-tentang sastera [27]-
katanya
"suatu hari nanti, mungkin aku akan mengabaikan semua tulisanku ini. mungkin kerna, aku jumpa sesuatu yang boleh melupakan aku tentang tulisanku, atau kerna aku sampahkan lagi minatku; aku sampahkan tulisanku, seperti mana aku sampahkan ideologi peganganku, minatku, impianku, dan diriku sendiri."
"sibukku di dalamku, tidak memberi keuntungan. sibukku di zahirku pula, mungkin memberi keuntungan. tapi bagiku, aku sibuk di zahir atau dalamku, aku tetap anggap, kegembiraan hasil semua itu, hanyalah delusi belaka, kerna akhirnya, aku tetap masuk ke dunia delusi."
"sibukku di zahirku, aku kurangkan, aku abaikan. sibukku di delusiku aku banyakkan agar aku boleh hasilkan sesuatu, walaupun ia sia-sia."
"kesusasteraan tidak memberi apa-apa keuntungan kertas rekaan manusia itu, tapi kesusasteraan adalah teman terbaikku berbanding manusia persekitaranku."
"aku rasa, aku nak lupa sementara sasteraku ini, dan mencari inspirasi baru, agar aku dapat menghasilkan karya berbeda dengan karyaku sekarang ini."
"tapi, aku tidak tahu bagaimana."
"apa perasaan yang harus aku rasai, agar sasteraku hidup. apa kisah hidup yang harus aku lalui, agar sasteraku hidup. apa kepedihan yang hati aku harus rasai, agar sasteraku hidup, dan menyentuh hati sesiapa yang membacanya."
"aku malas, untuk fikir semua itu lagi. kenapa nak lari dari aku yang sekarang. kerna, selama-lamanya aku tak bisa lari dari aku sendiri. aku terima aku, dan terima kebodohan hatiku, dan aku hasilkan sastera hasil kebodohan hatiku. kenapa nak cari inspirasi lain, andai di depan mata ada. aku tidak kisah, andai sasteraku mati atau hidup, kerna aku malas nak berfikir lagi, nak berusaha lagi."
"aku tak kisah andai sasteraku mati atau hidup, kerna aku dah lama mati di dalamku."
"aku yang ada di dalamku kelihatan hidup, hanya kerna delusi virtualku membantuku, tapi aku tahu, ia akan pudar, kerna semangat hasil delusi tetap ilusi, walaupun delusi itu memberi semangat ke atas dunia empirikal hidupku."
"masa akan memadamkan semangat hasil delusi virtual itu. dan, aku kembali kepada aku; menjadi aku yang sama sebelum aku kenal dia; sebelum dia memberi aku semangat delusi."
"tapi, sebelum masa memadamkan semangat itu, aku akan layan ia, walaupun aku rasa seksa. aku nak hasilkan sesuatu melalui perasaan yang diberi oleh delusi virtual itu ."
"ia makin pudar, setiap waktu. ia makin pudar, walaupun hatiku degil, nak kekalkan ia. aku tahu, ia makin pudar. sumber semangatku akan pudar. sumber inspirasiku akan pudar. tak lama lagi, ia akan pudar. ia hanya akan menyala, tanpa perasaan lagi, sekadar perasaan delusi sahaja. dalam erti mudahnya, ia akan pudar, dan sekadar bayang-bayangnya sahaja yang akan kekal, sekadar memori sahaja yang akan kekal, memori yang bakal mengacau aku suatu hari nanti, andai aku pandang dia lagi di dunia virtual."
Ulasan
Catat Ulasan