Boleh.”
Aku berjalan di belakangnya. Dia berjalan ke arah bumbung. Sampai di pintu bumbung, aku keluarkan kunci dan
membuka pintu itu. Dalam hati, aku terfikir perkara apa yang dia ingin
bincangkan. Aku juga nak beritahu dia sesuatu.
“Amad, saya minta maaf. Sebenarnya
saya tidak suka awak. Selama seminggu saya berfikir, baru saya sedar bahawa
saya tidak suka awak. Saya rasa saya hanya kasihankan awak sehinggakan saya
anggap rasa kasihan itu adalah cinta. Maafkan saya.”
“Saya juga minta maaf.”
“Kenapa?”
“Sebenarnya saya juga tidak pernah sukakan awak. Saya rasa saya bukannya
nak cinta awak, saya hanya nak bantuan awak. Saya minta maaf.”
“Maknanya kita ini seri?”, dia senyum.
“Ya.”, aku balas senyumannya.
“Saya harap kita masih berkawan.”
“Ya.”
“Saya nak…..”
“Ok.”
Dia berlalu pergi. Dia senyum. Aku rasa ini yang terbaik.
Tiba-tiba hati aku nak menangis, tetapi mata aku tidak mengeluarkan air
mata. Mungkin air mata aku dah lama habis. Aku tersenyum di saat hati aku nak
menangis. Perasaan puas kerana hati aku terasa matang walaupun hati aku
kesakitan. Aku dah biasa dengan semua ini. Aku juga sudah belajar untuk terima
semua ini.
Sebenarnya aku sukakan dia, tetapi aku tidak mahu lagi berharap dengan
semua itu. Aku penat. Aku penat melayan semua itu. Aku cinta dia, tetapi aku
tidak mahu katakan aku cinta dia di saat aku masih seperti ini. Aku tidak mahu cinta
dia di saat minda aku masih suka fantasi aku daripada realiti..
Aku suka dia walaupun mulut dan minda aku mengatakan sebaliknya. Itulah
yang hati aku rasa, tetapi semua itu sudah terlambat dan harapan yang ada di
hati telah hancur kerana kebodohan mulut dan minda yang tidak mahu mendengar
hati. Mungkin minda menganggap hati telah rosak, tetapi hati pula menganggap
minda yang rosak. Semua ini memeningkan aku. Aku malas melayan semua ini. Tapi,
sekiranya aku fikirkan semula, bukankah ini terbaik?
Dia juga katakan bahawa dia tidak pernah sukakan aku. Dia serius. Tiada
kesedihan nampak di raut mukanya. Hati aku sakit di saat dia katakan ayat itu,
tetapi apakan daya aku kerana aku tidak boleh kawal hatinya. Dan aku juga pernah
berharap agar dia tidak cintakan aku, kerana aku takut ilusi aku bertambah kuat
di saat aku ditinggalkan oleh dia, sekiranya dia mengetahui penyakit aku. Itu
lebih baik. Manusia seperti aku tidak layak untuk bergembira kerana percintaan.
Manusia seperti aku tidak layak untuk merasai cinta. Sejak bila manusia seperti
aku yang mencintai ilusi layak merasai cinta realiti. Aku sedar itu. And, the
most important is
‘aku tidak mahu dia terluka.’
Hati aku nak menangis. Hati aku sakit. Hati aku sedih. Tetapi mata aku
langsung tidak keluarkan air mata. Mata aku dah penat nak keluarkan air mata
hanya kerana hal seperti itu. Aku juga bersalah kerana jatuh cinta. Bukankah
aku telah berjanji dengan minda aku agar aku tidak akan pernah jatuh cinta
lagi. Aku kan telah berjanji untuk tidak melayan semua itu. Aku tidak layak
merasai cinta realiti. Aku tidak layak merasai kegembiraan realiti. Aku tidak
layak untuk jatuh cinta. Aku sedar itu.
Tapi aku betul-betul cintakan dia.
Aku tahu dia tidak suka aku. Cinta itu boleh berubah. Cinta itu boleh
disalahertikan. Diingatkan perasaan itu cinta tetapi perasaan itu sebenarnya
bukanlah cinta tetapi hanya hati yang terkeliru kerana menganggap kasihan itu
sebagai cinta, kerana menganggap bantuan itu adalah cinta. Berapa ramai manusia
yang terkeliru dengan semua itu yang akhirnya hati sendiri kecewa. Kecewa di
saat dirinya mengetahui bahawa perbuatan itu bukannya dihasilkan oleh si dia
berdasarkan cinta, tetapi sekadar perbuatan biasa yang dilakukannya berdasarkan
tanggungjawab sosialnya.
Aku tahu semua itu. Sebab itu aku katakan aku cinta dia kerana aku
benar-benar cintakan dia. Aku tidak mengharapkan bantuannya. Apa yang aku harap
adalah cintanya tetapi aku sedar bahawa manusia yang tidak cintakan realiti
tidak layak merasa cinta realiti. Aku sedar itu. Sebab itulah aku rasa jalan
ini yang terbaik kerana dia juga tidak cintai aku. Maknanya hanya aku seorang
sahaja yang terluka. Bukankah itu yang terbaik? Bukankah dia telah tahu bahawa
dia sebenarnya tidak sukakan aku? Bukankah itu bermakna hati dan minda dia dah
‘clear’?
