Aku perlu menyendiri
Lepas aku fikirkan balik, lepas aku baca komen-komen yang ada di fb (terutamanya di page2 yang terlibat dalam soal liberal), lepas aku cermin diri aku, aku rasa, aku nak ikut kesimpulan ini
Aku tak nak terlibat di mana-mana kumpulan, walaupun aku bakal di label tidak berguna. Aku hanya nak teruskan bidang aku sahaja, kerana takut hati aku bakal rosak andai kata aku terlibat dalam aktiviti mana-mana kumpulan. Aku hanya nak fokuskan bidang aku sahaja, tanpa terlibat secara aktif dalam sesuatu di luar bidang aku.
Dunia ini memang tempat yang menakutkan. Ramai manusia yang berilmu, tapi aku keliru apakah itu benar-benar ilmu atau bukan. Berapa ramai yang berkata-kata sesuatu yang di luar bidangnya dan menyetujui sesuatu di luar bidangnya? Berapa ramai yang telah dirosakkan hati dan minda kerana menyetujui sesuatu berdasarkan kesimpulan mindanya yang banyak dipengaruhi oleh hatinya?
Aku tak nak melebihi batas. Aku sesuai untuk diam, walaupun bakal dilabel tidak berguna. Aku tak nak mengkritik mana-mana aliran, kerana aku takut aku silap. Daripada aku buang masa berniat menyucikan masyarakat, lebih baik aku berniat sucikan hati aku dahulu. Aku takut hati aku bakal rosak dengan permainan ilmu moden yang bermaharajalela sekarang ini.
Sekarang ini, manusia bukan kekurangan ilmu di minda, tapi kekurangan ilmu di hati. Aku nak diam. Lebih baik aku diam dengan permainan mereka, dan sibukkan diri dalam pengkajian sains dan falsafah sains dalam islam.
Ulasan
Catat Ulasan