Bab 6: si pencari fantasia

6 Aku memilih lautan fantasi

Setelah aku sampai di rumah, aku pergi ke bilik aku. Aku membuka tingkap dan memandang pemandangan petang. Matahari telah menjadi kekuningan, cahayanya juga kekuningan. Sudah lama aku tidak melihat matahari seperti ini. Aku masih ingat, ketika aku masih kecil, pada waktu petang, aku keluar rumah. Aku melihat cahaya matahari memberi cahaya yang indah sekali. Warna kekuningan telah terbias dan tersebar di sepanjang kawasan kampung aku. Nama kampung itu adalah Liang Kong. Kawasan terpencil sekali dan sumber ekonomi terbesar adalah kilang kayu balak. Kawasan yang mungkin tidak wujud di Google Map. Kawasan yang aku suka sekali. Kampung itu aku belajar menjadi manusia yang suka akan alam. Tapi, sayang sekali tempat itu telah tutup.
Setelah aku habis mengingati kisah itu, aku menutup tingkap bilik. Aku mencapai tuala dan terus menuju ke arah bilik mandi. Ketika mandi, aku suka berkhayal. Aku suka masuk ke fantasi aku yang lain. Fantasi ketika aku masih kecil. Ketika aku mandi sungai dengan kawan-kawan aku, memancing ikan, menangkap ikan, berenang bersama, kejar-kejaran di dalam sungai. Kisah itu telah lama berlalu. Setelah aku kehilangan kawan-kawan masa kecilku, aku telah berubah. Aku telah hilang semangat untuk berkawan. Aku mula jadi introvert ketika aku berumur 14 tahun.

Pada masa kecilku, itulah masa yang seronok sekali. Kan bagus sekiranya dunia dalam movie Peter Pan wujud. Dunia yang tiada erti dewasa. Aku nak ke sana. Ya, aku pernah ke sana. Dan aku selalu ke sana. Sekarang ini pun minda aku di sana. Walaupun dunia itu hanya wujud di fantasi aku sahaja, tapi aku boleh merasai kegembiraan itu. Aku tidak tahu rupa-rupanya menjadi dewasa ini menyakitkan, apa lagi hidup di dunia moden ini. Aku tidak tahu bahawa menjadi dewasa ini tidak seronok. Aku terseksa menjadi dewasa, aku penat, hati aku terseksa. Aku rindu zaman kecilku tapi apakan daya, semua itu telah berlalu pergi, yang tinggal hanyalah fantasi dunia Peter Pan aku.
Dulu masa kecil, aku tidak memikir mengenai masalah kewangan. Aku membesar di Liang Kong. Boleh dikatakan bahawa sistem sosialis lah yang sesuai menggambarkan situasi sekitar aku. Walaupun sepenuhnya bukan sistem sosialis, tapi tempat itu lah yang mengajar aku erti tidak suka akan duit. Majoriti pekerjaan masyarakat aku hanyalah menjadi buruh kilang kayu balak. Mungkin ketika itu aku masih kecil, sebab itulah aku tidak nampak masalah kewangan yang dihadapi oleh orang lain, tapi sampai besar aku menyimpan rasa itu, rasa yang  tidak terlalu menyukai pengumpulan harta dunia. Aku cinta benda lain. Duit itu sekadar benda yang diperlukan kerana untuk survive di dunia moden yang pelik. Dunia moden yang menganggap manusia adalah hamba sistem kapitalis yang bodoh dan menindas. (hipokrit in the end bermati-matian nak cari duit juga)

Aku selalu terfikir, apakah akan terjadi kepada manusia seandainya perkataan duit itu tidak wujud? Adakah dunia boleh menjadi aman? Ada tak tamadun yang suatu masa dahulu berjaya tanpa ada sistem kewangan? Lepas difikirkan kembali, aku bukannya benci kepada duit, aku benci sistem yamg mengawal duit, sebabnya macam something missing tapi aku tidak tahu apa yang missing dalam sistem yang mengawal pergerakan duit. Mungkin aku silap.


Aku terbang ke dunia Peter Pan ketika aku mandi. Dunia yang sama dengan Liang Kong. Ada sungai, ada kolam semula jadi, ada mata air, ada kebun, ada bukit, ada rumah kayu, kawan yang ramai, dan pelbagai lagi. Aku suka kehidupan seperti itu, tapi semua itu telah hilang ditelan zaman. Aku rindu tempat itu, seperti mana aku rindu aku yang dulu. Aku benci aku yang sekarang, tapi apakan daya, aku telah dewasa. Cita-cita aku ketika kecil telah hanyut dibawa oleh keganasan dunia moden yang mengangkat benda-benda pelik menjadi perlumbaan untuk menambah keegoan manusia lain. Aku hidup di dunia itu, tapi aku ada dunia lain. Dunia fantasi dan juga dunia virtual. Dunia fantasi aku ada banyak.

Aku kembali ke dunia masa kecilku. Aku melihat diri aku bermain di kebun ayah. Di kebun itu ada sebatang pokok jambu. Di pokok itu ada sarang burung pipit. Aku selalu ke sana bersendirian. Aku akan panjat pokok jambu dan bermain dengan anak burung itu. Di waktu itu, aku tidak kenal akan erti bosan, erti kosong. Masa aku banyak dihabiskan dengan pelbagai perkara. Bermain, mereka cipta, menonton, belajar dan sebagainya. Aktiviti yang aku tidak pernah persoalkan apa tujuan aktiviti itu.

Perkara yang menyedihkan aku adalah ketika suatu hari aku nak bermain dengan anak burung itu, tetapi malang sekali anak burung itu telah hilang. Aku hanya lepak di atas pokok jambu sambil memakan buah jambu, bersendirian. Dan yang lawaknya apabila aku jumpa kawan aku di dalam kebun ayah aku, dengan niat mereka nak curi jambu, aku pun bersembunyi di sebalik semak. Apalagi, aku pun lompat di saat mereka mendekati pokok jambu itu. In the end, aku pun join sekali. Kisah dulu, nak cerita pun macam dah tak lawak, lantaklah...cerita hidup aku. Aku cerita pun bukannya ada manusia nak kisah.

Dulu aku lain, sekarang aku lain. Dulu aku hyper-extrovert dan ketika aku menjadi remaja aku berubah menjadi hyper-introvert. Aku rindu zaman kecilku. Aku rindu zaman itu. Aku tidak mahu hidup di zaman ini. Aku rasa pelik dan aku tidak sesuai untuk berada di zaman ‘yang penuh makna ketamadunan’ ini.
……
Selepas penat di dunia fantasi Peter Pan aku, aku kembali ke realiti. Aku menutup pili air dan mengambil tuala. Aku kembali ke bilik aku dan memakai baju. Rasa rindu pula dengan dunia fantasi aku, di mana fantasi aku pada tahun 2200.

Aku berkurung di bilik aku. Hujan turun dan waktu sekarang adalah pukul 8 malam. Aku rasa tiba masanya aku masuk ke lautan fantasi aku. Lautan fantasi Bandar Surya 2200. Aku memejamkan mata dan minda aku terbang ke dunia fantasi itu.


Di Bandar Surya, salji masih turun. Aku membuka jendela bilik aku dan melihat beberapa jiran membersihkan kawasan halaman mereka daripada salji tebal. Walaupun sekarang dah waktu malam, tetapi lampu-lampu yang menghiasi bandar memberi cahaya kepada bandar ini Aku melihat ke atas langit.

Pada zaman ini tiada lagi pencemaran cahaya. Teknologi telah digunakan untuk meminimumkan pencemaran cahaya. Apabila aku melihat ke atas, aku melihat bintang yang terang, cahaya planet lain, perhiasan yang ada di atas sana umpama berlian dan emas yang berkilauan yang menjadi kejaran para wanita 2015. Bilakah manusia di realiti aku akan mencintai berlian yang ada di atas sana? Bila mereka akan meninggalkan percintaan perhiasan yang hanya menambah keegoan? Adakah aku salah kerana mempersoalkan soalan itu?

