Bab 16

Psych Schizophrenia

Pada cuti semester, biasanya cuti dua hingga tiga minggu, aku akan lepak dengan seorang kawan aku ni.

(Suka hati aku lah nak cerita pasal kawan aku, tak kan nak cerita pasal Narsha jer kut. No life. Kan aku dah cakap no love no cry. tapi kalau kau dah jatuh cinta kau guna ayat ni “ bunga bukan sekuntum, layu satu aku cari sepuluh” kah kah kah.)

Kawan aku ni dah berhenti universiti, alasannya dia anggap universiti itu sia-sia, hanya melatih golongan robot untuk meneruskan empayar ekonomi kapitalis. Aku pun tak tahu apa yang dia cakap ni betul ker tak. Ataupun ayat tu dikeluarkan berdasarkan kemarahan atau berdasarkan kesedihan. Tapi layan sajalah, dia pun selalu layan apa yang aku cakap, apa salahnya aku layan apa dia cakap.

“Semua universiti berlumba-lumba untuk lahirkan golongan manusia yang tiada akal. Intellectual phase locking.”

Terdengar dia cakap pasal intellectual phase locking, teringat pasal TED talk yang kena band. Dia cakap kebanyakan golongan universiti ni dipengaruhi oleh golongan Intellectual Phase locking. Kah kah kah. Eh, aku salah tafsir eh? Kah kah kah. Kalau korang nak tahu cuba cari kat YouTube benda ni “TED Talk -The Science Delusion -Rupert Sheldrake”.

Kawan aku sambung lagi

“Hanya ada beberapa pelajar sahaja yang faham apa itu universiti. Kebiasaan mereka ni sibuk dengan aktiviti intelektual hinggakan mereka bercita-cita untuk mengubah hala tuju sesebuah universiti. Tapi malang sekali golongan pentingkan diri sendiri susah nak dengar. Mungkin nak jaga periuk nasi.”
Tak sangka kawan aku ni boleh cakap macam tu.

“Amad, pernah tak dengar think outside the box?”

“Pernah.”

“Sebenarnya benda tu tak wujud.”

“Kenapa pulak?”

“Mana ada kotak dalam minda manusia. Siapa nak letak kotak tu? Amerika, Israel ataupun golongan bajet inteligensia?

“Tapi bukankah think outside the box tu maknanya lain?”

“Macam think outside the system.”

“Ya.”

“Think outside the system tu tak wujud. Kalau kau tak percaya berapa ramai manusia yang kuasai makna kapitalism, sosialism. Kalau ada pun sikit sahaja, in the end semua jadi hamba kapitalis. Kah kah kah. Kat universiti mereka kritik kapitalisme, habis universiti mereka jadi penjilat kapitalisme yang sejati. Kah kah kah.”

“Hahaha”, aku ketawa macam tak ketawa.

“Think outside the system hanya wujud di minda, di realiti tiada. Senang nak cakap, kalau ada hanya di mulut, mulut yang penuh hipokrit.”

Nama dia ni Irfan. Dia ni termasuk dalam golongan yang separa radikal, tak pun termasuk golongan yang benar-benar radikal, cuma aku malas nak ceritakan ayat-ayat s**t yang dia pernah keluarkan untuk cuci minda aku. Kah kah kah. Dia selalunya cakap “Semua itu bukan brainwash, brainblocking adalah.”.

Tiada sistem yang boleh tentukan dia nak hidup cara apa. Kalau dia nak ikut sesuatu sistem tu, dia mesti tahu dan faham apa sistem itu. Dia tidak mahu ikut sistem manusia yang tidak layak.

Akhirnya dia berhenti belajar, dan terpaksa menghabiskan masanya dengan bekerja. kah kah kah. Aku dah pernah nasihat kalau kau benci sistem pendidikan jangan sampai kau benci ilmu di dalam sistem pendidikan tu. In the end, dia yang anti kapitalis jadi mangsa kapitalis kah kah kah. Kalau aku cakap macam ni depan dia, mesti dia gelak, tak pun dia hanya berdiam saja. Sebab tulah dia ni salah satu kawan aku yang aku hormat. Walaupun dia menjadi mangsa kapitalis, tetapi dia tetap melayan pemikirannya hinggakan aku rasa orang yang ada PhD dalam bidang ekonomi pun tidak boleh bercakap seperti yang dia cakap seandainya kami berbincang pasal ekonomi.

