Bab 8: si pencari fantasia

8 Di realiti aku

Loceng kedua berbunyi. Maknanya pelajar harus memasuki kelas. Aku masih di bumbung bangunan sekolah memikirkan perkara tadi. Aku penat nak berjalan ke kelas. Dan aku juga penat berkurung di dalam kelas. Manusia yang tiada impian seperti aku tidak layak untuk masuk kelas. Aku nak impian, tetapi apa? Apa yang aku harus buat di dunia moden ini?

Aku menutup mataku. Minda aku dah sakit. Tapi, sakit mana pun minda aku, minda aku tetap melayan ilusi permainannya.

Tiba-tiba aku dengar bunyi pintu dibuka.

“Amad, masuk kelas!”, cikgu Hayati menjerit namaku. Cikgu inilah yang bagi aku kunci untuk  buka pintu nak ke bumbung bangunan ini.

“Malas...”, jawab aku.

“Kenapa awak tak masuk kelas?”, soal dia.

“Saya malas. Saya masuk atau tidak, tiada perubahan pun berlaku dalam diri saya.”, jawapan sama yang aku akan keluarkan seandainya manusia menanyakan soalan itu.

“Kenapa?”, soal dia lagi.

“Saya tiada impian.”

“Carilah.”

“Saya dah penat mencari. Lebih baik saya layan fantasi saya.”

“Awak masih susah nak bezakan ilusi dan realiti?”

“Mungkin.”

“Pergi berubat.”

“Tiada guna. Ubat moden hanya merosakkan.”

“Bukan semua.”

“Bukan semua tapi kerana nila setitik rosak sebelanga susu. Itu belum lagi cerita kisah ubat ‘natural’ VS ubat modern.”

“Maksud kau?”, soal Cikgu Hayati.

“Teori Kontroversi...”, ringkas sahaja minda aku menyuruh mulut menjawap soalan itu.

“Oh, pasal ubat modern eh...?”, kata Cikgu hayati tanda faham.

“Ya. Malaslah nak bincang benda tu. Bagus bincang benda lain.”

Cikgu hayati hanya diamkan diri.

Kemudian dia keluarkan sesuatu dari poketnya. Rokok. Ya, cikgu ini menghisap rokok, tapi cikgu inilah yang paling banyak membantu aku. Dia faham manusia seperti aku, sebab itulah dia bagi aku kunci pintu bumbung bangunan ini. Dia tahu aku ini jenis anti-sosial dan hyper-introvert, dan tempat yang sesuai untuk aku lepak masa rehat adalah di tempat ini. Dia banyak menasihatkan aku tentang kehidupan. Dialah cikgu yang paling cool yang pernah aku jumpa.

 “Amad, tadi saya dengar awak bergaduh dengan Shina dan Din.”

“Ya.”

Dia diam seketika.

“Amad, dunia ni, ada kalanya perasaan cinta boleh menyelamatkan seseorang.”

“Bukankah maknanya seseorang itu mencari pertolongan bukan mencari cinta?”

“Pertolongan itu termasuk dalam ciri-ciri cinta. Cinta boleh menolong awak. Berhenti melawan benda itu berseorangan. Bukankah awak dah lama penat?”

“Saya tidak suka susahkan orang lain.”

“Dia kan sukakan awak? Dia sudi membantu awak.”, kata cikgu hayati.

“Dia tidak kenal saya lagi.”

“Sebab awak suka rahsiakan semua benda.”

“Saya ini perahsia atau tidak, tiada beza pun.”

“Kenapa? ”

“Dia itu belum matang dan dia belum tahu apa itu cinta. Sekarang ini dia tafsir cinta berdasarkan nafsu romantik. Zaman moden ni mana boleh melayan cinta seperti itu. Dia belum tahu kehidupan moden itu seperti mana, sebab itu dia mudah sahaja jatuh cinta.”

“Amad, awak silap. Kerana awak benci sistem moden, sebab itu awak benci cinta romantik? Awak silap Mad.”

“Jadi apa yang betul?”

“Carilah. Nak saya bagi hint?”

