Bab 11: si pencari fantasia

11

Pada waktu malam, aku masuk ke fantasi aku. Aku telah lama tidak menghabiskan masa aku di fantasi. Aku juga telah lama tidak berjumpa dengan Han. Apalagi nak ke sekolah (lama? Lama la sangat. Tapi biasanya benda yang bosan kita akan rasa lama masa nak berlalu tapi benda yang seronok masa sejam umpama seminit). Sekolah di fantasi aku berbeza dengan sekolah di realiti aku. Di sekolah itu, tiada peperiksaan, tiada kelas, tiada grade, tiada perlumbaan pelik. Setiap pelajar  hanya perlu berjanji untuk mengisi waktu mereka dengan sebaiknya dan mencari tujuan hidup.

Di sekolah itu ada yang bersendirian melayan alam, ada yang bersosial dengan manusia lain dan ada juga yang mendirikan kelab. Ada beberapa kelab yang ditubuhkan dalam sekolah ini, salah satunya adalah kelab komputer. Disebabkan sekolah ini tidak mengikut sistem pembelajaran seperti zaman dahulu, ramai pelajar yang memilih apa mereka nak lakukan. Ada yang memilih sebagai penulis novel, komputer sekuriti, gamer, pemain bola dan sebagainya. Tiada lagi kes manusia yang drop out kerana merasakan bahawa sekolah hanya membuang masa. (fantasi aku, suka hati aku lah macam mana aku nak ilusikan).

Pihak sekolah hanya akan membuat kelas seandainya minimum 3 orang pelajar akan mengikuti kelas itu. Di sekolah ini ada kelas falsafah, komputer, sains, matematik dan sebagainya. Semuanya diminta oleh pelajar kerana mereka ingin belajar subjek tersebut, bukannya terpaksa belajar tanpa tujuan yang jelas.


Aku berjalan di fantasi aku. Sekarang ini waktu malam dan aku tidak mahu mengacau Han. Mungkin dia tengah sibuk dan yang paling penting adalah dunia ini sekadar fantasi aku bukannya realiti aku. Aku berjalan berseorangan memerhati alam sekeliling. Di era ini, iaitu tahun 2200, manusia di sini lain daripada realiti aku.

Manusia tidak lagi pelik seperti manusia yang hanya bergembira dengan media sosialnya. Tiada lagi kes yang memalukan manusia seperti yang berlaku di realiti aku. Di realiti aku semua benda masuk media sosial. Berita palsu, aib manusia, fitnah, mengumpat, semuanya masuk ke dalam media sosial. Itulah hidup pelik realiti aku, semua nak dimasukkan ke dalam media sosial. Pelik sungguh dunia realiti moden aku.

Aku berjalan untuk masuk ke dalam kedai. Mulut aku terasa haus. Aku membeli air. Aku dilayan mesra oleh tuan kedai, penjaga kedai, tukang penyapu, semualah yang bertugas di dalam kedai. Mereka suka mengucapkan selamat datang dan terima kasih kepada pelanggan. Bukan macam realiti aku. Mereka tidak mesra langsung. Lagi pelik lagi, muka mereka tidak pandai senyum di saat aku berdiri di kaunter pembayaran. Asyik nak tunjukkan muka yang tidak puas hati. Itulah realiti aku.
Manusia pelik di realiti moden.


Aku berjalan lagi. Aku rasa aku nak balik ke rumah. Mungkin tiba masanya aku balik ke realiti. Aku berjalan ke arah rumah aku melalui jalan yang lain. Aku melalui taman yang terdapat di tengah-tengah bandar. Ketika aku berjalan, minda aku akan terbang lagi ke dunia ‘lain’. Aku berfikir mengenai Shina. Minggu depan akan diadakan festival di sekolah aku. Aku dan dia akan menjadi penyambut tetamu yang berdiri di depan kelas. Aku tidak tahu sama ada aku perlu gembira atau tidak. Aku rasa aku tidak mahu lagi melayan semua itu. Sia-sia sahaja. Merosakkan minda aku. Dan dia juga sudah mengatakan bahawa dia tidak menyukai aku.

Inilah hidup aku. Aku pernah terfikir apa akan jadi kepada dunia apabila dunia membezakan tempat untuk lelaki dan perempuan. Bahasa tepatnya adalah apa akan terjadi kepada lelaki seandainya sepanjang hidupnya dia tidak bergaul dengan mana-mana perempuan asing. Apa akan terjadi kepada lelaki seandainya dia tiada kawan seorang perempuan. Dan apa juga akan jadi kepada perempuan seandainya perempuan itu langsung tidak bergaul rapat dengan seorang lelaki (aku bukan cakap pasal hubungan abang dan adik, ah, korang ada otak, aku harap otak korang bukan letak kat kaki). Adakah dunia akan berubah? Adakah romantik sebelum perkahwinan tidak wujud? Adakah lagu percintaan tidak akan ada? Adakah movie, filem, drama, anime, manga tiada yang bergenre romantik? Adakah ayat-ayat cinta tidak akan wujud dalam dunia percintaan sebelum perkahwinan?

Apa akan jadi kepada dunia seandainya romantik sebelum perkahwinan tidak wujud atau tidak diambil kisah oleh seluruh manusia ? Mustahil semua itu akan berlaku. Berapa ramai yang melayan percintaan di saat masih kecil atau ketika remaja. Cinta. Sungguh pelik perasaan itu. Manusia berlumba-lumba untuk mendapatkan hati si dia, hinggakan perbalahan antara kawan boleh berlaku. Tapi sayang sekali apabila kerana cinta seseorang itu boleh lupakan dirinya. Berapa ramai manusia yang hilang dirinya di saat dia mengejar seseorang yang tidak pun mengambil kisah diri si pengejar. Jangan dibutakan oleh cinta kerana semua itu hanya permainan hati yang boleh merosakkan minda. Mungkin aku salah, tetapi apa lagi penerangan yang boleh aku konklusikan untuk masalah romantik cinta di dunia moden ini.(apabila hati yang hipokrit berkata-kata)

Aku berjalan ke arah taman. Walaupun niat aku nak balik rumah tetapi ‘pengaruh’ taman ini sungguh kuat hinggakan kaki aku mahu melangkah ke taman itu. Taman yang dipenuhi lampu yang terang dan berwarna-warni. Keselamatan di dunia fantasi lebih terjamin daripada dunia realiti aku. Di sini aku boleh berjalan-jalan berseorangan tanpa takut kepada penculik atau perogol. Bukan seperti di dunia realiti, yang penuh dengan manusia pelik. Keselamatan di sini terjamin berbanding keselamatan di realiti sana. Aku boleh berjalan pada waktu malam tanpa bimbang rumah aku diceroboh, tanpa bimbang kepada perangai manusia pelik. Inilah dunia fantasi aku.

