You are so beautiful- may be--- illusion
sambungan dari ((((((((((((3))))))))))))
Lagu anarki aku
dengar, lagu loser aku dengar, lagu sedih aku dengar, lagu gembira aku dengar,
lagu naikkan semangat aku dengar, tapi, semua lagu menghasilkan sesuatu yang
sama, iaitu kegembiraan ilusi. Kegembiraan ilusi yang menyeronokkan si pelayan
lagu, sama seperti kau ingin lari daripada dunia realiti. Ya, fantasi itu
menyeronokkan, lebih daripada realiti, tapi, buat apa fantasi andai kata hanya
keseksaan dirasai hati, hanya keserabutan yang dirasai minda, daripada aku
mengulangi perkara sama, lebih baik aku layan keindahan pain alam realiti aku.
Kah kah kah.
Kenapa? Kau nak
cakap aku sesat? Standard melayu pasca konservatif, semua sesat, sampaikan
mundur, hanya tahu cakap sahaja, tapi sains dan teknologi ke laut, tapi, kira
ok lah, daripada aku, dua-dua hancur, f**k, loser sial.
Aku, Yin, dan Rikkie berjalan, mencari makna
kehidupan, alasan untuk menyedapkan hati, alasan untuk aku cakapkan kepada
manusia winner moden. Alasan aku untuk lari daripada realiti indah moden yang
aku rasa useless ke atas minda bodoh aku. So, what, aku nak hidup cara ini,
this is my life, kata seorang loser, yang lari daripada gaya hidup moden, ala
aku, kah kah kah.
Yin, semakin
hari, semakin semangat bermain gitar, buku juga masih dia baca, Rikkie, bantu
Yin berjaya, mungkin, berjaya yang dianggap useless manusia beriman, kah kah
kah, aku cakap salah eh? Hidup, anarki, hidup emo, katakan ala Barat, tapi,
F**K, kau nak expect apa daripada kami, kalau kami nak memberontak dalam hidup
kami, adakah kau akan cakap, kami rosak, tapi memang rosak pun, kah kah kah,
tulisan tiada adab bak kata Syed Naquib al-Attas.
Dunia moden ajar
seperti ini, kau beruntung, kerna kapitalis bersama kau, populariti bersama
kau, kami pula, manusia yang tidak boleh survive atas sistem indah moden, kami
bukan mahu populariti, kami hanya mahu kepuasan hidup, bukan kepuasan hidup ala
normal. Bagaimana nak jadi ala normal, andai kata kami dah rosak akal, adakah
kau nak kami pukul kepala, agar hilang ingatan?
Hancur, semakin
hancur, akal hancur, hati hancur, minda bersama hati ke arah kehancuran, kata
mereka. Aku tidak tahu, apakah makna kehancurkan bagi mereka, mungkin relatif,
kah kah kah, alasan untuk lari daripada realiti si kritik. Aku malas fikir
semua itu, kerna semua itu, aku pernah fikir, ketika aku jadi mahasiswa normal
society. Kau kata aku tulis ayat indah, so what, stop reading lah, kaki capap,
kah kah kah. Kau nak cari kebaikan dalam tulisan ini, kah kah kah, alasan untuk
sedapkan hati berusaha. Kebaikan dan keburukan adalah alasan sesuai untuk
sedapkan hati, sama seperti amanah, kah kah kah.
Amanah kita
sebagai pelajar adalah belajar, so what, aku minta maaf, kerna aku tidak minat
nak laksanakan amanah tu, so, kenapa, aku masuk neraka eh? Untunglah masuk
syurga.. jangan jadi seperti aku, jadilah manusia baik ala moden kapitalis
bercampur amanah dan makna kebaikan kau. Kah kah kah. Rosak tak minda aku?
Aku malas nak
hipokrit, buat apa laksana amanah, andai kata kosong hasilnya, belajar, aku
tidak minat belajar kerna kerja, kalau kau minat, jangan suruh aku hidup cara
kau, kerna aku juga tidak suka suruh kau hidup cara loser aku, kah kah kah.
