Bab 7: si pencari fantasia

7 Di sekolah

“Amad, bangun.”, aku dengar suara ibuku.

Suara yang aku selalu dengar sekiranya arah jam tepat menunjukkan pukul 7.30 pagi. Inilah tabiat aku, tidur. Dan selepas tidur aku akan bangun sebentar dan sambung tidur lagi. Tepat pukul 7.30 pagi barulah aku bangun. Bersiap sedia untuk ke sekolah.

Pagi itu aku memilih untuk jalan kaki. Aku teringat kisah kelmarin, di mana aku dan Shina berjalan bersama. Dan juga kisah di dunia virtual aku, tentang perjanjian untuk memulakan pengembaraan pada esok hari. Seronok hidup aku seperti ini, walaupun aku tahu erti seronok itu adalah palsu, tapi aku rasa aku boleh belajar pelbagai pengalaman dalam masa satu hari. Aku boleh belajar sesuatu daripada realiti aku, fantasi  dan juga virtual aku. Aku kesuntukan masa untuk belajar berdasarkan pengalaman (kerana pegalaman itu infiniti) dan aku memilih untuk belajar dan masuk ke pengalaman orang lain, walaupun aku tahu cara itu ada kekurangannya.

Aku masuk ke pelbagai-bagai fantasi sama ada fantasi rekaan orang lain atau fantasi rekaan aku sendiri. Hati ini belajar erti gembira walaupun kegembiraan itu hanya sementara. Hati ini belajar mengenai cinta di dunia fantasi dan akhirnya hati ini tahu bagaimana dan apa itu cinta. Cinta yang telah lama hilang di saat dunia moden masuk ke arah ketamadunan teknologi. Cinta fantasi rekaan manusia lain yang aku fahami mungkin berbeza di dunia realiti tetapi aku tahu bagaimana mengawal hati agar cinta tidak merosakkan hati dan belajar bagaimana menjadi matang berdasarkan kisah cinta fantasi rekaan manusia lain. Dan belajar menjadi anti-romantik dunia. Anti-romantik di dunia realiti, tetapi romantik di dunia ilusi. Berbeza karakter di dunia fantasi dan di dunia realiti, tetapi sama personaliti walaupun berada di realiti, fantasi atau virtual.

Banyak sungguh aku melayan minda aku. begitu juga hati aku. Hinggakan aku tidak ambil tahu sangat dunia realiti. Apa guna aku ambil tahu seandainya hati aku makin kosong. Apa guna aku ambil tahu dunia realiti moden yang pelik ini. Biarlah mereka yang layak sahaya yang akan berfikir semua itu, agar tiada lagi masalah dunia di mana manusia tidak layak bijak berbicara yang akhirnya membingungkan si pendengar. Lebih baik aku tidak menjadi seperti lilin , cahaya lilin yang memberi cahaya kepada persekitarannya agar manusia lain boleh menggunakan cahaya itu untuk berjalan, tapi malang sekali kerana lilin itu sendiri terbakar. Aku tidak mahu menjadi seperti itu, lilin terbakar kerana cahayanya sendiri.

Di saat aku berjalan-jalan menuju ke arah sekolah, aku terfikir dan  aku rasa aku nak ponteng kelas pertama. Aku nak jalan-jalan di sekitar pantai, terutamanya di hari yang  mana cahaya matahari tidak menunjukkan cahayanya dengan terang. Aku nak merasakan erti pagi sebagai seorang remaja di kala remaja lain belajar di dalam kelas. Secara jujurnya hati ini sering berkata bahawa aku tidak suka dan tidak sesuai untuk bersekolah. Aku malas nak masuk kelas kerana di dalam kelas aku hanya mengkhayal. Aku kasihankan guru yang mengajar. Oleh itu ada kalanya aku terfikir untuk tinggalkan sekolah dan mulakan pengembaraan aku di realiti ini. Tapi masalahnya sekarang adalah money.
Macam mana nak jadi pengembara andai kata duit menjadi penghalang. Zaman ini zaman kapitalis, sebab itu lah harus hidup seperti manusia kapitalis, zaman ini adalah zaman moden sebab itulah perlu hidup seperti manusia moden. Itulah yang aku pernah dengar daripada manusia. (Memanglah aku dengar daripada manusia tak kan aku dengar monyet berkata-kata). Kan bagus suatu hari nanti aku boleh mereka teknologi yang boleh mendarat di ‘surface’ matahari, supaya aku boleh mengkapitaliskan cahaya matahari. Sekiranya aku berjaya mengkapitaliskan matahari, mungkin aku boleh menjadi manusia terkaya di dunia moden yang pelik ini. Walaupun itu perkara pelik (memang pelik pun nak kapitaliskan cahaya matahari), tetapi di dunia moden ini tiada yang pelik.
Lihat saja kepada sistem pendidikan moden. Pendidikan telah direka untuk selamatkan sistem kapitalis hinggakan tujuan pendidikan adalah ingin menjadi manusia yang berjaya dalam sistem kapitalis. Pelik sungguh. Itukah sebabnya ilmu itu dicari? Kalau macam itu tiada lagi sebab aku perlu belajar. Tapi, ingat bukankah jangan benci ilmu sekiranya engkau benci sistem, seperti jangan benci duit, sekiranya kau benci sistem kapitalis. Tapi,  apa boleh buat, kan zaman ini zaman kapitalis, bijak mana seseorang manusia tu, dia juga tidak boleh lari daripada susunana itu. Atau aku salah kerana tafsir sistem kapitalis menggunakan minda dan hati aku yang rosak ini. Mungkin.

...

Minda aku mengembara lagi.

Aku hidup di dunia moden. Dunia yang perlu segulung kertas untuk menyambung kehidupan dengan baik. Aku sedih memikirkan semua itu. Masa aku banyak dihabiskan dengan perkara yang telah dikawal oleh masyarakat. Aku penat dengan semua itu. Aku juga tiada impian seperti mana mereka yang berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai impiannya. Aku nak impian, agar aku juga boleh berusaha mencapainya dan tidak akan mempersoalkan sesuatu kerana aku tahu apa yang aku lakukan dan apa yang aku impikan. Aku tiada impian untuk memulakan sesuatu usaha.

Aku cemburu melihat mereka bersemangat ke sekolah. Mereka ada impian dan mereka tahu melalui sekolahlah mereka boleh mencapai impian mereka. Tapi aku, aku yang hanya datang ke sekolah karena terpaksa yang akhirnya aku memberontak melawan sistem pendidikan. Aku bersalah kerana tiada impian kenapa pula aku salahkan sistem pendidikan? Bukankah baik seandainya aku juga membantu masyarakat dalam sistem pendidikan bukan hanya tahu memakinya sahaja? Sebab itulah aku tidak ambil kisah apa-apa di realiti aku, kerana aku tahu seandainya aku ambil kisah dan beri pendapat, hanya menyebabkan masyarakat terkeliru.(sedangkan aku sendiri terkeliru)

Pada pagi itu aku berjalan ke arah pantai. Ketika dalam perjalanan aku terserempak Shina. Aku tidak tahu sama ada aku rindu dia atau tidak, dan aku juga tidak tahu kenapa hati aku berharap agar Shina dan Rin adalah orang yang sama. Kenapa harapan pelik ini muncul sedangkan Rin hanya wujud di virtual aku yang telah aku fantasikan, dan Shina pula wujud di realiti. Impian apakah ini? Adakah impian ini bakal memberi aku pengajaran. Tapi pengajaran apa? Kesakitan, kesengsaraan yang dikatakan oleh pengalaman aku boleh membawa kepada kematangan? Apa pengajaran yang boleh diberikan oleh ilusi aku? Apa pengajaran yang aku dapat melayan ilusi aku?