Aku dah biasa terluka. Aku dah biasa kecewa. Aku dah biasa menyukai
perkataan ‘diabaikan’. Aku dah biasa mengundurkan diri. Sebab itulah aku
katakan bahawa aku tidak pernah sukakan dia. Aku hanya bagi alasan yang aku
salah tafsir bantuan sebagai cinta, kerana aku takut seandainya aku katakan
bahawa aku cintakan dia, dia akan terkeliru lagi yang akhirnya dia katakan
bahawa dia sukakan aku kerana cinta tetapi sebenarnya dia sukakan aku bukan
kerana cinta tetapi kerana kasihan.
Aku mengundurkan diri. Salah satu perkara yang menyeronokkan aku adalah
mengundurkan diri di saat hati terluka, kerana kesakitan itu menyeronokkan hati
aku yang terluka. Kesakitan yang terasa seronok apabila dirasai oleh hati.
Perasaan kecewa yang telah lama bersarang di dalam hati telah mengajar hati aku
untuk menyukai perasaan ‘hati terluka’.
Hati aku dah rosak, sebab itulah minda aku tidak mahu mendengar hati aku.
Dan hati aku pula mengatakan bahawa minda aku yang rosak, dan aku pula
menganggap bahawa minda DAN hati aku yang rosak. Semua itu memeningkan aku, tapi kenapa aku
masih memikirkan semua itu. Kenapa aku seperti ini? Kenapa hati aku menyukai
perasaan seperti itu? Kenapa minda aku masih memikirkan semua itu walaupun
minda terasa sakit? Aku penat dengan semua ini. Badan aku dah tidak mampu
menanggung semua ini. Aku nak lari. Aku nak hilang ingatan agar aku boleh restart
kehidupan aku. Aku nak buang ingatan ini agar minda dan hati aku boleh
memulakan kehidupan baru, kehidupan yang tiada lagi kekosongan. Semua ini salah
minda kerana belajar berfikir. Salah minda kerana mempersoalkan kehidupan
manusia sehinggakan hati ini terasa kosong.
Tapi secara jujurnya, benar-benar jujur, kesedihan ini sedikit sahaja jika
dibandingkan dengan kesedihan kerana rasa kekosongan. Kekecewaan kerana cinta
romantik tidak dapt menandingi kekecewaan kerana melayan kekosongan hati. Hati
yang kosong menyebabkan aku tidak mahu hidup lagi, tapi cinta yang ditolak
hanya memberi kesakitan sementara, dan kesakitan itu akan hilang dalam beberapa
hari sahaja. Bagaimana pula nak hilangkan kekosongan yang ada di dalam hati?
Kill youself.....
...
Di atas bumbung ini aku masih berfikir semua itu. Aku masih memikirkan
masalah minda aku. Hati aku memang tidak mahu belajar daripada sejarah.
Bukankah lebih baik belajar daripada sejarah daripada belajar daripada
pengalaman sendiri? Tetapi hati ini tidak mahu mengikuti perjalanan itu.
Mungkin, sekiranya belajar daripada pengalaman, hati mungkin boleh merasai erti
perasaan, erti merasai ‘perasaan’. Tetapi bukankah belajar daripada sejarah
boleh memberi perasaan kepada mereka yang mempelajari sejarah?
Kenapa minda aku masih berfikir? Bila lagi minda aku akan berhenti
berfikir? Aku rasa aku perlu mencari sesuatu untuk dilayan oleh minda aku. Tapi
apa? Apa benda yang boleh aku fikirkan agar minda aku tidak penat melayan
kekosongan realiti aku? Minda juga dah rosak, bukan hanya hati aku.
...
Shina mungkin dah sampai kelas. Aku pula masih berdiri di tempat yang sama.
Aku masih berfikir kisah tadi.
Aku rasa aku tidak mahu berusaha untuk membuatkan dia merasakan cinta ketika
dia melihat aku.
Aku kan tidak sukakan cinta realiti, aku lebih suka cinta
ilusi aku, kerana hanya itu yang aku layak rasakan.
Aku dah penat melayan semua ini, tetapi kenapa hati dan minda aku masih
berfikir semua ini?
…
Aku berjalan ke arah kelas.
“Selamat pagi Mad.”, Zainal memandang aku.
“Selamat pagi.”, aku hanya membalas dengan suara perlahan.
“Kenapa muka kau muram.”
“Macam kau tidak biasa tengok muka
aku macam ni?”
“Betul juga. Bukankah kau ini lambang kekecewaan, kah kah kah.”
“Hmmm.”, aku hanya tersenyum.
“Aku gurau Mad. Jangan marah.”
“Ya aku tahu.”
Aku hanya tersenyum. Aku memandang ke arah tingkap. Betulkah aku ini
lambang kekecewaan? Lambang kesedihan? Mungkin. Hati aku kan dah rosak. Begitu
juga dengan minda aku. Tapi, kenapa aku selalu katakan bahawa minda dan hati
aku rosak? Ah, aku malas nak fikir semua itu. Aku malas nak layan minda lagi.
Aku dah malas untuk mempersoalkan semua itu. Hanya erti sakit sahaja yang bakal
aku rasa, hanya erti kosong sahaja yang akan masuk ke dalam hati aku. Jadi
kenapa lagi aku harus mempersoalkan realiti aku? Lebih baik aku belajar
menerima sahaja, kerana mungkin aku tak kan rasa kosong lagi, seperti yang aku
rasa sekarang ini.
…
Cikgu masuk. Dan bermula lagi fantasi aku.
Sejam kemudian, Cikgu keluar. Aku
hanya duduk di atas bangku aku. Aku melihat sekeliling, beberapa manusia
bercerita dan aku sedari aku seorang sahaja yang bersendirian di waktu ini.
