~cintaku terhadapmu~

Dia berjalan
Dalam jalan minoriti.
Dia ingin mencari
Erti realiti...
Dia ingin mencari
Apa itu realiti
Di dunia ini...
Tapi ternyata,
Jalan itu menyeksa
Jiwanya, batinnya.
Tak sangka,
Jalan mencari erti realiti
Hanyalah jalan yang
Menyeksa batinnya.
Dia tidak sesuai
Berada di jalan itu.
Tak sangka, setelah dia
Jatuh cinta
Dia sedar bahawa
Mencari realiti adalah
Sia-sia belaka...
Semua usahanya
Adalah sia-sia belaka
Di depan wanita
Yang dia cintai itu.
Ia sia-sia, kerna usahanya itu
Tidak menyentuh hati
Wanita itu;
Malah, wanita itu langsung
Tidak memandang
Dia.
Usahanya mencari realiti
Adalah sia-sia belaka
Kerna, mencari realiti
Tidak bisa mengajarnya
Tentang cinta romantika
Dan, yang utama sekali
Mencari erti realiti itu
Tidak bisa memberinya duit,
Populariti, kerjaya, material
Agar dia bisa menyentuh
Hati wanita itu.
Ia sia-sia kerna
Dia tidak dicintai oleh
Wanita itu;
Langsung tidak disedari
Kewujudannya di dunia ini.

Dia tidak sesuai
Sebagai si pencari realiti
Kerna, dia bodoh
Dan pemalas hidup
Di dunia zahirnya.
Bagi dia, mencari realiti itu
Adalah usaha sia-sia.
Tapi, jauh di sudut hatinya
Mencari realiti itu
Bukanlah sia-sia,
Yang sia-sia adalah
Dia [dirinya sendiri].
Dia salahkan dirinya
Kerna tidak sedar diri
Ingin mencari realiti.
Dia salahkan dirinya
Kerna dia gunakan
Alasan mencari realiti
Sebagai menutup
Kemalasannya untuk usaha
Hidup di dunia empirikal.
Semua adalah salahnya.
Dia sedar, dirinya sia-sia
Dan, ia bertambah sia-sia
Di depan wanita itu.
Di depan cinta
Dia anggap dirinya
Adalah sia-sia, sampah,
Tidak berguna...
Di depan cinta
[Di depan wanita itu]
Dia anggap dirinya
Hina, bodoh, tak sedar diri
Kerna mencintai wanita itu.

Tapi
Dia benar-benar
Mencintai wanita itu;
Cinta yang selama-lamanya
Hanyalah cinta terpendam.
Hanya masa akan
Menghilangkan cintanya itu.
Hanya jatuh cinta lagi
Yang bakal menghilangkan
Cintanya terhadap wanita itu.
Sekali lagi, jatuh cinta itu adalah
Sebuah pelarian dari
Unrequited love.
Dia dah penat
Sangat-sangat letih
Akan cinta
Seperti itu.

'Aku sangat mencintaimu
  Tapi, aku tahu, ia mustahil
  Kamu mencintaiku kembali.
  Aku tahu itu. Tapi, apa dayaku
  Aku tak bisa kawal hatiku
  Untuk tidak mencintaimu.
  Biarlah masa, durasi masa,
  Yang menghilangkan kamu
  Dari hatiku.
  Biarlah jatuh cinta;
  Mencintai wanita lain
  Yang menghilangkan kamu
  Dari hatiku.
  Biarlah lagi dan lagi
  Jatuh cinta itu adalah penawar
  Kepada unrequited cinta.
  Biarlah lagi dan lagi
  Jatuh cinta itu
  Adalah sebuah pelarian
  Dari Unrequited cinta.
  Aku dah biasa hidup
  Seperti itu; si manusia loser.'

Ulasan

Catatan Popular