-tentang sastera [31]-

katanya
"wahai alam, dengar kau suara hatiku, suara yang aku sembunyikan dari kebanyakan manusia?"

"wahai alam, peluk diriku ini, agar kesepian hilang dari hatiku."

"wahai alam, dengar kau teriakan ku, teriakan yang tiada sesiapa yang mendengarnya?"

"wahai alam, cintalah aku, agar aku tidak perlu lagi jatuh cinta, agar aku tak perlu lagi mencari cinta romantika."

"wahai alam, adakah kau merasa sayu dengan kematian aku di dalam aku? atau kau tidak merasai apa-apa? atau adakah kau tidak tahu bahawa aku dah lama mati di dalam aku?"

"wahai alam, adakah kau baca tulisanku, tulisan yang aku sembunyikan daripada empirikal persekitaranku?"

"wahai alam, aku rasa sunyi, sentiasa rasa sunyi, walaupun aku berada di khalayak, berada di kebanyakan."

"wahai alam, aku dah lama berputus asa, untuk berimpian, untuk bercita-cita."

"wahai alam, hati ini rasa seksa, kerna hatiku bodoh, mencintai wanita virtual."

"wahai alam, aku benci aku, aku benci segala-galanya tentang aku."

"... tapi, aku belajar untuk terima aku, yang ini."

Ulasan

Catatan Popular