Aku dah puas
dalam pendidikan, yang aku rasa aku tidak sesuai dalamnya, so, buat apa lagi
aku nak fikir amanah? Tapi, aku suka lihat dan dengar mereka yang kata amanah,
kerna mereka baik, tapi jangan jadi lilin, kau beri cahaya kepada manusia
sekeliling, akhirnya kau terbakar sendiri, good luck, kau buat amanah kau, dan
selamat maju jaya tafsiran moden, kah kah kah. Tapi, kira ok lah, daripada
berjaya tafsiran loser aku.
Aku malas nak
nilai hidup manusia, tapi, manusia lain suka tafsir hidup manusia lain, mereka
tafsir dan anggap hidup mereka lah paling indah, kah kah kah...Memang indah
pun, kah kah kah... dapat capap depan awek.
“Amad, kenapa kau
menuntut ilmu?”
“Boleh mencapap
depan awek, kah kah kah.”
Dia pandang aku.
“Kenapa, salah
eh?”, soal aku.
“Kah kah kah..
Kau nak jawapan seperti mana? Kau nak aku cakap apa yang kau nak dengar? Pergi
cari manusia spesis kau, jangan cari manusia rosak seperti aku... kah kah kah.”
Dunia ini, ramai
pandai, tapi ramai gak bengong, macam
aku kah kah kah, dan jangan bajet kau juga keluar daripada spesis
bengong. Dunia ini bukan kekurangan orang pandai, tapi kekurangan manusia,
berapa ramai pandai, tapi bengong? Berapa ramai pandai tapi tidak bijak? Ah,
f**k, lantaklah, bukan kerja aku. Apa aku dapat andai kata aku cakap dan tulis
benda itu? Lebih baik aku tengok p**n, kah kah kah.
Aku malas nak
hidup, sama seperti kau yang rajin hidup, eh, sama eh? Kah kah kah.
Aku dan mereka
berdua berjalan, tanpa harapan, tanpa amanah, tanpa nilaian manusia pandai. Aku
malas nak cakap, aku malas nak tulis, so buat sekslah kah kah kah. Manusia
kambing ramai, golongan kambing ramai, depan awek macam holy, tapi belakang
awek shit bercelana, kah kah kah. Golongan kambing benar, nampak dari depan,
janggut indah, nampak dari belakang, telur dua biji, lima puluh sen satu, kah
kah kah. Depan kau baik, belakang kau, dialah raja sebarkan aib, get lost from
my broken view!
Minda aku rosak,
hati aku rosak, apalagi bersama mereka, lagi rosak. Aku suka rosak dari aku,
bukan dari manusia kambing. Lantaklah, kau nak kata apa, kerna aku tahu, apa
respond golongan kambing, untuk manusia no life seperti aku, kah kah kah.
Aku dah lama lari
dari sekarang, buat apa aku ingat kisah itu, lebih baik aku layan kegembiraan
sementara pengembaraan loser ini.
Rikkie menyanyi,
standard lagu dia, emo, semua pain, masa gembira, dia layan emo, masa sedih dia
layan emo, aku pun tidak tahu, apa pengalaman yang dia lalui sampai jadi
seperti itu. Lantaklah, kau ingat aku ini seperti kau, semua nak komen, maaflah,
aku ini jahat, itu bukan kerja aku, itu kerja manusia seperti kau, manusia baik
,maka laksanakanlah amanah mu.
Kenapa? Kau nak
kata fikiran aku ini ala Barat, kah kah kah. Kalau kau boleh ikut sistem Barat,
kenapa pula aku tidak bisa fikir macam Barat? Kau bisa gembira dalam sistem
kapitalis Barat, kenapa pula aku tidak boleh gembira dengan ala fikiran Barat?
Kenapa, kau diam.. Adakah kau tengah susun ayat nak attack aku? Silakan, kau
kan winner... Winner mesti ada ego, agar loser nampak loser. Winner mesti ada
ego, agar dirinya dipandang, winner mesti ada ego, walaupun dirinya penuh
kejahilan, winner mesti nampak hebat, walaupun bangang terserlah, winner mesti
ada ego, agar dirinya terpelihara dalam sistem, kah kah kah. Aku salah eh?
