Bab 9: si pencari fantasia
9 Berkurung di bilik dan menjelajah di dunia virtual
Waktu : Keesokan hari/hari pertama cuti pada waktu malas
Aku lupa pula. Sepatutnya petang tadi aku masuk ke dunia virtual sebab aku
dah janji dengan Rin. Aku cepat-cepat menuju ke bilik aku dan bermulalah pengembaraan
aku di dunia virtual.
Aku mencari Rin. Dia berada di restoran bersama geng-geng Tree Adventure
Party.
“Kenapa lambat?”, soal Rin.
“Maaf, aku lupa.”, jawab aku.
“Ini Amad. Amad, ni Rin
, Yan, Farah dan Rikkie”.
“Hai.”
“Hai.”, balas mereka.
Bertambah banyak lagi member party ini.
“Ok hari ni kita akan masuk ke dalam dungeon yang berada di hutan
berdekatan bandar Srivijaya.”, kata Rin, sebagai ketua party ini.
Semua manusia yang ada di sekeliling aku hanya menganggukkan kepala, tanda
setuju. Sepanjang perbincangan itu aku hanya diamkan diri sahaja, seperti
biasa, itu sahaja karakter yang aku tahu lakonkan. Senang dan mudah.
...
Selepas berada di
dalam Dungeon dan menumpaskan ketua Dungeon, kami pulang ke bandar. Kisah hari
pertama pengembaraan kami di dunia virtual. Kami sampai di bandar pada waktu
senja. Selepas berbincang aktiviti esok hari, Rin, Gray , Yan, Farah dan Rikkie log out. Tinggal aku bersendirian. Aku
jalan ke arah restoran untuk minum sambil menonton anime melalui telefon pintar
aku.
Dalam dunia
virtual ini aku boleh buat apa sahaja seperti di dalam dunia realiti. Aku boleh
makan, minum, buat kerja sekolah, menonton anime dan membaca buku. Begitu juga di dunia fantasi aku. Tetapi
sejak kebelakangan ini, masa aku banyak dihabiskan di dunia virtual ini. Aku
suka dunia virtual kerana manusia di dalam dunia ini nampak real berbanding
manusia di dunia fantasi aku, walaupun aku tahu dunia virtual ini adalah salah
satu fantasi aku tetapi aku tidak tahu kenapa hati aku rasakan bahawa karakter
manusia yang berada di dunia virtual ini umpama wujud di dunia realiti, atau
semua ini kerana minda aku yang bermasalah.
Aku malas
memikirkan semua itu (in the end aku tetap cycle fikiran ini, sukar untuk
dibuang). Sampai di restoran aku memesan kopi ais, minuman kegemaran aku.
Terasa sunyi pula malam ini. Tetapi itu yang aku mahu, kerana adakalanya
kesunyian boleh mengajarkan sesuatu dan paling penting sekali aku suka rasa
kesunyian. Aku mengambil telefon yang berada di
dalam poket seluar aku. Aku membuka browser dan mencari website untuk
melayan anime. Mungkin aku akan menonton anime selama 2 jam, maknanya empat
episode.
Sebelum aku
melayan anime, aku perhatikan sekeliling aku. Aku melihat beberapa player
sedang ketawa gembira. Mereka daripada Almer Guild, antara guild yang popular
di dalam game ini. Ahli mereka cukup ramai dan prestasi mereka juga hebat
terutamanya kerjasama yang mereka tunjukkan ketika melawan raksasa. Hidup
mereka gembira walaupun kegembiraan itu datang dari fantasi, datang daripada
ilusi aku. Kegembiraan yang aku lihat adalah ilusi kerana manusia di depan aku
hanya ilusi aku sahaja. Ilusi yang mengajar aku sesuatu walaupun pengajaran itu
berbentuk ilusi tetapi mungkin ada maksudnya.