“Perhatian kelas!”, ketua kelas bersuara.
“Cikgu tak dapat masuk sebab cikgu ada mesyuarat.”, sambung dia lagi.
Aku dengar manusia bersorakan, bagaikan pasukan pilihannya mendapat gol
ketika dalam pertandingan FIFA. Aku tidak tahu mengapa mereka suka seandainya
Cikgu tidak masuk. Aku memang suka tapi aku lebih suka seandainya cikgu masuk,
kerana aku malas ada manusia lain memandang aku dengan raut muka yang pelik kerana
melihat aku bersendirian di saat manusia lain bercerita sesama mereka. Apa aku
boleh buat. Aku memang dari dahulu macam ini. Aku tidak tahu bagaimana nak
bersosial. Walaupun mereka cakap bahawa manusia pendiam adalah baik kerana
tidak akan membuat masalah, tetapi aku tahu di belakang aku mereka mesti
mengumpat aku mengatakan bahawa aku ini sombong dan tidak friendly. Aku dah
rasa semua itu, dan aku dah biasa. Aku hanya boleh menerima semua itu dengan
minda yang tengah berilusi.
Aku melihat sekeliling. Ramai manusia yang gelak ketawa. Aku cemburu ketawa
mereka. Aku juga mahu ketawa seperti itu. Tetapi aku tidak tahu bagaimana nak
ketawa. Aku tidak tahu apa itu erti ketawa yang sebenarnya. Aku dah lupa erti
ketawa. Aku dah lupa erti gembira kerana semua kegembiraan yang aku rasai seperti
kosong, tiada makna, kegembiraan ilusi yang menyebabkan aku ketawa di saat hati
aku merasa kosong. Erti ketawa yang ditafsirkan berdasarkan hati yang terasa
kosong. Akhirnya, hati yang kosong ini mengatakan bahawa ketawa itu hanya ilusi
sahaja.
Aku lihat Shina. Dia juga sedang ketawa. Dia senyum bersama rakan-rakannya.
Aku cemburu dengan semua itu. Aku tidak tahu bagaimana nak senyum. Aku tidak
tahu bagaimana nak ketawa. Aku hanya tahu bagaimana nak berlakon senyum dan
ketawa. Aku penat semua ini. Aku tidak suka keadaan seperti ini. Aku tidak suka
ramai manusia di sekeliling aku. Aku mahu berkurung di sebuah bilik. Tapi di
saat aku berkurung hati aku terasa sakit. Hati aku terasa kosong. Kenapa aku
rasa semua ini? Kenapa rasa kosong menguasai hati aku disaat aku bersendirian
dan di saat aku bersama masyarakat? Kenapa? Kenapa semua itu aku rasa kosong
dan tiada makna? Bagaimana nak hilangkan rasa ini? Aku betul-betul dah penat.
Aku penat berada di ilusi aku. Ya, aku gembira dengan ilusi aku tetapi aku bingung
dan keliru sama ada kegembiraan itu adalah real atau ilusi. Secara jujurnya
kegembiraan itu adalah ilusi tetapi ketika aku berada di fantasi, aku rasai
kegembiraan itu adalah real…Tapi di saat aku keluar dari fantasi itu, apa yang
aku rasai adalah kekosongan. Kosong sangat. Aku penat dengan semua ini. Aku nak
lari.
Semua ini salah aku. Kenapa aku berfikir mengenai dunia? Kenapa aku
berfikir mengenai masyarakat? Semua ini salah aku kerana belajar berfikir.
Sepatutnya aku tidak perlu berfikir. Aku hanya perlu ikut apa yang telah
ditetapkan oleh masyarakat. Sepatutnya
aku tidak perlu belajar berfikir. Sepatutnya aku hanya menerima semua apa yang
telah ditetapkan oleh masyarakat. Di saat aku berfikir di saat itulah aku mula
merasa kekosongan. Berfikir melahirkan kosong ke dalam hati aku. Hati aku
penat. Hati aku penat. Aku telah lost in thought. Aku sepatutnya tidak belajar
berfikir. Salah aku. Semua ini salah aku. Semua ini kebodohan aku. (perkara
yang selalu aku ulang di dalam minda ini dan hati aku terseksa hinggakan aku
malas lagi nak teruskan kehidupan bersama kekosongan hati ini)
Hari ini dah berapa kali aku berfikiran seperti itu. Kenapa susah sangat
untuk berhenti berfikir? Kenapa aku masih berfikir benda yang sama
berulang-ulang kali tanpa rasa bosan walaupun hati aku rasa penat dan kosong?
Bagaimana nak berhenti fikir? Mungkin lebih baik aku tengok anime atau baca
manga dan light novel. Tapi, akhirnya hati aku akan kembali kosong di saat aku
habis melayan semua itu. Aku penat mengulangi ‘cycle’ ini, tetapi itu sahaja
yang aku tahu untuk hentikan perasaan kosong ini.
...
Badan aku masih di dalam kelas, tetapi jiwa aku telah jauh melayang terbang
ke atas langit ke arah galaksi lain. Aku terbang di saat manusia yang berada di
kelas aku ketawa gembira. Apakan daya, aku telah lupa erti sebenar ketawa. Aku
hanya terbang memerhati sekeliling dan tumpang gembira dengan kegembiraan
mereka. Aku penat terbang. Aku penat berilusi. Dan aku takut suatu hari nanti
aku tidak akan dapat kembali ke realiti aku. Aku takut itu, tetapi seandainya
itu boleh menggembirakan aku, apa salahnya seandainya aku hilang realiti dan
terbang di fantasi. Tetapi bukankah seandainya realiti aku hilang maka fantasi
aku juga akan hilang. tanpa realiti bagaimana fantasi aku boleh wujud? Dan
tanpa fantasi bagaimana virtual aku boleh wujud?