Mamat ni pelik sikit. Pernah sekali seorang awek confess kat dia. Awek tu lawa, sial. Ala-ala Narsha, cuma rambut awek ni tak perang. Yang bodohnya, mamat ni tolak cinta awek tu mentah-mentah, macam kau tengah main game tiba-tiba ada orang kacau, dan kau pun cakap jangan kacau aku, aku tengah sibuk ni.

Dia cakap - buat apa cinta itu hadir andai kata hanya mengajar erti sakit. Kah kah kah. Ayat jiwang yang dikeluarkan oleh mamat yang anti romantik. (Ramai kawan aku yang anti romantik. Tapi serius, kalau mereka keluarkan ayat-ayat romantik mesti awek yang dengar akan cair. kah kah kah. Tak pun terasa perut sampai nak terkencing.)

Bagi dia, cinta antara manusia moden yang berlainan jantina hanyalah palsu, ilusi semata-mata. Cinta itu hanyalah ayat yang digunakan untuk menutup penglihatan double standard. Dia cakap macam ni

“Cuba kau fikir, biasanya kalau lelaki cari awek, mesti dia cari yang lawa, kalau tak lawa dia tidak layan. Lepas dapat awek lawa, dia akan cakap bahawa cintanya adalah sejati, super sejati. F**k up. Kau suka awek tu sebab dia lawa, lepas tu perasaan suka kau yang double standard tu kau tukarkan kepada perkataan cinta. Faham tak, kalau tak faham jangan risau tak masuk exam pun kah kah kah. “

“Kalau perempuan, mereka pilih yang kaya atau yang hensem. Lepas dapat boyfriend yang kaya atau hensem, atau kedua-duanya sekali, barulah dia katakan bahawa cinta dia adalah cinta yang sejati. F**k lah. Kau suka dia sebab dia kaya/hensem bukan kerana cinta. Kau tutup makna double standard tu menggunakan perkataan cinta. Tetapi bagi aku, orang jenis macam ni tidak boleh bezakan apa itu cinta dan apa itu double standard. Sebab nya benda tu tak masuk exam, kalau masuk pun mereka hanya hafal, tapi tidak menghayati. My middle finger for this type of person. Sebab tulah aku tak percayakan cinta, aku tak percaya perempuan. Get lost from my life.”

Kah kah kah. Pelik kan mamat ni. Tapi lantaklah. Kalau korang nak maki kawan aku ni, bagus korang diam, takut kejahilan terserlah. Tetapi, bak kata kawan aku, salah satu benda seronok kan dunia ini adalah melihat golongan bodoh dan jahil berkata-kata, lepas tu kita berlakon yang kita ni bodoh, barulah golongan tu rasa bangga.

Sebenarnya kawan aku ni ada kisah silam yang telah mengubahnya. Tragedi yang mengubah pemikirannya. Salah satu contoh apa yang Narsha pernah cakap, apabila perasaan kau dihancurkan, maka kau akan tinggalkan pemikiran kau dan akhirnya pemikiran lain akan masuk hasil daripada kesakitan perasaan yang kau rasai.

Tapi awek yang suka Irfan faham apa yang telah terjadi dalam hidup Irfan. Aku pernah menceritakan kisah Irfan. Awek ni faham… Iyalah perangai macam Narsha , cuma bagi aku Narsha lagi lawa kah kah kah. Ada orang pernah cakap, biasanya orang yang jahat ni (ala-ala Narsya dan mamat ni), adalah mereka yang wise. Aku pun tak pasti benar atau tak. Narsha itu wise eh? Kah kah kah.

…..

Biasanya, di hujung minggu aku dan Irfan selalu lepak sebab time tu jer dia cuti. Lepak kat kedai, lepas tu sembang sampai pagi. Tidak kisahlah cerita apa. Kalau korang nilai CGPA/keputusan exam itu menentukan kepandaian, maknanya korang boleh katakan yang mamat ni pandai. Masa sekolah menengah dulu dia antara orang yang terpandai dalam sekolah aku. Top five dalam setiap peperiksaan. Sampailah suatu saat kerana perasaan yang dia layan menghancurkannya, menyebabkan dia terkena idealism shock dan menjadi seperti dia hari ini, separa anarki atau mungkin anarki sebenar. Keputusannya merosot ketika di universiti, lepas tu tiada semangat nak belajar, in the end dia pilih untuk drop out.