…
Aku tidak suka
mengikuti mana-mana guild ataupun kumpulan, tetapi Rin memaksa aku untuk
tubuhkan party. Kebanyakan player yang membuat party biasanya player yang tidak
mahu mengikuti mana-mana guild. Bukan semua tetapi sekadar majoriti.
Aku malas melayan
semua itu (in the end masih melayan semua itu juga. Sampai bila hati nak
menipu, kata minda).
Selepas beberapa
minit menunggu, air aku pun sampai. Aku mengambil earphone dan terus melayan
anime sambil minum air yang aku pesan tadi.
Aku melayan anime Plastic Memory,
antara anime latest yang dikeluarkan
pada tahun ini. Anime ini memberi aku
sesuatu untuk difikirkan. Apa akan terjadi suatu hari nanti apabila perasaan
itu boleh dimatematikkan dan dimasukkan ke dalam robot? Adakah memori yang
diberikan oleh robot itu sama rasanya dengan memori yang dirasai apabila
bersama dengan mansuia yang real? Atau
semua itu mustahil?
Dalam anime itu
Isla berkata:
“Having happy and
beautiful memories won’t always bring you salvation. The more beautiful a
memory is, the more painful it can become. It can even become terrifying. Both
for the one who’s leaving…. and for the one left behind.”
Aku rasa dia
silap. Memori itu hadir kerana untuk dilupakan. Apabila memori diingat maka
memori itulah yang mengajar erti sakit, bukannya ‘painful’ yang memberi
kesakitan kepada hati. Sebab itulah manusia suka mencari memori lain di saat
dia terluka, kerana memori itu sebenarnya hadir untuk dilupakan bukan untuk
diingat. Mungkin lebih baik seandainya
memori itu tidak datang, kalau hanya sekadar mengajar erti ‘painful’. Analisa
berdasarkan hati aku yang rosak.
Selepas hampir dua
jam, aku keluar daripada restoran itu dan menuju ke arah sungai, tempat aku
baring sambil layan dunia fantasi.
Sambil berjalan ke
arah sungai itu, aku berfikir mengenai memori. Kenapa memori itu pelik? Ada memori
yang ingin dilupakan tetapi memori itulah yang selalu mengajar erti nightmare,
ada memori yang ingin diteruskan tetapi ketika menghadapi situasi yang
berlainan dengan memori itu maka memori itu bertukar menjadi ‘painful’. Ada
juga memori yang ingin dicari, tetapi disaat memori itu dijumpai kaki pula
takut untuk teruskan perjalanan, kerana takut di saat kaki melangkah memori itu
hilang menjadi sejarah yang dilupakan. Apabila memori bertukar nightmare maka
ilusi pula yang dicari kerana memori di ilusi dikawal oleh minda, di mana ilusi
itu biasanya di reka oleh minda agar kegembiraan dirasainya. Berapa ramai
manusia yang suka berilusi hanya kerana ingin lari daripada realitinya?
Aku berjalan lagi.
Minda aku masih memikirkan hal itu. Inilah padahnya terlalu melayan anime.
Anime hanya membuatkan aku berfantasi memikirkan kisah hidup dua dimensi. Aku
terfikir apa pengalaman yang dilalui seseorang itu sehinggakan dia boleh
menghasilkan fantasi yang pelik dan berlawanan dengan logic akal era ini? Apa
perasaan yang perlu dirasai agar boleh menghasilkan karya yang berjaya
menyentuh hati manusia yang melihatnya?
Aku teruskan
perjalanan aku ke arah sungai itu. Aku dah rasa penat kerana hari ini aku dah
terlalu aktif. Kami masuk ke dalam dungeon dan melawan ketua raksasa. Kami juga
berjalan-jalan di dalam hutan hanya ingin mencari air terjun. Selepas menemui
air terjun itu, aku dan manusia lain mandi dan membersihkan badan. Penat
sungguh hari ini. Sepanjang hari aku tidak terfikirkan Shina. Mungkin lebih
baik seperti itu. Bukankah lebih baik seandainya aku tidak jumpa dia, tak
payahlah aku membuang masa memikirkan dia. Lebih baik aku berkurung di dalam bilik
dan berjalan-jalan dengan Rin di fantasi ini daripada melayan ilusi romantic di
realiti (daripada aku melayan ilusi di realiti, lebih baik aku melayan ilusi di
lautan ilusi aku). Tapi, aku takut pula hati aku yang bodoh ini menyukai Rin.