Aku lihat Shina lagi. Dia masih senyum. Aku tahu dia tidak suka aku, tetapi
mata ini masih juga hendak memandang mukanya. Hati memang sukar untuk dikawal. Hati boleh jatuh cinta tanpa mengenal kesedihan yang bakal dia
rasakan. Kenapa hati tidak mendengar suara minda? Bukankah hati masih terluka tetapi
kenapa masih jatuh cinta? Sedarkah hati bahawa minda tengah terseksa dengan
masalah lain? Sedarkah dia? Wahai hati, andai kata kau mementingkan diri sendiri,
kenapa kau masih juga mahu sakit? Ingat, di saat kau sakit minda hanya boleh
memandang dikau dari jauh.
...
Jauh sangat aku melancong di fantasi aku. Aku sukar keluar daripada dunia
ilusi aku kerana dunia ilusi aku seperti lebih gembira daripada realiti aku.
Kenapa aku seperti ini? Aku penat. Aku penat dengan kehidupan moden yang telah
disusun, tetapi bukankah susunan itu adalah yang terbaik untuk diri individu?
Tetapi bagaimana dengan aku? Adakah susunan itu sesuai untuk aku, manusia yang
tiada impian?
Aku penat dengan semua ini. Aku letih tetapi aku tetap memikirkan semua
itu. Aku takut, aku benar-benar takut realiti ini. Aku takut aku tenggelam di
saat manusia lain mampu berenang di realiti moden. Aku penat dengan kehidupan
ini, tetapi seandainya aku cuba sesuatu yang berlainan daripada hati aku, aku
terasa kosong. Sebab itulah aku lebih suka memilih untuk masuk ke dunia fantasi
aku.
...
Aku berdiri. Aku nak ke tandas. Mungkin aku boleh berkurung di dalam
tandas. Salah satu tempat aku bersendirian. Aku membawa mp4 aku. Aku nak
mendengar lagu di dalam tandas dan melayan ilusi aku. Di dalam tandas aku boleh
terbang jauh ke fantasi aku dan berjalan-jalan di taman yang dipenuhi dengan
bunga ros yang berwarna hitam, sesuai dengan hati aku.
Ketika aku berada di depan pintu tandas, aku terdengar suara lelaki. Mereka
ramai dan lepak di dalam tandas. Aku perlu cari tempat lain. Aku rasa aku boleh
lepak di belakang bangunan sekolah aku. Aku pergi ke arah tangga dan turun ke
tingkat bawah sekali. Aku pergi ke pintu keluar dan menuju ke tempat duduk yang
disediakan di taman belakang bangunan
sekolah aku. Selain atas bumbung dan di tandas, tempat ini juga salah satu
pilihan aku untuk bersendirian. Lebih baik aku bersendirian, kerana seandainya aku
terus berada di dalam kelas, manusia lain hanya akan mengatakan aku sombong.
Aku juga tidak mahu mereka sedar kewujudan aku. Aku lebih suka seandainya
mereka tidak kenal aku dan anggap aku tidak wujud, kerana kewujudan aku hanya
merosakkan keadaan. Dan aku juga takut seandainya kewujudan aku disedari maka
keburukan aku akan terserlah, kelemahan aku terserlah. Aku tidak suka semua itu
kerana aku takut manusia moden yang hanya melihat cahaya kegelapan dan
menganggap cahaya itulah yang terang sekali di dalam diri manusia yang dinilainya
itu.
Ketika sampai di taman belakang bangunan aku pergi ke arah tempat duduk
yang ada di taman ini. Di taman ini ada beberapa pelajar yang tengah dating.
Aku tidak tahu apa yang ada di minda mereka di saat mereka dating. Adakah mereka
tidak sedar bahawa cinta yang mereka layan sekarang ini hanyalah sekadar ilusi.
Mungkin aku silap. Kenapa aku nak menilai mereka berdasarkan hati aku.
Lebih
baik aku layan fantasi aku dan tidak kisah dengan kehidupan manusia lain. Aku
hanya akan merosakkan manusia lain seandainya aku mula memasuki dunia realiti.
Lebih baik aku perbaiki realiti aku sebelum aku memperbaiki realiti manusia
lain. Aku tidak mengatakan bahawa realiti itu banyak, aku hanya mengatakan
bahawa manusia mempunyai banyak perspektif untuk satu realiti. Mungkin.
Aku mengambil mp4 dari poket seluarku dan memasang earphone ke telingaku.
Aku mendengar lagu Skiilet, Alive and Awake. Salah satu lagu kegemaran
aku.Selama sejam aku melayan perasaan di taman itu, selama sejam itu jugalah
aku ditemani beberapa manusia yang tengah berdating.
Untunglah boleh dating. Aku yang antisosial ini siapa yang nak. Tapi aku
juga bukannya mahu layan sangat benda indah itu. Lebih baik hidup bersendirian.
Buat apa cinta kalau cinta itu sekadar cinta yang ilusi. Cinta yang bukan cinta
tapi sekadar nafsu. Aku tidak mahu melayan semua itu. Tidak ada guna dalam hidup
aku. Walaupun aku suka Shina, tapi dia tidak suka aku. Sesuai dengan karakter
aku. Siapa nak lelaki macam aku, introvert, useless, tiada masa depan, leader
of anti-social. Tapi ada aku kisah. Aku suka Shina tak semestinya aku nak
dating dia.