“Selamat pagi Shina.”, pertama kali aku tegur perempuan dulu dalam hidup aku.

“Selamat pagi, Amad.”

“Awak sendiri?”, soal aku untuk mulakan perbicaraan.

“Ya.”

“Bukankah awak banyak kawan?”

“Kawan lain dengan sahabat.”

“Tak sangka aku dengar perkataan itu daripada mulut awak.”

“Hmmm.”, dia senyum. Senyuman yang sama dengan senyuman Rin.

Apalah minda aku ini. Aku takut minda aku makin parah seandainya aku tidak mengawal perasaan pelik ini. Wahai hati, sedarkah kau apa yang kau rasai sekarang? Adakah kau lihat Shina di dalam diri Rin atau kau lihat Rin di dalam diri Shina? Wahai hati, adakah kau nak Rin itu Shina atau kau nak Shina itu Rin? Minda aku dah pening. Kenapa aku  berfikir seperti ini? Bukankah berdasarkan logik, Rin itu tidak wujud, maknanya aku, Rin dan Shina tidak ada kena mengena.

Aku memandang Shina. Dia senyum. Walaupun aku tahu senyumannya manis tetapi aku belajar untuk tidak melihat semua itu. Berapa ramai manusia yang jatuh kerana senyuman seorang wanita? Berapa ramai manusia yang menangis kerana senyuman seorang wanita? Tapi malang sekali kerana ramai manusia yang tidak suka belajar daripada kesakitan? Atau aku silap, kerana ada kalanya kesakitan itu boleh mengajar seseorang untuk berusaha dengan bersungguh-sungguh mendapatkan apa yang dia impikan, mendapatkan apa yang menyentuh hatinya. Penat pula minda aku kerana menyoalkan semua itu. Minda ini banyak berkata-kata tapi mulut pula hanya tahu diam. Minda banyak berkata-kata ketika bersendirian tetapi di saat ramai manusia, minda ini menjadi kosong sekosong-kosongnya. Akhirnya, aku memilih untuk lari daripada bersosial. Kenapa aku perlu bersosial sedangkan apa yang aku rasa hanyalah kekosongan sahaja? Mungkin aku salah, kerana aku tafsir bersosial itu berdasarkan hati aku yang kosong ini. Kenapa selalu berfikiran ‘mungkin’, umpama aku ini tiada prinsip. Tapi macam mana nak berprinsip sedangkan adakalanya berprinsip itu tersalah tempatnya. Adakah aku adil berprinsip untuk sentiasa hyper-introvert di hadapan semua manusia walaupun aku bergaul dengan mereka yang aku rasa seronok berbual? Adilkah?

...

Mata aku kembali memandang wajahnya. Aku teringat Rin. Aku rindu pula dunia virtual aku. Kerana di dunia virtual aku ada impian tetapi di dunia realiti aku tiada impian. Aku bosan di dunia realiti. Aku bosan dengan cara hidup aku di dunia realiti. Hati aku yang salah, hati aku selalu menyalahkan persekitaran sedangkan aku sendiri tidak memilih cara hidup yang aku impikan (cara hidup yang aku impikan? Apa? Mengembara ke seluruh dunia dan menulis novel, syair.....impian yang aku ragu-ragukan). Seandainya aku pilih cara hidup yang aku impikan maknanya aku tidak akan ada lagi di kawasan ini. Aku akan pergi mengembara di serata dunia. Tapi, semua itu hanya impian aku yang aku tidak yakin untuk usahakan, kerana aku takut - …Aku takut hati aku bakal menjadi kosong lagi.
“Amad, jangan mengkhayal.”, aku terdengar suara Shina yang dari tadi hanya tersenyum memandang aku. Senyuman yang aku anggap senyuman yang menakutkan kerana aku terfikir berapa ramai gadis ini telah hancurkan hati lelaki melalui senyumannya itu. Senyuman yang hanya menyakitkan kaum lelaki. Sebab itulah aku tidak boleh terjebak dengan senyumannya itu.

“Shina, awak jalan dulu ke sekolah. Aku nak berjalan ke tempat lain.”

Aku bukannya nak larikan diri daripada dia walaupun niat itu memang ada. Walaupun aku tahu…. Ya, aku tahu yang aku telah jatuh cinta dengan dia tetapi aku memilih Rin kerana aku rasa aku lebih suka virtual daripada realiti. Dan aku juga tahu bahawa aku tidak akan dapat menyentuh hati Shina, tetapi hati Rin aku mungkin boleh sentuh sebabnya - bukankah dia  ilusi aku. Ilusi virtual yang akan menyebabkan minda aku bakal tenggelam yang akhirnya aku hilang di lautan fantasi….Itulah yang hati katakan, tetapi diri ini musykil kerana bukankah hati itu pandai hipokrit?

Sekiranya suatu hari nanti aku tidak boleh kembali ke realiti - biarlah asalkan aku boleh jumpa Rin untuk seketika, sebelum aku yang di fantasi juga bakal hilang untuk selama-lamanya, sambung minda pula.

Aku pening dengan permainan minda dan hati ini. Aku penat menghadapi semua ini. Aku penat di realiti, aku penat di fantasi. Walaupun aku hanya berkurung di dalam rumah, kelihatan seperti mereka yang tidak melakukan apa-apa pekerjaan, tetapi minda ini, hati ini, kepenatan dengan semua ‘permainan’ inii. Aku nak keluar daripada permainan ini, tapi bagamana? Sedangkan minda dan hati ini berada di dalam badan aku. Apa akan terjadi seandainya aku hendak membuang hati dan minda daripada badan aku? Bukankah aku akan menjadi gila? Tapi, aku betul-betul dah penat melayan kekeliruan minda terhadap ilusi dan realiti dan juga penat melayan kekosongan hati ini. Aku takut kepenatan itu bertukar kegembiraan, kegembiraan merasa  erti kesakitan, hinggakan hati dan minda ini merindui akan erti kesakitan dan kesengsaraan, di saat perasaan itu hilang. Aku tidak mahu merasa gembira di saat aku kesakitan, kerana aku takut kegembiraan itu bukan kerana ingin berusaha membuang kesakitan dan kesengsaraan tetapi gembira merasai erti kesakitan dan kesengsaraan.
Aku mengkhayal lagi di depan Shina. Aku tidak tahu dah berapa lama aku berjalan dengan Shina. Aku tidak kisah pula realiti aku disaat aku melayan permainan minda. Aku selalu mencuba membuang semua itu, tetapi akhirnya datang kembali di saat hati aku kekosongan. Minda aku menganggap bahawa permainan minda boleh menghilangkan kekosongan hati yang akhirnya hanyalah menambahkan lagi kekosongan. Mana mungkin perkara ilusi yang diberikan oleh permainan minda boleh mengisi hati aku. Hasil permainan minda itu adalah ilusi, kenapa sesuatu yang ilusi itu boleh memberi sesuatu kepada hati aku. Tapi, bukankah manga dan anime juga ilusi, jadi kenapa hati boleh terasa perasaan yang diluahkan oleh manga dan anime? Adakah aku terlepas memandang sesuatu? Aku bingung lagi dengan permainan minda ini. Aku ingatkan semua itu bukan permainan minda tetapi minda pandai menyelimuti permainannya dan mempengaruhi hati aku untuk ‘join’ permainan itu, permainan yang dianggap oleh hati bukan sebagai permainan tetapi selimut. Malang sekali hati jatuh dengan tipu muslihat minda. Tapi hati juga tahu bagaimana nak mempermainkan minda.