Pelik sungguh. Bagaimana seseorang itu boleh jatuh cinta dengan wanita
ilusinya? Tetapi bagaimana pula seseorang itu menyukai fantasinya dan membenci
realitinya sedangkan fantasi itu sekadar ilusi? Maknanya aku boleh jatuh cinta
dengan ilusi aku? Analisa yang salah, tapi biasanya kesakitan dan kesengsaraan
itu boleh menghilangkan rasa logic di minda hinggakan ilusi pun telah diharapkan
oleh hati agar benar-banar wujud. Pelik sungguh penyakit ini.
Aku memperlahankan
langkah aku. Aku terus berfantasi lagi di dunia virtual ini. Aku berjalan di
tempat yang gelap. Aku mengambil jalan yang jauh agar aku ada masa untuk
melayan minda aku. Aku terjumpa tempat yang diterangi lampu, ramai manusia di
tempat itu. Aku mencari jalan yang lain. Aku melayan minda aku lagi. Aku
terfikir adakah manusia itu boleh menerangkan realiti menggunakan sains dan
teknologi. Adakah minda manusia mampu
menerangkan ‘the nature of reality’
menggunakan sains tanpa menggunakan hati? Ataupun sains itu tidak kisah akan
‘the nature of reality’? Maknanya sains itu tidak akan memberi apa-apa ke dalam
hati manusia, hanya memberi ‘sesuatu’ ke dalam minda, begitukah?
Kenapa aku
mempersoalkan benda itu? Adakah aku layak mempersoalkan soalan itu sedangkan
minda aku susah membezakan ilusi dan realiti? Kenapa aku perlu memikirkan semua
itu? Apa yang aku dapat memikirkan semua itu. Buang masa aku sahaja. Lebih baik
aku utamakan apa yang penting dahulu (hipokrit punya hati).
…
Salah satu perkara
yang menakutkan aku ketika bersendirian adalah minda ini terlalu jauh terbang.
Salah minda ini kerana belajar berfikir. Sepatutnya aku tidak belajar berfikir,
kerana semua itu hanya megajar aku erti kosong yang sekosong-kosongya,
sehinggakan aku malas hidup lagi di realiti aku. Semua itu dah terlambat,
kerana benda itu susah untuk dibuang. Aku
menyesal kerana mempersoalkan realiti moden, aku dah tidak layak untuk hidup di
dunia moden ini lagi.
Kenapa aku masih
memikirkan semua itu? Berapa kali aku harus cycle fikiran itu? Kenapa aku tidak
membuang itu jauh-jauh dan tidak mengulanginya lagi? Minda aku penat, hati aku
rasa terseksa. Tapi, minda ini tetap akan teruskan kerjanya.
Aku terfikir lagi
mengenai hakikat sebenar sains moden. Aku pernah terbaca bahawa fizik moden itu
sebenarnya tidak kisah dengan ‘the nature of reality’ (minda aku ulang perkara
yang sama lagi, bodohlah), apa yang dikisahkan hanyalah matematik sahaja. Aku
tertanya-tanya lagi adakah semua yang berlaku di dunia fizikal ini boleh diterangkan
menggunakan matematik? Betulkah bahawa bahasa alam ini adalah matematik ataupun
matematik itu hanyalah bahasa yang digunakan oleh ahli fizik untuk menerangkan
alam? Adakah ahli dalam bidang lain menggunakan bahasa lain untuk memahami
alam? Adakah aku salah?
Aku terus melayan
fikiran aku. Aku terus terbang dalam minda aku.