Minda aku lebih kuat daripada hati aku. Walaupun hati aku dikuasai oleh
cinta tapi minda aku dikuasai oleh kebencian. Kebencian itu lebih kuat daripada
cinta, sebab itulah aku mudah nak lupakan seseorang. Kes Shina ini - aku boleh lupa dia dalam masa dua minggu
sahaja tapi dengan syarat aku tidak boleh tengok muka dia dalam masa dua minggu
itu.
Loceng rehat berbunyi. Aku nak balik ke kelas tapi aku takut seandainya
ramai manusia di kelas. Lebih baik aku lepak di sini sampai loceng kedua
berbunyi. Itu yang terbaik. Manusia yang dating tadi jalan menghilangkan diri.
Mungkin mereka ke kedai. Lantaklah hidup mereka. Asalkan mereka tidak ganggu
hidup aku sudah. Kenapa aku nak kisah hidup orang lain sedangkan hidup aku
sendiri pun aku tidak boleh kawal? Adakah aku nak jadi seperti lilin yang
memberi cahayanya kepada manusia sedangkan dia sendiri terbakar? Lebih baik aku
tidak nilai mereka seandainya hanya untuk menyakitkan hati mereka secara tidak
sedar. Berapa banyak hati telah terluka
kerana kebodohan mulut yang mengeluarkan kata-kata yang dianggap sebagai
teguran tetapi kata-kata itu sebenarnya hanyalah perasaan dengki yang dikeluarkan
oleh mulut.
Tapi sampai bila aku nak jadi seperti ini, diam di saat kebodohan berlaku
di depan mata? Lantaklah, hati aku yang
rosak ini tidak layak untuk melakukan semua itu, lebih baik aku diam.
….
Bunyi loceng berbunyi menandakan masa rehat dah tamat. Sebenarnya aku malas
nak masuk kelas, tetapi apa boleh buat, tak pasal-pasal aku akan digantung
sekolah seandainya rekod kehadiran aku hancur.
Aku jalan ke kelas. Sampai di kelas, beberapa manusia tengah berdiri di
depan kelas. Seorang adalah ketua kelas dan seorang lagi adalah penolong ketua
kelas. Aku masuk melalui pintu belakang
dan terus berjalan ke arah tempat duduk aku. Ketika mata aku melihat ke
arah Shina, mata aku dan mata dia bertembung dan dia cepat-cepat menoleh ke
tempat lain. Bodoh punya perempuan. Kerana hal-hal seperti itulah ramai lelaki
kecundang. Berapa ramai lelaki akan terperangkap dengan sikap perempuan yang
seperti itu. Lelaki bodoh akan mudah jatuh cinta hanya kerana perempuan tidak
tahu mengawal tingkah laku mereka. Lelaki juga bodoh kerana salah tafsir
perbuatan dan karakter seorang perempuan yang akhirnya hati menjadi mangsa.
Lelaki di luar sana jangan mudah jatuh cinta.
Perempuan ini lain karakternya.
Ada karakter dibuat-buat ada juga karakter yang tidak di buat-buat ketika
seorang perempuan berada di lautan persekitaran yang menggabungkan lelaki dan
perempuan. Sebab itulah, lelaki di luar sana harus pandai mengawal hati agar
tidak mudah ditipu oleh perasaan yang dianggap cinta tetapi sebenarnya bukannya
cinta tetapi kebodohan hati yang dilahirkan kerana kebodohan cinta romantik.
Jangan mudah jatuh cinta dengan perangai perempuan. Mereka ini menyusahkan
kerana selalu memberi harapan kepada lelaki yang akhirnya lelaki akan terluka.
Perempuan juga jangan terpedaya dengan lelaki. Lelaki ini biasanya suka korang
kerana nafsu. Kalau korang tak percaya, aku tidak kisah kerana aku memang tidak
kisah.
Kalau korang tidak mencintai seseorang, tolong jangan bagi harapan, kerana
harapan itu ada kalanya menjadi nightmare yang susah untuk dilupakan. Ramai
manusia yang jatuh kerana hal-hal seperti itu. Cinta romantik yang bodoh yang
dianuti oleh golongan peminat romantik hinggakan semua drama, movie, buku
semuanya melibatkan cinta romantik yang pelik. Ingat, ada kalanya suatu
kebaikan itu juga boleh menyakitkan. Mungkin aku salah seandainya kata itu
ditafsirkan melalui pandangan yang lain.
Sebab itulah aku telah lama untuk melupakan harapan cinta romantik, yang
hanya membuang masa untuk dihayati oleh hati aku yang rosak ini. Kalau aku suka
seseorang on the spot aku confess dan biasanya on the spot aku kena reject.
Loser sial, tetapi lebih baik kerana aku hanya perlukan dua minggu untuk
hilangkan perasaan cinta bodoh itu. Tak seronok melayan cinta romantik tiga
dimensi, lebih baik melayan cinta dua dimensi, walaupun itu hanya ilusi sahaja.
Apabila hati yang kosong mula diisi dengan ‘Darkness of Nightmare’.
Perasaan cinta itu senang nak buang. Itu pun seandainya korang bukan
golongan pelik yang hati penuh dengan taman, tapi tidak sedar bahawa taman itu
tidak subur. Kah kah kah.