 “Amad, awak nak ponteng eh?”, kata Shina meleburkan permainan fantasi aku.

“Ya, waktu kedua kelas baru saya akan ke sekolah. Saya rasa penat. Saya tidak seberapa aktif pada waktu pagi.”

Aku hanya melihatnya. Aku berharap dia tinggalkan aku bersendirian di sini. Tapi itukah hati aku mahu? Kenapa ada suatu perasan di hati ini yang berharap agar Shina boleh temankan aku? Inilah hati, tidak mahu belajar daripada pengalaman. Berapa kali dah sakit tetapi akhirnya jatuh kembali di tempat yang sama. Pelik sungguh hati ini, lagi pelik seandainya cinta romantik menguasainya. Bukankah selama ini aku telah mengambil langkah berjaga-jaga agar aku tidak akan jatuh cinta, tetapi sejak bila hati itu boleh dihalang untuk merasai cinta. Perasaan cinta yang pelik. Cinta yang memberi manusia harapan untuk hidup, cinta yang memberi manusia tujuan hidup… Memberi kebahagian. Dan di kala cinta itu hanya bertepuk sebelah tangan, manusia juga belajar sesuatu. Ada manusia menjadi matang kerana cinta. Tapi ada manusia yang hancur kerana cinta.

Tapi, hati aku dah rosak. Aku tidak lagi mengharapkan semua itu. Aku tidak mahu lagu rasai cinta. Aku tidak mahu lagi harapan dan semangat yang diberikan oleh cinta. Aku tidak mahu kegembiraan kerana cinta ….Kerana aku takut aku akan kecewa. Aku takut aku akan diilusikan dengan cinta hingga menyebabkan hati aku menjadi parah yang akhirnya mengajar hati aku untuk tidak lagi mempercayai kewujudan cinta, pada zaman moden ini. Pelik sungguh hati aku ini. Sebenarnya aku ada berapa hati? Dua? Tiga? Atau hati itu hanya satu cuma suara hati yang banyak yang didengari oleh hati itu sendiri? Pelik sungguh minda ini apabila mempersoalkan hati. Tetapi, mungkinkah minda masih lupa bagaimana hati juga pandai mempersoalkan  minda?

“Amad, saya nak ikut boleh?”, dia mengejutkan aku lagi daripada ilusi aku.

“Kenapa?”, soal aku. Hati aku terasa ‘macam’ gembira. Siapa yang tidak gembira apabila manusia yang dicintai mengatakan perkataan yang kita nak?

“Saya nak berkawan rapat dengan awak boleh?” jawap dia.  Perkataan yang bakal menggembirakan atau menyedihkan, tetapi biasanya hati nak kegembiraan sebab itu hati itu memilih kegembiraan tanpa memikirkan kesedihan. Gembira di saat ini kerana berharap akan gembira di akhirnya, tapi malang sekali kerana ada kemungkinan bahawa gembira di saat ini tidak bermakna akan gembira di saat akhir. Mungkin ada yang memahami ayat itu dan ada juga tidak. Semuanya berdasarkan pengalaman, sama ada pengalaman sendiri atau pengalaman yang didapati hasil pemerhatian, pembacaan... Mungkin.

“Kenapa?”, soal aku lagi.

“Adakah saya perlukan sebab untuk kenal awak?”

“Ya, kerana saya takut saya salah faham.”

Dia senyum.

“Awak ini peliklah. Berapa ramai manusia seperti awak. Terlalu lost in thought. Thought yang hanya menyedihkan hati awak.”

Aku hairan. Lost in thought? Rin? Kenapa aku teringatkan Rin? Ingat Amad, dia bukan Rin. Wahai hati, wahai minda, ingat dia bukan Rin..

“Amad, aku nak temankan awak. Aku harap awak tak tolak tawaran saya seperti tempoh hari.”

Aku diam. Aku tidak tahu apa yang perlu aku lakukan. Tapi, aku perlu lakukan sesuatu.

“Boleh. Tapi saya nak ponteng kelas. Awak ok?”

“Ok.”

Aku memandang dia lagi.

“Shina, aku rasa aku pernah jumpa awak.”

“Jumpa saya? Di mana? “

“Tidaklah. Mungkin ilusi saya.”

Dia hanya senyum.

“Amad, awak nak ke mana?”

“Tepi pantai. Saya nak berjalan-jalan.”

“Ok. Saya nak ikut awak.”

Minda aku bermain lagi. Kali ini kenapa pula minda aku terfikir bahawa Shina ini sebenarnya tidak wujud. Dia wujud di ilusi kerana minda aku tidak lagi boleh pisahkan ilusi dan realiti. Dia tidak wujud di realiti, dia hanya wujud di fantasi aku yang telah minda aku realitikan agar aku boleh gembira. Bukankah minda aku seperti itu? Seandainya aku rasa kosong di realiti, aku akan ke fantasi dan akhirnya aku gembira di fantasi.

Tapi kali ini, minda aku telah berjaya merealitikan fantasi aku, di mana Shina adalah hasilnya. Shina itu ilusi. Shina di depan aku adalah lain daripada Shina di kelas aku, kerana hati aku gembira. Bukankah hati aku hanya gembira di fantasi dan jarang rasa gembira di realiti, maknanya sekarang aku berada di fantasi. Pemikiran apakah ni? Betulkah semua itu? Betulkah apa yang dikatakan oleh minda aku ini?

Tidak! Ya, aku yakin minda aku salah. Shina di depan aku bukan ilusi. Bagaimana aku boleh lupa manusia yang aku cintai. Walaupun aku ada penyakit tidak boleh pisahkan ilusi dan realiti tetapi kali ini aku yakin bahawa manusia yang berada di depan aku ini bukan ilusi. Dia real. Dia wujud di realiti aku.

Aku bingung dengan perasaan ini. Apabila aku melihat Shina, hati aku akan katakan bahawa aku mencintainya, tetapi apabila aku melihat Rin, hati aku berdegup pula menandakan bahawa aku mungkin menyukai Rin. Bodohlah hati ini. Aku tidak boleh mencintai Rin, sebab dia itu ilusi, tetapi bukankah aku juga tidak boleh mencintai Shina, kerana seperti tidak adil seandainya aku mencintai dua wanita. Dua wanita!? Selain Shina siapa!? Rin!? Bukankah dia ilusi? Hati aku dah mulakan permainannya.