Aku berhenti rehat di bawah semua pokok. Aku duduk di bangku yang disediakan oleh pihak penjaga taman. Aku lihat sekeliling. Tiada sampah pun. Semua manusia di dunia ini bertanggungjawab. Bukan dikawal oleh undang-undang tetapi dikawal oleh sifat kemanusiaan dan tanggungjawab kepada alam. Kalau di realiti, semua lain. Sampah itu umpama batu yang senang dijumpai walaupun berada di hutan. Itulah masyarakat moden aku. Masyarakat moden yang dikatakan bertamadun hebat. Aku tidak tahu apa maksud tamadun bagi mereka. Bertamadunkah seandainya sampah dibuang di sana sini?  Bagaimana pula dengan pencemaran, pembuatan senjata, bom, bahan kimia yang berbahaya? Apa tujuan mereka membuat semua itu? Adakah untuk membunuh manusia lain? (tersentap hati aku  fikir benda ni)

Aku hairan masyarakat dunia. Mereka memperkenalkan sistem kepada masyarakat lain, di mana sistem itu hanya merosakkan masyarakat. Kenapa mereka suka mengawal manusia lain? Kenapa mereka suka membunuh manusia lain hanya kerana sikap fanatik bodoh yang telah lari daripada lumrah manusia? Aku hairan dengan semua itu. Sebab itulah aku suka tinggal di sini. Di dunia fantasi aku. Dunia fantasi aku aman, tanpa ego manusia yang hanya melahirkan perasaan hasad dengki yang mengakibatkan peperangan yang  dikawal oleh pasaran modal.

Masa aku banyak dihabiskan di sini. Walaupun di dunia realiti aku berkurung di bilik, tetapi di bilik itulah aku boleh melayan fantasi aku. Aku berkurung di bilik realiti, tetapi di fantasi aku berjalan-jalan melihat dunia yang penuh dengan manusia yang beradab. Walaupun aku tidak ramai kawan di realiti, tetapi itu pilihan aku kerana buat apa ramai kawan seandainya nilai kawan itu juga dikawal oleh pasaran modal. Buat apa ramai kawan seandainya kawan hanya merosakkan fikiran dan hati.
Aku berjalan ke arah jalan raya untuk balik ke rumah aku. Aku melihat beberapa manusia berjoging. Ada beberapa manusia yang  suka berjoging pada waktu malam. Hal mereka. Mereka tak kacau hidup aku pun.


Ketika sampai di rumah, aku terus berjalan ke arah bilik. Aku rasa aku nak masuk ke dunia virtual. Aku nak jumpa Rin.

Teringat pula  kisah di mana aku berkurung di rumah selama seminggu kerana aku sibuk di virtual aku. Aku dan Rin makin rapat. Begitu juga dengan Gray. Kami dah lama tidak berjumpa (dah lama eh?). Walaupun mereka hanya wujud di virtual tetapi hati aku sentiasa mengatakan bahawa mereka ini adalah real. Mereka ini wujud di realiti. Tetapi itu semua tidak logik. Bukankah dunia virtual ini adalah fantasi rekaan minda aku, maka semua karakter dalam dunia virtual ini adalah karakter rekaan minda aku. Semua itu hanya ilusi yang difantasikan oleh minda aku. Tapi aku rasa seronok kerana ada dunia ini. Aku boleh merasakan erti dunia realiti, fantasi dan virtual. Walaupun realiti adalah dunia sebenar tetapi aku lebih suka menghabiskan masa aku di dunia fantasi dan virtual.

Ketika aku masuk ke dunia virtual, aku berjalan untuk mencari Rin. Aku berjalan di dalam bandar itu beberapa minit, tetapi aku langsung tidak nampak dia. Mungkin dia sibuk hari ini. Tetapi bukankah dia fantasi aku? Maknanya bukankah aku boleh jumpa dia seandainya aku fantasikan dia berada di depan aku?

Aku mencuba cara itu, tetapi tidak boleh. Minda aku memang dah bermasalah. Rin itu ilusi, tetapi kenapa aku tidak boleh ilusikan dia di depan aku. Aku hairan dengan dunia virtual ini. Dunia ini seperti bersambung dengan dunia realiti. Tapi, tidak ada teknologi seperti itu di era realiti aku. Yang ada hanya teknologi di fantasi aku. Teknologi yang boleh memasukkan ahli game ke dunia virtual.
Aku mencuba lagi. Kali ini aku mencuba untuk fokus sepenuhnya. Tidak boleh juga. Dia tidak wujud juga di depan aku walaupun aku ilusikan dia untuk berada di depan aku. Kenapa dengan minda aku? Kenapa minda aku menganggap Rin itu bukan ilusi, sedangkan dunia virtual ini adalah ilusi aku? Minda aku mungkin dah semakin parah. Inilah yang dinamakan dengan penyakit yang tidak dapat bezakan ilusi dan realiti, tetapi nasib baik hati aku masih boleh membezakan semua itu. Aku harap suatu hari nanti hati aku tidak akan tumpas dengan minda aku. Aku tidak mahu minda aku menjadi kuat dan mampu mempengaruhi hati aku agar menganggap realiti itu ilusi dan ilusi itu adalah realiti. Aku tidak mahu itu, walaupun simptom itu telah ada.

Aku berehat sekejap. Aku berharap aku boleh berjumpa dia pada malam ini.

Inilah hidup aku. Manusia lain akan katakan bahawa hidup seperti ini membosankan, tetapi bagi aku ini sahaja yang aku mampu. Aku tidak tahu cara apa lagi untuk membuang kekosongan hati aku. Aku penat untuk berusaha mencari cara lain. (alasan nak sedapkan hati, macam korang tidak pernah buat)
Cerita mengenai usaha, ada kalanya apabila terlalu rajin berusaha, seseorang itu akan berubah apabila usahanya itu bertentangan dengan realitinya. Dalam anime Shirobako:

“The more serious someone is, the more likely they are to be hurt and lose hope when they learn what the reality is.”

Mungkin sebab itu aku malas berusaha. Aku penat sudah mencari ‘my own place’. Aku jumpa tempat itu hanya di fantasi dan virtual. Aku dah penat mencari tempat itu di realiti, sebabnya aku menganggap ‘my own place’ itu ada di mana-mana, terletak kepada seseorang untuk menerimanya untuk memajukannya atau membuangnya. Sebab itulah aku malas mencari ‘my own place’ di realiti ini kerana hati aku tidak tahu bagaimana nak jadikan sesuatu tempat itu sebagai tempat yang menggembirakan aku dan menjadi ‘my own place’.

Aku penat dengan semua itu.

