Terfikir sesuatu di kala baca himpunan risalah karya al-Attas
·
Aku terfikir sesuatu... yang baru
·
Alam ini dikaji kerna apa?
·
Dikatakan di dalam buku Himpunan Risalah, karya
Syed Naquib al-Attas, manusia barat itu mengkaji alam kerna ingin mengisi
hatinya yang kosong dek kerna tiada kebahagian beragama.
·
Maka umat Islam, cara dan niat pengkajian alam
adalah lain daripada cara dan niat Barat.
·
Sebab itu, mungkinlah, pada pendapat jahil aku,
bahawa, ada manusia yang tidak berminat mengkaji alam, kerna sibuk, dengan
kebahagian agama dan sibuk menyebarkannya. Aku bukannya merendahkan sesiapa,
tapi, fikiran ini mengajar aku, bahawa, mengkaji alam itu bukannya wajib, kerna
lebih utama adalah mendapat kebahagiaan hidup yang hakiki.
·
Kenapa nak sibukkan kaji alam andai kata hati
dah bahagia, kerna nak bahagia bukan sekadar kaji alam, benarkah? Dan kenapa
nak wajibkan semua umat mangkaji alam? Tapi, sejak bila wajib?
·
Dan kenapa mereka yang tidak menguasai ilmu
sains dipandang rendah, adakah kerna menganggap ilmu sains itu adalah wajib
untuk semua, dan anggap sains itu adalah tinggi daripada ilmu penting yang lain
atau kerna faham kemajuan itu telah mengikuti makna definisi tamadun Barat?
·
Sebab itu kaji alam (ilmu sains) adalah fardhu
kifayah, dengan niat majukan ummah...
·
Adakah selama ini, tulisan aku mengenai sains
telah dipengaruhi dengan pemikiran Barat?
·
Kenapa aku suka kaji alam, kenapa aku suka ilmu
fizik?
·
Adakah kerna nak kenal Pencipta, dan kerna nak
cari dalil-dalil yang ada di alam ini yang menunjukkan kebenaran wahyu?
·
Atau kerna anggap ilmu sains itu adalah ilmu
yang tertinggi sekali mengatasi ilmu lain?
·
Atau kerna kepuasan yang tiada maknanya?
·
Kenapa nak kenal Pencipta berdasarkan pengkajian
sains, sedangkan ramai saintis yang kaji alam, akhirnya memeluk fahaman ateis?
·
Dan, bagaimana dengan mengkaji alam, seseorang
itu bisa menyatakan bahawa Pencipta itu wujud sedangkan mereka yang mengkaji
alam menolak kewujudan Pencita (ateis)?
·
Adakah kerna mereka memeluk fahaman scientism?
·
Kalau begitu, mungkin sains moden itu perlu
diubah maknanya agar sesuai dengan basic,tapi apa itu sains?
·
Mungkin perlu diubah tujuannya, fahamnya,
falsafahnya, sumbernya, mungkin.
·
Tapi, benarlah, bahawa, sebelum belajar fardhu
kifayah, seseorang itu perlu menguasai dulu fardhu ain, agar, pengkajian
alamnya itu, tidaklah dirosakkan dengan permasalah falsafah Barat yang selewang
dengan fahaman dan pandangan alam agama. Patutlah ilmuwan zaman emas Islam
dahulu boleh hasilkan ilmu alam dengan berpandukan dengan pandangan alam Islam.