Lebih baik aku berlakon jahat daripada berlakon baik. Kalau berlakon baik
ramai manusia yang akan menjatuhkan aku, tetapi seandainya aku berlakon jahat
ramai pula manusia yang nak berkawan dengan aku. Pelik masyarakat aku ini.
Penuh dengan kebodohan. Pandai tidak semestinya bijak, dan ada kalanya golongan
pandai inilah ketua kepada golongan jahil. Jahil yang berilmu.
Lama sangat aku melayan fikiran aku. Siap lari daripada tajuk. Lantaklah,
minda aku.
Apabila kesedihan ditafsirkan di dalam hati yang anarki,
apakah yang akan berlaku?
Seandainya kegembiraan ditafsirkan melalui hati yang anarki,
apakah yang dirasai oleh hati?
Apabila kesedihan ditafsirkan oleh hati yang anarki,
adakah ‘hasil’ kesedihan itu dikeluarkan melalui kearnakian hati?
Apabila kesengsaraan dinilai berdasarkan hati yang anarki,
apakah yang terjadi kepada manusia itu?
Apabila sesuatu perasaan dinilai berdasarkan hati,
adakah hati akan bias terhadap perasaan itu?
Berapa ramai yang menunjukkan kearnakian kerana kesedihan yang
dilaluinya.....
Pengalaman yang mengajarnya untuk tidak kisah dengan perkataan orang lain,
hinggakan kesedihan menjadi anarki,
hinggakan kegembiran menjadi anarki,
kekecewaan pun dijadikan sumber anarki.
Apabila anarki dinilai berdasarkan kesedihan,
apabila anarki dinilai berdasarkan kesakitan,
apabila anarki dinilai berdasarkan kekecewaan,
apabila anarki dinilai berdasarkan kesengsaraan,
apa akan terjadi kepada manusia itu?
...
Aku masih mengkhayal. Tapi, kenapa aku tidak memberontak sekiranya aku
tidak suka realiti moden? Tiada guna aku fikirkan semua itu. Semua itu hanya
menambahkan lagi kekosongan di dalam hati aku. Please minda, jangan berfikir
lagi.
Aku kembali ke dunia realiti selepas melayan dunia minda aku.
Aku duduk dan mendengar perbualan bosan ketua kelas dan semua manusia yang
berada di dalam kelas ini. Tertulis di depan papan tulis perkataan “Festival
Musim Sekolah.”
Aktiviti seperti inilah yang membosankan aku. Aktiviti sekolah yang hanya
sesuai untuk mereka yang extrovert. Manusia seperti aku tidak sesuai untuk
aktiviti seperti itu kerana hanya menyusahkan aku. Sejak bila golongan hyper-introvert
seperti aku akan suka aktiviti yang banyak bersosial Aku tidak minat bersosial.
Buang masa dengan lawak bodoh yang terpaksa aku ketawa walaupun tidak lucu. Apa
boleh buat, dah hidup macam tu. Tak kan aku nak bunuh diri?
Aku hanya mendengar perbincangan manusia yang berada di kelas ini. Aku
hanya menjadi observer yang tidak bertauliah, observer yang useless kepada
masyarakat.
...
Fetival ini dikatakan sebagai aktiviti tahunan untuk sekolah ini dan setiap
kelas diwajibkan untuk membuat aktiviti di dalam kelas mereka, agar masyarakat
yang mengunjung sekolah ini merasa puas ketika melawat sekolah ini. Itulah
syarat yang ditentukan oleh student council untuk menyambut festival ini. Kelas
aku pada tahun ini akan membuat Café. Café yang menjual air minuman dan kek
yang dibuat oleh ahli kelas aku.
Setiap pelajar harus memberi kerjasama, tetapi bagi aku…aku tidak kisah.
Aku nak balik dan berkurung di rumah daripada habiskan masa aku dengan aktiviti
seperti ini. Aku tidak selesa dan sesuai untuk masuk ke dunia mereka. Aku malas
dan penat.
“Amad, kau dipilih untuk menyambut tetamu di luar kelas.”
S**t. Aku tak nak kerja. Aku harus cari alasan untuk lari daripada situasi
ini seperti mana tahun yang lepas. Aku malas buat sesuatu yang hanya
mendatangkan kekosongan ke dalam hati aku.
“Aku tak nak.”
“Tidak boleh. Tahun lepas kau langsung tidak membantu apa-apa pun untuk
kelas ini.”
“Aku tak nak.”
“Please la Mad. Bagi kerjasama.”
S**t la. Aku malas tapi kerana manusia dalam kelas ini aku terpaksa juga
lakukan.
“Oklah.”
“Amad dan Shina akan menjadi penyambut tetamu. Korang tunggu di luar kelas
dan mempromosikan kelas kita.”, sambung ketua kelas lagi.
Aku dengan Shina. Malasnya. Aku rasa aku dah lama tidak bercakap dengan dia,
walaupun secara realitinya tidak. Aku malas nak layan hati lagi. Hati aku pun
macam dah lama lupakan dia. Tapi aku takut perasaan itu akan muncul semula.
“Ok.”, kata Shina.
Dia memandang aku. Dia senyum. Aku pun berlakon senyum, perkara yang aku
pakar sekali. Hati aku dah rosak kerana berfikiran seperti itu. Tapi apa boleh
buat, minda aku juga telah lama rosak, mungkin sebab itu hati aku pun turut
rosak.
Kenapalah aku perlu terlibat dengan aktiviti seperti ini. Tak sesuai dengan
karakter aku.
“Hmmm.”, aku mengeluh.
