-tentang cinta [63]-
katanya
"akalku mula merasionalkan tabiat hatiku, yang telah lama lemas dalam delusi sebuah ilusi hasil lautan virtual."
"akalku mula mengambil alih tubuhku, agar aku tidak lagi dibodohkan oleh hatiku, yang telah lama tenggelam dalam lautan delusi cinta."
"akalku mula melogikkan hatiku, agar bangun dalam mimpi delusi, meninggalkan dunia ilusi."
"akalku mula memaksa hatiku, agar keluar dari penjara delusi, hasil rekaanku sendiri."
"tapi, aku tetap pilih hatiku, kerna aku tahu, andai aku ikut akalku, aku tetap lemas di lautan akal. aku pilih lemas di lautan delusi hati, berbanding lemas di lautan akal."
"lemas di lautan virtual delusi hati, lebih indah daripada lemas di lautan idealism akal."
"aku tahu, mungkin lemas di lautan idealism ada hasilnya, ada popularitinya, berbanding lemas di lautan virtual delusi ilusi, yang hanya menyebabkan aku kelihatan bodoh, dan tidak berguna kepada dunia empirikal, tapi aku tetap pilih lemas di lautan hati, kerna ia lebih indah, walaupun aku rasa merana akhirnya."
"tapi, aku tetap rasa merana, andai aku lemas di lautan akal."
"lemas di lautan virtual delusi kerna kebodohan hati, lebih indah bagiku kerna hanya aku sahaja yang sakit dalam lautan itu tanpa perlu aku menyakiti hati manusia lain."
"lemas di lautan idealism hasil kepandaian akal, tidak seindah lemas di lautan virtual, kerna aku hanya merosakkan hatiku, dan menyakitkan hati manusia lain."
"aku pilih lemas di lautan cinta virtual, walaupun ia bodoh, sangat-sangat bodoh."
Ulasan
Catat Ulasan