Indah sungguh pemandangan di atas sana. Lebih indah daripada berlian, lebih indah daripada emas, dan lebih indah daripada usaha pengumpulan para egonis. Aku memandang ke atas, tapi leher aku terasa sakit. Aku menutup jendela bilik aku. Aku menyuruh robot supaya membuka bumbung bilik aku. Inilah fantasi aku. Fantasi yang aku keliru sama ada fantasi atau realiti. Ketika bumbung bilikku terbuka, aku terus pergi ke arah katil aku. Aku baring di atas katil itu, dan memandang ke atas. Indah sungguh malam ini. Salji pun telah mula berhenti dan hanya meninggalkan bekasnya untuk dibersihkan. Biasanya aku akan menyuruh robot untuk membersihkan halaman rumahku, tapi seandainya aku melihat ramai manusia yang membersihkan halaman mereka menggunakan tangan mereka sendiri, maka aku juga akan ringan tangan. Bagi aku masa begitulah aku boleh bermain dengan jiran-jiran aku. Bila lagi nak bermain salji dengan jiran. Di realiti, memang susah. Susah bukan kerana tiada salji, susah kerana manusia di realiti aku sibuk untuk hidup di dunia moden. Dan susah kerana aku ada masalah berkomunikasi. Kenapa sekiranya aku hendak berkomunikasi, minda aku menjadi kosong, dan hati aku berdebar kuat, hinggakan aku mencuba lari daripada semua itu?

...

Aku melihat ke atas. Di atas katil itu aku masih melihat beberapa bintang yang bersinar. Aku bangun dan mengambil teleskop. Aku melihat planet melalui teleskop  itu. Aku memasang komputer aku dengan bantuan robot, dan sekejap sahaja terkeluar gambar planet yang aku lihat melalui teleskop itu. Inilah teknologi. Sama ada teknologi itu baik atau tidak, bukanlah salah teknologi tetapi salah manusia itu sendiri. Seandainya teknologi itu dikatakan mendatangkan kebaikan, kenapa manusia masih mereka cipta teknologi yang hanya menghancurkan bangsa manusia. Zaman realiti aku pelik. Teknologi rekaan para ilmuwan digunakan untuk membunuh. Apa gunanya aku mengejar kepandaian  sekiranya kepandaian hanya digunakan untuk kepentingan pengawal dunia moden yang telah diprogramkan mindanya?

Aku penat dengan semua itu. Aku malas memikirkan permasalahan itu. Aku pun ada masalah untuk diselesaikan. Aku harap manusia yang layak akan berusaha untuk mengangkat erti kemanusiaan pada zaman era ini. Aku dah mula hilang di realiti, dan aku hanya mampu melihat dari jauh, tanpa sokongan ataupun kritikan. Aku tidak boleh bersuara kerana aku melihat dunia realiti berdasarkan fantasi aku. Aku takut fantasi aku hanya merosakkan realiti manusia lain. Biarlah fantasi ini hanya menghancurkan realiti aku seorang sahaja. Aku hanya mampu ketawa di belakang sekali, di mana aku hanya bayang-bayang yang tidak wujud di mata manusia lain. Dan aku suka menjadi bayang-bayang.


Aku melihat jam di tangan aku. Pukul 10.00 malam. Tiba masanya aku masuk ke lautan virtual. Aku nak berjalan pula di dunia virtual. Dan aku juga ada temu janji dengan Rin.
Aku mengambil gelang dan cermin mata yang ada di atas meja. Aku memakainya dan…

WELCOME TO VIRTUAL REALITY GAME

..

Aku berada di Bandar Surya di dunia virtual.  Ataupun lebih tepat, nama bandar ini adalah Three Surya Virtual. Aku telah berjanji dengan Rin untuk berjumpa di pusat bandar Surya ini. Seperti biasa, dunia virtual ini hampir sama dengan dunia fantasi aku, cumanya dunia virtual ini nampak seperti realiti kerana karakter di sini tidak dipengaruhi oleh fantasi aku. Dunia virtual ini seperti dunia realiti di mana terdapat pelbagai karakter yang boleh diperhatikan. Aku tidak tahu sama ada karakter itu hasil ilusi aku atau karakter itu benar-benar realiti, cuma minda aku yang tidak dapat berfikir secara tersusun menyebabkan mata aku keliru sama ada semua ini ilusi atau realiti, tetapi hati aku mengatakan bahawa semua ini adalah ilusi yang direka oleh minda agar hati boleh bergembira. Tapi, tahukah minda bahawa hati juga terseksa, walaupun mulut ketawa, kerana hati sedar bahawa mulut ini tersenyum kerana kegembiraan itu sekadar ilusi yang wujud di dunia ilusi aku? Tahukah minda akan kesakitan hati? Atau minda hanya pentingkan mulut sedangkan hati terseksa?
Aku menunggu Rin.

“Hai, Narqy.”, dia berada di belakang aku.

“Hai.”

“Maaf lambat.”

“Tidak mengapa, aku pun baru sampai.”

Sekarang ini tepat pukul 10.30 malam. Tiba masanya untuk berjalan jauh. Sekarang ini level aku telah bertambah. Level karakter aku adalah 45, begitu juga dengan Rin. Disebabkan level aku telah sampai tahap sederhana maknanya aku boleh memasuki mana-mana dungeon yang sesuai dengan level aku. Kali ini aku bercadang untuk memasuki hutan jauh di utara bandar Surya.

Aku memanggil Griffon. Aku akan menaiki Griffon untuk senang bergerak ke arah hutan tersebut. Nama hutan itu adalah Hutan Belantara Utara. Aku dapat Griffon kerana aku berjaya tumpaskan raksasa ketika level aku 38. Dikatakan bahawa Griffon ini adalah item rare dalam dunia virtual ini. Aku dan Rin adalah salah seorang yang ada rare item ini. Aku menaiki Griffon itu. Begitu juga Rin.
Dalam beberapa minit perjalanan, kami sampai di gerbang hutan Belantara Utara. Aku berjalan kaki menuju ke pintu masuk ke hutan itu. Sebenarnya aku telah lama tidak berminat untuk melawan raksasa dalam game ini. Aku malas untuk perlumbaan dan pertandingan manusia lain semata-mata untuk perlumbaan menambah item rare ataupun perlumbaan penambahan level. Aku bosan dengan semua itu. Tiada beza dengan dunia realiti aku yang penuh dengan perlumbaan pelik. Perlumbaan menambah ego. Tak sangka aku jadikan virtual aku sama seperti realiti aku.

“Narqy, aku tahu kau dah tidak berminat untuk melawan raksasa kan?”

“Ya. Aku tidak minat untuk masuk perlumbaan manusia virtual.”

“Kau salah. Kenapa kau anggap semua ini perlumbaan? Bukan semua manusia seperti itu. Ada yang buat sesuatu perkara kerana minat, bukan kerana hendak menambah ego.”

“Hmm.”

“Narqy, jom ikut aku pergi mengembara dalam dunia virtual ini. Boleh tambah pengalaman dan kawan. Aku pun nak cari kawan agar boleh buat party. Nak Narqy?”

Aku hanya mendengar sahaja. Ya, sejak aku jumpa perempuan ni, aku makin rajin masuk ke dunia virtual. Aku rasa tiba masanya aku buat keputusan. Aku rasa aku dah jumpa tujuan baru hidup aku. Aku nak mengembara di dunia virtual ini.  Aku nak ikut dia mengembara dan mencari kawan baru agar party ini bertambah ramai.

“Boleh. Aku akan ikut kau.”

“Bagus, aku cadang dalam party ini ada 10 orang, sekarang baru ada tiga orang.”

“Tiga orang? Seorang siapa?”

“Nanti kau akan tahu.”

Ketika dia beritahu aku perkara itu, aku teringat anime One Piece di realiti aku. Aku rasa aku nak pergi mengembara seperti mana Luffy mengembara di dunia dia. Ya, itu keputusan aku.

“Jom, Narqy. Kita mengembara dalam hutan ini.”

“Jom.”

Di dalam hutan itu aku jumpa seseorang. Seseorang yang aku jumpa tempoh hari, ketika hari pertama aku masuk dalam dunia virtual. Aku jumpa Gray.   .

“Narqy!”, tegur Gray.

“Oh, Gray.”

“Narqy, siapa ni? Awek kau eh?”

“Bukan. Dia kawan aku. Mana ada percintaan dalam dunia virtual.”

“Hmmm.”

“Nama dia Rin.”

“Narqy, sebenarnya aku dah kenal dia.”

“????”

“Ya, Narqy aku kenal dia.”, Rin masuk dalam perbualan.