Adakah sains itu
ada kelemahannya? Kenapa dikatakan bahawa semua di dunia ini boleh diterangkan
menggunakan sains seandainya tidak wujud sabab dan akibat yang boleh
dimatematikkan? Misalnya probability melawan determinism. Bukankah alam ini
berbentuk probability, maknanya sebab dan akibat tidak lagi memainkan
peranannya? Adakah aku salah.
Hati aku tersedar
sesuatu. Kenapa aku yang memikirkan semua itu? Kenapa manusia yang tiada impian
seperti aku ada masa untuk memikirkan semua itu? Adakah aku layak sedangkan
minda aku suka masuk ke dunia ilusi (lebih tepat lagi, minda aku dah rosak)?
Inilah teman rapat
aku. Minda. Minda ini teman rapat aku, tetapi teman ni sangat menyakitkan.
Menyakitkan hati aku kerana mempersoalkan susunan manusia moden, mempersoalkan
semua system buatan manusia. Salah aku kerana terlalu melayan minda, hinggakan
minda mengajak hati untuk sama-sama masuk ke dalam dunia ilusi.
Aku kembali ke
dunia virtual selepas puas berenang di lautan fantasi. Aku sampai di tepi
sungai itu, tempat kegemaran aku untuk lepak sambil tidur melayan dunia lain.
Aku mencari tempat yang kering untuk baring.
…
Sambil baring aku terfikir
mengenai particle fizik. Teringat kisah
di mana Larger Hadron Collider menemui Gigs Particle. Di dalam dunia virtual
ini aku boleh membayangkan fantasi dan akan terpancar gambar seperti hologram.
Aku membayangkan LHC, di mana giant accelerator ini berfungsi untuk mencari
dan menyelidiki dunia particle. LHC
wujud di depan mata aku. Berbentuk hologram tetapi ia seperti real. Aku boleh
mengubah kedudukan hologram ini, sama ada ia mengarah ke arah depan, belakang, kanan atau kiri. Sebab
itulah aku mudah dan suka mengulang kaji di dalam dunia virtual ini. Aku boleh
membayangkan sesuatu dan bayangan itu boleh menjadi real. Mudah aku melakukan
matematik kerana aku tidak perlu mengira menggunakan kertas. Aku hanya perlu
memikirkan nombor dan pengiraan akan aku lakukan melalui minda sahaja
menggunakan teknologi hologram ini.
“Hai Amad.”, suara
Rin kedengaran dari belakang.
“Nama aku Narqy,
bukan Amad.”
“Hahhahaha.”
“Narqy, kenapa tak
log out lagi?”
“Aku malas nak
balik ke realiti aku. Bosan.”
“Bosan sebab kau
tidak mahu berkawan.”
“Di dunia virtual
ini pun aku tidak suka berkawan. Tapi aku jarang rasa bosan pun di dunia ni.”
“Sebab di dunia ni
kau suka berjalan-jalan.”
“Mungkin.”
“Kenapa kau tak
melancong di dunai realiti kau?”
“Money…..Money…Mani.”
“Cari lah.”
“Malas.”
“Malas kerja?”
“Ya.”
“Kenapa?”
“Mind blocking.”
“Apa tu?”
“Aku pernah kerja.
Kerja dari 8 pagi sampai 8 malam. Rasa penat, tapi nak sedapkan hati, minda aku
akan bercakap bahawa aku akan dapat gaji hujung bulan.”
“Tak faham.”
“Macam ni, masa aku
kerja, aku rasa penat. Tapi nak hilangkan penat tu aku akan berfikir bahawa
hujung bulan aku akan dapat duit dan boleh beli game.Itu yang aku namakan mind
blocking. Kerana aku kerja bukan kerana minat tapi kerana terpaksa hanya kerana that wonderful thing.
Sebab tu aku malas kerja lagi.”
“Alasan.”
“Suka hati kau lah
nak percaya atau tidak.”