Aku memandangnya dengan pandangan tajam.

“Amad, jangan pandang saya seperti itu. Saya rasa lain.”

“Maaf. Saya hanya teringatkan sesuatu.”

“Hmmm.”, dia hanya senyum.

“Shina saya nak tanya sesuatu.”

“Boleh.”

“Awak di bukan ilusi saya kan?”

“Kah kah kah. Apa yang awak cakap ni? Tapi seandainya saya ilusi, adakah awak akan tinggalkan saya?”

“Saya tidak tahu.”

“Amad, jangan terlalu lost in thought. Takut awak tidak boleh bezakan fantasi dan realiti.”

Aku diam.

“Awak ini bukan ilusi saya kan?”, soal aku lagi.

“Bukan.”, dia hanya senyum dengan soalan hyper super bodoh aku.

Hati aku lega. Aku masih boleh mengawal minda aku. Setakat ini aku masih boleh bezakan fantasi dan realiti.

“Amad, ada kalanya awak harus pandai keluar daripada dunia awak. Jangan terlalu lama berada di dunia awak. Ada masanya dunia itu awak harus tinggalkan sementara, agar awak boleh hidup di dunia orang lain. Dan agar awak boleh merasa kegembiraan realiti. Jangan bazirkan anugerah itu. Anugerah realiti.”

“Hmmm.”, aku hanya senyum.  Dia tidak faham apa itu ‘dunia aku’ sebab itu dia cakap seperti itu. Berapa ramai manusia yang suka mengeluarkan pendapat sebelum mereka benar-benar memahami suatu benda. Sebab itu kalau aku ada masalah aku tidak suka ceritakan kepada siapa-siapa kerana mereka bukannya mahu memahami pun. Eh jap. Sebab bila aku ada kawan untuk meluahkan masalah aku? Permainan minda yang tidak difahami oleh aku di realiti ini.

Aku dan Shina sampai di tepi pantai. Angin yang datang dari arah laut memberi aku kesegaran. Aku melihat Shina. Rambutnya berterbangan ditiup angin. Aku melihat dia. Dan hati aku berbisik.
“Aku nak jaga dia, tetapi aku tahu yang aku tidak boleh bersamanya selagi minda aku masih dalam keadaan keliru antara ilusi dan realiti. Aku nak pegang tangan dia. Aku nak jaga dia. Aku nak peluk dia. Tapi aku tidak boleh. Aku tahu aku harus sedar diri.”

Aku memandang semula laut. Aku melihat laut yang tiada penghujungnya seperti mana fantasi aku yang tiada penghujungnya. Tetapi bukankah di hujung laut sana ada penghujung laut, maknanya suatu hari nanti aku akan jumpa penghujung fantasi aku. Aku harap suatu hari nanti aku tidak lagi  jadikan fantasi aku tempat untuk menyorok ketika realiti menyedihkan aku. Aku tidak boleh melayan fantasi aku seperti itu. Aku nak rasa apa perasaan memasuki dunia fantasi di saat aku gembira di realiti. Aku nak rasa apa perasaan  memasuki dunia virtual di saat aku gembira di realiti dan fantasi. Aku nak rasa perasaan itu.

Minda mengulang lagi permainannya. Permainan yang memberi harapan kepada hati. Harapan? Harapan palsu atau tidak, hati aku tidak kisah asalkan harapan itu boleh menyuruh badan untuk berusaha, itupun seandainya badan tidak penat dengan permainan hati dan minda.

“Aku tak nak jadikan fantasi dan virtual aku tempat untuk melarikan diri daripada dunia realiti aku. Aku harap aku akan menjumpai penghujung itu. Penghujung kekosongan hati aku dan kesakitan minda aku. Minda yang semakin hari semakin parah melayan ilusi aku”, minda aku mengulangi lagi kata-kata itu agar didengari oleh hati.


Cinta

Manusia merasakan kegembiraan cinta atas kesedihan orang lain. Adakah kegembiraan cinta itu adil kepada mereka yang merasakan kesedihan? Terletak kepada mereka yang sedih sama ada dia nak jadikan kematangan datang kerana kesedihan atau kesakitan itu datang kerana kesedihan cinta. Pilih yang mana? Tapi kesakitan kerana cinta itu ada jenisnya. Ada kerana cinta yang bertepuk sebelah tangan dan ada juga yang cinta yang tidak kesampaian. Mungkin…..


Aku dan Shina berjalan di sepanjang pantai. Cahaya matahari nampak suram, tetapi kesuraman cahaya matahari membuat manusia gembira. Bukankah manusia di realiti ini seperti itu? Gembira melihat musuhnya kecewa dan muram. Bukankah aku hidup di realiti seperti itu? Manusia berlumba-lumba menjadi hebat kerana ingin terkenal dan apabila saingannya suram kerana kekalahan maka si pemenang tersenyum di dalam hati. Bukankah aku hidup di dunia moden seperti itu? Atau aku salah?
Aku berjalan dengan dia. Dia hanya diam sahaja. Aku berjalan di belakang. Dia pula berjalan di hadapan. Sebenarnya aku tidak suka jalan di depan. Aku lebih suka seandainya aku berjalan di belakang, kerana aku boleh lihat manusia yang berjalan di depan. Apalagi manusia depan aku itu adalah gadis yang aku cintai.

...

Inilah cinta. Kenapa aku mudah jatuh cinta yang akhirnya hanya membawa kesedihan kepada hati aku. Senang jatuh cinta tetapi susah pula untuk melupakannya. Lagi malang lagi apabila hati tidak mahu menerima nasihat minda. Hati dah berbalut kerana luka dahulu tetapi hati tetap mahu terluka lagi. Pelik sungguh hati manusia.

Shina menoleh ke belakang. Dia memandang aku dengan senyuman di bibirnya. Aku hanya memandang dia tetapi aku tidak balas senyumannya. Pagi ini malas aku nak berlakon senyum. Aku bosan dan penat dengan lakonan aku di realiti ini. Aku penat hidup di realiti moden. Aku nak lari ke suatu tempat yang aku tidak tahu sama ada wujud atau tidak, sebab itulah aku berfantasi kerana dalam fantasi itu aku telah jumpa tempat yang aku cari selama ini. Walaupun akhirnya hati aku kembali kosong apabila aku teringat bahawa tempat itu hanya wujud di dunia fantasi rekaan aku. Aku penat. Aku betul-betul penat mencari tempat itu.

Aku pernah mahu berputus asa untuk mencari tempat itu, tetapi ada kalanya harapan akan kembali ke hati aku. Secara jujurnya aku betul-betul dah penat hidup di realiti ini. Aku mahu terbang ke tempat di mana hati aku gembira. Aku tidak mahu kegembiraan yang  datang daripada perkara yang ilusi dan palsu, kerana aku tahu kegembiraan itu akan hilang.