“Bagaimana…”

“Panjang ceritanya.”, balas Rin, walaupun aku belum habis bertanya soalan.

“Narqy, ini sakah seorang ahli dalam party kita.”, sambung Rin lagi.

“Baguslah. Sekarang ni kita ada tiga orang.”

Aku melihat sekitar. Hari nak hujan. Walaupun dunia ini dunia virtual tapi keadaan cuaca tiada bezanya dengan realiti, kecuali ada beberapa perubahan yang telah dibuat dalam game ini agar lebih menyeronokkan pemain.

Kami bercadang untuk balik ke Bandar . Aku memanggil Grifton. Begitu juga Rin dan Gray.


Sampai di bandar ,aku, Rin dan Grey berjalan –jalan. Kami bertiga pergi ke kedai terdekat untuk melayan perut yang tengah lapar. Sepanjang berada di restoran aku hanya berdiam diri. Aku hanya mendengar apa yang dibincangkan oleh Rin dan Gray. Aku tiada apa-apa idea untuk memulakan perbualan. Itulah aku, sama seperti di dunia realiti aku. Aku seorang pendiam sama ada di dunia realiti, fantasi ataupun virtual. Aku dah penat untuk menjadi hyperactive yang hanya membawa kekosongan kepada hati aku.

“Narqy, kenapa diam?”, soal Rin memusnahkan lamunan aku.

“Aku tidak tahu nak cakap apa.”, ayat yang selalu aku keluarkan ketika aku disoal soalan seperti itu.

“Cakap saja apa yang kau nak cakap.”, itulah apa yang dikatakan oleh Gray.

“Ok. Ok. Korang sambung lah. Aku dengar dah cukup.”

“Ok, tapi jangan mengkhayal.”, kata Rin.

“Ok.”

Aku hanya mendengar perbualan mereka. Aku rasa lebih baik aku diam dan dengar sahaja. Tiada guna aku masuk campur dalam perbualan mereka. Aku tidak memberi sumbangan apa-apa pun, hanya membuang masa mereka seandainya aku masuk campur. Lebih baik aku diam dan bantu mereka laksanakan apa yang mereka cadangkan. Aku rasa itu yang terbaik.

Sepanjang malam itu, Rin dan Gray berbincang mengenai pengembaraan yang akan dilakukan sepanjang berada di dunia virtual ini. Gray juga mengatakan bahawa ada seorang lelaki dan seorang perempuan lagi nak ikut pengembaraan kami. Baguslah. Lebih ramai lebih meriah, walaupun aku tidak suka keadaan yang ramai manusia, tapi bukankah pengembaraan yang dilakukan bersama-sama lebih seronok dan bermakna asalkan mereka tahu apa itu erti sebenar pengembaraan.

Dah lama hati aku tidak rasa seperti ini. Rasa seronok, mungkin. Aku dah lama tidak rasa perasaan ini, perasaan semangat kerana ada sesuatu yang boleh aku lakukan dalam hidup ini. Walaupun semangat ini hanya muncul ketika aku berada di dunia virtual, tetapi asalkan aku tidak lagi merasa kosong , mungkin itu yang terbaik - buat masa ini.

Aku tak sabar menunggu hari lusa. Aku harap pengembaraan ini boleh mengajar aku sesuatu. Dan aku harap aku dapat jawapan kepada soalan yang telah lama aku cari. Tepat 12 tengah malam, Gray minta diri untuk log out. Aku dan Rin hanya memandang sahaja di saat dia menekan button log out.

“Narqy, macam mana?”

“Hmmm?”

“Lusa kita akan mulakan pengembaraan kita dalam game ini. Walaupun berbeza daripada dunia realiti tapi bukankah perasaan kita sama – sama ada di realiti, fantasi atau virtual.”

“Apa maksud kau realiti?”

“Tiadalah.”, aku melihat muka dia pucat.

Aku bingung. Bukankah ini fantasi aku, bukankah virtual ini wujud kerana fantasia aku? Tapi kenapa dia cakap realiti? Ada sesuatu perempuan ini sembunyikan. Mustahil – ini mungkin sekadar perasaan aku. Minda aku dah makin parah. Minda aku dah mula tidak boleh bezakan realiti dan fantasi. Minda aku semakin hari semakin susah untuk dikawal. Tapi aku rasa aku harus berhenti mempersoalkan semua itu, asalkan hati aku tidak rasa kosong, mungkin itu yang terbaik. Ada benda di dunia ini tidak perlu dipersoalkan. Ada juga benda di dunia ini yang tidak perlu diketahui kerana di saat sesuatu itu diketahui, takut hati tidak dapat menerima realiti dan akhirnya jatuh di lautan yang tiada penghujungnya. Jangan mempersoalkan lumrah masyarakat, kerana di saat minda mempersoalkan lumrah masyarakat moden, di saat itulah hati akan mula belajar erti kosong yang sebenarnya. Rasa kosong yang menyebabkan hati terseksa. Jangan belajar mempersoalkan kerana takut hati tidak boleh mengikuti perkembangan minda, dan akhirnya hati akan rosak. Lebih parah lagi, di saat hati rosak, minda akan mula memainkan peranannya untuk menyembuhkan hati, sehinggakan minda tidak sedar bahawa dia sendiri menuju ke arah yang menyakitkan.

Itu yang aku pelajari sepanjang hidup aku yang asyik mempersoalkan lumrah masyarakat moden hinggakan aku menghidapi penyakit yang membenci realiti dan minda aku mula belajar untuk menukarkan ilusi sebagai realiti dan sebaliknya. Semua itu hati aku nak kawal, tetapi kerana rasa kosong, hati aku mula meninggalkan medan peperangan dan akhirnya mula mengikuti saranan minda untuk menerima ilusi itu sebagai realiti dan meninggalkan hidup aku di realiti.

Masalahnya, walaupun hati aku mula melayan saranan minda, hati aku tetap rasa kosong. Mungkin hati aku tahu bahawa tiada kegembiraan yang sebenar wujud di ilusi. Ilusi itu hanya mainan minda agar hati boleh bergembira dan melupakan erti kosong. Aku takut suatu hari nanti hati aku akan mengalah dan akhirnya aku tidak boleh lagi diselamatkan. Aku takut itu, tetapi aku lebih takut seandainya perasaan kosong ini tidak boleh dibuang ketika aku bersendirian di realiti aku. Aku penat dengan permainan minda ini. Aku nak lupa semua ini. Aku nak lupa ingatan agar hati aku boleh melupakan erti kosong.

Mungkin sebelum aku hilang ingatan, aku nak menulis surat untuk aku yang hilang ingatan. Aku nak menyuruh aku yang lupa ingatan itu agar jangan belajar berfikir dan jangan mempersoalkan sistem buatan manusia. Hanya perlu ikut sahaja sistem itu agar hati tidak akan pernah rasa kosong lagi. Kenapa aku berfikiran seperti ini? Hati aku dah penat melayan semua ini dan mungkin jawapan itu sesuai untuk aku …Aku yang ingin hilang ingatannya dan melupakan erti kosong yang menyeksakan.

“Kau lost in thought lagi?”, suara Rin kedengaran.

“Hmmmm.”

“Narqy, kau ada masalah eh?”

“Apa guna seandainya kau tahu jawapan untuk soalan itu?”

“Mungkin aku boleh bantu kau.”

“Aku tidak perlukan bantuan siapa-siapa pun. Aku tidak percayakan manusia. Apa lagi manusia di ilusi aku.”

“Kenapa?”

“Ilusi itu hanya penipuan. Ilusi itu palsu kenapa aku perlu minta bantuan kau, bukankah kau tidak wujud di realiti aku.”

“Kalau macam tu, kenapa kau tidak minta bantuan Shina.”

“Aku tidak mahu minta bantuan manusia lain. Manusia itu sibuk dengan dunianya, mereka pun ada masalah untuk diatasi di dunia moden itu. Lebih baik aku tidak kacau mereka. Dan aku juga tiada kawan rapat di dunia realiti.”

“Carilah erti sahabat.”

“Tak nak.”

“Kenapa?”

“Aku tidak boleh bersahabat dengan siapa-siapa pun.”

“Apa maksud kau?”, soal Rin lagi.

