Bab 22 : Psych Schizophrenia





Inilah hidup aku. Anarki ada, lucah ada, ilmu ada, baik ada , jahat ada, jahil ada. Aku tak akan hipokrit mengatakan bahawa persekitaran aku ni adalah persekitaran yang baik, persekitaran yang boleh mengajar aku menjadi baik. Tetapi, bagi aku semua manusia itu ada sesuatu yang aku boleh pelajari, sama ada aku pelajari melalui komunikasi dua hala atau hanya sekadar berdasarkan pemerhatian.

Aku diajar untuk jadi pemerhati. Tapi, jadi pemerhati ni  adakalanya perlu melayan terlalu banyak pemikiran, karakter, dan juga persekitaran (persekitaran yang boleh mempengaruhi karakter dan pemikiran). Sebab itulah salah satu keburukan jadi pemerhati ini adalah takut terkeliru untuk membezakan perkara yang sesuai dan perkara yang tidak sesuai. tapi nasib baik aku ni pendiam, dan jarang nak kritik sesuatu perkara. Biarlah orang lain yang mengkritik dan aku menjadi observer sahaja. Observer yang useless kah kah kah.

Ulasan

Catatan Popular