Dalam minda ini, aku terus mencari tempat itu. Dalam minda aku terbang ke serata dunia. Aku mengkaji budaya Jepun, aku terbang ke Korea, China, ke sebuah negara semata-mata hendak mencari tempat itu. Tapi, akhirnya aku kecundang dalam minda aku. Minda ini telah mengajar aku erti fantasi. Minda ini juga mengajar aku erti virtual yang wujud di dunia fantasi. Hati aku kosong. Walaupun dalam minda ini aku masih terbang jauh, tetapi di saat aku kembali ke realiti, baru aku sedar yang aku masih terperangkap dalam realiti moden ini.

“Amad, awak memang suka mengkhayal?”, minda aku kembali ke realiti.

“Ya.”

“Kenapa?”, soal dia lagi.

“Nak lari daripada realiti.”

“Awak gembira?”

“Ya, walaupun sementara.”

“Sementara?”, Shina ‘membuat’ muka hairan. Lawa.....Lawa berdasarkan hati aku, berdasarkan hati manusia lain, aku tidak tahu.

“Ya..”, jawab aku.

“Amad, awak ada kawan rapat tak?”

“Ada…Mungkin.”

“Hati awak dah lama berkurung di sangkar ilusi itu. Saya rasa dah tiba masanya awak keluar daripada sangkar itu.”

“Saya tidak mahu. Saya lebih pilih terperangkap dalam sangkar itu.”, adakah dia tahu bahawa apa itu sangkar ilusi? Adakah dia tahu bahawa ilusi itu aku boleh ‘lihat’ dengan mata aku? Ilusi fantasi dan ilusi virtual. Mungkin dia tidak tahu. Dia hanya tahu berkata-kata sahaja.

“Kenapa?”, soal dia lagi.

“Saya lagi gembira di dalam sangkar itu.”

“Kalau saya bantu awak keluar daripada sangkar tu, boleh?”

“Tiada manusia yang boleh bantu saya.”

Saya berkata-kata di dalam hati – bagaimana dia nak bantu aku keluar daripada ilusi itu. Butakan mata aku? Bagi aku dadah? Hantar aku pergi hospital sakit jiwa? Atau meninggalkan aku seandainya dia tahu perkara yang sebenarnya?

“Kalau saya bantu awak melalui percintaan?”, sambung dia lagi.

“Tidak boleh.”

“Kenapa?”

“Saya tak layan sangat benda macam tu. Lebih baik saya bercinta dalam ilusi saya.”

“Awak tak percaya cinta itu wujud di realiti?”

“Ya. Berapa ramai manusia realiti bersedih hanya kerana cinta moden.”

“Amad, awak ni pelik lah.”

“Shina…”

“Ya.”

“Awak nak join saya   tak lari daripada realiti ini?”

“Macam mana?”

“Aku tidak tahu. Mungkin macam manga Gaussian Blur.”

“Gaussian Blur?”

“Just joking.”

Dia hanya senyum. Beberapa saat kemudian dia pun berkata-kata.

“Amad, sampai bila awak nak lari daripada realiti.”

“Selama-lamanya.”

Dia diam lagi. Aku pun diam. Dia sambung perjalanannya. Aku tersenyum. Tidak sangka aku boleh bercerita mengenai hal itu dengan seorang yang aku tidak terlalu rapat. Bukankah hidup sosial macam itu. Walaupun aku anti-sosial tetapi aku juga harus bersosial. Bukankah manusia senang rapat dengan manusia yang sesuai dengan jiwanya walaupun manusia itu baru mengenali antara satu sama lain? Atau aku salah? Sebenarnya aku tidak tahu kerana aku tidak pernah merasai perasaan itu. Aku hanya ‘merasai’ perasaan itu ketika aku melayan anime atau manga.

Dia terus berjalan. Aku tahu apa yang dia fikirkan. Mungkin dia anggap aku ini orang gila kerana selalu berfantasi. Manusia yang hanya tahu berfantasi dan tidak suka dengan realitinya. Aku dah biasa dengan semua itu. Aku selalu mendengar bahawa mengkhayal ini bahaya, tetapi apa dayaku. Aku dah lama penat di realiti dan aku tidak tahu lagi apa yang aku perlu buat di dunia realiti ini di mana semuanya dikawal dengan menggunakan sistem kapitalis. Aku bukannya membenci kapitalis, aku hanya membenci hasil yang ‘ditunjukkan’ oleh sistem kapitalis. Bukankah itu sama sahaja? Hipokrit.

Aku teringat kisah zaman sekolah rendah aku di mana seorang manusia yang suka daydreaming telah dikatakan bahawa dia menghidap ‘penyakit’ ADHD (attention deficit hyperactivity disorder). Tapi bagi aku, dia bukan ada penyakit itu. Dia hanya daydreaming. Dia daydreaming kerana bosan di dalam kelas. Cuba fikirkan, manusia yang dikurung berjam-jam di dalam kelas, mendengar perkara yang telah disusun, disuruh duduk selama sejam tanpa dibenarkan berkata-kata  - adakah minda mereka boleh melalui semua itu? Ada yang boleh dan ada yang tidak boleh. Tapi sayang sekali mereka yang tidak boleh menghadapi semua itu akan dikatakan menghidap ‘penyakit’ ADHD kerana mereka tidak mampu ‘masuk’ ke dalam realiti kelas.

Aku malas memikirkan semua itu. Kisah itu dah lama berlalu. Mungkin aku harus melayan benda lain di dalam minda ini.


Aku ini termasuk dalam kalangan manusia yang tidak mampu hidup dalam sistem kapitalis. Aku juga dalam kalangan mereka yang memberontak kerana sistem ini. Aku tidak boleh bergembira bersama mereka yang berjaya dalam sistem rekaan manusia ini. Aku nak memberontak tetapi aku dah lama penat. Apa guna aku membantah kapitalis seandainya aku bakal menghancurkan kegembiraan orang lain. Biarlah mereka gembira. Biarlah aku sedih. Kerana aku ada dunia lain. Dunia yang akan berubah menjadi realiti suatu hari nanti. Dunia di mana aku boleh berjumpa dengan Rin yang personalitinya sama dengan Shina. Aku kenal Rin sebelum aku kenal Shina, tetapi aku telah jatuh cinta dengan Shina, dan Rin pula – aku tidak tahu apa yang hati aku tengah rasakan.

Mestilah aku jatuh cinta dengan Shina, bagaimana pula aku boleh jatuh cinta dengan Rin yang hanya wujud di virtual aku. Tapi seandainya Rin itu real, aku akan memilih dia berbanding dengan Shina. Secara jujurnya aku masih memilih Rin walaupun aku tahu dia ilusi aku, kerana -adakah aku layak mencintai Shina yang ada di realiti aku, sedangkan aku pula membenci realiti aku? Dan bagaimana aku nak bawa Shina ke fantasi aku, ke virtual aku? Adakah aku hanya perlu berfantasi mereka Shina di ilusi aku? Seandainya aku ‘reka’ Shina di ilusi aku maka dia itu bukan Shina, kerana Shina hanya ada di realiti sahaja.