Kenapa aku terlalu banyak melayan minda aku, hinggakan aku boleh terbang jauh hinggah aku boleh ‘lost in thought’. Kalau saja thought itu membawa kegembiraan, tapi malang sekali thought itulah yang mengajar aku erti kosong. Kosong yang menyakitkan dan menyebabkan hati aku menolak realiti aku. Bagaimana aku nak hidup di dunia moden ini? Aku sudah bosan dengan semuanya. Aku tidak tahu cara apa lagi untuk membuang kekosongan ini. Mungkin percintaan, tetapi aku tidak percaya benda seperti itu boleh membantu aku. Cinta hanya merosakkan. Lebih baik aku melayan perasaan kosong daripada melayan perasaan cinta. Cinta itu ilusi dan di saat cinta itu menjadi realiti, hanya air mata sahaja yang akan keluar. Sebab itu sebelum cinta menjadi realiti aku harus membuangnya daripada hati aku. Salah satu cara untuk aku lari daripada romantik cinta.

Salah satu prinsip aku adalah

“Apa guna cinta romantik itu datang di dalam hati aku, andai kata cinta itu hanya mengajar aku erti seksa. Lebih baik perasaan itu tidak wujud di dalam hati aku.”

Tapi prinsip itu susah untuk diamalkan. Hati ini susah untuk dikawal kecuali apabila minda aku akan mencuba mengawal hati aku, maka cinta itu selama-lamanya menjadi ilusi di dalam hati aku. Sebab itulah aku mudah hendak membuang cinta aku terhadap Shina walaupun hati aku masih terseksa. (hipokrit lagi)

Kenapa aku berfikir semua ini?

Sepatutnya tidak wujud lagu, drama, movie, anime dan manga yang mengangkat romantik sebagai tragedi yang mengajar manusia erti cinta romantik. Mungkin aku salah.


Aku berjalan lagi. Aku hendak baring di tepi sungai, tempat kegemaran aku di dunia virtual ini. Aku berjalan perlahan sambil melayan pemandangan di malam hari. Walaupun dunia ini hanyalah ilusi tetapi aku lebih suka ilusi ini jika dibandingkan dengan realiti moden aku.(minda aku ulang perkara yang sama)

Sampai di tepi sungai, aku terus baring. Aku terus melayan minda. Aku dengar bunyi muzik di hujung sana. Mungkin ada pemain muzik di hujung sana. Aku melayan lagu itu sambil melihat angkasa. Malam ini bulan penuh, dan ada tiga buah planet yang bercahaya. Aku rasa itu planet bukan bintang. Manusia di saat ini telah maju.

Di realiti aku, kosmologi telah bertukar daripada falsafah kepada sains. Manusia membuat teleskop yang besar untuk mengkaji bintang di atas sana. Manusia mereka satelit untuk dihantar mengembara di atas sana. Dan baru-baru ini satelit tanpa manusia telah sampai di planet Pluto. Jauh sungguh perjalanan satelit itu. Aku terfikir seandainya manusia mampu mereka satelit yang lebih laju daripada cahaya apa akan terjadi kepada satelit itu. Atau manusia mungkin dapat mereka teknologi yang boleh membentuk wormhole di space-time agar satelit boleh melalui wormhole itu untuk mengembara di seluruh universe.

Aku harap manusia di realiti aku boleh menjadikan ilmu sains untuk meleraikan masalah manusia moden ini. Jangan pula kerana sains manusia bertambah parah. Lihat sahaja apa yang berlaku kepada manusia di saat perindustrian muncul. Manusia mula dikawal hinggakan manusia tidak boleh lari walaupun hatinya teringin lari. Tapi ada juga manusia yang mampu lari tetapi tidak mampu menyelamatkan manusia lain, kerana manusia lain itu tidak tahu apa yang perlu dilakukannya apabila dia telah lari daripada sistem perindustrian moden. Aku hairan dengan realiti aku. Apa sebenarnya matlamat perindustrian itu? Kenapa ada manusia yang hidup selesa dan ada manusia yang hidup susah? Adakah kerana yang selesa itu rajin dan yang susah itu pemalas? Mungkin.

Ada seseorang pernah mengajar aku.

“Amad, di dunia ini jangan sesekali mempersoalkan sistem moden, kerana di saat kau mempersoalkan sistem itu, hati kau akan mula kosong dan impian kau akan tinggalkan kau. Sebab itulah kau harus tidak mempersoalkan sistem moden, kau perlu ikut sahaja, kerana itu yang terbaik. Apabila kau melawan sistem itu, kau akan terseksa kerana kau tidak mampu hidup di dalam dunia ini di mana sistem yang kau benci itu adalah ikutan ramai.”

Aku tidak tahu kenapa dia cakap seperti itu. Mungkin dia telah melalui kehidupan yang menyiksakan. Perasaan seksa telah masuk ke dalam hatinya di saat dia mempersoalkan sistem moden di realiti ini.. Itu salah dia kerana  hatinya tidak bersedia menerima semua itu. Itu hidup dia, dan ini hidup aku. In the end , aku sendiri ‘terkena’ rasa ‘seksa’ itu.

Tetapi kehidupan apa yang dia lalui sehinggakan dia berkata-kata seperti itu. Aku rasa aku tidak perlu tahu, kerana ‘tahu’ tidak sama dengan ‘faham’. Aku tidak boleh memahami hidupnya, aku hanya boleh tahu hidupnya.

..

“Narqy.”, suara Rin kedengaran.

Aku membuka mata. Aku nampak senyumannya. Senyuman yang menggembirakan hati aku. Dan juga senyuman yang mengajar aku erti rasa terseksa.

Aku takut aku suka dia, kerana Rin ilusi. Aku tidak boleh jatuh cinta dengan ilusi aku.  Aku tidak boleh ada perasaan cinta terhadap ilusi aku. Tetapi hati aku asyik bercakap bahawa dia itu bukan ilusi, dia wujud di dunia realiti. Tapi, aku tahu bahawa hati aku tipu. Bukankah ini dunia virtual yang aku fantasikan? Logic, it is about logic....

Hati aku menjawab pula

“Ya, ini dunia virtual tetapi Rin itu berasal daripada dunia realiti.”

“Tapi, bagaimana?”, soal aku kepada hati aku.

Hati aku hanya berdiam. Hati ini pelik. Ada kalanya hati ini suka menggembirakan aku dengan harapan yang palsu dan ada juga memberi aku kekecewaan apabila aku sudah mula belajar berharap semula. Sebab itulah aku menganggap hati aku menipu aku apabila hati aku berkata bahawa Rin itu berasal daripada dunia realiti.

“Narqy, jangan suka lost in thought.”, aku terkejut ketika mendengar suara dia.

“Ok.”, aku jawab ringkas.

“Kenapa kau suka hidup di dunia minda kau?”

“Sebab seronok.”

“Kau tipu. Bukankah kerana berfikir telah menyebabkan hati kau kosong?”

“Maksud kau?”

“Aku tanya kau mana satu realiti, adakah realiti itu apa yang berada di luar minda kau atau realiti itu adalah apa yang berada di dalam minda kau?”

“Aku tidak tahu.”