“Amad, kau tidak
mahu jumpa Shina? Bukan dia suka kau eh? Kau pun suka dia kan?”
“Kau kan ilusi
aku, tak kan kau tidak tahu jawapan untuk soalan kau tu?”
“Aku nak dengar
daripada mulut kau sendiri.”
“Malaslah nak
bincang benda bodoh tu. Tahu tak apa keburukan terlalu melayan perasaan
romantik, terutamanya ketika kau masih remaja?”
“Tidak tahu. Apa
lah?”
“Merosakkan akal.
Dan menyebabkan kau akan terperangkap dalam dunia romantic bodoh.”
“Macam mana kau
tahu?”
“Sebab aku pernah
rasa.”
“Macam mana nak
buang?”
“Fikir benda lain.
Lepas tu buang rasa romantic tu dan jangan jatuh cinta lagi. Banyak benda lagi
seronok nak layan.”
“Alasan. Yang kau
suka Shina tu kenapa?”
“Sejak bila aku
suka dia?”
“Kau tidak suka
dia!?”
“Aku malas nak
layan perasaan aku. Lebih baik aku layan ilusi aku.”, (hipokrit)
“Amad, aku ni
Shina.”
“Diamlah. Kau
ilusi aku sebab itulah kau cakap kau Shina sebab hati aku mengatakan bahawa kau
ini Shina, sedangkan berdasarkan logic
kau hanya ilusi aku dan Shina adalah real.”
“Mad, aku cakap
perkara yang sebenar.”
“Jangan bagi aku
harapan bodoh lagi boleh tak? Sedar diri sikit kau hanya ilusi aku.”
“Apa bukti aku ini
ilusi?”
“Sebab dunai
virtual ini ilusi aku.”
“Lagi…”
“Aku tidak tahu.
Aku malas nak fikir.”
Dia diam.
“Apa bukti kau ini
Shina…?”, minda aku mula berfikir.
“Lost Knowledge.”
“Apa tu?”
“Ancient Lost
Knowledge.”
“Kau cakap apa!
Ah, sudahlah. Aku nak balik ke realiti aku. Aku nak tidur lepas tu nak basuh
baju. Banyak benda lagi aku nak buat.”
Dia memandang aku.
Air mata dia keluar.
“Sejak bila ilusi
aku pandai menangis?”
“Amad, aku rindu
kau.”
“Sejak bila ilusi
aku ada perasaan?”
“Aku nak sangat
bersama awak.”
“Shina?”
“Ya, aku Shina.”
“Ah, ilusi. Bodohlah
minda aku ni. Ini ilusi bodoh. Dia Rin bukan Shina. Bodohlah.”, marah aku.
“Amad, terima
realiti.”
“Nama aku Narqy,
bukan Amad! Kau ini Rin bukan Shina, itu adalah realiti!”
Air matanya
bertambah banyak.
“Rin kau ilusi aku
kan?”, suara aku kembali perlahan.
“Ya, aku ini
ilusi. Aku bukan Shina.”, dia bercakap sambil menangis teresak-esak.
“Ya, betul kau
bukan Shina.”, cakap aku lagi untuk meyakinkan hati dan minda aku.
“Narqy, temankan
aku di dunia virtual ini, boleh?”
Aku melihat dia.
Walaupun dia ilusi aku, tetapi hati aku selalu berbisik bahawa dia ini real.
Sama ada dia Shina atau tidak, tapi hati aku akan berbisik bahawa dia ini bukan
ilusi. Tapi, hati aku tidak mahu mendengar bisikan kecil itu, kerana hati aku
dah tahu bahawa minda aku ada penyakit itu.
Aku memandang dia.
“Narqy aku suka
kau.”, dia senyum.
“Bodoh, kau ilusi
aku, memanglah kau suka aku. Aku pun suka kau, sebab itulah aku nak berkawan
dengan kau. Kau kan ilusi aku.”