“Hati aku rosak, macam mana nak cari sahabat. Aku hanya merosakkan erti sahabat. Daripada erti sahabat itu rosak, lebih baik aku merasai erti sengsara bersendirian. Dan aku dah biasa dengan semua itu. Hati aku dah mula belajar menerima erti kosong. Mungkin aku boleh buang semua itu suatu hari nanti.”

“Bila?”

“Aku tidak tahu.”


Walaupun ini fantasi tetapi bukankah aku ada kelebihan ? Bukankah ia suatu kelebihan kerana minda aku tidak boleh bezakan fantasi dan realiti? Bukankah itu baik untuk hati aku? Maknanya aku boleh gembira di fantasi dan virtual, dan melupakan realiti aku, kerana minda aku dah mula menganggap fantasi aku adalah realiti aku yang sebenar, dan realiti hanyalah ilusi aku. Minda aku makin parah, tetapi kenapa mulut aku tersenyum? Kenapa? Pelik? Adakah hati aku sudah dipengaruhi dengan minda aku? Malaslah aku nak fikirkan. Apabila sampai masanya baru aku akan fikirkan semua ini. Sekarang ini aku hanya nak melayan virtual aku sahaja.

“Narqy, jangan mengkhayal lagi!”

“Ok.”

Dia diam. Aku membaca raut mukanya. Dia seperti ingin mencari benda lain untuk dibincangkan. Mungkin perkara yang hanya akan membosankan aku. Tetapi, asalkan dia berusaha untuk menghilangkan kesunyian di malam ini, mungkin itu yang terbaik . Usaha yang aku dah lama tinggalkan. Usaha yang telah hilang dari hati aku.

“Kau dengar tak apa yang aku dan Gray bincangkan tadi? Atau tadi kau hanya mengkhayal?”

“Aku dengar.”

“Bangus. Lusa kita akan jumpa di bandar ini. Pada waktu petang. Dan kita akan bermalam di sini sebelum mulakan perjalanan pada keesokannya. Bukankah kau akan cuti satu minggu? Maknanya kau tidak perlu datang ke sekolah. Kan?”

“Ya. Macam mana kau….”

“Suatu hari nanti kau akan tahu.”

Aku hairan. Kenapa dia seperti real? Kenapa dia seperti nyata? Bukankah ini fantasi aku, tapi kenapa dia bukan macam fantasi aku? Minda aku dah mula rosak. Aku tidak patut mempersoalkan semua itu di saat minda aku terasa kabur, dan disaat hati aku tengah merasa kosong. Aku harus tidak lagi mempersoalkan apa yang berada di depan aku, kerana rasa sengsara ini wujud kerana aku belajar berfikir mengenai sistem buatan manusia di realiti aku. Aku tidak boleh mempersoalkan sesuatu lagi kerana takut perasaan kosong itu akan bertambah, walaupun persoalan itu melibatkan perbezaan realiti dan ilusi.

“Narqy, aku nak log out.”

“Ok.”

“Bye. Jumpa esok.”

“Ya, jumpa esok.”

Aku hanya melihat senyumannya. Ya, ini real, bukan fantasi. Virtual ini seperti virtual, tapi bukan virtual di fantasi, tapi virtual di realiti. Dia wujud di realiti, atau ini salah satu cara minda aku mempermainkan hati aku? Ya, aku rasa itu jawapannya. Bukankah minda aku selalu memberi aku ilusi agar aku boleh lari daripada realiti? Kalau macam tu, bagaimana pula semua ini adalah  realiti, sedangkan selama ini minda aku selalu mempermainkan aku, sampaikan aku mula menyukai fantasi aku melebihi realiti aku.

Tapi kenapa mulut aku senyum sedangkan aku tahu minda aku menipu aku? Kenapa hati aku gembira walaupun aku tahu semua itu ilusi, Rin ilusi, Gray ilusi, dunia virtual ini ilusi? Kenapa? Minda aku sakit, sakit sangat. Apa yang perlu aku lakukan? Adakah aku perlu belajar menyukai realiti aku, realiti manusia moden yang tidak sesuai dengan hati aku? Atau adakah aku perlu belajar untuk menukarkan fantasi menjadi realiti dan realiti menjadi fantasi? Apa yang perlu aku lakukan? Kenapa hati aku tidak suka dunia moden itu? Bukankah dunia sekarang makin bertamadun? Tamadun? Apa itu tamadun? Adakah dunia moden ini bertamadun dibandingkan dengan zaman sebelum kemodenan ini bermaharajalela?

Minda aku dah mula berkata-kata. Aku rasa aku perlu keluar daripada restoran ini agar aku tidak lagi melayan pemikiran aku ini. Inilah yang aku takutkan, apabila aku bersendirian minda aku akan mula berkata-kata walaupun hati aku tidak membenarkannya. Salah satu keburukan terlalu melayan pemikiran adalah – pemikiran itu akhirnya akan membawa kekosongan kepada hati aku, walaupun minda aku seronok, tetapi hati aku rasa kosong, kosong sangat, sampaikan aku nak lari daripada semua ini. Aku nak lari meninggalkan realiti aku, fantasi aku dan virtual aku, tapi aku nak lari ke mana. Minda aku? Bukankah fantasi dan virtual itu adalah permainan minda aku, bagaimana pula aku boleh katakan bahawa aku boleh lari ke dalam minda aku? Pelik permainan ini.

Mungkin ini salah satu keburukan falsafah, apa lagi apabila falsafah dipelajari sendiri, ataupun falsafah diajar oleh mereka yang tidak layak mengajar. Falsafah boleh memberi kekeliruan terutama apabila falsafah itu tidak ada penghujungnya, tidak ada sumbernya dan tidak ada asasnya. Sebab itulah ramai yang tidak belajar falsafah. Mereka juga  menganggap falsafah itu hanya fantasi semata-mata. Mungkin sebab itu di dunia moden ini manusia belajar tanpa tujuan, kalau ada tujuan pun – mungkin tujuan itu adalah tujuan yang pelik kerana hasil kemodenan pemikiran manusia yang pelik. Dan apalagi belajar sesuatu perkara tanpa asas falsafah yang betul maka mereka melakukan pengkajian mengikut falsafah yang pelik – walaupun manusia tidak suka falsafah tetapi mereka terpaksa mengikutinya, sedar atau tidak - kerana menjadi masalah apabila falsafah itu tidak berlandaskan pemikiran dan logic yang betul di mana falsafah itu memberi tujuan yang pelik dan hasil yang perlu didapati melalui pengkajian, akhirnya kebenaran realiti bukanlah tujuannya, tujuannya sekadar penerangan untuk fizikal sahaja di mana makna metafizik di abaikan kerana mengganggu penerangan kepada fenomena. Sama ada falsafah itu ada keburukan atau kebaikan, bukankah itu terletak kepada manusia untuk menilainya? Adakah aku silap?
Lihatlah siapa yang berkata. Wahai minda, sedarkah siapa kau untuk berkata mengenai semua itu? Bukankah kau juga telah lari daripada realiti? Bukankah kau lebih suka berenang di fantasimu?


Itu kisah lalu. Aku telah lama tinggalkan falsafah. Aku penat melayan semua itu. Biarlah mereka yang layak sahaja yang belajar semua itu, aku  -- aku hanya perlu belajar dan melatih otak aku agar fantasi dan realiti dapat aku bezakan, sebelum aku terlambat dan tenggelam di lautan fantasi yang tiada penghujungnya. Mungkin itu yang terbaik.

Tetapi kerana falsafahlah yang mengajar aku berfikir hinggakan aku berani mempersoalkan susunan masyarakat dan mempersoalkan sistem buatan manusia yang tidak layak. Kalau aku tahu perkara ini akan terjadi aku tidak akan belajar falsafah, kerana falsafahlah yang mengajar aku berfikir sehinggalah di saat hati dan minda aku tidak boleh menerima realiti moden dan menjadi kosong, akhirnya aku terjun ke lautan fantasi dan virtual.


Aku terlambat. Aku sedar itu ketika hati aku mula merasakan rasa kosong yang menyeksakan. Aku tidak menyesal minat falsafah, apa yang aku sesali adalah minda dan hati aku tidak boleh meneruskan kehidupan di realiti moden ini. Aku tidak membenci kemodenan, cuma hati aku terasa ada ‘something’ missing. Mungkin itu perasaan aku sahaja. Perasaan yang dilahirkan oleh hati yang rosak , ditafsirkan oleh minda yang rosak dan akhirnya mulut mengeluarkan idea itu. Semua itu ilusi yang perlu aku buang.