“Hmmm.”, jawab aku ringkas.

“Bercinta dengan Shina dan rasa apa itu cinta romantis.”

“Saya tak minat nak rasa benda itu.”

“Kenapa?”, soal Cikgu Hayati.

“Buang masa. Ini dunia realiti, bukan dunia drama atau movie. Ini dunia realiti bukan dunia fantasi manga atau anime. Cinta itu hanya seronok dilayan di dunia fantasi, kalau di dunia realiti, lebih seronok melayan cinta kapitalis.”

“Layanlah dunia realiti ini seperti mana awak layan dunia fantasi.”

“Saya dah try. Buang masa dan menyakitkan sahaja. Umpama saya berlatih bagaimana nak bersosial, in the end aku tetap rasa kosong.”

“Sebab awak pilih fantasi lain. Kenapa awak nak pilih fantasi yang bertentangan dengan realiti? Dan bab-bab sosial itu, awak rasa kosong sebab awak bersosial dengan orang yang salah.”

“Pilih fantasi lain? Orang yang salah?”

“Ya... Misalnya pilihlah Shina, Bukankah awak nak rapat dengan dia? Bukankah itu harapan awak di ilusi dan realiti?”

“Hmmmm. Harapan di ilusi dan realiti?”, saya senyum paksa.

“Kenapa awak senyum macam tu?”

“Saya tak pernah berharap dalam ilusi saya. Ilusi itu hanya permainan minda, macam mana pula aku boleh berharap dalam ilusi/fantasi?”

“Awak salah faham menilai fantasi/ilusi. Awak nilai fantasi itu berdasarkan minda awak yang susah hendak bezakan fantasi dan realiti.”

“Hmmmm.”, senyum aku.

“Amad, saya nak tanya awak sesuatu.”

“Apa?”

“Sekarang, saya ni ilusi awak atau realiti awak?”

“Bukankah Cikgu real?”

“Bukankah minda awak tidak boleh membezakan ilusi dan realiti?”

“Kadang-kadang. Belum parah lagi....”

“Sebelum makin parah, apa salahnya awak dan Shina rapat.”

“In the end, hati dia bakal terseksa dan hati aku juga akan hancur tekena lava ilusi. Tak pun dia tinggalkan aku bersendirian di saat dia tahu penyakit aku ini.”

“Kenapa awak nilai hati manusia berdasarkan hati awak?”

“Maksud Cikgu, hati saya rosak maka saya akan nilai hati manusia  berdasarkan kerosakan hati saya?”

“Ya.”

“Hmmm.”, suara yang mampu aku keluarkan, dan mulut aku senyum.

...

“Amad, buka hati awak. Sama ada percintaan itu berakhir dengan kegembiraan atau kesedihan, tetapi semua itu ada pengajarannya.”, Cikgu Hayati memulakan perbualan lagi.

“Saya boleh dapat pengajaran itu dalam fantasi saya. Tak pun saya boleh pelajari perasaan itu dalam rekaan fantasi orang lain.”

“Tidak Amad. Awak tidak boleh belajar perasaan itu melalui fantasi. Awak hanya merosakkan makna cinta. Adilkah awak nilai cinta itu berdasarkan hati awak? Bukankah awak pernah berkata bahawa hati awak dah rosak? Bagaimana hati yang rosak boleh menilai makna cinta?”

“Cinta itu ilusi. Merosakkan akal. Membuang masa. Sia-sia sahaja melayan romantis di dunia moden ini. Di dunia realiti moden ini, cinta itu boleh dibeli apabila kau dah berjaya dalam sistem kapitalis. Duit boleh membeli cinta.”

“Sebab awak menilai cinta seperti itu. Amad, ingat cinta itu melibatkan dua orang. Oleh itu, jangan nilai cinta berdasarkan pandangan awak seorang. Nilai cinta itu bersama orang yang awak cintai.”

“Saya takut.”

“Takut apa? Kecewa?”