Aku juga takut aku bakal kecewa seandainya aku melayan cinta di realiti. Aku lebih suka melayan cinta di dunia  fantasi dan cinta di dunia virtual kerana itu sahaja dunia yang aku suka. Biar saja aku kecewa melayan romantik di ilusi asalkan aku tahu bahawa kecewa itu hanya kecewa ilusi yang aku rasa di ilusi aku. Aku tahu hati aku dah rosak tetapi itu apa yang hati aku rasa. Aku tidak mahu hipokrit mengatakan aku gembira di saat hati aku sakit dan sedih. Aku tidak tahu macam mana nak lakonkan karakter itu.

(Pernah rasa kecewa di fantasi, ataupun manusia itu selalu berfantasi yang hanya menggembirakan hatinya)

(Kecewa di fantasi tidak sama kecewa di realiti kecuali tujuan seseorang itu berfantasi adalah untuk harapan di realitinya, bukan untuk harapan di ilusinya.)

Ya, aku berharap untuk menghilangkan semua ini, hilangkan pemikiran ini, hilangkan kekosongan ini, tetapi aku tidak tahu bagaimana. Aku tiada apa-apa yang aku nak, dan aku tidak ada apa-apa yang boleh aku usahakan untuk masuk semula ke dunia kapitalis moden ini. Mungkin aku boleh tumpang gembira sahaja di saat manusia lain tersenyum, mungkin itu yang terbaik. Sebab itulah aku belajar untuk senyum di saat hati aku penuh dengan kekosongan, kerana mungkin senyuman aku boleh menaikkan semangat manusia lain untuk hidup di realiti ini. Aku belajar senyum di saat hati aku sedih, kerana itu apa yang aku belajar di saat aku melayan fantasi rekaan manusia lain, itu yang aku belajar di dunia 2 dimensi.

Aku gembira di atas kegembiraan mereka. Mungkin itu sahaja yang boleh aku lakukan di dunia realiti ini. Tapi, aku cemburu. Aku cemburu kerana mereka ada cita-cita yang mereka impikan. Aku pun nak impian tetapi aku tidak tahu apa impian aku. Aku tidak ada impian untuk aku capai. Aku juga belajar daripada dunia fantasi rekaan manusia lain --- mereka ajar aku bahawa jangan suka merendahkan impian orang lain dan jangan ketawakan usaha orang lain walaupun usaha itu kita anggap sia-sia. Itulah yang aku pelajari sebab itulah aku suka melihat mereka yang berusaha tanpa dipengaruhi oleh manusia lain kerana aku cemburu dengan usaha mereka.


Aku senyum. Aku melihat ke hadapan. Aku melihat Shina. Dia berjalan seperti biasa. Pertama kali aku jumpa dia ketika aku naik basikal. Masa itu dia berjalan bersendirian. Aku tahu bahawa dia jenis manusia yang ada impian, sebab itulah senyumannya bercahaya. Langkahnya bersemangat dan mukanya berseri. Dia suka kehidupannya. Dia suka realitinya.

Aku tertanya-tanya adakah dia suka aku. Seandainya dia suka aku maknanya ada perkara yang aku perlu lakukan. Bukankah --- adakalanya  lelaki itu muncul dalam kehidupan seorang perempuan kerana hendak mengajar perempuan itu menjadi wanita yang lebih baik untuk lelaki lain. Bukankah aku termasuk dalam golongan seperti itu. Aku dan dia tidak boleh bersama kerana penyakit minda dan hatiku ini, dan aku tidak mahu berharap dia membantu aku menghilangkan penyakit ilusi aku ini. Aku tidak mahu berharap dia membantu aku keluar daripada sangkar ilusi aku ini. Sebab aku tahu seandainya aku berharap dia membantu aku untuk sembuhkan hati dan mindaku ini maknanya aku bukan mencintai dia, tetapi aku hanya nak bantuan dia. Bukankah ada ayat yang mengatakan - hati-hati dengan manusia yang kita hendak cintai, kerana ramai manusia bukan mencari cinta tapi kebanyakan mereka mencari bantuan.

Aku tidak mahu menjadi seperti itu. Aku tidak mahu menjadi manusia mencari cinta hanya kerana ingin bantuan. Biarlah penyakit ini aku seorang sahaja usahakan untuk sembuh. Aku pilih jalan ini dan aku tidak mahu sesiapa pun masuk campur dalam dunia fantasi dan virtual aku.


Dia memusing ke arah aku lagi.

“Amad, saya suka awak.”

Aku diam.

“Saya…….”

“Awak tak perlu balas sekarang. Saya tahu awak tak kenal saya lagi, tetapi saya rasa saya dah lama kenal awak.”

Aku diam. Hati aku sakit. Aku tidak tahu kenapa. Mungkin dia cakap yang dia telah lama kenal aku. Sebenarnya itulah perkataan yang menyakitkan aku. Aku tidak suka manusia mengatakan bahawa dia telah lama kenal aku, kerana sepanjang hidup aku …aku jarang rapat dengan manusia lain. Mereka katakan bahawa seseorang itu rapat kerana seseorang itu banyak menghabiskan masanya dengan seseorang itu. Siapa cakap seperti itu? Aku tidak percaya benda seperti itu. Bukankah ada manusia yang jarang berjumpa tetapi mereka sangat rapat?

“Amad, saya tahu awak ada problem. Dan saya juga tahu yang awak tidak suka sesiapa pun masuk campur.”

“So.”, aku keluarkan ayat yang boleh menyakitkan hati dia.

“Saya tidak akan masuk campur. Cuma saya nak temankan awak.”

“Sebenarnya saya dah ada teman seperti itu.”

“Adakah dia real atau ilusi?”

“Apa beza seandainya dia itu real atau ilusi?”

Dia hanya diamkan diri sahaja.

“Amad, saya nak ke tandas dulu. Nanti jumpa di restoran yang kita jumpa tadi.”

“Ok.”

Dia berlalu pergi, seperti mana Rin yang berlalu pergi di saat aku bersendirian di tepi sungai di dunia virtual itu. Tapi aku tidak pernah berharap sesiapa pun akan berdiri di sisi aku selama-lamanya. Aku tidak penah berharap ada manusia temankan aku menjalani kehidupan kosong aku ini. Aku tidak pernah berharap benda itu wujud sama ada di realiti, fantasi atau virtual aku. Aku telah belajar makna bersendirian di realiti, fantasi dan virtual aku, dan aku suka perasaan itu. Mungkin perasaan itu sesuai dengan hati dan minda aku yang dah rosak ini.

Dia hilang dari pandanganku. Aku sambung berjalan. Aku mendengar bunyi ombak. Hati yang kosong tidak akan faham makna bunyi ombak itu. Kalau aku cuba memahaminya maknanya aku telah khianat dengan bunyi ombak kerana aku tafsir bunyi ombak itu berdasarkan kekosongan yang ada di dalam hati aku. Adilkah aku mentafsir bunyi ombak berdasarkan hati aku yang kosong ini? Nanti aku hanya mentafsir bunyi ombak itu berdasarkan erti kosong yang bersarang di hati aku. Lebih baik aku hanya mendengar bunyi ombak itu tanpa cuba memahaminya.

Aku terus berjalan. Matahari makin menaik tetapi cahayanya masih suram. Aku terfikir kisah tadi. Kisah di mana Shina mengatakan bahawa dia menyukai aku. 

