Bab 14
Psych Schizophrenia
Psych Schizophrenia
Sebelum aku nak cerita kisah aku lepak dengan awek ni, aku nak ceritakan
kisah seorang loser yang aku kenal.
…
Ada sebuah cerita. Cerita ni mengisahkan seorang lelaki yang berputus asa
untuk hidup. Kerana perasaannya itu dia menjadi anarki. Anarki yang pendiam.
Semua benda dia persoalkan, hinggakan dia mempersoalkan sistem buatan manusia
yang tidak layak. Dia mempersoalkan sistem ekonomi, politik, pendidikan. Tapi
yang peliknya dia jarang zahirkan kearnakiannya.
Pada awalnya dia selalu tunjukkan kearnakiannya, hinggalah suatu hari dia
tersedar bahawa anarkinya itu bakal merosakkan akal kawannya seandainya dia
sebarkan anarkinya. Kalau tidak merosakkan kawannya, mungkin saja boleh
menyakitkan hati kawannya. Sebab itulah dia menjadi anarki yang pendiam. Tetapi
malangnya anarki pendiamnya telah menguasai dirinya dan akhirnya dia tidak lagi
mempersoalkan apa-apa sistem buatan manusia. Dia terima semuanya, sebab dia
anggap, memikirkan semua itu hanyalah sia-sia sahaja.
Dia menjadi lemah. Dia hanya teruskan kehidupannya berdasarkan tabiat
robotnya. Dia give up untuk belajar. Dia tidak kisah lagi tentang keputusannya
(CGPA). Di saat keputusan examnya rendah, dia tidak merasa apa-apa, apabila
keputusan examnya tinggi, dia juga tidak merasa apa-apa. Kerana dia tahu semua
itu tidak menilai otaknya. Adilkah kau menilai otak berdasarkan keputusan itu
seandainya ada manusia yang tidak berusaha untuk mendapatkan hakikat benda itu.
Dia menjadi malas melayan semua itu, dia penat, lelah dan anggap semuanya
sia-sia.
Kerana anarki pendiamnya itu, dia menjadi manusia yang cepat bosan. Apa-apa
aktiviti yang diikutinya, pasti dia cepat merasa bosan, dan merasa kosong, Tidak
kisah apa aktiviti pun. Hatinya telah lama kosong. Disaat manusia lain
memujinya pandai, dia hanya berdiam diri atau hanya katakan bahawa semua
manusia itu pandai. Dalam hatinya dia bermonolog
“Semua manusia itu pandai, cuma terletak jenis pandai apa yang dipandang
oleh masyarakat. Biasanya masyarakat akan memandang CGPA sebagai simbol
kepandaian. Tetapi aku tidak kisah. Hati aku dah hilang perkataan “kisah” untuk
benda seperti itu.”
Kerana dia ini seorang yang pendiam, dia sering dikatakan sebagai manusia
yang sombong. Biasalah, biasanya orang pendiam ni akan dipanggil sombong.
Tetapi seperti biasa di tidak kisah. F**klah semua benda tu. Dalam fikirannya
dia berkata-kata :
“ Jangan risau. Walaupun korang panggil aku sombong, aku tidak akan panggil
sesiapapun sombong, kerana aku tahu apa perasaan sekiranya seseorang itu
menilai kita sebagai seorang yang sombong.”
Dan dia juga berkata dengan dirinya :
“Aku bukannya sombong. Aku cuma tidak tahu ayat apa yang sesuai supaya aku
boleh berkata-kata dengan mereka.. Perkataan apa yang boleh digunakan untuk
mulakan perbualan. Aku blur, kepala aku kosong untuk memikirkan ayat yang
sesuai. Apa boleh buat, otak aku sakit melayan anarkiku. Otak aku sakit kerana
melayan anarki, melayan persoalan anarki, melayan pemberontakanku. Aku ingin membuang semua itu, tetapi sukar. Usaha
yang aku lakukan hanyalah mendatangkan rasa kosong ke dalam hati ini. Biarpun
usaha itu boleh mengisi kekosongan hati, tetapi perasaan “penuh” itu tidak
kekal. Ia selalu datang dan pergi umpama bunga mawar yang sering diberikan
kepada kau, tetapi malangnya kerana baru kau ketahui bahawa bunga itu bukanlah
untuk kau, bukan untuk hati kau, tetapi untuk nafsumu.”
Dia juga telah malas melayan material. Dia malas melayan masalah duit yang
akan dia hadapi di saat ini atau di masa hadapan, tetapi masalahnya adalah dia perlukan duit
untuk hidup, bak kata pepatah Nami Cob Nobbler perut itu lebih penting daripada
ego.
Dia tidak berminat untuk bekerja dan gaji berpuluh-puluh ringgit,
seandainya pekerjaannya itu hanyalah mengajar dirinya untuk cintakan dunia dan
melupakan persoalan anarkinya dan persoalan hatinya yang tidak anarki,
persoalan yang dia cari jawapannya selama ini.
Dia asyik tetanya-tanya wujudkah sesuatu yang boleh kekal di hatinya.
Sesuatu yang tidak palsu dan dia boleh menjaganya. Dia penat, dia kecewa, dia
menangis dengan rasa kekosongan. Dia give up untuk teruskan hidup sekiranya
hidup ini sekadar perlumbaan hipokrit, yang tidak membawa apa-apa erti ke dalam
hatinya. Adakah dia silap, wahai pelumba dunia semua?
Dia pernah terfikir agar seseorang akan muncul dalam hidupnya. Seseorang
yang boleh mengajarnya erti hidup, erti cinta, erti sayang, dan boleh membuang
rasa kosong yang telah dia rasai lebih daripada
4 tahun. Tetapi dia persoalkan ideanya itu, adakah seseorang itu wujud,
dan seandainya wujud adakah seseorang itu akan sentiasa berada di sisinya
sehingga akhir nyawanya.
Malangnya, hatinya sentiasa mengatakan bahawa semua itu palsu. Bukankah itu
bermaksud dia perlu mencari cinta perempuan. Hatinya berkata bahawa semua itu
palsu, hanyalah ilusi yang dijadikan impian, fantasi yang direka-reka agar hati
kau terus hidup dengan alasan untuk mencari cinta palsu yang indah itu.
Hatinya juga berkata
“Kalau kau tengah tunggu seseorang untuk mengajarkan kau erti hidup dan
memusnahkan rasa kosong yang bersarang dalam hatimu, maka orang itu adalah kau.
Seseorang itu adalah diri kau sendiri. Seseorang yang kau tengah tunggu sedang
berada di depan matamu. Cuba lihat cermin. Manusia yang kau tengah cari ada di
depan matamu. Sedarlah…..”
Dia tahu itu. Dia tahu bahawa hanya dia sahaja boleh mengubah dirinya
sendiri, tetapi, tetapi,….
Ulasan
Catat Ulasan