“Kau tidak tahu, tapi aku tahu apa jawapannya. Jawapan itu berbeza-beza untuk semua manusia. Manusia seperti kau, bagi aku, realiti kau adalah apa yang berada di minda kau, sebab itulah kau suka mengkhayal. Di realiti kau suka mengkhayal, di fantasi kau juga suka berkhayal, dan di dunia virtual juga kau lost in thought seperti mana kau di dunia realiti dan fantasi. Adakah aku salah? Mungkin aku salah, tetapi jawapan ini sesuai untuk kau.”

Aku hanya diamkan diri. Aku fikir kembali soalan Rin. Mana satu realiti bagi aku, adakah realiti itu berada di luar minda atau di dalam minda? Aku tidak tahu jawapannya, tetapi jawapan yang diberikan oleh Rin menyedarkan aku sesuatu. Kenapa aku suka berkhayal walaupun aku berada di dunia fantasi dan virtual? Kenapa aku boleh masuk ke dalam dunia minda aku di saat aku berada fantasi dan realiti? Aku bingung. Adakah kerana aku tidak suka fantasi aku seperti mana aku tidak suka realiti aku? Adakah kerana aku tidak suka dunia virtual aku seperti mana aku tidak suka dunia realiti moden aku? Minda aku sakit.

“Narqy, jangan lost in thought lagi.”, suara Rin kedengaran.

Aku kembali ke dunia virtual aku.

“Kau dari mana?”, soal aku.

“Aku sibuk.”

“Kau sibuk? Bukankah kau berada di minda aku? Bukankah kau ilusi aku?”, aku soal lain dia jawab lain, ah , lantaklah, macam aku tak pernha buat macam tu.

“Aku tidak tahu. Cari sendiri jawapan untuk soalan itu.”

“Aku tidak mahu tahu jawapan itu, kerana aku sudah tahu jawapan untuk soalan itu.”

“Apa jawapannya?”, soal Rin.

“Kau hanya ilusi aku.”

“Kau yakin.”, soal Rin.

“Ya.”

“Cuba kau hilangkan aku sekarang ini.”

Aku diam.

“Kenapa kau diam? Kau tidak boleh kan?”

“Kita bincang benda lain.”

“Sampai bila nak lari daripada persoalan itu?”

“Aku takut aku kecewa.”

“Kecewa atau tidak itu belakang kira.”

“Aku tidak mahu suka kau. Kau ilusi aku. Mana ada manusia yang jatuh cinta dengan ilusinya sendiri.”

Rin hanya tersenyum.

“Bukankah kau tidak boleh bezakan ilusi dan realiti?”

“Itu minda aku, hati aku masih boleh membezakan ilusi dan realiti.”

“Kalau macam tu apa jawapan hati kau? Adakah hati kau mengatakan aku ini ilusi atau realiti?”

“Aku tidak tahu, tetapi aku mengambil keputusan bahawa kau ini hanya ilusi aku.”

“Adakah kau menganggap aku ini ilusi kerana kau takut kau akan jatuh cinta dengan aku?”
Aku diam.

“Kenapa kau takut jatuh cinta?”, dia sambung lagi.

“Cinta itu ilusi.”

“Cinta itu ilusi? Adakah jawapan itu dari minda kau atau hati kau?”

“Dua-dua.”

“Tipu.”

“Aku tidak tipu.”, jawab aku.

“Sejak bila minda dan hati kau boleh bekerjasama? Sejak bila minda dan hati kau memberi jawapan yang sama?”

“Apa maksud kau?”

“Kau pernah berkata bahawa minda dan hati kau rosak. Kalau macam itu bagaimana sesuatu yang rosak boleh bekerjasama? Dan bagaimana sesuatu yang rosak tahu jawapan untuk sesuatu soalan?”

“Aku tidak faham.”

“Kau tidak faham kerana kau tidak mahu faham. Sebab itulah kau benci realiti kau.”

Aku diam lagi.

“Narqy, dunia ini bukan mekanistik. Badan kau juga bukan mekanistik, termasuk hati dan minda kau. Kalau kau anggap minda dan hati kau mekanistik, maknanya hidup yang kau lalui akan kau rasakan seperti mesin. Kau bukan mesin. Dunia ini bukan mesin.”

“Aku tidak faham.”

“Ok macam ni, kenapa kau cakap hati dan minda kau rosak?”

“Sebab aku rasa.”

“Sebab kau anggap kerosakan hati dan minda kau sama dengan kerosakan sesebuah mesin. Betul kan?”

“Kau hanya tahu berkata-kata. Mulut manusia itu pandai mempermainkan ayat, sebab itulah ramai manusia bodoh terpengaruh.”

“Terletak kepada kau nak percaya atau tidak.”, balas Rin.

“Aku tidak percaya apa yang kau ucapkan. Semua itu tidak masuk akal. Dan kenapa aku perlu percaya dengan apa yang kau katakan, sedangkan kau sekadar ilusi aku.”

Dia ketawa.

“Kenapa kau ketawa?”

“Kau ada masa memikirkan sama ada aku ini ilusi atau tidak, tetapi kenapa kau tiada masa untuk berfikir dan menerima realiti kau?”

“Aku suka fantasi aku. Aku suka ilusi aku.”

“Kalau macam tu, kau suka aku?”

“Bukankah aku telah katakan bahawa kau ilusi? Bagaimana aku boleh suka ilusi aku?”

“Kalau macam tu bagaimana pula kau boleh suka dunia ilusi kau?”

“Dunia ilusi aku lain daripada kau.”

“Kenapa lain? Bukankah dunia ilusi itu adalah ilusi kau seperti mana aku?”

“Kau bijak bermain ayat, tetapi aku tidak akan mudah terpengaruh dengan kata-kata kau.”

“Amad, terima realiti, supaya fantasi dan virtual kau bukan tempat untuk kau lari daripada realiti kau.”

“Aku tidak mahu dengar apa yang dikatakan oleh ilusi aku.”

“Kalau begitu kenapa kau mencari aku di dunia virtual ini?”

“Sebab aku……”, aku menutup mulut aku.

“Sebab kau nak jumpa aku kan?”

“Ya. Adakah salah aku nak jumpa ilusi aku?”

“Ya, salah, sebab nanti hati kau akan keliru - sama ada kau suka aku atau tidak.”

“Hati aku tidak akan terkeliru, hanya minda aku sahaja.”

“Siapa yang merasakan cinta, adakah hati kau atau minda kau?”

Aku diamkan diri. Aku rasa aku perlu berhenti di sini. Aku tidak mahu dengar lagi apa yang dikatakan oleh Rin. Aku tidak mahu fikir apa yang dikatakan oleh ilusi aku. Bukankah ilusi itu direka oleh minda aku, maknanya sekiranya minda aku rosak maka ilusi aku juga rosak.

“Rin aku nak log out.”

“Ok.”, dia senyum.

Virtual Screen muncul di depan aku. Aku mencari button log out dan menekannya.

“Bye, Narqy.”

Aku hanya senyum.


