-tentang sastera [30]-

katanya
"penulisanku berlaku perubahan. hidupku mengubah sasteraku. hatiku mengubah sasteraku. mindaku mengubah sasteraku. kisah hidupku telah mewarnakan sasteraku, walaupun ia bukan berwarna warni, tapi sekadar hitam akhirnya."

"perasaan yang aku rasai mewarnakan sasteraku. lukisan sasteraku berwarna-warni, tapi kenapa bagiku, ia hanya berwarna hitam."

"bila aku pandang lukisan sasteraku, ia berwarna-warni, tapi pada hakikatnya, bila aku nilai lukisan itu menggunakan hatiku, hanya warna hitam sahaja yang ada."

"sasteraku berwarna-warni, tapi sebenarnya ia hanya berwarna hitam."

"aku tidak tahu, bagaimana nak mengwarnakan sasteraku, agar ia berwarna-warni, bukan sekadar luaran, tapi juga dalaman."

"sasteraku penuh dengan warna kegelapan, walaupun ia berwarna-warni."

"ia berwarna kegelapan, kerna inspirasi sasteraku itu kebanyakannya lahir hasil kedukaan, kesedihan, kelemasan, kesengsaraan, kesepian, melankolik."

"bagaimana sasteraku boleh berwarna-warni yang real, bila mana sumber inspirasinya adalah perasaan kegelapan?"

Ulasan

Catatan Popular