Sebenarnya kawan yang temankan aku itu adalah ilusi aku. Kawan yang temankan aku di saat aku rasa kekosongan sebenarnya adalah Rin, tapi aku tidak berharap dia temankan aku selama-lamanya. Aku akan lepaskan dia, walaupun dia ilusi aku yang boleh aku kawal, tetapi aku lebih suka berseorangan di saat hati aku sakit kerana erti kekosongan itu. Kekosongan yang lahir di dunia moden aku. Hati aku betul-betul dah rosak. Dan aku tidak mahu rosakkan hati Rin walaupun dia ilusi aku. Aku tidak mahu mengawal Rin berdasarkan hati aku yang kosong, walaupun dia sentiasa hadir di dunia virtual aku di saat hati aku kekosongan. Tapi aku harus ingat, Rin itu ilusi aku dan dia tidak akan dapat membantu aku. Begitu juga dengan Shina. Walaupun dia benar-benar wujud di realiti, tetapi aku anggap dia juga seperti Rin, ilusi yang aku takutkan. Ya, lebih baik aku anggap Shina itu sekadar ilusi aku di realiti. Minta maaf Shina, mungkin aku akan menolak cintamu, walaupun aku mungkin ada perasaan terhadapmu.

Aku tidak mahu melayan cinta realiti, tapi seandainya aku tidak boleh mengawal hati ini maka aku harus belajar erti lepaskan dia di saat dia menjumpai seseorang yang lebih baik daripada aku.
“Bukankah ‘pain’ itu seronok untuk dirasakan”. Aku tidak tahu siapa yang ungkapkan kata-kata itu, sama ada hati atau minda aku. Aku teringat anime Tokyo Ghoul:

Pain is your friend,
pain is your ally.
Pain tell you when you have been wounded badly.
But you know what the best thing about pain is?
It tells you
YOU’RE NOT DEAD YET

...

Aku berjalan ke arah restoran yang dikatakan oleh Shina. Sampai di tempat itu aku nampak Shina sedang duduk. Aku nampak mukanya macam tengah bersedih. Tak sangka manusia happy-go-lucky seperti dia pandai buat muka seperti itu. Aku jalan ke arah dia. Dia senyum. Aku tak pasti sama ada senyuman itu palsu atau tidak tapi berdasarkan hati aku yang kosong ini mentafsirkan bahawa dia sedang berlakon senyum, seperti mana aku selalu buat.

“Lama tunggu.”, ayat yang aku baru fikirkan untuk diluahkan.

“Tak.”, jawapan yang biasa aku dengar di dunia anime atau manga jepun.

“Kenapa awak berlakon senyum?”

“Ini bukan lakonan. Bukankah kita harus senyum dengan orang lain?”

“Mungkin.”

“Amad. Jangan selalu berlakon. Nanti awak akan kecewa. Be yourself. Bukankah itu yang terbaik?”

“Be yourself? Sebenarnya saya dah lama lupa macam mana nak berlakon gaya ‘be yourself’? Saya dah lama tinggalkan benda tu. Seandainya saya lakonkan gaya tu, maknanya saya tidak akan wujud di realiti ini.”

“Jangan berfikiran seperti itu.”

“Hmmm.”

“Jom. Kelas kedua akan bermula dalam masa tiga puluh minit.”

“Jom.”

Aku dan Shina jalan ke arah sekolah. Dalam masa 15 minit, kami sampai di pagar sekolah. Kami lalui pagar belakang. Aku jalan ke arah tandas dan dia jalan ke arah kelas. Aku tak nak jalan bersama dia di sekolah ini. Aku takut nanti ada yang salah faham dan kecewa. Bukan kecewa kerana aku berjalan dengan Shina, kecewa kerana mereka nampak Shina berjalan dengan lelaki lain, apa lagi lelaki loser seperti aku.

Sampai di tandas aku hanya berdiri di depan tandas. Sekolah ini bagi aku seperti penjara. Penjara untuk manusia yang tiada impian seperti aku, tetapi bagi manusia yang ada impian tempat ini adalah tempat yang sesuai untuk mencapai impian itu. Aku tak layak datang ke sekolah. Berapa ramai manusia yang ada impian tetapi tidak mampu ke sekolah, sedangkan aku masih terperangkap dalam ilusi bodoh aku, di saat mereka terpaksa lupakan impian mereka.

Sebenarnya aku dah malas nak masuk kelas hari ini. Keluar tandas aku terus berjalan ke arah bumbung bangunan sekolah aku. Bangunan ini adalah yang tertinggi dalam kawasan sekolah. Sampai di pintu nak ke bumbung, aku keluarkan kunci dan membuka pintu itu.

Semasa aku lepak di atas bumbung aku tertidur sebentar. Masa bunyi loceng rehat baru mata aku terbuka. Aku pergi ke kelas. Sampai di kelas aku duduk di bangku aku, di belakang sekali. Tempat yang paling aku sukai, kerana boleh mengkhayal tanpa cikgu perasaan.

Ketika aku duduk, kawan yang duduk di sebelah aku menegur aku.

“Amad, kau dari mana?”

“Dari Pluto.”

“Kah kah kah. Jangan buat lawak bodoh boleh tak?”

“Aku dari tepi pantai. Jalan-jalan.”

“Amad, kau lepak dengan Shina kan?”

“Macam mana kau tahu?”

“Aku nampak kau dan Shina pagi tadi. Korang jalan ke arah pantai.”

“Oh..”

“Kau suka dia?”

“Tidak tahu.”

“Aku suka dia Mad.”

“Nak aku bantu.”

Muka dia kelihatan marah.

Tiba-tiba dia menarik aku keluar kelas. Dia membawa aku ke arah pintu bumbung bangunan.

“Amad, buka pintu ni.”

Dia tengah serius, maknanya aku juga perlu serius. Aku membuka pintu itu.

“Amad, aku suka Shiina.”

“Nak aku bantu kau?”

Dia melepaskan penumbuknya di muka aku.

“Amad, aku tahu dia suka kau, dan aku juga tahu kau suka dia. Tapi kenapa kau nak bantu aku?”

“Kalau aku suka dia, tak bermakna aku dan dia boleh bersama.”

“Sebab itu kau nak bantu aku?”

“Ya.”

“Kau ni sial lah. Kalau Shina tahu mesti dia sedih.”

“Dia tidak akan tahu selagi kau tidak beritahu dia.”

Aku memandang dia. Dia juga memandang aku. Mulut aku berdarah.

“Amad, kau dah luahkan perasaan kau?”

“Belum, dan aku tak nak luahkan.”

“Kenapa? Kau takut dia tolak perasaan kau? Bukankah dia suka kau?”

“Aku tidak layak untuk dia. Aku tak suka layan cinta realiti.”

“Sampai bila kau nak benci realiti kau?”

“Sama ada aku benci atau suka realiti aku, aku tetap rasakan yang aku ni tidak layak untuk dia.”

“Kenapa?”

“Sebab, aku tak percaya cinta realiti.”

“Jadi cinta apa yang kau percaya?”

