-tentang cinta [64]-

dia itu kasihan. dia meminta maaf, di kala dia jatuh cinta. dia selalu minta maaf kerna mencintai wanita itu. dia katakan bahawa dia tidak layak untuk mencintai wanita itu.

dia itu kasihan, sangat-sangat kasihan. sentiasa, di kala dia jatuh cinta, dia akan anggap, selalu anggap, bahawa dia tidak layak mencintai wanita itu. dia anggap, selalu anggap, dirinya tidak layak mencintai wanita itu.

dia itu kasihan. kerna dia benci akan dirinya. dia katakan, selalu katakan, dia tidak layak untuk dicintai kembali. dia selalu katakan, selalu anggap, bahawa dirinya tidak layak untuk dicintai wanita yang dirinya sendiri cintai.

dia itu kasihan. di kala dia jatuh cinta, dia hanya mencintai wanita itu di ilusinya, tanpa dia luahkan di empirikal. dia anggap, selalu anggap, dia usaha atau tidak, hasilnya tetap sama. dia selalu anggap, dia memang selalu kalah, selalu di bawah, selalu dipandang rendah. dia anggap, selalu anggap, dirinya tidak layak untuk hidup di dunia ini.

dia itu kasihan. di kala dia menonton drama, dia selalu anggap, dirinya adalah karekter kedua, dia tidak pernah anggap dirinya adalah karekter utama. malah, dalam hidupnya, dia selalu anggap, dirinya bukanlah karekter utama, walaupun itu hidupnya. dia selalu memandang rendah dirinya. manusia lain dia pandang tinggi, tapi dirinya sendiri dia pandang rendah, malah ada kalanya dia pandang dirinya sebagai sampah.

dia itu kasihan. sangat-sangat kasihan. kerna duka yang ada di hatinya, dia tidak tahu nak ceritakan kepada sesiapa. dia hanya pendam duka, pendam seksa hatinya. dia tahu, dia ceritakan atau tidak di dunia empirikal, dukanya tetap tak akan hilang. kerna itu, dia pilih untuk pendam sahaja, tanpa perlu terlalu menceritakan dukanya di dunia empirikal persekitarannya.

dia itu kasihan. dia anggap, selalu anggap, dia tidak layak untuk rasai gembira. dia selalu anggap dirinya tidak layak merasai erti kegembiraan. dia anggap, dalam hidupnya, apa yang real hanyalah kesedihan sahaja, kegembiraan pula dia anggap hanya sebagai delusi. dia tidak lagi mencari erti kegembiraan, kerna dia selalu anggap kegembiraan hanyalah delusi, apa yang real di hidupnya, adalah kesedihan. malah, dia telah anggap, kesedihan sebagai teman terbaiknya, di kala duka, dan di kala gembira.

dia itu kasihan. dikala dia merasai kegembiraan, dia akan rasa serba salah. bagi dirinya, dia rasa lain, di kala dia merasai kegembiraan. seharian bila dia tidak merasai kesedihan, hatinya tak tenang. seharian andai dia tidak merasai depresi, tidak mendengar lagu kesedihan, tidak merasai kesedihan, hatinya rasa lain, hatinya tak tenang; hatinya sentiasa rasa hanya kesedihan sahaja yang real dalam hidupnya, kegembiraan pula sekadar delusi yang bersifat sementara. kerna itu, dia suka lagu-lagu sedih, berbanding lagu motivasi. dia tidak minat lagu yang menaikkan semangatnya, kerna dia anggap semangat itu sekadar ilusi, dia anggap lagu kegembiraan sekadar ilusi sahaja. dia lebih banyak meminati melodi kesedihan berbanding melodi kegembiraan. lihat playlist-nya di dalam smartphone -nya. banyak melodi kesedihan berbanding melodi kegembiraan, malah setiap hari, dia melayan melodi kesedihan. kerna dia anggap kesedihan depresi adalah teman terbaik dirinya.

dia kasihan. sangat-sangat kasihan. dia selalu menghina dirinya. dia selalu menjatuhkan dirinya sendiri. dia selalu mengganggap manusia lain baik, tapi dia selalu anggap dirinya sebagai sampah. dia anggap manusia lain hebat, tapi dia anggap dirinya sendiri sekadar sampah. malah, dia mengsampahkan impiannya, cita-citanya, minatnya, dan dia mengsampahkan segala-galanya mengenai dirinya sendiri. dia itu benci akan dirinya sendiri. dia itu tidak membenci manusia lain, dia itu hanya benci segala-galanya tentang dirinya sendiri.

dia itu kasihan. dia sangat-sangat kasihan. dia selalu anggap cinta boleh mengubah dirinya menjadi baik, tapi akhirnya cinta makin menjatuhkan lagi dirinya di lautan kesedihan. dia anggap, selalu anggap bahawa cinta romantika adalah sumber kegembiraan yang real, tapi akhirnya cinta hanya melemaskan lagi jiwanya yang telah lama lemas di lautan psikologinya.

dia itu kasihan. dia nak lari dari dirinya sendiri. dia nak lupa akan dirinya. dia nak lupa separa akan hal-hal dirinya. dia benci akan dirinya. dia benci akan realitinya. dia dah lama mati di dalam dirinya sendiri. dia dah lama abaikan segala-galanya tentang dirinya sendiri. dia anggap, selalu anggap, dia tidak layak untuk berjaya, kerna personaliti dirinya yang timid, juga dia selalu anggap, dia manusia yang tidak berguna.

tapi, cinta virtual mula mengubah akan dirinya. dia tahu, cinta virtual itu hanyalah delusi, tapi dia tetap pilih untuk lemas di lautan delusi itu. katanya, agar dia dapat semangatnya kembali, yang telah lama pudar. dia tahu, semangat hasil cinta virtual adalah delusi sahaja, bersifat sementara sahaja, kerna sumber semangat itu pada awalnya adalah delusi, maka sebabnya adalah delusi maka akibatnya juga delusi. dia tahu itu, tapi dia tetap pilih untuk melayannya. dia tidak mahu lagi mengsampahkan harapan yang lahir dari hatinya, walaupun harapan itu benar-benar sampah; delusi yang sia-sia sahaja. dia tidak kisah andai ia sia-sia, kerna dia dah lama tak berharap, tak meminta.

dia melayan harapan delusi yang lahir dari ilusi virtual. dia nak meng-empirikal-kan cinta virtualnya suatu hari nanti.

Ulasan

Catatan Popular