-tentang sastera [28]-
katanya
"apa yang boleh karyaku berikan kepadaku. aku selalu mempersoalkan minatku ini, malah aku pernah memandang rendah ia, kerna sepertinya ia sia-sia sahaja. tapi, lama-kelamaan, aku sedar, bahawa karyaku ini adalah teman terbaikku, sahabat terbaikku, berbanding manusia persekitaranku."
"karyaku ini peneman ku, penawarku di kala mental illness menyapaku, di kala cinta empirikal menyapaku, di kala cinta virtual menyapaku."
"karyaku ini penemanku, di kala aku dihancurkan realiti, kerna salahku yang tidak berguna."
"karyaku ini penemanku, di kala aku dihancurkan kerna kebodohanku di dalam dunia sains, kerna kemalasanku untuk berusaha. bagaimana aku nak berusaha, andai hati dan akalku selalu katakan, aku usaha atau tidak hasilnya tetap sama."
"karyaku ini selalu di sisiku, walaupun aku pernah sampahkan ia, kerna tidak cantik, kerna bersifat sampah."
"adakah sasteraku ini boleh memberikan aku keindahan hidup, yang telah lama pudar dari hatiku?"
"mungkin ya , mungkin tidak. dan, aku dah malas nak berharap itu. apa yang aku harapkan adalah, aku..., aku tak tahu apa yang aku nak, kerna aku tahu, aku pasti tak akan berusaha bersungguh-sungguh untuk capai ia."
"aku malas nak berharap lagi, berimpian lagi, bercita-cita lagi, kerna aku tahu, aku tetap tak akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai apa yang aku nak. bagaimana aku nak berusaha, andai aku benci aku, andai aku benci akan segala-galanya mengenai aku."
"mental illness ku benar-benar telah mengambil segala-galanya dariku."
Ulasan
Catat Ulasan