Kalau aku salah, maka kau tidak terasa, tapi, kalau kau terasa maka aku juga
terasa penis, kah kah kah.
Makin hari aku
bersama dalam persekitaran ini, aku makin rosak, sebab itu, daripada rosak
sembunyi, lebih baik aku bla, dan rosak secara awam, dan aku lari daripada
kisah itu. Dan aku sekarang bersama seorang emo, dan seorang anarki, niat nak
buat band, hasil pain underground shadow, tanpa bantuan indah cinta si dia,
muka macam angel, tapi, materialis ala dewa.
Dewa itu mitos,
ya dewa itu mitos, sama macam cinta sebenar. Kah kah kah. Eh, jap, aku salah.
Cinta itu bukan mitos, tapi sejarah sahaja. Lantaklah, buat apa aku nak fikir
benda itu.
Aku tidak tahu
jalan cerita apa lagi nak fikirkan, tapi, kau nak jalan cerita minda atau
fizikal? Aku sengsara dalam minda, seksa dalam minda, apa boleh buat, aku tidak
tahu bagaimana aku nak buang minda aku, kerna, kalau aku buang, maka gila lah
namanya, tak pun aku mati kerna racun dalam mulut. Kau faham? Kalau kau tidak
faham, tak payah risau, kerna tak masuk exam pun, kah kah kah.
Kau pandang aku
atas loser, tapi, aku memang loser pun. Yang pasti, kalau kau nak tahu kau
bengong atau tidak, seperti ini: Kalau kau dengki aku, maka kau bengong, kerna
aku tidak ada apa-apa untuk didengkikan. Daripada kau dengki kerna aku, lebih
baik kau dengki dengan winner. Kalau kau cemburu aku, maka kau bengong, kerna
aku tidak ada apa-apa untuk dicemburukan. Daripada kau cemburu kerna aku, lebih
baik kau cemburu dengan winner. Kah kah kah, Jangan kerna kewujudan aku, kau
merasa dengki, merasa cemburu, kerna shadow selama-lamanya berwarna hitam, tak
kan berwarna selain hitam, maka, jangan samakan shadow dengan diri kau. Jangan
lihat aku sebagai kilauan, tapi, lihat aku sebagai shadow, yang tidak
dikisahkan kewujudannya, kerna itu aku suka shadow, agar aku tidak dirasai
kewujudannya. Kerna, manusia rosak seperti aku tidak bisa disedari fizikalnya
dan aura losernya, kah kah kah. Indah tak hidup aku, kah kah kah.
Kisah dulu
Bayang-bayang
akan selama-lamanya bayang-bayang, oleh itu, jangan suruh aku menjadi cahaya,
jangan suruh aku berkilau, biar saja aku
sembunyi di dalam bayang-bayang, objek, hasil pantulan cahaya matahari, tiada
makna metafizik.
Aku tetap bayang-bayang,
kerna hidup aku ajar aku seperti itu, low profile, kerna itu menyeronokkan,
kerna itu aku bisa melihat sesuatu yang mungkin aku tidak dapat lihat andai
kata aku bercahaya. Dan manusia rosak seperti aku tidak boleh bercahaya hasil
cahaya, kerna takut cahaya itu adalah ilusi sahaja.
Dan bayang-bayang
tidak bisa overshadow, kerna takut menjadi black hole, di mana cahaya tidak
bisa menembusinya, tiada makna metafizik.
“Amad, dah tiba
masanya kau berkilau hasil cahaya.”
“Aku tak nak. Aku
lebih suka menjadi shadow, kerna shadow menyeronokkan, kerna manusia tidak
peduli akan kewujudan aku.”
“Tapi, sampai
bila Mad, kau seronok dipandang rendah…?”
“Seronok, mungkin….. dan aku memang rendah pun……. dan
aku tidak mahu mereka pandang aku tinggi, sedangkan aku hanya manusia loser.