“Cinta itu ilusi, maknanya hanya ada satu cinta sahaja yang real, iaitu cinta di ilusi.”

“Kau nak selama-lamanya tenggelam dalam dunia fantasi kau?”

“Kalau itu yang menggembirakan aku, lebih baik aku pilih fantasi aku.”

Dia hanya berdiam. Aku tahu dia tahu masalah aku walaupun aku tidak pernah beritahu dia. Dia ini kawan aku sejak kecil.

“Kau gembira dengan ilusi kau?”

“Gembira tapi tidak kekal.”

“Jadi?”

“Zainal, sebenarnya aku tafsir gembira itu berdasarkan hati aku. Seandainya hati aku kosong, aku akan tafsir gembira dalam erti kosong. Begitu juga dengan cinta, sedih, dan semua perasaan.”

“Sebab itulah kau anggap semua perasaan itu ilusi?”

“Ya.”

Dia diam lagi. Tiba-tiba dia menoleh ke arah pintu. Dia jalan ke arah itu dan membuka pintu. Ketika dia menolak pintu itu, aku ternampak Shina. Dia hanya senyum. Dalam hati, aku terfikir sampai bila dia nak senyum.

Zainal memandang aku kembali.

“Mad, minta maaf sebab aku pukul kau.”

“Jangan risau benda tu. Aku faham.”

Dia berjalan balik ke arah aku dan berbisik

“Aku sebenarnya tidak suka Shina, aku hanya nak tahu apa perasaan kau, tapi tak sangka Shina dengar.”

Selepas dia berbisik ayat itu, dia berlalu pergi.

Shina berjalan ke arah aku.

“Amad, kenapa awak nak bantu dia dapatkan saya?”

“Sebab dia sesuai untuk awak.”

“Bagaimana dengan hati awak?”

“Hati aku dah lama kosong.”

Dia diam. Dia buat muka marah.

“Awak ni bodoh. Bukankah awak suka saya?”

“Ya, tapi suka sama suka bukan alasan untuk bersama.”

“Apa pengalaman yang awak lalui sampai awak boleh cakap macam tu?”

“Pengalaman? Saya tidak perlukan pengalaman untuk keluarkan ayat itu. Semua itu logic manusia moden.”

“Seandainya awak bantu dia, adakah awak pasti awak boleh ubah perasaan saya?”

“Ya, saya pasti.”

“Bagaimana?”

“Awak sebenarnya bukan suka saya. Awak tak kenal saya lagi.”

“Suka tak perlukan masa.”

“Ya, suka tidak perlukan masa tapi bagaimana dengan cinta?”

“Maksud awak?”

“Perasaan cinta itu boleh diubah. Cinta di realiti ini adalah cinta ilusi. Perasaan bodoh itu boleh berubah di saat awak jumpa manusia lain.”

“Awak silap.”

“Saya silap? Jadi apa penjelasan yang awak boleh bagi untuk terangkan kenapa  cinta boleh musnah setelah manusia bercinta?”

“Sebab mereka tidak boleh bersama.”

“Saya anggap itu juga jawapan untuk kes kita.”

Dia hanya diam. Aku kejam. Ya aku kecam. Tapi aku tidak mahu dia terluka seandainya aku masih pentingkan diri sendiri dan terima perasaan dia. Aku nak ajar dia erti cinta. Biar dia belajar bahawa suka sama suka bukan alasan boleh bersama. Biar dia boleh menjadi matang dan menjadi wanita baik untuk lelaki lain. Bukankah itu yang terbaik?

“Awak ni tiada hati.”

“Ya, saya tiada hati.”

“Awak ni tiada hati.”, dia ulang lagi.

“Sama ada saya ada hati atau tidak, adakah cinta itu akan berubah menjadi realiti.”

“Cinta itu realiti, bukan ilusi.”

“Itu pendapat awak. Tapi bagi saya, cinta romantik di dunia realiti moden ini tidak lagi ada, semua itu hanya ada di ilusi.”

“Saya tak percaya.”

“Sebab awak tak pernah rasa apa itu cinta realiti yang dikawal oleh sistem moden.”

“Awak ini Nihilism.”

“Awak tak kenal saya lagi. Awak tidak layak judge saya berdasarkan pengalamana awak.”

“Kalau begitu, awak juga tidak boleh judge cinta berdasarkan pengalaman awak.”

Dia berlari ke arah pintu. Aku tidak tahu sama ada dia menangis atau tidak. Aku tak nak tahu, sebab aku takut hati aku akan berubah. Bukankah baik seandainya aku seorang sahaja yang kecewa. Dia mungkin kecewa, tapi cinta itu boleh hilang seandainya dia berusaha untuk membuangnya. Seandainya aku boleh membuang cinta dalam hati aku, kenapa dia tidak boleh buang perasaan itu?
Cinta itu ilusi. Ilusi manusia moden untuk dikapitaliskan menjadi fantasi wayang, movie, anime dan manga. Seandainya aku tahu cinta itu ilusi, kenapa aku masih nak menyimpan dan melayan cinta realiti. Hati aku dah rosak. Aku mentafsir cinta berdasarkan kekosongan hati aku. Aku tidak sesuai untuk wanita seperti dia. Lebih baik dia cari lelaki lain, lelaki yang berjaya dalam sistem kapitalis. Bukannya lelaki seperti aku, lelaki yang mencari keburukan kapitalis hanya kerana aku tidak boleh hidup dalam dunia realiti, tidak layak bersama dengan dia. Aku memang bodoh.

Hati aku kosong. Dan terus kosong. Di saat kegembiraan di rasai oleh hati aku, tiba-tiba minda aku mentafsir bahawa kegembiraan itu ilusi. Hati aku juga menyokong tafsiran minda aku, akhirnya kegembiraan kerana cinta aku anggap hanya sebuah kekosongan. Hati kosong yang ada dalam badan aku tidak layak untuk merasai kegembiraan sebuah cinta, kerana hati aku ini telah menyalahtafsirkan erti cinta hinggakan aku percaya bahawa cinta di realiti moden ini adalah cinta ilusi yang boleh berubah-ubah mengikut keadaan.

Aku pilih jalan ini. Pilihan seorang manusia yang telah mula keliru beza realiti dan fantasinya. Dan aku terus hilang di lautan fantasi meninggalkan realiti moden aku yang ‘menyeronokkan’. Hati dan minda aku betul-betul dah rosak. Maafkan aku.


Aku pernah terfikir

“Seandainya ahli sains boleh mendigitalkan perasaan manusia, apa yang akan berlaku pada tamadun ini?  Mungkin manusia bertambah aman tanpa peperangan berdasarkan pengaruh pasaran modal dunia… Mungkin.

Atau, mungkin perasaan itu pun akan dikapitaliskan hinggakan perasaan cinta perlu dibeli. Sekiranya aku lihat sekeliling, bukankah itu telah berlaku. Tidak perlu perasaan digitalkan dan seterusnya dikapitaliskan, kerana perasan sekarang telah dikapitaliskan tanpa perlu digitalkan terlebih dahulu. Inilah dunia realiti aku.”

Aku harap aku silap.























Ulasan

Catatan Popular