Aku membuka mata. Kini aku berada di fantasi aku. Aku berdiri dan berjalan di sekeliling bilik. Aku menyuruh robot untuk merendahkan suhu air cone. Aku kembali memikirkan apa yang dikatakan oleh Rin. Dia terlalu idealis. Aku juga mungkin seperti dia. Idealis. Aku bukan realist. Tetapi, bagaimana realist boleh difahami tanpa idealist dan bagaimana idealist boleh menilai sesuatu tanpa realist. Kerjasama, tetapi manusia zaman realiti sukar bekerjasama. Dan manusia introvert seperti aku juga sukar bekerjasama dengan manusia lain sebab itu aku suka melakukan sesuatu pekerjaan secara bersendirian.

Minda aku sakit. Hati aku rasa anxious dengan apa yang terjadi di virtual aku. Aku tidak mahu ingat apa ang dikatakan oleh Rin, tetapi macam mana aku nak membuang memori itu. Walaupun memori itu ilusi tetapi minda aku telah menilai ilusi itu sebagai realiti. Dan minda aku mengambil keputusan untuk menggunakan ilusi untuk membantu aku melihat realiti aku secara adil. Guna ilusi untuk melihat realiti? Bagaimana? Ingat ini dunia movie, drama...

Aku tidak faham semua itu. Ayat boleh dimainkan-mainkan oleh mulut, sebab itulah banyak sangat perkataan yang membingungkan lahir daripada mulut. Aku tidak suka bermain perkataan, tetapi ilusi aku mengajar aku untuk bercakap kerana takut suatu hari nanti apa yang dikatakan oleh mulut berbeza dengan apa yang terdapat di dalam hati. Hati dan mulut adakalanya tidak suka bekerjasama, akhirnya akan melahirkan salah faham yang membawa kepada permusuhan. Aku tahu sebab aku pernah melaluinya.


Selepas beberapa minit, aku kembali ke realiti. Aku baring di atas katil. Aku mencari light novel yang baru aku order melalui online. Tajuk light novel itu adalah No game no life. Walaupun aku sudah menonton anime untuk tajuk ini, tetapi aku lebih suka membaca light novel, kerana untuk menunggu season 2, mungkin aku perlu tunggu selama setahun. Lebih baik aku membaca light novel daripada menunggu selama setahun. Walaupun dengan menonton anime boleh melihat pergerakan karakter, tetapi membaca light novel lebih baik kerana aku juga boleh melihat karakter bergerak di dalam minda aku.

Salah satu kebaikan tidak boleh bezakan ilusi dan realiti adalah aku boleh melihat karakter dalam light novel atau manga bergerak di dalam minda aku, tetapi untuk keluar daripada ilusi itu sangat susah. Adakalanya aku perlukan selama beberapa jam untuk lari daripada ilusi yang direka oleh light novel atau manga itu. Salah satu keburukan melayan anime, light novel dan manga adalah aku susah untuk lari daripada ilusi atau fantasi dan akhirnya minda aku akan mula menganggap ilusi itu adalah salah satu realiti aku. Tetapi hati aku akan cuba melawan apa yang dikatakan oleh minda aku, tetapi sampai bila hati aku akan bertahan?

Tring..Tring…Tring…

Hand phone aku berbunyi menandakan aku dapat SMS. Aku membuka peti masuk. Aku terkejut kerana SMS itu dihantar oleh Shina.

“Salam. Amad, esok ada mesyuarat untuk festival. Wajib hadir untuk AJK yang akan bertugas.”
Aku membalas.

“Ok.”

Aku lupa bahawa pada minggu depan sekolah aku akan mengadakan festival tahunan. Terlalu sangat melayan fantasi hinggakan perkara penting di realiti mudah aku lupakan, tetapi bagi aku bukankah itu suatu kebaikan untuk aku. Apa faedah aku mengingati apa yang berlaku dan bakal berlaku di realiti? Hanya membuang memori otak aku sahaja.

Dan aku juga menganggap festival ini hanya membuang masa aku, tetapi bagi manusia lain festival ini mungkin satu kebaikan bagi mereka. Mereka extrovert dan aku hyper-introvert, mungkin sebab itu aku melihat dunia realiti berbeza dengan pandangan mereka. Hati aku dah rosak sebab itulah apa yang diucapkan oleh mulut aku juga hanya merosakkan. Sebab itulah aku mengambil keputusan untuk berdiam diri di realiti aku. Hanya diamkan diri walaupun dihina, dimaki, ditertawakan. Diamkan diri walaupun adakalanya aku perlu berkata, tetapi aku memilih untuk berdiam. Hati dan minda aku rosak, maknanya aku tidak boleh berkata-kata di dunia realiti kerana hanya merosakkan persekitaran realiti.

Aku rasa malas untuk menghadiri mesyuarat esok hari. Aku pergi atau tidak, wave function tak collapse pun. Aku pergi atau tidak, tidak beza apa-apa pun, tetapi seandainya aku tidak pergi apa pula yang mereka akan katakan mengenai aku. Aku malas hidup di realiti ini, tapi tanpa realiti tiada fantasi. Aku harus terima itu.

Aku juga satu kumpulan dengan Shina untuk menunggu tetamu di luar kelas, dan yang malang sekali dalam kumpulan itu hanya ada kami berdua sahaja. Dah aku ini membosankan. Aku kasihankan Shina kerana dia terpaksa bekerjasama dengan aku. Aku ini membosankan dan susah untuk diajak berbual. Aku ini hanya melahirkan perasaan awkward di sekeliling aku. Lebih baik aku pupus dan hilang di realiti, itulah yang hati aku selalu katakan. Mungkin lepas ini Shina akan tambah benci dengan aku. Siapa yang tidak benci aku setelah mereka mengenali aku? Sebab itulah aku terpaksa berlakon. Itu kisah dulu, sekarang ini aku dah malas berlakon. Aku sudah tidak kisah apa yang diucapkan oleh manusia lain. Dan aku juga nak jadi diri aku yang sebenarnya walaupun aku dah lupa macam mana nak berlakon gaya ‘be yourself’, kah kah kah. Dan yang penting sekali walaupun aku pernah menyukai Shina tetapi itu kisah dahulu dan aku juga tidak kisah seandainya dia membenci aku.

Siapa yang tidak membenci manusia hyper-introvert seperti aku. Mungkin di depan aku mereka memuji aku kerana pendiam, tetapi di belakang aku mesti mereka akan mengumpat aku kerana sombong dan susah untuk diajak berbual. Aku dah biasa dengan semua itu. Apa guna aku berkawan dengan manusia realiti, lebih baik aku berkawan dengan manusia yang wujud di ilusi aku.