“Bukan itu. Saya takut dia kecewa. Saya tidak kisah sama ada saya kecewa atau tidak. Saya dah biasa melayan perasaan seperti itu. Kekecewaan boleh membawa kepada kekosongan, maknanya saya hanya perlu melayan perasaan kosong. Perasaan itu telah biasa saya layan.”

“Sebab itulah awak cakap hati awak dah rosak?”

“Mungkin.”

“Awak takut dia kecewa?”

“Ya. Saya tidak mahu dia kecewa di saat dia tahu penyakit saya.”, ketika mulut aku keluarkan ayat tu, minda aku terfikir pula – ‘Apasal soalan cikgu ini berpusing-pusing...Ah, lantaklah......"

“Penyakit itu boleh diubati.”, kata Cikgu lagi nak sedapkan hati aku.

“Boleh diubati? Minda saya dah rosak. Saya benci realiti. Masa saya lebih banyak saya habiskan di fantasi saya, di ilusi saya. Bagaimana pula nak buang semua itu?”

“Saya tidak tahu. Lebih baik awak cari sendiri jawapannya.”

“Saya dah lama berputus asa.”

“Perasaan ‘harap’ tidak boleh dibuang daripada hati manusia. Ingat itu Mad.”

Aku diam. Dia juga diam. Dia menghisap rokoknya. Cikgu pelik. Aku tidak tahu bagaimana aku boleh rapat dengan seorang cikgu. Aku jenis manusia yang suka membuat tembok ilusi agar tiada seorang manusia pun yang akan rapat dengan aku. Aku tidak suka rapat dengan siapa-siapa. Aku lebih suka berkurung di bilik dan masuk ke ilusi aku. Aku inilah yang dikatakan oleh masyarakat sebagai manusia yang tiada guna.

Aku tidak hairan seandainya mereka menilai aku seperti itu. Aku dah biasa. Sedangkan jiran aku juga mengatakan hal yang sama. Manusia seperti aku hanya sampah di pandangan mereka. Sampah yang tidak boleh dikitar semula. Aku ini sampah, aku ini tidak berguna dalam kehidupan. Aku tidak kisah dengan semua itu. Aku dah biasa. Aku dah berputus asa untuk memikirkan semua itu. Biarlah, hidup mereka lebih hebat daripada hidup aku. Biarlah mereka menilai aku berdasarkan kehidupan mereka. Aku dah malas dengan semua ini. Aku dah malas melayan masyarakat, malas melayan politik, ekonomi, sosial, sains, teknologi. Aku dan berputus asa dengan semua itu.

“Amad, jangan kuat mengkhayal.”, suara Cikgu Hayati mengeluarkan aku daripada permainan minda aku.

“Ini sahaja kawan saya. Kawan saya yang terbaik.”

“Kawan? Seronok eh hidup dalam fantasi awak? Seronok  eh berkawan dengan ilusi, fantasi?”

“Seronok sangat.”

“Kenapa?”

“Saya benci realiti moden.”

“Itu sahaja?”

“Tiada manusia yang kenal saya dalam fantasi saya.”

“Amad, dah tiba masanya awak buka hati awak.”

“Tak nak.”

“Nanti hati awak bertambah parah. Bertambah kosong.”

“Saya dah biasa semua itu.”

Cikgu Hayati hanya berdiam diri. Dia memandang jauh ke arah laut. Di bumbung bangunan ini, aku boleh melihat laut di hujung sana. Sebab itulah aku suka lepak di sini. Aku suka ponteng kelas dan lepak di sini.

“Amad, masuk kelas.”

“Ok.”

“Good luck hidup.”

Aku hanya senyum. Cikgu ini tidak pernah cakap ‘good luck exam’. Dia lebih suka katakan ‘good luck hidup’. Dia pernah beritahu aku

“Bukan semua manusia itu baik dalam akademik, sebab itulah saya lebih suka katakan ‘good luck hidup’ agar mereka yang tidak bagus akademik tidak berputus asa untuk hidup. Berapa ramai kanak-kanak dan remaja hancur hanya kerana perkataan good luck exam? Hidup ini bukan ditentukan oleh exam, ramai manusia berjaya tanpa mendapatkan markah yang hebat dalam exam. Saya cakap seperti ini bukan nak mengatakan bahawa exam itu tidak penting, saya hanya nak cakap bahawa semua manusia itu ada harapan untuk berjaya sama ada dia pandai dalam bidang akademik atau tidak.”