“Adakah jalan
cerita yang kita lalui di dunia virtual ini adalah ilusi kau juga?”
“Mungkin. Dah lah,
jangan bincang benda tu lagi.”
…..
Suasana menjadi
sunyi. Aku tidak rasa awkward duduk di tepinya. Mungkin kerana dia ilusi aku.
“Narqy, kau suka
Shina?”
“Ya, aku suka
dia.”, baru tidak hipokrit.
Aku melihat muka
dia. Dia senyum. Aku hairan. Kenapa dia senyum?
“Kenapa kau
senyum?”
“Sebab kau jujur
dengan hati kau.”
“Hmmmmm.”
“Kau tak nak
confess?”
“Tak nak. Aku rasa
aku nak restart balik semua ini.”
“Restart?”
“Aku tidak layak
untuk dia. Dan aku rasa dia tidak suka aku.”
“Dia suka kau
Narqy.”
“Tidak. Dia salah
tafsir perasaannya.”
“Sebab itu kau nak
restart balik?”
“Ya. Kan lebih
baik seandainya dia dan aku tidak pernah bertemu.”
“Narqy, dia suka
kau.”
“Kau bukannya dia.
Kau hanya ilusi aku, sebab itu kau cakap macam tu.”
“Narqy…”
“Dah lah bincang
benda tu. Buang masa.”, kata aku lagi dengan suara yang perlahan.
“Kau give up
Shina?”, soal Rin.
“Tak, aku hanya
terima kenyataan.”
“Kau tak nak cinta
Shina?”
“Tak nak. Aku
tidak layak. Aku ada penyakit.”
“Itu pilihan kau?”
“Ya. Aku malas nak
berharap benda macam tu. Aku tidak layak
untuk berharap benda realiti.”
“Kalau dia suka
kau?”
“Dia tidak akan
suka aku.”
“If…”
“Aku tak nak. Aku
akan katakana bahawa aku tidak pernah suka dia..”
Dia diam. Mungkin
ilusi aku ini tidak mahu lagi menyoal aku. Ilusi yang berasal dari hati aku yang
kosong ini.
“Narqy, kalau dia
nak berkawan dengan kau?”
“Aku tidak kisah,
sebab aku dah tahu karakter apa yang aku boleh lakonkan depan dia.”
“Be yourself.”
“Aku dah lupa
macam mana nak berlakon gaya ‘be yourself’.”
Dia memandang aku.
Dia nak gelak.
“Kenapa? Aku salah
cakap eh?”, soal aku.
“Pelik pula kau
cakap macam tu. Macam mana kau boleh lupa gaya ‘be yourself’?”
“Entahlah.”
“Aku tahu bila kau
akan jadi be yourself.”
“Bila?”, aku
memandang Shina.
“Masa kau melayan
minda kau. Masa kau bersendirian. Masa kau berkurung di dalam rumah.”
“Kau nak sedapkan
hati aku eh?”
“Tidaklah.
Kebanyakan manusia macam tu, terutamanya golongan hyper-introvert.”
“Alasan.”
“Mad, Mad, cubalah
belajar percaya manusia.”
“Kau ilusi aku,
maknanya apa yang kau cakap semuanya berdasarkan hati aku.”
“Aku ini ilusi?”
“Ya.”
“Aku pernah baca
buku di library mengenai Tamadun Atlantis.”
“Kalau kau pernah
maknanya aku pernah baca, kan? Kau ilusi aku kan, maknanya semua yang kau tahu
adalah berdasarkan pengetahuan aku?”
“Ilusi kau?”
“Dah lah. Rin
boleh tak kita mengembara ke atas sana?”
“Kau nak tukar
topik eh?”
“Hmmm.”
“Mengembara di
atas sana?”
“Ya. Boleh tak?”
“Aku tidak tahu.
Boleh mungkin.”
Suasana menjadi
sunyi. Aku rasa mengantuk.
Mata aku semakin
berat dan….. .
….
