-tentang cinta [62]-

katanya
"secara jujurnya, aku tak terlalu berusaha pun, untuk berjaya agar suatu hari nanti aku boleh berjumpa dengan dirinya. apa yang aku lakukan hanyalah, berharap agar suatu hari nanti aku dan dia boleh bersua muka, tapi bukan sebagai peminat, tapi sebagai aku sendiri. aku tak terlalu berusaha untuk jumpa dia, kerna aku tahu, usaha atau tidak, hasilnya tetap sama, terutamanya hal-hal seperti ini."

"aku hanya boleh berharap sahaja, kerna aku tahu, usaha mana pun aku, hasilnya tetap sama."

"aku berharap dan berharap, walaupun dikata ia harapan delusi yang ilusi hasil perkara ilusi. tapi, aku tetap berharap, kerna itu sahaja yang mampu aku lakukan."

"aku tahu, berharap tanpa usaha tiada guna. tapi, aku berusaha juga, tapi tak terlalu berusaha."

"... dan mungkin suatu hari nanti, harapan yang ada di hati ini akan pudar, seperti mana harapan-harapanku suatu masa dahulu."

"kerna itu, ada kalanya aku malas nak berharap lagi, terlalu berharap. harapan hanya menyeksakan. lebih baik aku tak terlalu berharap, tak terlalu berusaha agar jumpa dia."

"tapi, aku harap harapan itu tak akan pupus dari hatiku."

Ulasan

Catatan Popular