·
Masalah terbesar sekarang ini adalah ilmu,
mungkin kerna niat menuntut ilmu itu telah lain, dan pengkajian alam ini juga
dipengaruhi dengan falsafah Barat yang rosak, yang menghadapi permasalah
penerimaan wahyu sebagai sumber ilmu. Ilmu dari Barat, masuk begitu sahaja ke
masyarakat Islam, tanpa kritikan tajam, akhirnya, falsafah yang terkandung
dalam sains juga tersebar, dan akhirnya umat ini mengikuti jejak langkah Barat,
yang kaji alam dengan tidak tahu, apa peranan Pencipta dalam alam ini. Sekular
menjadi fahaman, sedar atau tidak, mengaku atau tidak.Umat Islam sendiri pun
berkiblatkan fahaman falsafah sains Barat, kerna melihat kemajuan teknologi
mereka. Akhirnya, aku belajar fizik, hanya kerna nak hasilkan teknologi nak
kalahkan Barat, tanpa memikirkan kebahagian hidup beragama, dan minda aku rasa
seksa dan kosong. (Makna pembangunan juga dikatakan ikut cara makna Barat.)
·
Minda rasa seksa, kerna seperti belajar alam ini
kekurangan sesuatu, mungkin kekurangan kebahagian agama, dan nak hilangkan
penderitaan itu, maka aku ikut cara Barat, di mana kaji alam kerna nak jawab persoalan asas manusia, kaji alam kerna
nak kenal Pencipta, akhirnya minda aku sendiri tidak bisa tahan, akhirnya, kaji
alam pun tidak berjaya bagikan aku kebahagian hakiki kerna mungkin kapitalism
mempengaruhi pemikiran masa depan. Kaji alam yang tiada penghujungnya, kaji
alam kerna nak sibukkan diri agar hati tidak rasa kosong dan sunyi, dek kerna
tidak mendapat kebahagian beragama. kaji alam kerna ego alat, ego teknologi,
dan melupakan bangun solat, melupakan yang wajib.
·
Kenal Allah dahulu baru kaji alam, agar kaji
alam tidak terpesong niat?(kuasai fardhu ain sebenarnya, faham metafizik Islam,
methodology sains islam, faham al-Quran, tasawwuf dan bersihkan hati agar ilmu
sebenar masuk ke dalam kalbu.
·
Atau kaji alam maka akan kenal Allah? Tapi cara
ini ramai ikut, akhirnya tidak juga bisa kenal Allah.
·
Aku tulis ini seperti aku tidak layak nak tulis,
kerna cara hidup aku hancur.
............................................
·
Masalah kagum dengan teknologi, akhirnya
menuntut ilmu kerna semata-mata aplikasi tanpa mempedulikan kekosongan hati,
benarkah? Atau itu aku seorang sahaja?
·
Adakah teknologi merosakkan golongan mentah
(golongan mudah)? Mungkin ada kebaikan
dan keburukan, tapi, teknologi digunakan untuk mengisi rasa kosong hati,
teknologi digunakan untuk menghilangkan stress, teknologi digunakan untuk
berteman sampai pagi. Teknologi baik, kerna boleh tahu angkasa, planet,
bintang, boleh memberi perkhidmatan kesihatan canggih (walaupun dikawal dengan
duit). teknologi buruk, kerna menghancurkan manusia, manusia masing-masing
mereka cipta teknologi ketenteraan, dengan teknologi itu dikawal ego.
................................................
·
Apa yang perlu aku buat sekarang agar aku tidak
rasa seksa dan kosong seperti ini, dan pada masa sama aku dapat mengkaji alam
ini dan memahami alam ini cara matematik, dan tidak dipengaruhi dennga falsafah
salah Barat? Adakah aku dah terlambat untuk memahami bagaimana jadikan al-Quran
sebagai ilmu pengkajian alam, seperti yang difahami dan dihayati oleh ahli
falsafah dan ahli tasawwuf Islam suatu masa dahulu? Adakah aku dah terlambat?
Adakah minda aku tidak bisa mengetahuinya kerna sibuk dengan urusan duniawi
kapitalis? Adakah aku terlambat? Aku hidup selama ini dengan kejahilan.............
dan aku tidak tahu apa lagi yang perlu aku buat sekarang.
·
Adakah aku terlambat untuk memahami ilmu Islam
yang sebenar, dan mengkaji alam berdasarkan fahaman pandangan alam yang
sebenar, dan membantu memajukan ilmu sains? Adakah aku terlambat?
Ulasan
Catat Ulasan