Cikgu ini baik. Dia faham pelajar. Dia mengajar aku arah mana untuk dipandang tetapi dia tidak pernah beritahu aku apa yang perlu dipandang. Sama seperti yang aku pernah baca di dalam Facebook. Mungkin ayat ini ada kelemahan, tetapi aku bukannya ‘mengikuti’ ayat ini satu peratus. Ambil yang jernih buang yang keruh, tapi jangan buang masa nak mencari keburukan air di saat kejernihan air dijumpai. Sebabnya, di dunia ini, makin tinggi hierki seseorang dalam masyarakat, makin senang dia dicari keburukannya. Eh, jap, apasal analogi ini tidak sesuai dengan ayat tadi? Ah, lantaklah.......Malas aku nak fikir, banyak benda lagi aku nak fikir.

“Terima kasih Cikgu.”, jawap aku. Lama gila aku mengkhayal, tapi dalam realiti masa seperti berhenti seketika. Apabila minda ingin mencari alasan agar alasan itu sesuai dengan logic.
Dia senyum. Dia berlalu pergi. Beberapa minit kemudian aku pun jalan ke arah kelas. Sampai di pintu kelas. Aku mengintip untuk memastikan sama ada  cikgu sudah berada di dalam kelas atau belum. Nasib aku baik. Cikgu belum masuk lagi. Aku membuka pintu dan terus duduk di tempat aku. Zainal hanya senyum di saat dia memandang aku. Aku hanya membalas senyuman dia.
Aku menoleh ke arah tempat duduk Shina. Dia tiada dalam kelas.

“Amad, Shina di bilik sakit.”, Zainal beritahu aku di saat aku memandang tempat duduk Shina.

“Terima kasih.”

Aku pergi ke arah bilik sakit. Dalam minda, aku hanya menyusun ayat yang sesuai untuk aku katakan di depan dia. Sampai di depan pintu bilik sakit, aku membuka pintu itu dan perhatikan Shina sedang duduk di atas katil. Dalam bilik ini ada dua orang petugas untuk memerhatikan bilik ini.
Aku mendekati Shina.

“Shina.”

Dia memandang ke arah aku. Dia hanya diamkan diri.

“Shina maafkan saya.”

Dia hanya tersenyum.

“Shina, saya perlukan masa untuk clearkan minda saya. Saya perlukan masa untuk nilai perasan saya.”

“Saya faham. Jangan risau. Saya tidak berharap awak ubah pendirian. Tapi, saya nak tahu sama ada awak betul-betul cintakan saya atau tidak.”

“Saya rasa saya tidak boleh menjawab persoalan awak itu sekarang.”

“Ya. Saya akan berikan awak masa. Awak boleh  beritahu saya bila-bila masa yang awak nak.”

“Ok terima kasih.”

Aku terus beredar meninggalkan bilik itu. Aku tidak tahu apa lagi yang boleh aku bualkan ketika aku bersama dia. Aku tidak biasa berbual dengan wanita realiti, kecuali Cikgu Hayati - kerana aku anggap dia sebagai Cikgu.

Aku bergegas ke kelas.

….

Esok bermula cuti seminggu. Maknanya seminggu aku boleh masuk ke dunia virtual aku. Dan seminggu juga aku tidak akan berjumpa Shina. Bagi aku itu adalah yang terbaik. Aku malas nak melayan sangat perasaan, terutamanya perasaan cinta. Aku malas dengan semua itu, walaupun hati aku mengatakan sebaliknya, tetapi maafkan aku hati, aku lebih suka ilusi aku daripada  cinta realiti. Sebab aku dah berjanji dengan Rin untuk mengembara di dunia game itu.