Aku membuka mata
aku. Cahaya matahari membangunkan aku. Mata aku rasa silau dengan cahaya
matahari. Aku melihat tepi aku. Rin tengah tidur di tepi aku.
“Kan bagus kalau
dia ini Shina.”, hati aku mula menunjukkan harapan itu yang telah lama
disembunyikan.
“Kan bagus kalau
dia ini Shina. Boleh aku rapat dengan dia di virtual ini. Hmmm. Tapi itu
sekadar harapan palsu. Dia ini ilusi. Mana mungkin ilusi itu real.”
Aku rindu Shina,
tapi apakan daya, benda yang bukan milik kita harus ditinggalkan. Bukankah itu
logik?
“Amad…”, Rin
mengingau.
Hmmmm. Kenapa dia
panggil aku Amad. Di dunia ini nama aku adalah Narqy.
“Amad, aku ni
Shina.”, dia masih mengkhayal.
Ketika aku
mendengar perkataan itu, hati aku
tenang. Hati aku mula menerima kenyataan. Kenyataan bahawa Rin
berkata-kata seperti itu kerana dia tahu isi hati aku. Bukankah dia ilusi aku? Mana
ada ilusi menjadi real, yang ada hanya real menjadi ilusi. Mungkin.
…
“Selamat pagi,
Narqy.”
“Selamat pagi.”
“Kenapa kau tidak kejutkan
aku?”
“Malas.”
“Malas?”
“Ya. Ehhh, aku nak
balik ke realiti.”
“Ok.”
Aku menekan butan
Log Out dan kembali ke fantasiku. Ake kembali ke realiti. Terasa penat pula.
Aku rasa aku nak sambung tidur.
…
Pukul 10 pagi
Bunyi jam loceng
aku berbunyi. Sengaja aku set sebelum tidur tadi. Aku kembali ke fantasi aku.
Malas pula nak mandi dan buat kerja yang aku dah jadualkan. Sejak bila aku suka
hidup yang tersusun terutamanya benda-benda yang simple seperti membasuh
pakaian, makan, kemas rumah dan seumpamanya.
Aku pergi ke
virtual aku. Sampai di dunia itu, aku berjalan-jalan seorang diri. Semasa aku
memerhati sekeliling Bandar, aku terpandang Rin. Malas pula aku nak tegur.
Lebih baik aku berlalu pergi dan berjalan seorang diri. Bukankah berjalan
berseorangan lebih seronok berbanding berjalan ramai-ramai, apa lagi berjalan
dengan golongan yang pelik. Hidup ini kita hanya bersendirian. Manusia yang
kita jumpa sekadar tempat persinggahan sementara, sebelum meneruskan
perjalanan. Dan untung sekali sekiranya jumpa seseorang yang akan berjalan
bersama-sama, tapi manusia seperti itu susah dicari apalagi di dunia reality
moden aku.
Teringat aku
sebuah kata-kata yang pernah aku dengar ketika menonton anime
People can have
lovers. They can have friends. They canbe together. But when you think about
it, you will see that originally, we are alone.”
-
Osaki Nana (NANA)
…
Aku berjalan
meninggalkan Rin. Aku malas nak tegur dia. Aku nak berjalan-jalan di virtual
ini bersendirian dan memerhati alam. Aku berjalan ke arah taman untuk berehat
sementara, sambil menunggu hari petang. Boleh tengok anime sambil makan.
Petang ini kami
akan ke Bandar Srivijaya lagi untuk menyambung pengembaraan kami. Beginilah
kisah hidup aku selama seminggu. Masa aku habis berkurung di dalam bilik dan
menjelajah di dunia virtual ini. Hati aku pun dah rasa ringan sejak semalam
selepas aku berbual dengan Rin. Tiba masanya aku terima realiti aku
perlahan-lahan dan mengatakan perkara yang aku nak katakan kepada Shina selepas
cuti seminggu ini.
..........
Ulasan
Catat Ulasan