Tiba-tiba minda aku teringat anime yang aku layan tempoh hari. Tak sangka,
masa macam ini pula aku boleh teringat pasal anime. Lantaklah. Aku terus
mengambil handphone aku dan baca apa yang aku save kat handphone aku.
Dalam anime My Teen Romantic Comedy SNAFU, Hachiman Hikigaya ada berkata:
“The important thing is to take part.” Famous words spoken by Pierre de
Frédy, Baron de Coubertin during a speech. However, this quote tends to be
frequently misused and serves as kind of a threat to force participation. There
are tons of wild-goose chases in this world, you know. If the most important
thing is to take part, then surely one could find meaning in not taking part as
well. And if everything’s worth experiencing, then there’s little doubt that
the feeling of not experiencing something is, in itself, worth experiencing. In
fact, you could even call it a valuable experience to not experience something
everyone else does."
Kah kah kah. Sesuai dengan jiwa aku.
...
Aku mendengar lagi perbincangan manusia yang ada di dalam kelas ini.
Pembahagian tugas untuk menjadi waiter, chef, pembantu chef dan sebagainya. Aku
malas nak ambil kisah. Aku ambil kisah atau tidak, semua itu tidak akan berubah
juga. Lebih baik aku diam dan fikir apa nak dilakukan malam nanti. Lebih baik
aku layan dunia fantasi aku. Lebih seronok walaupun sekadar ilusi.
Beberapa minit kemudian, mesyuarat
pun tamat. Cikgu pun masuk dan bermulalah proses pembelajaran yang
terpaksa aku lalui hanya kerana alasan untuk kebaikan masa depan aku. Manusia
seperti aku sejak bila ada masa hadapan. Masa hadapan aku dah lama hancur di
saat hati aku mula membenci realiti moden. Manusia seperti aku tiada masa
depan, sebab itulah aku anggap datang ke sekolah hanya sia-sia untuk aku.
Sekolah hanya sesuai untuk manusia yang ada impian, manusia seperti aku hanya
layak untuk berfantasi dan hancur di realiti. Sesuai dengan minda aku yang
susah untuk bezakan ilusi dan realiti.
Tetapi bukankah ada kebaikan seandainya aku susah nak bezakan ilusi dan
realiti? Aku boleh terus berfantasi tanpa hati aku terasa bimbang dan kosong
kerana hati aku akan mula terbiasa di dunia ilusi dan menganggap ilusi itu
adalah realiti. Akhirnya hati aku akan gembira kerana tidak sedar bahawa
kegembiraan itu hanyalah ilusi. Sesuai untuk manusia seperti aku.
...
Bosan pula dalam kelas ni. Aku nak ponteng tetapi aku kasihankan kepada
cikgu yang mengajar. Minta maaf cikgu kerana ada murid yang tidak berguna
seperti aku. Tapi tidak mengapa kerana dalam kelas ini ramai golongan pandai
yang ada impian. Aku terus mengkhayal dalam kelas. Aku mengkhayal kerana minda
bodoh aku menganggap bahawa mengkhayal boleh memberitahu aku apa impian aku.
Aku nak ada impian sebelum berusaha kerana aku takut usaha aku sia-sia kerana
usaha yang dilakukan tanpa impian. Minta maaf Cikgu. Teringat aku anime Hanasaku
Iroha
“But you know, not everyone is like her. There are those who can decide on
their path right away, and there are also those who can only see their path
after they’ve climbed high enough. You can take a detour or accidentally take
the wrong path. Those girls are allowed to do that.”
Tapi itu hanya di dunia fantasi anime. Sejak bila dunia fantasi boleh
membantu dunia realiti, atau memang boleh? Aku malas nak fikirkan semua itu.
Rasa kosong di dalam hati aku bukannya boleh hilang seandainya aku tahu jawapan
untuk persoalan itu.
...
Sejam kemudian Cikgu keluar menandakan kelas dah tamat. Datang beberapa
manusia dari kelas lain ingin memberi taklimat yang aku anggap super hyper
membosankan. Mereka bicara tentang ekonomi, sosial, politik Malaysia, semua
lah. Aku pun hairan kenapa mereka minat hal-hal seperti itu. Cuba korang fikir,
kapitalisme ini telah melarutkan kuasa autoriti agama, budaya dan sebagainya.
Manusia sekarang ini di kawal oleh pasaran modal. Korang boleh try baca buku
Communist Manifesto. Sebab itulah aku tak hairan seandainya dunia ini
tidak aman. Pasaran modal menguasai
manusia sebab itulah ada kalanya orang yang hebat pun boleh dipengaruhi oleh
pasaran modal. Peperangan pun disebabkan pasaran modal.
Aku tanya korang, zaman sekarang ini berperang kerana apa? Pasaran modal. Aku
tanya korang lagi, sistem pendidikan berteraskan apa? Pasaran modal. Semuanya
pasaran modal. Aku salah eh. Memang aku salah kerana jawapan itu dilahirkan
melalui hati dan minda aku yang telah rosak. Kah kah kah. Aku salah kerana
tafsir buku berdasarkan hati dan minda aku yang rosak. Sebab itulah aku pilih
ilusi aku untuk lari daripada realiti moden ini.
Lepas tu mereka bicara tentang politik.
“Ok, siapa nama awak?”, manusia yang berada di depan kelas memandang ke
arah aku.
“Amad.”
“Amad, saya nak soal awak, apa pendapat awak tentang politik dunia ?”
“No comment.”, aku balas singkat.
Beberapa manusia di dalam kelas aku gelak. Aku tidak tahu kenapa mereka
gelak, mungkin kerana apa yang aku cakap lawak ataupun mengejek aku kerana
jahil dalam bidang politik.
