Bab 23

Psych Schizophrenia

Perlumbaan

Manusia mereka perlumbaan,

manusia lain mengikutnya,

ada yang kalah,

ada yang menang,

ada yang tidak ambil kisah,

ada yang mencuba keluar daripada perlumbaan.

Apabila perlumbaan itu,

merujuk masa depan,

maka manusia mengikutinya.

Walaupun tujuan dan matlamat……….

perlumbaan tersebut mereka tidak ketahui,

tetapi bukankah manusia itu ada hati?

Sebelum dia mengikuti perlumbaan itu,

adakah hatinya berkata-kata,

bahawa perlumbaan itu sia-sia?

Atau tidak sia-sia?

Tetapi disebabkan persekitaran,

hati tidak didengari.

Hal ini kerana,

perlumbaan itu banyak melahirkan idola dunia…

Mungkin juga tidak berani ketinggalan dalam perlumbaan itu.

Adakah aku salah pilih,

seandainya aku tiada semangat untuk mengikuti perlumbaan itu?

...

Disaat aku berdiri di tengah-tengah tempat perlumbaan,

apa yang harus aku lakukan?

Adakah berjalan, berlari, patah balik, reka jalan lain atau give up?

...

Apa sebenarnya semua ini?

Aku keliru dengan semua ini.

Aku mahu lari,

tetapi di mana jalan itu?

Di mana jalan yang benar?

Seandainya semua jalan yang pernah dilalui,

oleh manusia lain itu,

tidakku rasa kegembiraannya.

Adakah aku salah?

Adakah aku salah?

Kerana tidak berlari di dalam perlumbaan itu?

Bagaimana pula dengan manusia yang telah lalui jalan yang “rare” tu?


Inikah padanya apabila fikiran terfikir perkara yang keluar daripada perlumbaan itu?

Adakah aku tidak perlu berfikir perkara yang tidak kena-mengena dengan perlumbaan itu?

Adakah aku tidak perlu berfikir perkara yang bertentangan dengan perlumbaan itu?

Apakah yang harus aku lakukan sekarang,

disaat aku tidak berminat mengikuti perlumbaan itu?

Adakah suatu saat nanti,

aku akan dapat jawapannya?

Adakah masa itu tidak cemburukan aku?

...

“Apa usaha kau untuk mencari jawapan tersebut?

Adakah jawapan tersebut akan mengatakan bahawa kau silap kerana tidak mengikuti perlumbaan itu?
















Ulasan

Catatan Popular