Aku tahu ramai yang tidak akan percaya seandainya aku cakap yang aku ada dunia lain. Dunia di mana aku boleh berada seperti di dunia game yang aku sebut sebagai dunia virtual. Mereka juga tidak akan percaya seandainya aku katakan bahawa aku boleh masuk ke dunia fantasi aku. Dunia fantasi yang boleh aku masuki dan berjalan-jalan di dalamnya.  Mereka tidak faham. Mereka tidak tahu apa yang mata aku lalui, kerana mereka tidak percaya cerita seperti itu. Mereka lebih suka memberi gelaran ataupun nama untuk golongan seperti aku. Atau lebih tepat lagi, mereka akan katakan bahawa aku menghidapi penyakit itu  --- penyakit yang tidak boleh bezakan realiti dan ilusi. Sebab itulah yang diajar melalui pengaruh pemikiran saintifik. Pemikiran yang mengatakan bahawa hanya ada satu dunia sahaja. Dunia yang aku lalui iaitu dunia fantasi dan virtual hanyalah ilusi yang dilahirkan kerana minda aku ada masalah. Itulah yang mereka katakan. Mungkin itu kebenarannya.

Tetapi mereka tidak sedar bahawa bukan semua di dalam dunia ini boleh diterangkan menggunakan kaedah saintifik. Pemikiran saintifik ada kelemahannya, kerana kaedah saintifik hanya menerangkan sesuatu benda dengan mengabaikan perasaan. Sebab itulah hasil pemikiran saintifik adalah teknologi yang merosakkan alam dan hanya mendatangkan keegoan kepada manusia moden. Kerana nila setitik rosak sebelanga susu. Tapi, mungkin suatu hari nanti teknologi bakal ‘bekerjasama’ dengan alam agar alam tidak lagi hancur dan teknologi mungkin boleh membantu manusia untuk menyedarkan makna sebenar hidup, mungkin seandainya hakikat saintifik moden itu diubah dan diperbetul falsafahnya.

Atau aku mungkin salah kerana berfikiran seperti itu.

...

Seandainya dunia fantasi wujud dan boleh dimasuki, berapa ramai manusia yang akan tinggalkan realiti dan masuk ke fantasi. Berdasarkan logik itulah, aku mengambil keputusan bahawa dunia fantasi itu tidak wujud dan tidak boleh dimasuki. Maknanya minda aku betul-betul ada masalah. Oleh itu, aku harus katakan bahawa semua yang aku lalui hanyalah permainan minda aku, kerana mungkin itu yang terbaik untuk menerangkan ilusi aku.

....

Kelas pun habis. Aku mengambil beg dan bergegas untuk pulang. Aku harap aku tidak berjumpa dengan Shina. Aku tak nak ingat kisah tadi. Tiba masanya aku fikirkan dan layan kisah yang aku bakal bina di dunia virtual aku. Mungkin aku akan dapat jawapannya – sama ada aku betul-betul cintakan Shina atau tidak. Sama ada aku bukannya mengharapkan cinta Shina, tetapi aku hanya mengharapkan pertolongan daripada dia. Aku harap aku akan dapat jawapannya.
Aku tidak boleh membiarkan Shina tunggu lama.

Aku terus berjalan kaki ke arah rumah aku. Aku tidak  mengikuti mana-mana aktiviti kokurikulum. Aku malas nak ikuti semua itu. Sejak bila manusia hyper-introvert seperti aku boleh mengikuti atau memasuki aktiviti kokurikulum, kelab dan sebagainya. Aku tidak biasa dengan semua itu. Lebih baik aku habiskan masa aku bersendirian daripada menyusahkan orang lain. Dan aku lebih suka bersendirian kerana itu yang pengalaman aku ajar. Itu hidup aku ajar. Manusia seperti aku tidak sesuai untuk bersosial dan tidak layak untuk merasai semua itu.

Sampai di rumah aku terus ke bilik tidurku. Tempat yang paling aku suka lepak. Dalam bilik tidur itu ada katil, meja belajar, rak buku kebanyakannya manga dan light novel terbitan dan terjemahan oleh YenPress. Dalam bilik tidurku juga ada smart TV, Play Station 4, komputer. Tempat inilah aku suka berfantasi sejak dahulu lagi, sejak aku berumur 13 tahun. Sekarang ini umur aku 17 tahun. Sejak aku akil baligh, perangai aku berubah. Hyper extrovert menjadi hyper introvert. Dan sejak itu lah aku melihat kehidupan daripada pandangan seorang introvert.