Aku keluar daripada restoran itu setelah membayar di kaunter restoran. Aku rasa malam ini aku nak lepak di tempat kesukaan aku – di tepi sungai. Tempat itu seronok untuk baring dan memerhati angkasa. Seronok untuk melayan fantasi kerana di dunia virtual ini perkara yang difantasikan boleh muncul seperti hologram. Aku rasa hologram itu sesuai digunakan untuk tujuan pembelajaran. Aku boleh fantasikan apa yang aku pernah baca mengenai beberapa perkara, salah satunya adalah mengenai fizik..

Aku bergegas ke arah sungai itu. Sungai itu berdekatan dengan taman, di mana taman itu dipenuhi dengan lampu yang berwarna-warni dan keadaan sekitar pun seperti pagi. Lampu yang banyak menghiasi taman itu. Manusia berjalan-jalan sepanjang sungai itu. Di sekitar taman itu ada beberapa teleskop dipasang. Beberapa remaja menggunakannya untuk memerhati alam sekeliling. Mereka pun seperti aku, player dalam dunia virtual ini.

Di tepi sungai itu aku mencari tempat yang kering untuk berbaring. Aku rasa penat setelah lama berjalan. Malam ini indah, tidak seperti malam di realiti. Malam aku di realiti sungguh pelik. Setiap malam ada sahaja peristiwa yang pelik berlaku di dalam TV. Aku pun tidak tahu kenapa manusia menjadi seperti itu. Sampai bila lagi TV akan seperti itu. Masing-masing menyalahkan pihak lain, hinggakan masyarakat pun terkeliru dengan peranan TV. Mungkin ini lah jadinya di dunia moden disaat kebenaran di politikkan. Di saat kebenaran dikapitaliskan. Di saat kebenaran disembunyikan oleh ketua sistem Aku penat dengan dunia seperti itu.

Setiap hari manusia berdebat, hinggakan tiada penghujungnya. Orang pandai berbicara, orang jahil berbicara, orang bijak berbicara, orang bodoh berbicara – hinggakan manusia menjadi pelik. Dunia ini bukan kekurangan orang pandai tetapi di dunia ini kekurangan manusia yang tahu erti sebenar hidup. Berapa ramai manusia yang berputus asa dengan dunia moden kerana keadaan seperti itu hinggakan mereka memilih tempat di hujung kampung, lari daripada kesibukan manusia moden dan memilih kawasan kampung sebagai tempat tinggal. Kampung yang masih seperti dahulu, bekerjasama ketika ada perayaan, dan kanak-kanak bermain di kala petang tanpa teknologi di tangannya. Aku rindu keadaan seperti itu. Keadaan yang belum lagi hancur kerana pemikiran moden yang pelik. Pemikiran yang diambil daripada tamadun yang pelik di hujung sana.

Tamadun yang ada di sana memberi teknologi, tetapi bukan sahaja teknologi yang menjadi ikutan. Mungkin aku salah, tetapi kenapa manusia seperti berjalan ke arah yang sama, arah yang dilalui oleh tamadun yang berada di hujung sana? Mungkin aku salah, kerana minda dan hati aku telah rosak. Aku tidak layak untuk menanyakan soalan, kerana soalan itu hadir daripada pemikiran bodoh aku, yang hanya mendatangkan bencana kepada masyarakat moden di realiti aku. Aku tidak layak menanyakan soalan, keran hati yang rosak tidak layak berkata-kata, minda yang rosak seperti aku tidak layak berkata-kata. Sebab itulah aku menjadi hyper-introvert, kerana aku sedar kedudukan aku di dalam susunan masyarakat.


Jauh sungguh fikiranku melayan. Siapalah aku nak komen dunia moden sedangkan aku juga ada masalah minda. Masalah yang aku harus buang sebelum terlambat. Minda yang telah masuk ilusi yang dianggap realiti oleh hati aku. Pelik sungguh. Bagaimana fantasi boleh menggembirakan hati aku. Pelik sungguh kerana hati aku gembira dikala minda aku masuk ke fantasi. pelik sungguh aku boleh menolak realiti moden, sedangkan dunia realiti modenlah dunia sebenar aku.

Mungkin aku penat dengan dunia seperti itu. Aku penat dengan dunia yang penuh dengan pencarian yang tiada maknanya, usaha yang dilakukan bukan kerana suka, tetapi terpaksa. Aku tidak suka dunia seperti itu. Aku rindu melihat mereka yang berusaha untuk capai sesuatu kerana suka, bukan kerana nafsu ego yang menguasai manusia. Di manakah mereka? Wujudkah manusia seperti itu?
Aku pening. Sambil aku menutup mataku aku memikirkan sesuatu. Kenapa aku nak fikirkan tentang manusia, lebih baik aku fikirkan mengenai idea. Bukankah itu yang terbaik? Idea yang seronok difantasikan di dunia virtual ini. Idea yang aku boleh nampak dengan mata aku berterbangan bersama dengan minda ini yang penuh dengan fantasi.

Aku membuka mataku. Aku melihat sungai. Aku mendengar suara sungai yang mengalir. Bagaimana aku nak faham suara sungai itu? Di realiti tiada siapa yang kisah akan sungai. Manusia hanya kisah sungai di saat mereka pergi ke sungai semata-mata hendak mandi. Mandi untuk hilangkan kepenatan manusia moden. Menangiskah manusia di saat ikan mati tertimbul kerana sungai yang tercemar? Di mana mereka yang berilmu? Di mana mereka yang bijaksana? Adakah hilang di dalam aliran kemodenan? Atau golongan bijaksana telah hancur maknanya? Mungkinkah makna bijaksana, pandai dan bijak telah difahami dalam erti kemodenan tamadun di hujung sana?

Minda aku sakit. Hati aku penat, melayan fantasi aku, tetapi aku tidak tahu mengapa, aku tetap memilih fantasi aku melebihi realiti aku. Dan ada kalanya aku memandang realiti berdasarkan fantasi aku dan jarang sekali aku memandang fantasi aku berdasarkan realiti aku. Apa lagi memandang virtual berdasarkan realiti aku (cakap lain tulis lain, biasalah macam tak pernah jumpa manusia berperangai macam tu). Aku lebih suka di realiti aku lain, begitu juga di fantasi dan di virtual, biarlah personaliti aku yang sama kerana personaliti aku dikenal sebagai manusia, dan kerana bentuk juga aku dikenal sebagai manusia. Tapi apa hubungan bentuk dengan personaliti? Adakah suatu itu digelar manusia sekiranya sesuatu itu berbentuk manusia tetapi tiada personaliti seorang manusia? Malaslah aku memikirkannya. Bukan kerja aku, kerja aku adalah di fantasi dan virtual, mereka yang tidak rasa perasaan seperti aku, mungkin tengah berusaha selamatkan dunia moden. Aku perlu mengubah diri aku sebelum aku memikirkan tentang masyarakat, tetapi sampai bila aku harus menunggu?

Di tepi sungai itu aku terus melayan bunyi sungai. Mungkin suatu hari nanti dunia virtual ini menjadi pilihan aku yang seterusnya, andai kata fantasi aku mula rasakan  kosong. Di dunia virtual ini aku boleh berjumpa ramai manusia, walaupun manusia itu sekadar ilusi yang minda aku realitikan, tetapi hati aku terasa mereka seperti manusia real. Mungkin itu perasaan aku sahaja.

Secara jujurnya, semua dunia aku rasa kosong, tetapi rasa kosong itu makin kuat di saat aku berada di realiti aku. Sebab itulah aku memilih fantasi dan virtual aku, walaupun hati aku masih terasa kosong. Tapi, bukankah usaha itu tangga kejayaan, dan aku yakin tiada usaha di dunia ini yang tidak memberi apa-apa pengajaran.


