Bab 19
Psych Schizophrenia
Psych Schizophrenia
Narsha. Dia ilusi?
Tak lah, dia bukan ilusi, tetapi aku ilusikan dia dengan menganggap bahawa
tangannya telah aku pegang. Di saat dia bermain viola, lagunya free tanpa
mengikut lirik, freedom yang dia hendakkan dia tunjukkan melalui muziknya,
melalui bunyi muziknya. Dia tunjukkan melalui matanya yang bercahaya, mulutnya
yang sentiasa tersenyum walaupun aku tahu hatinya sedang mencari sesuatu untuk
diisi, cumanya dia telah palsukan semua itu hinggakan dia menganggap sesuatu
itulah realiti yang sebenarnya.
Narsha. Aku dah lama tak jumpa dengan dia, biasanya hanya melalui internet.
Dia ni anak tunggal dan berasal daripada keluarga kaya, tapi seriously aku
sangka dia hanya manusia yang biasa-biasa sahaja. Salah aku, aku nilai dia
berdasarkan cara dia berpakaian, sedangkan dia ni tidak minat benda-benda macam
itu. Dia tidak minat berbincang pasal pakaian, awek anarki katakan, pemakaian
pun anarki juga. Hitam, semua hitam… Warna yang aku minat.
Malam tu dia SMS aku. SMS guna WhatsApp. Rare sekali dia WhatsApp aku,
biasanya dia akan SMS aku atau terus call. Kalau dia call, itulah perkara yang
paling aku suka. Come on lah bro, suara awek yang kau suka, tak kan kau tak
rindu suara dia.. Walaupun dia belum lagi jadi awek aku. Kah kah kah. Loser
sial. (Eh, jap, sejak bila dia ada WhatsApp? Ah, kisah hidup dia, buat apa aku
nak nilai… Itu bukan kerja aku, itu kerja orang lain…)
Dia ni tidak minat WhatsApp. Tahu tak ayat shit apa yang dia pernah cakap
pasal WhatsApp ni
“Semua itu sia-sia, lebih baik aku baca buku.”
Rare kut jumpa awek yang baca buku, bukan novel eh. Rare lagi kalau jumpa
awek rambut perang lepas tu lawa.. Lagi rare lagi kalau awek tu jadi kawan aku.
Sebabnya aku ni tiada kawan perempuan yang aku rapat. Aku blur cakap dengan
perempuan (iyalah, tak akan nak borak pasal game). Aku tak tahu nak bincang apa
dengan mereka, kalau dengan Narsha ni boleh lah bincang yang anarki sikit,
walaupun tidak seanarki mana…..kah kah kah. Inilah hidup aku……Bajet anarki…. kah
kah kah. Lantak korang lah nak komen apa… Let them talk, and we give them our middle
finger in our fantasy… salah grammar eh. …kah kah kah..
Cakap pasal buku ni, korang ni suka baca buku tak ? Buku type mana? Type
layan perasaan atau type layan pemikiran atau kedua-duanya sekali? Kalau kedua-duanya
sekali type yang mana bagi effect yang kuat kat korang ? Genre romantik atau
genre lain? Kalau korang layan buku indie, mana yang berfungsi paling “laju”,
otak atau hati? Akal atau anarki? Korang ni mudah tak terpengaruh dengan buku?
Korang mudah tak terpengaruh dengan ayat yang ada dalam buku tersebut?
Korang tahu tak dalam sesebuah buku ada banyak perasaan dan biasanya
seseorang itu akan menilai sesebuah buku itu berdasarkan perasaannya disaat dia
membaca buku? Kalau korang tengah anarki korang layan tak ayat-ayat jiwang?
Kalau korang tengah sedih dan terus layan buku anarki, apa yang anda rasa kat
hati atau akal? Macam mana pula seandainya korang tengah gembira terus tu layan
anarki? Hasilnya sama tak?
Cuba try baca buku yang bergenre lain, korang akan rasa something
different. Something yang mind blowing. Itulah yang dikatakan idealism shock.
Fun and tragedi pemikiran bakal terjadi. kah kah kah.
Ulasan
Catat Ulasan