“Manusia seperti awaklah yang tidak kisahkan politik – yang akhirnya
politik negara ini menjadi pelik.”,dia seperti memerli aku.
“Buat apa aku nak ambil kisah pasal politik. Kau ingat manusia jahil macam
aku ni layak nak bincang politik. Hati aku jahil, kau rasa apa yang aku akan
buat seandainya aku masuk atau minat politik. Aku tidak seperti kau. Aku ni
golongan jahil, kau golongan beriman dan berilmu. Mesti ilmu kau tinggi kan,
sebab itu kau minat politik.”
Dia berdiam diri.
Aku pun sambung lagi
“Dunia ni makin parah. Sebab kenapa? Orang pandai bijak berkata-kata, orang
bodoh bijak berkata-kata, orang bijak pandai berkata-kata, orang bangang bijak
berkata-kata, in the end masyarakat pun keliru siapa yang pandai, siapa yang
bodoh. Sebab itulah aku tidak minat politik sebab aku ni bodoh dan jahil. Lebih
baik aku layan teknologi daripada layan semua tu. Kalau semua nak bercakap gaya
Obama siapa nak bercakap gaya Enstein. Kalau semua nak jadi khalifah seperti
Khalifah zaman Golden Age, siapa nak jadi macam al-Biruni, Ibnu Sina. Aku? Manusia bodoh macam aku mana layak nak
ganti Ibnu Sina ataupun Enstein.”
“Tapi Enstein pun layan politik.”
“Sebab masa tu Enstein dah terkenal. Orang nak gunakan nama dia. Dia memang
ada terlibat dengan idea-idea politik, tapi itu selepas dia terkenal. Tu pun
melibatkan antarabangsa. Golongan sains zaman Enstein pun ada yang minat
politik, tapi bukan jenis politik pelik zaman ini. Masa tu mereka berbincang
pasal bom atom. Aku salah e? Cari lah sendiri.”
Aku sambung lagi.
“Daripada korang layan politik pelik, lebih baik korang jadi aktivis yang
non-partisan. Buat apa aku layan politik in the end jadi fanatik parti. Aku
salah eh? Cuba korang lihat di laman sosial berapa banyak penubuhan aktivis
yang non-partisan. Atau semua penubuhan tu hanya pandai spin ayat nak cari
publisiti?”, dalam hati aku ‘ s**t ayat salah susun.
Aku mengambil beg aku dan terus keluar. Aku tidak kisah seandainya mereka
memandang rendah aku kerana tidak meminati politik. Aku penat dengan dunia
realiti moden ini. Lebih baik aku berfantasi daripada nak masuk benda-benda
macam tu. Penyakit aku pun belum sembuh, ada masa pula aku nak layan benda
indah tu.
Sebelum aku membuka pintu belakang kelas, aku berhenti sekejap.
“Aku tak kisah kalau korang minat politik. Aku juga tidak suka merendahkan
usaha korang. Cumanya jangan pula korang merendahkan usaha orang lain dalam
bidang yang lain. Hal politik ini bukannya aku benci, aku cuma tidak minat.
Tapi biasanya kalau aku cakap aku tidak minat politik, pasti ada yang akan
memandang rendah aku. Korang ada otak, hati korang bersih kerana minat politik,
itupun kalau bersih. Please, jangan rendahkan usaha orang lain terutamanya
mereka yang minat bidang lain. Korang mungkin boleh seimbangkan bidang politik
dan bidang lain, tapi bagaimana dengan golongan nerd? Bukan semua manusia
seperti korang.”
Aku lihat sekeliling. Aku malas nak nilai raut muka mereka. Aku sambung
lagi.
“Korang mungkin boleh seimbangkan keputusan exam dengan penglibatan korang
dalam bidang politik. Tapi korang perlu ingat, markah tinggi di dalam
peperiksaan tidak sama dengan faham ilmu. Kita hanya dilatih untuk jawab exam
kerana disuruh menyambung ekonomi dunia, bukan menjadi intelektual.”
Aku keluar kelas. Aku malas lagi nak spin ayat. Sebab aku tahu mereka pun
tengah susun ayat untuk dispin ketika aku berkata-kata tadi. Standard manusia
yang menganggap bidang itulah yang paling tinggi hierkinya di dunia ini. Aku
tahu apa yang aku cakap itu bukan 100 peratus benar, tapi aku tahu manusia
rosak seperti aku lebih baik tidak masuk ke dalam politik, tak pasal-pasal
politik bagus dianggap manusia lain sebagai politik sampah. Kerana nila setitik
rosak sebelanga susu.
Apabila anarki mula memasuki dunia realiti aku. Dan aku terus berenang di
dunia ilusi dan virtual agar anarki itu hilang dari minda aku.
….
Aku berjalan kaki ke arah rumah. Sampai di rumah aku terus menuju ke bilik
aku dan terus berkurung.
Bodohnya aku hari ini. Kenapa pemikiran aku macam ni? Rosak sial. Lantaklah.
Tapi, macam mana nak buang benda ni. Malas aku nak fikir semua itu, lebih
baik aku masuk ke dunia virtual aku dan berjalan-jalan di sana.
Dah aku ini useless kepada masyarakat, jiran aku pun cakap aku sombong. Dah
tadi aku macam tambah musuh. Bodohlah pemikiran aku. Kenapalah aku belajar
berfikir?
Maaflah masyarakat kerana aku lahir.
I AM NOTHING.
Ulasan
Catat Ulasan