Aku selalu terfikir

“Mana mungkin ada dunia virtual, seperti mana tiadanya dunia fantasi yang menjadi realiti. Walaupun virtual ini boleh menggembirakan aku tetapi aku tahu kegembiraan itu sekadar ilusi. Berapa ramai manusia seperti aku, yang ingin fantasi menjadi realiti dan virtual menjadi teman pengembaraan? Tiada. Jawapannya tiada kerana minda aku dah rosak. Lebih baik di dunia realiti itu tiada manusia yang seperti aku, aku yang menyukai fantasi dan virtual melebihi realiti. Aku harap tiada manusia yang merasai perasaan kosong seperti mana aku rasa. Sekiranya mereka ada merasai perasaan kosong, aku harap mereka tahu bagaimana nak isi perasaan itu dan jangan pula mereka memilih fantasi melebihi realiti, seperti mana yang aku lakukan sekarang ini.
Jangan jadi seperti aku.  Hiduplah gembira di realiti dan andai kata realiti itu menyedihkan jangan sesekali mencuba mencari fantasi kerana takut fantasi itu susah untuk dibuang dan akhirnya menjadi seperti aku. Hiduplah di realiti dan jangan pernah berlari ke fantasi. Dan jangan jadikan fantasi itu tempat untuk lari, tapi jadikan fantasi itu realiti. Aku tahu aku tidak layak berbicara semua itu, tetapi aku tidak mahu manusia lain rasa kosong seperti aku dan berlari masuk ke lautan fantasi hinggakan di fantasi itu aku reka lagi dunia virtual agar andai kata aku rasa kosong di fantasi aku boleh masuk ke lautan virtual. Dan cycle akan bermula lagi di dalam minda aku. Cycle yang tiada penghujungnya.”


Adakah suatu hari nanti sekiranya aku bosan di lautan virtual adakah aku akan reka lagi lautan lain di minda aku. Sampai bila aku seperti ini?


Aku mendengar muzik yang merdu sekali. Muzik itu datang dari arah bertentangan tempat aku baring, di sebelah sana -  di sebelah tepi sungai. Aku melihat beberapa phantom bermain peralatan muzik. Mungkin dia itu pandai menggunakan phantomnya untuk bermain muzik. Merdu sungguh lagu itu. Indah sungguh muzik itu. Sesuai untuk aku melayan lagi fantasi aku, yang aku fantasikan di lautan virtual ini.

Pelik sungguh minda aku. Di saat aku berada di realiti, aku akan berfantasi. Dan di saat aku berada di lautan fantasi, aku masuk pula ke dunia virtual. Dan di saat aku berada di virtual, aku berfantasi pula. Mungkin ini padahnya apabila suka bersendirian. Mungkin ini yang perlu aku tanggung kerana suka bersendirian. Pelik sungguh. Di saat persekitaran realiti menyuruhku bergaul dengan manusia lain, aku lebih suka untuk mengundurkan diri dan bersembunyi di kawasan yang tiada manusia kenal aku. Aku lebih suka memilih lari daripada masyarakat, kerana aku tidak tahu kenapa di saat aku bergaul, hati aku akan rasa kosong. Rasa kosong itu sama di saat aku bersendirian. Rasa kosong di saat bersendirian sama seperti mana rasa kosong di saat aku tidak bersendirian, tetapi aku memilih untuk bersendirian kerana ketika aku bersendirian, aku tidak perlu berlakon.

Minda aku dah rosak. Hati aku juga sudah rosak. Apa lagi yang harus aku lakukan. Hati aku dah rasa penat. Badan aku letih, minda aku pening memikirkan semua ini. Aku betul-betul dah penat. Lebih penat daripada berlari kerana penat berlari akan hilang ketika berehat tetapi penat ini - aku tidak tahu bagaimana nak hilangkan. Aku letih dan aku seperti tiada tujuan hidup terutamanya di realiti. Aku cemburu dengan mereka yang ada semangat untuk hidup, mereka yang bersemangat dalam dunia moden. Aku cemburu mereka, kerana mereka seperti merasai kepuasan hidup. Bolehkah aku rasa seperti mereka?

Aku cemburu kerana aku memikirkan semua ini. Aku nak buang pemikiran ini tetapi aku tidak tahu bagaimana. Aku nak hilangkan pemikiran ini dan rasa kosong ini, tetapi aku buntu, aku penat mencari jawapannya, kerana  jawapan yang aku dapat kebanyakannya hanya membawa balik erti kosong ke dalam hati aku.


Bunyi muzik kali ini berubah. Bunyi muzik itu semakin sayu. Mereka katakan muzik yang sayu seperti itu boleh membuatkan seseorang tidur, tetapi bagi aku muzik itu hanya membuatkan aku berfikir lagi mengenai kehidupanku. Kehidupan aku di realiti, fantasi dan virtual. Sebab itu aku tidak suka mendengar lagu sayu apa lagi lagu romantik sedih kerana cinta. Dikala aku mendengar lagu seperti itu aku bukannya berfikir mengenai cinta, aku berfikir mengenai kehidupan, mengenai kekosongan hati, mengenan realiti moden yang susah untuk aku ‘masuk’. Kan bagus kalau lagu cinta tidak wujud, tapi apa guna golongan romantis wujud. Aku bukan golongan romantis, apa lagi golongan anti-romantis, aku hanya berada di tengah-tengah sekadar sebagai pemerhati untuk memahami seseorang.

Memahami seseorang tidak sama seperti memahami hati mereka. Adakalanya manusia itu perlu rasa apa yang dirasai oleh seseorang agar faham itu bertambah, bukannya hanya tahu memberi pendapat kosong tanpa memahami apa yang dirasai oleh ‘mereka’. Tapi disaat seseorang itu merasai perasaan yang di rasa oleh ‘mereka’, takut perasaan itu akan kekal dan susah untuk dibuang, dan akhirnya perasaan itu menghancurkan diri sendiri, seperti mana perasaan fantasi yang direka oleh manusia sehingga memberi ‘sesuatu’ kepada si pelayan fantasi. Begitulah yang berlaku di saat ahli romantis melayan romantik dan di saat ahli anarki melayan kearnakian. Bolehkah seseorang itu membuang sesuatu perasaan dengan mudah tanpa melalui ‘sesuatu’ perasaan yang baru?

Cuba fikirkan, apabila seseorang itu membuang perasaan yang ada di dalam hatinya, bukankah hatinya menjadi kosong? Dan adakah memori akan bertambah ‘uselessnya’ di saat memori baru masuk ke dalam minda? Ya, memori itu akan bertambah ‘uselessnya’, sekiranya memori itu dirasai melalui minda, tetapi seandainya memori itu dirasai melalui hati, maka memori itu akan kekal, kerana memori itu bukan sekadar memori, tetapi memori yang diselimuti dengan sesuatu perasaan. Pernah rasa bagaimana memori makin hilang di saat memori lain datang? Itu kerana memori itu tidak menyentuh hati. Pernah rasa bagaimana cinta itu boleh hilang di saat berjumpa dengan manusia lain? Pernah rasa cinta itu hilang di saat hati kecewa, dan makin hilang di saat telah lama tidak berjumpa dengan dia yang dicintai? Adakah cinta itu dirasai oleh minda atau hati atau kedua-duanya? Bodohnya aku. Kenapa aku ada masa mempersoalkan semua itu. Inilah akibatnya apabila melayan romantik dan pada masa yang sama melayan anti-romantik. Apa akan terjadi seandainya perasaan romantik berjumpa dengan perasaan anti-romantik? Ia umpama particle berjumpa dengan antiparticle (zarah berjumpa dengan anti-zarah).

...

Aku membuka mataku dan memandang ke angkasa. Malam ini bulan purnama. Bulan yang mendapatkan cahayanya daripada matahari tetapi berapa ramai manusia memikirkan matahari di saat mereka memandang bulan. Tapi aku tahu matahari tidak kisah seandainya bulan mendapat pujian daripada manusia, kerana matahari gembira seandainya melihat manusia gembira dan teruja ketika mereka melihat kecantikan bulan.

Di tempat inilah aku selalu lepak bersendirian. Aku lebih suka baring di tempat ini, terutamanya ketika malam. Aku juga akan lepak di tempat ini seandainya aku ada masa lapang di realiti aku. Aku lebih suka pergi ke dunia virtual di saat aku ada masa lapang di realiti berbanding menghabiskan masa di realiti melakukan sesuatu perkara . Walaupun aku tiada kawan rapat di realiti tetapi aku lebih suka cari kawan di virtual. Aku takut berkawan di realiti, kerana kawan itu lah biasanya yang akan sebarkan aib temannya. Kawan yang tahu keburukan teman dan dia akan sebarkannya. Itulah perkara yang aku tidak suka yang sering berlaku di realiti moden.