Aku berfikir mengenai Shina. Aku mengingati kisah dulu, di mana dia mengatakan bahawa dia menyukai aku, ketika aku dan dia berjalan-jalan di tepi pantai. Pada waktu itu hati aku gembira, walaupun minda aku sedih. Minda aku sedih kerana hati aku sudah menerima perasaan cinta. Minda aku susah untuk mempercayai cinta romantik yang diucapkan oleh seorang perempuan.
Tapi, hati aku tetap gembira. Hati aku tidak mendengar kata-kata yang dikeluarkan oleh minda aku. Siapa yang tidak gembira di kala manusia yang kita cintai mengatakan bahawa dia juga mencintai kita. Hati aku, di saat itu, terasa gembira, terasa penuh.

Minda aku pula terasa sedih, terasa kosong, kerana melihat hati aku gembira. Minda aku berfikir,
“Kenapa hati itu menganggap cinta boleh menghilangkan rasa kosong yang ada di hati? Adakah hati tidak belajar daripada kisah fantasi rekaan manusia lain? Tidakkah hati belajar daripada fantasi bahawa cinta romantik itu tidak wujud di dalam hati, cinta itu tidak layak untuk wujud di hati yang telah rosak. Bukankah begitu yang minda telah pelajari sepanjang hidup dan melalui fantasi rekaan manusia lain? Tetapi kenapa hati tetap nak ulang ‘cycle’ itu? ”

Tapi sayang sekali kerana hati tidak  mendengar minda.

Dan akhirnya kebenaran pun muncul. Aku ingat dikala Shina mengatakan bahawa dia keliru antara cinta dan kasihan. Hati aku hancur, tetapi nasib baik minda aku ada. Minda aku mengajar hati aku untuk terima realiti. Walaupun hati aku menyukai dia, tetapi hati yang rosak tidak boleh melayan semua itu. Semua itu ilusi untuk hati yang rosak. Aku melepaskan dia, walaupun dia tidak pernah menjadi milik aku.

Cinta romantik. Lebih baik perasaan itu tidak dilayan. Hanya membuang masa. Itulah yang minda aku selalu katakan. Dan hati aku mula menerima nasihat minda.

Tapi sayang sekali, kerana hati aku tidak belajar daripada kesilapan. Di saat hati aku kesakitan, di saat hati aku terluka, hati ini mencari pula manusia lain untuk dicintai. Bodoh sungguh. Dan akhirnya, dengan bantuan minda aku yang rosak, akhirnya aku menganggap Rin itu wujud di realiti. Dan aku keliru sama ada aku suka Rin atau tidak. Pelik sungguh minda ini. Di kala hati mencintai manusia realiti, minda ini mengatakan bahawa cinta di realiti adalah ilusi, tetapi kenapa pula minda aku boleh menyuruh hati aku untuk mencintai Rin, sedangkan Rin itu ilusi.

Hati aku menolak minda. Aku tidak boleh menyukai manusia ilusi. Tetapi kenapa hati aku rasa lain. Mulut kata lain, dan hati juga kata lain. Aku keliru semua itu.

Aku mengingati kisah seorang kawan. Dia sentiasa mengatakan bahawa jangan terlalu melayan perasaan, kerana semua itu sia-sia. Lebih baik melayan pemikiran. Tapi bagi aku, apa yang dia katakan itu salah. Lebih baik jangan melayan perasaan dan jangan sesekali melayan pemikiran. Semua itu hanya membawa kekosongan. Jangan mempersoalkan susunan masyarakat kerana akhirnya hati akan terseksa, dan jangan melayan romantik cinta kerana hati juga akan terseksa, tapi mana yang lebih sakit tragedi perasaan atau tragedi pemikiran? Entahlah... Lebih baik aku melayan fantasi rekaan manusia lain dan pada masa yang sama melayan fantasi rekaan sendiri. Aku memilih itu. Aku tidak mahu melayan pemikiran dan tidak mahu melayan perasaan sebab itulah aku senang nak melupakan Shina. Dan sekarang ini aku belajar melatih minda dan hati aku agar tidak lagi melayan perasaan di dunia virtual. Lebih baik aku anggap Rin itu ilusi, walaupun hati 
aku……………….(hipokrit lagi)

...

Mesyuarat yang membosankan

Keesokan pagi selepas tamat persekolahan, aku berjalan ke arah bilik kelas yang terletak di hujung koridor  tingkat bawah sekali. Di tempat itu akan diadakan mesyuarat untuk AJK kelas aku sempena festival yang akan diadakan pada minggu depan.

Aku sampai di depan pintu bilik mesyuarat. Di atas pintu itu ditulis “Tempat Mesyuarat”.Sepanjang aku berada di sekolah ini aku tidak tahupun kewujudan tempat ini. Tapi buat apa aku nak tahu, hanya buang masa aku sahaja dan sejak bila pula golongan hyper-introvert suka berjalan-jalan ke tempat seperti ini. Dah lah sekitar tempat ini ramai manusia.

Ketika aku mencuba membuka pintu bilik menyuarat, aku rasakan seperti manusia di sekeliling aku memandang aku dengan pandangan aneh. Tolongnya jangan pandang aku. Tolonglah jangan sedari kewujudan aku. Aku lebih suka seandainya tiada manusia yang menyedari kewujudan aku kerana bukankah itu lebih baik.

Aku mencuba membuka pintu kelas lagi. Beberapa saat kemudian aku berjaya membuka pintu itu. Malang sungguh nasib aku hari ini. Aku berjalan ke dalam kelas(tak salah kan aku sebut kelas?). Tiada manusia pun di dalam kelas ini. Baru aku seorang sahaja yang ada di dalam kelas ini. Inilah manusia realiti aku. Cakap pukul 12.30 petang, sekarang ini pukul 12.29 petang, seorang pun tiada. Cubalah belajar tepati masa. Kalau aku tahu macam ni, aku pun akan datang lambat juga. Bukankah kita perlu belajar daripada masyarakat. Di kandang kambing kita mengembek, di dalam kandang ayam kita berkokok, masalahnya sekarang ayam dengan kambing tidak sama dengan manusia. Ataupun sama? Mustahil lah sama. Kalau sama jadi aku ini apa? Anjing.

Masyarakat...masyarakat.

Beberapa minit kemudian, pintu kelas terbuka. Aku nampak Shina. Dia seorang.

“Hai Mad.”

“Hai.”, hati aku berdebar pula.

Kenapa hati boleh jadi macam ni. Bukankah aku dah tidak suka dia. Rasa awkward pula.

“Awak seorang?”

“Ya.”

Aku tahu dia pun tengah awkward. Dia berusaha untuk spin ayat agar ke’awkward’ an itu akan pupus. Tapi masalahnya aku ini adalah punca awkward. Kalau nak hilangkan perasaan awkward itu maknanya aku harus pupus di dalam kelas ini.

“Amad, kenapa kau suka tidur di dalam kelas?”

Kalau awkward, kenapa nak berusaha nak hilangkan perasaan itu. Aku malas nak berlakon. Tapi bukankah baik kerana ada usaha, daripada aku, langsung tidak berbuat apa-apa. Aku hairanlah wanita ni, biasanya kalau manusia lain mesti mereka tidak akan tegur aku lagi. Dah aku ini punca awkward buat apa mereka nak layan aku. Hanya membuang masa.