Aku tidak mahu pandangan tinggi mereka terhadap aku hanya aku gunakan untuk
menutup ke-loser-an aku.”
“Tapi Mad, it is
about maruah….”
“Anggap sahaja
aku tidak ada maruah…”
“Mad….. “
“Sejak bila
manusia rosak seperti aku ada maruah, dan aku juga takut maruah itu aku samakan
dengan ego, akhirnya aku sendiri hancur kerna mempertahankan maruah kejahilan
aku…”
“Amad, kau tahu
tak kenapa awek kau tinggalkan kau….”
“Hmmmmm. Buat apa
aku tahu, kisah telah terjadi….”
“Awek kau
tinggalkan kau kerna kau tidak bercahaya, kerna kau sembunyi di dalam
bayang-bayang manusia lain.”
“Jadi, seandainya
aku bercahaya, seandainya aku berkilau, adakah dia akan stay?”
Aku pandang dia.
“Loser tetap
loser, aku berkilau atau tidak, hasil tetap sama, aku malas melayan ego aku
untuk dikenali, lebih baik aku melayan shadow aku, walaupun sakit atau tidak,
kerna aku bukannya sesiapa untuk dikenali, dan aku juga tidak suka dikenali
ramai, kerna makin kau kenal aku, makin kau benci aku.”
Shadow tetap
shadow, dan keep your profile low to survive in this wonderful era…… dan aku tidak mahu lagi layan cintah indah
moden, apa guna aku rasa keindahan yang hasilnya adalah pain,lebih baik aku
layan pain beserta anarki kesedihan loser. Kah kah kah.
…………….
Aku bangun, mimpi
rupanya, terbaik, sekarang pukul 3 pagi, masa untuk tidur aku tidak tidur, masa
untuk bangun aku suka tidur, kerna apa beza andai kata aku tidur malam dan
berjaga pagi, kau nak expect apa daripada manusia yang rosak minda dan hati
seperti aku.
Aku mahasiswa
loser, yang tidak minat lagi belajar cara jawab exam, yang tidak lagi berasa
useful dalam kelas, yang tidak lagi bisa focus dalam drama pendidikan, dan aku
hancurkan masa depan kapitalis aku. Kawan aku menjadi hebat, aku pula terseksa
dengan permainan minda bodoh aku ini. CGPA aku hancur, semua hancur, dan aku
memilih untuk tinggalkan aku yang ini. Khayalan atau reality, aku dah lama drop
out.
Walaupun aku
masih di alam mahasiswa, tapi, sebenarnya, aku dah lama hilang dari alam ini,
loser tak aku,kah kah kah. Nasihat aku, jangan jadi seperti aku, kerna aku juga
tidak suka aku yang ini, aku dah lama cuba lari dari aku yang ini, tapi apakan
daya, aku tidak bisa, mungkin kerna, minda aku dah lama lemas di alam abyss,
salah aku, kerna memandang abyss itu, memandang dan memasuki alam fantasi dan
khayalan indah rekaan aku.
Good luck hidup,
ini kisah aku, jangan jadi seperti aku, kerna kau ada kisah kau sendiri….
Maaf, andai kata
anarki bodoh aku pernah sakitkan kau, mungkin masa itu , aku tidak bisa menawan
mulut aku, akhirnya hati kau disakiti dengan mulut loser aku ini. Minta maaf.
Dan aku ingat
masa aku berumur 17 tahun, quote yang
aku reka, sesuai dengan aku masa itu, dan sesuai mungkin dengan aku yang
sekarang. Qoute itu:
“LOSER IS FUN……………………”
Kah kah kah. Ini bukan kisah
movie, ini bukan kisah drama, ini bukan kisah anime, loser tak kan menjadi
winner, kerna aku dah lama hilang semangat untuk hidup, sejujurnya. Tapi, aku
masih mahu berubah............. Doakan aku, agar nyawa masih bersambung.
Sambungan: klik di sini
Sambungan: klik di sini
Ulasan
Catat Ulasan