Di dunia realiti itu, manusia berkawan kerana kepentingan mereka masing-masing. Kepentingan ekonomi dan politik yang berlaku di dunia moden. Mereka tidak berkawan kerana ingin berkawan tetapi berkawan kerana niat yang pelik. Aku takut semua itu. Aku takut manusia di realiti aku. Sebab itulah aku belajar bersendirian. Aku belajar gembira ketika aku bersendirian, kerana aku tidak mahu mentafsirkan rasa gembira itu berdasarkan kemodenan. Aku belajar melayan erti bersendirian yang akhirnya membawa aku ke dunia fantasi dan dunia virtual yang berwarna-warni, di mana warna hitam juga kelihatan.

Semakin lama aku berada di dalam dunia fantasi, semakin lama aku akan melayan semua ini. Mana lebih bagus, layan perasaan berdasarkan hati atau minda atau kedua-duanya sekali? Tapi macam mana nak layan sesuatu perasaan itu menggunakan minda dan hati? Lihat saja bagaimana minda boleh berhenti berfungsi di saat cinta dirasai hati. Bagaimana nak layan cinta berdasarkan minda andai kata hati menjadi buta kerana keindahan ‘pelik’ cinta? Belajar. Ya, belajar. Belajar melayan romantis berdasarkan minda bukan sekadar berdasarkan hati, tapi jangan lupa pula peranan hati.
Layakkah aku bercakap semua ini?


Malam ini panjang sungguh fantasi aku. Tapi mungkin itu lebih baik kerana aku ada sesuatu untuk dilayan. Lebih baik aku melayan fantasi daripada melayan erti kosong dunia moden. Aku bukannya membenci dunia moden, cumanya hati aku rasa tidak selesa ketika aku melihat dunia realiti. Aku rasa pelik dan aku rasa nak hilang dari dunia realiti itu. Aku nak mencari tempat yang boleh aku bersembunyi daripada ‘keasyikan’ manusia moden. Aku bukan mengejek mereka, kerana aku tahu semua ini salah aku kerana berfikiran seperti itu. Sebab itulah aku rasa aku perlu berkurung di fantasi aku, tanpa mengganggu proses kemodenan dunia.

...

Aku tahu aku silap. Oleh itu tolong buktikan dunia ini adalah yang terbaik berbanding fantasi dan virtual aku. Dunia realiti tui terbaik kerana erti sebenar kegembiraan hanya terdapat di realiti itu, kegembiraan yang tidak palsu. Kegembiraan yang aku mungkin tidak akan dapat di dunia fantasi atau virtual. Aku tahu semua itu, tetapi hati aku dah rosak, kerana hati aku lebih suka masuk ke lautan fantasi dan virtual dan mencari kegembiraan yang boleh menghilangkan perasaan kosong yang telah lama tertanam di hati aku.

Maafkan aku.

Air mata aku jatuh. Aku menampar pipi aku. Aku tidak boleh menangis. Bukankah aku telah berjanji dengan diri aku yang aku tidak akan menangis lagi kerana kekosongan ini. Bukankah aku pernah berjanji untuk berusaha walaupun aku tahu usaha itu mungkin sia-sia, tetapi hati aku selalu katakan bahawa tiada usaha yang sia-sia di dunia ini, yang ada hanyalah salah faham akan hasil usaha itu.
 Sepanjang hidup ini, aku belajar sesuatu daripada kekosongan hati aku.

“Harapan itu tidak akan pernah hilang daripada manusia, walaupun diri aku tahu bahawa aku tidak akan berjaya seandainya aku berusaha, tetapi harapan itulah yang sentiasa menyuruhku berusaha, kerana  probability usaha itu berjaya bukannya kosong dan setiap usaha itu ada pengajarannya”

Mungkin aku silap, tetapi – setiap usaha yang aku lakukan, aku dapat pelajari sesuatu. Aku dapat pelajari pengalaman manusia lain, walaupun aku berada di fantasi atau virtual. Mungkin semua itu hanya khayalan aku, tetapi hati aku melihat sesuatu ketika aku berada di fantasi sama ada fantasi rekaan aku atau fantasi rekaan manusia lain.


Tiba-tiba aku dengar suara seseorang memanggil namaku. Aku membuka mata nak melihat ke arah suara itu datang. Rin.

“Narqy, kau buat apa?”

“Rehat. Kau?”

“Tidak boleh tidur. Sebab itulah aku datang ke dunia virtual ini.”

Dalam hati, aku hanya bercakap

“Kau kan ilusi aku yang hanya ada di virtual ini, sejak bila pula kau ada realiti. Tapi lantaklah, dah minda aku macam ni, tak boleh bezakan realiti dan fantasi. Bukankah ada kebaikan, maknanya aku boleh juga berbicara dengan sesiapa sahaja di dunia virtual ini, walaupun semua itu hanya wujud di fantasi dan virtual aku.”

“Narqy, jangan lost in thought lagi. Buang masa.”

“Hmmm.”

“Narqy kau suka lepak di sini eh?”

“Ya.”

“Kenapa?”

“Seronok, sebab dah lama aku nak buat benda ni di dunia realiti tetapi tiada tempat seperti ini.”

“Dunia realiti kau?”

“Ya.”

“Macam mana kehidupan realiti kau?”

“Ok, cuma aku lebih suka di sini daripada di sana.”

“Kau tidak kisah, bukankah semua ini ilusi kau sahaja?”

“Ya, aku tidak kisah, sebab aku anggap kau seperti real.”

“Narqy, ada benda yang kau tidak tahu, tapi aku tak akan beritahu kau, biar kau tahu sendiri benda tu.”

“Kalau benda tu hanya mendatangkan kekosongan, aku lebih suka untuk tidak tahu.”

“Tak, aku rasa hidup kau akan berubah.”

“Berubah?”

“Ya, aku yakin Narqy.”

Aku diamkan diri seketika. Aku tidak ada idea untuk mulakan perbualan lagi. Aku malas nak fikir benda untuk dibicarakan. Minda aku dah penat.

“Narqy, kau ada kawan perempuan tak di realiti?”

“Tiada, aku tak berminat berkawan dengan perempuan.”

“Kawan sekelas kau? Tak kan tiada?”

“Ada juga, tapi tak rapat mana?”

“Mashiro Shina.”

“Macam mana kau kenal nama dia?”

“Bukankah aku ni ilusi kau, maknanya aku tahu apa yang ada dalam minda kau. Aku kan fantasi yang kau ciptakan di virtual ini?”

“Ya.”

Aku rasa pelik. Betulkah dia ini ilusi yang aku reka dalam minda aku, atau dia ini betul-betul wujud di dunia realiti. Tapi, mustahil pula, bukankah semua ini ilusi yang aku rekakan. Tapi ketika aku melihat muka dia, aku berharap yang dia betul-betul wujud di realiti walaupun aku tahu benda itu mustahil. Aku harap dia bukan sekadar ada di virtual tetapi dia juga ada di realiti aku. Biarlah dia tiada di dunia fantasi aku, asalkan dia ada di realiti dan virtual. Harapan sia-sia aku.

“Kau suka dia?”

“Siapa?”

“Shina lah.”

“Tidak. Aku tidak suka dia.”

“Kau akan suka dia juga.”

“Aku lebih prefer suka kau daripada dia.”

“Tapi bukankah aku ini ilusi?”

“Kalau macam tu aku tak akan suka siapa-siapa.”

“Bukankah kau rindu dia?”

“Aku tak rapat pun dengan dia bagaimana aku nak rindu dia.”

“Tapi hati kau rasa macam tu.”

“Tak, kau silap. Hati aku dah lama hilang perasaan seperti itu.”

“Kenapa?”

“Aku takut sejarah akan berulang.”

“Aku nak tahu.”

“Bukankah kau ilusi aku maknanya kau boleh tahu sejarah itu?”

“Tidak semestinya. Kalau aku cakap yang aku ni bukan ilusi kau dan aku wujud di realiti, kau percaya tak?”

“Tak. Aku tak percaya.”

“Sebabnya?”

“Cukuplah berharap harapan palsu dan sia-sia. Mana ada ilmu di dunia ini yang boleh menjadikan kau yang hanya wujud di minda aku tiba-tiba pula wujud di realiti aku.”

