~tentang kamu sebenarnya~

katanya:

Namamu dah lama tidak ku cari
Wujudmu dah lama aku abaikan
Senyummu dah lama aku pinggirkan
Tapi, masih dan masih, sepertinya
Tetap kamu adalah permaisuri
Dalam hidupku; dalam hatiku.
Bagaimana bisa kamu hilang
Dari hatiku; dari hidupku
Andai pernah aku katakan
Bahawa aku akan tetap
Selama-lamanya;
Sehingga akhir hayatku
Hanya akan mencintai kamu;
Tetap akan mencintai kamu...
Bagaimana bisa kamu hilang
Dari hidupku; dari sanubariku
Andai pernah aku katakan
Bahawa aku akan setia
Kepada cintaku ini terhadapmu?

Kamu adalah permaisuri dalam
Semua karya-karyaku; karya cinta
Walaupun bukan kamu yang ada
Dalam penceritaan karya itu;
Tapi tetap kamu yang pertama
Menjiwai sasteraku sehingga mampu aku
Tenggelamkan jiwaku ke lautan dalam
Yang tidak ada penghujungnya...;
Aku hancur dalam lautan itu
Bersendirian, keseorangan.

Ulasan

Catatan Popular