-tentang cinta [64]-
katanya
"cinta. cinta. cinta. kerna cinta, dia anggap kesepian bisa diubati. dia anggap, cinta bisa mengubati kesepian. dia anggap cinta boleh menghilangkan kesepian yang ada di hatinya."
"kerna cinta, dia anggap dia akan bahagia. dia anggap, cinta boleh membahagiakan dirinya. dia anggap cinta boleh memberi kebahagiaan yang telah lama dia lupa. dia anggap, cinta boleh memberi erti kegembiraan yang real. dia anggap, cinta seperti drama, yang indah."
"kerna cinta, dia anggap suara hatinya bakal didengari. dia anggap, suara hatinya akan didengari oleh si dia."
"kerna cinta, dia anggap dia tak akan rasa sunyi lagi. dia anggap, cinta boleh menghapuskan rasa sunyi yang ada di hatinya. dia anggap, dunia realiti seperti dunia delusi virtual drama."
"tapi, sebenarnya aku tidak tahu, adakah cinta boleh menghilangkan kesepian, kesunyian. aku tidak tahu, adakah cinta boleh memberi kegembiraan yang real, kegembiraan yang telah lama pupus dari hatinya. aku tidak tahu semua itu, kerna aku sendiri tidak tahu apa itu cinta. bagiku, hanya kau sahaja yang bisa menggembirakan diri kau sendiri. tapi, itu sekadar mungkin. dan mungkin. kerna aku tidak tahu."
"aku dah lama tidak menganggap bahawa dengan cinta, suara hatiku akan didengari, aku tak akan rasa sunyi lagi, tak rasa sepi lagi, aku akan bahagia lagi. aku dah lama tidak menganggap cinta seperti itu. bagiku, semua itu hanyalah delusi virtual hasil drama fantasi."
Ulasan
Catat Ulasan