“Tapi aku tidak wujud kan di dunia fantasi kau?”

“Sebab aku dah berfantasi seperti itu.”

“Cuba try kau reka aku di dunia fantasi kau, boleh tak?”

“Aku dah try, tapi tak boleh.”

“Kau rasa kenapa?”

“Aku tidak tahu. Dan aku malas nak fikir benda-benda seperti itu.”

“Kenapa?”

“Aku tak nak berharap bahawa manusia di dunia virtual ini sebenarnya ada realiti masing-masing. Biarlah aku seorang sahaja yang ada dunia realiti di dunia virtual ini. Biarlah aku seorang sahaja di dunia virtual ini yang ada dunia realiti tetapi memilih dunia virtual ini daripada dunia realiti itu.”

“Sebab adakah kerana kau tak nak mereka rasa seperti apa yang kau rasa?”

“Ya, aku tak nak kegembiraan mereka di dunia virtual ini hilang. Cukup saja aku melihat  kegembiraan mereka berada di satu dunia sahaja. Biar mereka hidup di dunia virtual sahaja.”
“Kalau aku cakap kau silap?”

“Tak, aku tak silap. Aku tahu kau ini ilusi aku, sebab itulah aku tahu kau nak aku berharap agar kau ini real, kan?”

“Mungkin. Tapi Narqy, ada rahsia besar di dunia ini sama ada di realiti, fantasi atau virtual yang manusia belum kuasai lagi dan belum tahu lagi kewujudannya.”

“Apa maksud kau?”

“Suatu hari nanti kau akan tahu. Sebab itulah aku ajak kau pergi mengembara.”

“Kau dah tahu rahsia itu?”

“Ya, sebab itulah aku ada di sini.”

“Bukankah kau ilusi aku?”

“Kau lebih tahu benda itu daripada aku.”

Minda aku dah pening. Aku tak faham apa yang dia katakan. Apa rahsia besar itu? Adakah rahsia itu ada kena-mengena dengan hidup aku? Dan yang paling penting sekali adakah Rin itu real atau ilusi aku yang hanya wujud di virtual aku? Minda aku dah pening. Badan aku dah penat. Dan aku juga tiada semangat untuk ketahui apa rahsia besar itu. Aku rasa mungkin lebih baik aku tidak tahu benda itu.

“Narqy, aku harap di saat kau tahu rahsia besar itu kau masih ada masa.”

“Apa maksud kau?”

“Ada masa untuk temui seseorang. Ingat Narqy. Ingat apa yang aku cakapkan hari ini. Kau boleh lupa tapi kau akan  ingat dan faham suatu hari nanti apa yang telah aku katakan pada malam ini.”

“Hmmmm.”

“Aku nak balik dulu. Aku nak log out.”

“Bukankah kau ilusi aku? Kenapa kau tidak mahu temankan aku?”

“Kau tahu jawapannya kan? Atau minda kau makin parah kerana realiti dan ilusi itu kau anggap sama?”

“Macam mana kau….”

“Kau tahu jawapannya Narqy..”

Aku berdiam diri. Aku melihat dia tersenyum dan memusing badannya untuk menekan button log out yang ada di Virtual Screennya  -yang dia sahaja nampak. Aku hanya melihat dia hilang dari pandanganku. Aku bingung dan keliru. Apa semua ini? kenapa aku bertambah keliru. Adakah ini ilusi atau realiti. Salah satu keburukan terlalu lama di dunia fantasi dan virtual adalah aku semakin lupa apa rasa sebenar dunia realiti hinggakan minda aku dah susah nak bezakan rasa di dunia realiti  dan fantasi/virtual.

Hati aku sakit. Minda aku sakit. Aku rasa aku perlu balik semula ke realiti aku. Lebih baik aku tidur di dunia sana.

Aku menekan button log out. Kini badan aku berada di dunia fantasi. Aku harus melalui fantasi dahulu sebelum aku boleh balik ke realiti. Aku tidak tahu kenapa. Dan aku juga tidak mahu tahu kenapa. Mungkin itu yang terbaik. Ada sesuatu persoalan di dunia ni tidak perlu di cari jawapannya, biarlah jawapan itu datang sendiri. Seperti perasaan gembira. Rasa gembira itu tidak perlu dicari kerana kegembiraan itu akan datang. Apa yang perlu dibuat adalah menyukai perkara yang dilakukan, bukannya melakukan sesuatu perkara itu tanpa minat – dengan harapan perkara yang dilakukan bakal memberi kegembiraan. (Sejak bila kegembiraan akan datang melalui usaha pelik seperti itu. Atau memang ada? Mungkin ada, kerana manusia itu bukannya mesin yang boleh dikawal oleh manusia lain. Manusia itu tidak boleh dikawal menggunakan formula matematik. Mungkin.)

...

Aku meletakkan gelang dan cermin mata di atas meja yang berada di bilik tidurku – di dunia fantasi. Aku mencuba kembali ke realiti.

Tetapi kenapa aku rasa susah untuk kembali ke realiti aku. Aku mencuba memejamkan mata aku beberapa kali, tetapi aku tetap berada di fantasi ini. Aku tidak tahu kenapa. Tak kan ini salah satu keburukan terlalu kuat berfantasi. Aku tidak boleh kembali lagi ke realiti aku.

Tak …. Tak… Aku tidak boleh berfikiran seperti itu. Aku perlu kembali ke realiti. Tanpa realiti bagaimana aku boleh berfantasi sehinggakan aku boleh mereka dunia virtual. Aku perlu kembali ke dunia realiti. Aku nak mengembara lagi di dunia virtual. Aku dah berjanji dengan mereka untuk berjumpa pada hari lusa. Tanpa realiti bagaimana aku boleh berfantasi. Tanpa fantasi bagaimana aku boleh masuk ke virtual.

Aku tenangkan diri. Aku mencuba lagi. Akhirnya setelah beberapa kali aku mencuba dan di saat aku membuka mata, aku kini berada di atas katil di bilik aku di dunia realiti. Air mata aku jatuh. Aku takut sangat seandainya aku tidak boleh kembali lagi ke realiti. Aku takut seandainya aku hilang dunia realiti aku, maknanya dunia fantasi aku juga akan turut hilang. Aku takut itu.

Aku berfantasi kerana aku nak cari jawapan untuk persoalan kekosongan hati aku. Tetapi kenapa minda aku katakan bahawa jawapan itu boleh dijumpai di dunia fantasi dan virtual? Bukankah fantasi dan virtual itu hanya ilusi, jadi mengapa aku hendak mencari jawapan di lautan itu? Kenapa aku berharap aku akan berjumpa jawapan itu di dunia ilusi? Kenapa harapan itu tidak boleh dibuang, harapan yang mungkin bakal menyakitkan?

Dan aku juga telah mula berharap agar Rin itu wujud di realiti. Harapan yang aku tahu bakal menyakitkan aku suatu hari nanti. Kenapa aku menjadi seperti ini? Kenapa harapan itu boleh ada di hati aku? Aku mengelap air mata aku dengan tangan kanan. Aku harus berhenti berharap. Tetapi apakan daya, harapan itu semakin kuat di hati aku.


Aku tertanya-tanya adakah aku mula sukakan Rin. Atau hati aku sebenarnya menyukai Shina, tetapi kerana itu mustahil maka hati aku melarikan diri daripada realiti itu dan akhirnya hati aku menjumpai Rin. Hati aku memang tidak pernah mahu belajar. Kenapa hati ini mudah jatuh cinta? tetapi adakah itu cinta atau perasaan lain? Perasaan yang dianggap cinta tetapi realitinya perasaan itu bukannya cinta cuma perasaan ingin melarikan diri, begitukah? Wahai hati, adakah kau juga seperti minda yang tidak boleh membezakan realiti dan ilusi? Wahai hati adakah kau boleh bezakan cinta dengan perasaan lain? Atau kau dah semakin parah seperti minda?

Minda aku bermain lagi.

Adakah aku suka Shina atau Rin. Sekiranya aku berfikiran realiti maka aku akan pilih Shina tetapi seandainya aku berfikiran ilusi siapa yang aku akan pilih? Mustahil aku boleh mencintai ilusi, tapi……


Mata aku makin berat. Dan aku tertidur di atas katil.




































Ulasan

Catatan Popular