~cinta seorang wanita~

Wanita itu
Mencintai lelaki
Yang tidak mencintai
Dirinya sendiri.
Bagaimana bisa
Lelaki itu menerima
Cinta wanita itu
Sedangkan lelaki itu
Tidak mencintai
Dirinya sendiri?

Wanita itu
Mencintai lelaki
Yang kosong jiwanya.
Bagaimana bisa
Lelaki itu melayani cinta
Andai dia anggap
Cinta itu sekadar ilusi
Yang akhirnya tetap
Membawa kekosongan
Ke dalam jiwanya?

Wanita itu
Mencintai lelaki
Yang sepi, sunyi hatinya.
Bagaimana bisa
Lelaki itu melayani cinta
Andai dia anggap cinta
Tak akan pernah bisa
Menjadi penawar kepada
Kesepian dan kesunyian hatinya;
Kesepian dan kesunyian jiwanya?

Wanita itu
Mencintai lelaki
Yang tidak mahu lagi
Berusaha hidup di dunia ini.
Bagaimana bisa
Lelaki itu melayani cinta
Andai dia berputus asa
Akan kehidupannya;
Akan kewujudannya
Di alam ini?

Lelaki itu
Hanya mahu
Melayani cinta
Delusi sahaja...
Bukan cinta romantika
Yang real.

[Sebenarnya,
  Dalam sudut hatinya
  Dia hanya nak
  Menerima cinta
  Wanita itu
  Sahaja.]

Ulasan

Catatan Popular