….

Hari pun malam. Sepanjang petang aku melayan anime. Inilah hidup aku. Inilah pilihan aku. Pilihan yang sesuai untuk manusia seperti aku, manusia yang susah bezakan ilusi dan realiti. Manusia yang tidak suka realitinya sendiri.

Aku melihat jam di tanganku. Tepat 9 malam. Hampir 5 jam aku melayan anime. Minda aku rasa penat. Hati aku mula rasa kosong . Aku mengambil keputusan untuk keluar rumah. Mungkin tengah malam baru aku masuk ke dunia virtual aku. Esok petang akan bermula fantasi virtual aku.

Aku keluar rumah. Aku berjalan ke arah pantai. Di tanganku ada teleskop, hadiah daripada pakcik saudara aku setahun yang lalu. Teleskop inilah salah satu temanku di realiti ini. Aku sengaja membawa teleskop kerana berdasarkan newspaper yang aku baca mengatakan bahawa malam ini bulan purnama. Dikatakan juga bahawa pada malam ini planet Marikh akan berada dekat dengan bulan.

Sampai di pantai, aku mencari tempat yang tidak ramai manusia. Setelah aku jumpa tempat yang sesuai, aku terus baring . Sambil baring aku melihat bulan melalui teleskop. Kemudian aku melayan pula bintang yang terang yang ada di atas berdekatan bulan. Beberapa minit kemudian aku hanya melihat ke arah langit tanpa menggunakan teleskop. Beberapa anak meteor jatuh bagaikan air mata yang jatuh di saat hati  terasa sedih.

Tepat 11 malam, aku mengambil keputusan untuk balik ke rumah. Tiba masanya aku masuk ke fantasi aku. Sebenarnya aku boleh masuk ke fantasi aku ketika aku di luar rumah, tetapi aku tidak suka dikacau kerana aku mengambil masa yang lama untuk kembali ke realiti ketika aku berada di virtual. Sebab itulah aku lebih suka masuk ke fantasi aku ketika aku berkurung di dalam bilik aku.
Inilah hidup aku. Bersendirian, ada dunia lain, hyper-introvert, anti-sosial, fantasi, ilusi, anime, manga. Aku tahu seandainya manusia lain tahu gaya hidup aku mesti mereka akan memaki aku, sebab itulah aku lebih suka seandainya aku dianggap tidak wujud. Aku akan berlakon low-profile di mana –mana sahaja aku berada. Aku takut seandainya ramai manusia kenal aku, maka aku harus berlakon. Sebenarnya aku dah malas untuk berlakon, dan aku takut seandainya lakonan aku bakal menyakitkan hati manusia lain. Lihat sahaja apa yang aku lakukan terhadap Shina dan Zainal.

Inilah hidup aku. Hidup yang manusia lain katakan kehidupan yang membosankan. Tetapi bagi aku, kehidupan inilah yang aku suka kerana aku dah terbiasa hidup seperti ini. Aku tidak kisah seandainya kehidupan aku dinilai, dan aku juga tidak akan menilai kehidupan manusia lain walaupun dia menilai kehidupan aku. Aku perlu belajar semua itu, kerana tiada guna aku mengharapkan manusia lain membantu aku. Sejak bila black hole boleh mengeluarkan cahayanya sehinggakan manusia boleh mengkajinya.


Aku dah lama hilang daripada dunia realiti ini. Aku berusaha untuk keluar daripada ilusi aku, tapi aku tidak tahu adakah minda aku berhasil melawan semua itu. Dan aku juga dah mula berputus asa untuk berusaha walaupun harapan aku masih ada. Aku nak hilang di fantasi aku. Itu minda aku selalu katakan kepada hati aku. Dan hati aku hanya berdiam diri kerana hati aku telah lama penat melayan erti kosong.



















Ulasan

Catatan Popular