Tapi wanita ni lain. Sebab itu aku  suka dia. Karakter dia macam Rin. Karakter dia macam karakter heroin dalam anime Your Lie in April. Tak sangka pula aku boleh jumpa manusia yang berkarakter seperti Rin di dunia realiti ini. Ingatkan aku hanya boleh jumpa di dunia anime ataupun di dunia fantasi aku sahaja. Tapi, mungkin dia tengah berlakon.

Manusia itu pandai berlakon. Karakter lain berdasarkan persekitaran Macam mana aku tahu? Sebab aku pun macam tu. malaslah aku nak fikirkan semua itu. Kalau aku suka berlakon kenapa manusia lain tidak boleh berlakon? Layan sahaja lah. Tapi sampai bila. Selama-lamanya mungkin.

“Amad, jangan lost in thought!”

“Maaf-maaf. Apa soalan awak tadi?”

“Jangan guna ‘awak’. Guna ‘aku’ sahaja.”

“Ok. Apa soalan kau tadi?”

“Kenapa kau suka tidur di dalam kelas?”

“Aku tidak boleh tumpukan perhatian di dalam kelas.”

“kenapa tidak boleh?”

“Aku tiada tujuan untuk tumpukan perhatian di dalam kelas.”

“Maksud kau?”

“Aku takut usaha aku sia-sia sahaja kerana aku ini tiada impian untuk aku kejar.”

“Carilah.”

“Dah. Aku hanya dapat kekosongan sahaja.”

“Sebab itu kau tidak mahu berusaha lagi.”

“Ya. Aku nak cari impian dulu baru aku nak berusaha.”

“Kau tidak takut kau terlambat?”

“Apa aku boleh buat.”

“Amad, jangan abaikan realiti hanya kerana kau tidak ada impian di realiti ini. Cari dan usaha mesti ada.”

“Ok.”

Aku diam. Dia juga diam. Aku ini memang penuh dengan perasaan hipokrit (apabila hati hipokrit menilai hati manusia lain, bodohlah hati ini. Hati pun hipokrit memanglah hati akan nilai seseorang itu berdasarkan hati hipokrit dia, bodoh). Hati aku selalu katakan bahawa di dalam dunia ini tiada usaha yang sia-sia tetapi akhirnya hati aku masih juga mempersoalkan sama ada benar bahawa di dunia ini tiada usaha yang sia-sia. Hati ..hati.

“Shina, impian kau apa?”, aku spin ayat untuk ‘berusaha’ hilangkan ke-‘awkward’-an. S**t, berlakon lagi. Lantaklah. Berlakon depan awek lawak, macam korang tidak pernah buat. My middle finger for that type of people.

“Rahsia.”

“Maknanya kau tiada impian.”

“Aku ada impian. Suatu hari nanti kau akan tahu.”

“Alasan.”

“Amad, kenapa kau selalu bercakap perkara yang menyakitkan hati orang lain.”

“Jadi kau nak aku berlakon baik. Depan orang cakap baik, tapi di belakang raja cakap belakang, raja mengumpat. Nak aku jadi macam tu?”

“Hahaha. Aku suka perangai kau yang suka cakap terus terang.”

“Satu lagi, jangan sesekali bercakap macam tu. Jangan sesekali cakap kau suka perangai seseorang. Berapa ramai lelaki jatuh hanya kerana dia salah tafsir ayat itu?”

“Kau cakap pasal diri kau eh?”

Aku hanya diamkan diri.

“Mana manusia lain?”

“Jangan tukar tajuk boleh tak?”.

“Buat apa nak bincang semua itu. Buat apa aku ingat sejarah dahulu. Buang memori otak aku sahaja.”

“Kau tidak boleh membuang sejarah yang pernah kau lalui, terutamanya sejarah yang mengajar kau apa itu realiti.”

Kedengaran pintu diketuk.

‘Manusia-manusia’ lain masuk. Mesyuarat akan dimulakan. Sepanjang mensyuarat aku hanya mendiamkan diri sahaja. Kepakaran aku.

“Kau ni uselesslah Mad.”

“Kenapa pula?”

“Bagi lah pendapat.”

“Aku malas dan aku tidak tahu.”

“Kau ni betul-betul useless.”

“Sebab itulah aku tidak mahu jadi AJK kelas untuk festival ini.”

“Ok jangan bergaduh.”, ketua kelas bersuara.

“S**tlah semua ini. Sebab itulah aku tidak suka buat benda macam ni. Buang masa aku. Buang masa korang. Kan lebih baik seandainya cari orang lain. Ni asyik menyusahkan aku, in the end korang juga terseksa. Siapa suruh tidak mahu belajar daripada sejarah. Come on lah, aku ni hyper-introvert, tak kan korang tidak tahu. Atau nak aku tolong carikan benda tu kat Google?”

“Amad diam!”. suara Shina kedengaran.

Aku diam. Awkward menjelma di dalam kelas ini. Kepakaran aku untuk memanggil perasaan awkward. Kah kah kah.

“Ok, kita sambung menyuarat.”, suara ketua kelas untuk mencuba menghilangkan aura awkward aku.
Inilah yang membuatkan aku terasa kosong lagi.

Aku selalu terfikir bahawa aku tidak mahu berubah menjadi extrovert. Walaupun mereka katakan extrovert itu boleh berjaya di dalam sistem kapitalis, tapi aku tidak berminat dengan semua itu. (zaman sekolah ni lah kita perlu berlatih bagaimana nak jadi hamba kapitalis yang berwawasan 2020... Maaflah aku tidak minat,,,Rosak tak hati aku? Kalau korang nak sedapkan hati korang, korang boleh katakan bahawa hati aku rosak? Kah kah kah) Mereka juga katakan bahawa jadi extrovert ini lebih menggembirakan daripada introvert, tapi ada aku kisah. Hati aku dah rosak, minda aku dah rosak, itu sahaja jawapan aku untuk mereka. Mudah-mudahan mereka berjaya dalam dunia moden ini.

...

Selepas aura awkward menghilangkan diri dari kelas ini, mesyuarat mula berjalan lancar. Shina memandang aku. Bodohlah wanita ni. Di kelas pandang aku, kalau sengaja pandang tidak apalah ini tidak. Dah lah mata aku dengan mata dia asyik bertemu. Kalau lelaki lain mesti mereka salah faham. Bodoh lah keadaan seperti ini. Ingat ini dunia anime. Dunia anime romantik. Apabila mata bertemu, hati terasa senyuman mulut. S**tlah. Ini realiti, dunia romantik hanya wujud di ilusi aku sahaja. Betul eh? Hati aku ni ada masalah sikit. Bak kata pepatah, cakap tak serupa bikin. Tapi kalau melibatkan hati, ayat yang sesuai adalah, ---hati aku bodoh.---

Kenapa hati aku macam nak memberontak. Inilah yang aku takutkan. Macam mana nak hilangkan perasaan memberontak ni. Aku tahu.... layan fantasi lah, apa lagi yang boleh aku buat. kah kah kah.
Sejam kemudian mesyuarat pun tamat.

“Jom kita pergi makan.”, ajak ketua kelas kepada manusia yang berada di dalam kelas ini.

“Aku nak balik.”, jawap aku ringkas.

“Jomlah Mad. Aku tidak pernah makan dengan kau.”, ajak ketua kelas lagi.

“Malaslah. Aku tiada atau ada tiada effect pun.”

Dia hanya diam sahaja. Kemudian dia senyum. Manusia lain gelak.

Shina cubit aku. Aku terasa sakit. Bodoh tahap bangang lah wanita ni. Wanita ni memang tiada otak eh. Tahu tak berapa ramai lelaki yang kecundang seandainya korang buat seperti itu. Apalagi kalau jenis lelaki yang ada taman di hati, senang sahaja nak sentuh hati dia. Please lah wanita, fikir dulu sebelum buat sesuatu benda, tak pasal-pasal kau hanya menyakitkan hati lelaki. Lelaki pun ingatlah, jangan mudah sangat nak jatuh cinta. Lagi senang jangan layan semua itu. Ada minda kenapa nak layan sangat perasaan seperti itu, buang masa. Tapi apakan daya. Aku pun faham juga. Kah kah kah.

“Sakitlah.”

“Tulah, kau ni macam tiada perasaan.”

“Ada aku kisah. Kalau aku ada perasaan pun, aku bukannya boleh ubah hati manusia.”

‘Mad, Mad.”

Manusia lain ketawa.

“Korang ni sejak bila rapat?”, soal salah seorang manusia yang ada di dalam bilik ini..

Aku diam. Takut aku salah cakap dan boleh menyebabkan fitnah berleluasa di sekolah ini. Mulut manusia ni susah  nak kawal. Apalagi mulut yang macam machine gun. Nasib baik Shina bukan macam tu. Tapi apa pula hubungan aku dengan semua tu? Lantaklah.

“Kita kan satu kelas.” jawab Shina ringkas.

“Ya.”, aku pun menjawap.

“Ataupun korang berdua ni tengah dating?”, soal ketua kelas.

“Bukanlah.”, cepat-cepat aku jawab.

Aku lihat muka Shina. Dia macam buat muka sedih. Lantaklah. Mungkin dia tengah fikir benda lain. Dia pun bukannya suka aku. Dia buat muka sedih atau tidak bukan urusan aku. Bodoh punya hati. Jangan perasan boleh tak? Macam mana kau tahu dia sedih atau tidak, mungkin dia tengah berlakon. Betul jugak, aku pun selalu gak berlakon. (Apabila minda yang rosak mula berbicara)

“Aku nak balik dulu.”, cara aku untuk lari daripada semua ini.

“Ok.”, jawab manusia yang ada di dalam kelas ni.

“Aku minda maaf sebab tadi aku kurang ajar.”, kata aku kepada manusia tadi yang katakan aku ini useless.

“Ok tidak apa. Aku juga minta maaf sebab cakap kau useless.”, kata manusia itu

(Penulis : Aku malas nak fikir nama apa yang sesuai untuk manusia itu.)

“Sebenarnya aku tidak kisah seandainya kau cakap aku useless, yang aku tidak suka adalah apabila korang tahu yang aku ni useless tapi korang tetap pilih aku jadi AJK.”, kata aku lagi.

“Ada yang aku tahu tapi kau tidak tahu, Mad.”, jawab ketua kelas.

“Ya betul, tapi ada juga yang aku tahu tapi kau tidak tahu.”

“Semua berdasarkan pengalaman Mad.”, sambung dia lagi.

Aku hanya tersenyum.

Aku mengambil beg aku dan bergegas keluar.

“Bye.”, suara ketua kelas kedengaran lagi.

“Bye.”

Aku berjalan laju. Aku membuka pintu dan terus tidak memandang sekeliling. Di sekitar luar bilik ini terlalu ramai manusia. Aku tidak biasa dengan keadaan seperti ini. Kepala aku terasa pening, hati aku berdegup kencang dan aku terasa nak pitam. Sebelum aku pensan lebih baik aku memandang ke arah bawah dan berjalan laju.

Sampai di depan pagar sekolah baru aku berjalan perlahan. Aku dapat rasakan hati seperti nak meletup di saat aku keluar daripada kelas tadi. Terlalu ramai manusia. Apa aku boleh buat, kelas tadi dekat dengan bilik latihan kelab drama, dah lah kelab Drama adalah kelab yang paling popular di sekolah aku.

Aku pun terus berjalan untuk pulang ke rumah. Aku tidak tahu nak buat di rumah nanti. Mungkin aku akan jalan-jalan di dunia fantasi aku.

“Amad, tunggu.”

Aku melihat belakang. Shina tengah berlari. Sampai di depan aku dia terus duduk kepenatan.

“Kenapa kau lari?”

“Aku nak jalan balik dengan kau.”

“Kau ni dah gila ke apa?”

“Diamlah. Kan aku dah cakap aku nak jalan balik dengan kau.”

“Lebih baik kau pergi makan dengan manusia tadi daripada kau nak jalan dengan aku. Buang masa kau sahaja lepak dengan aku.”

“Suka hati aku lah.”

“Kau ni teruk lah. Tahu tak perangai kau sekarang ni boleh mendatangkan salah faham.”

“Aku tak faham.”

“Nanti hati aku salah tafsir.”

“Aku tahu kau tidak akan salah tafsir.”

“Bodohlah.”

Dia hanya ketawa.

“Kenapa kau gelak.”

“Suka hati aku lah. Bukan urusan kau pun.”

Aku diam. Aku berjalan semula.

“Woi Mad, tunggu aku.”

“Kau ni s**tlah. Nasib baik kau pernah reject aku, kalau tak dah lama hati aku mengatakan bahawa kau ni suka aku.”

“Reject kau?”

“Kira rejectlah tu!”, sambung aku lagi guna ‘suara’ yang kasar.

“Kah kah kah.”, dia gelak.

“Kau nak bayar dengan apa kalau hati aku sakit.”

“Diamlah. Cakap tak suka layan benda macam tu. Hipokrit.”

Aku diam lagi. Malas aku nak bertengkar dengan gadis ni. No input. Sakitkan hati aku sahaja dengan perangai dia. Tapi.... aku dah rapat denga Shina eh? Ah, apa beza aku rapat dengan dia atau tidak. Aku dah kena reject......kena reject lah...terima kenyataan...bukannya spin kenyataan...
Tapi, aku benci perempuan macam ni (hati aku hipokrit lagi)

Girls are only interested in hunks. They befriend people only to forget them later.



Hachiman Hikigaya  (My Teen Romantic Comedy SNAFU)






















Ulasan

Catatan Popular