Dia pernah buat lawak  masa dia beritahu aku yang dia nak drop out

“Amad, aku nak drop out. Aku nak jadi macam Bill Gates. Biarpun kau selalu cakap “kalau bodoh akademik, bodohlah jangan bagi banyak alasan, usaha banyak”… tapi aku dah malas berusaha dalam akademik. Aku nak jadi macam Bill Gates lepas tu boleh majukan Islam…alasan untuk sedapkan hati…kah kah kah…. Mad aku nak kaya macam Bill Gates lepas tu aku nak hancurkan kapitalisme. Tak pun aku nak jadi ketua kapitalisme dan hancurkan semua universiti, aku nak hancurkan hati aku…Aku nak buat buat sex dengan ramai perempuan, baru puas nafsu aku…”

Aku hanya diam mendengar dia cakap seperti itu. Aku dah lama kenal dia. Aku tahu dia sedang bergurau, cumanya aku takut pemikiran anarkinya itu boleh menjadikan gurauan bodoh dia tu menjadi realiti.

Inilah idealism shock. Biasanya manusia takutkan culture shock, tetapi ada satu lagi shock yang akan menghantui pemikiran kau, yang dinamakan sebagai idealism shock. Kalau culture shock, benda ni senang nak buang, tapi kalau idealism shock, kau perlu pukul kepala kau guna batu baru kau boleh buang benda bodoh tu. Tu pun kalau kau hilang ingatan. Kalau kau tak hilang ingatan kau akan dihantui dengan pemikiran bodoh hinggakan kau pandang sesuatu kehidupan dengan pandangan yang lain. Culture shock terhasil kerana persekitaran, tetapi idealism shock terhasil kerana kesakitan, kepedihan. Mungkin ada shock selain daripada culture dan idealism shock, cumanya aku malas nak fikir jenis shock yang ketiga, tapi bagi aku shock yang ketiga ni adalah shock yang terbaik berbanding dengan culture dan idealism shock.

Ok aku teruskan cerita.

Idealism shock ni lah yang menjadikan golongan robot bertukar menjadi golongan robot yang terputus wayar. Kalau kau nak hilangkan idealism shock kau perlu menghayati shock yang ketiga. Shock yang ketiga ni aku malas nak terang, sebabnya  aku  tak kuasai lagi shock yang ketiga ni (50 % pun tak sampai). Kah kah kah. Alasan. Eh, betullah. Kalau korang tak percaya shock ketiga ni, cuba tanya orang lain. Conform mereka pun tidak tahu. Hanya aku saja yang tahu. Sebab aku yang buat nama tu. kah kah kah. Tapi aku serius…….

Irfan pun setuju dengan aku.

….

Dia pernah bercakap

“Kerana realitinya berbeza daripada impiannya, maka fikirannya akan kosong kerana perasaan sedih yang bersarang di hatinya. Disebabkan fikirannya kosong, maka sesuatu idea akan mudah masuk ke dalam minda mereka dan akhirnya lahirlah golongan anarki. Golongan yang tidak boleh hidup dalam sistem ciptaan manusia yang tidak layak. Mereka inilah yang akan mempersoalkan kapitalisme, pendidikan, sosialisme, demokrasi dan sebagainya. Mereka mempersoalkan berdasarkan emosi yang diisi dengan ilmiah. Mungkin juga ilmu yang diisi dengan sesuatu emosi. Biasanya emosi anarki. Biasanya golongan ni tidak aktif dalam politik. Mereka tidak suka mencapap dalam bidang politik. Mereka guna cara lain. Guna ideologi. Guna idealism. Guna ilmu (mungkin golongan peminat politik pun menggunakan ilmu, tetapi biasanya diisi dengan “emosi” fanatik yang ditunjukkan oleh mereka walaupun bukan semua). Sebab itulah, biasanya kau akan nampak mereka yang anarki ni ada ideologi yang mempengaruhi pemikiran mereka. Ideologi itu digunakan untuk menutup kesedihannya dan melahirkan anarki yang mengomen semua benda ciptaan manusia (sistem, teknologi, teori, etc). Bagi mereka semua rekaan manusia itu ada kesalahan, atau pun semua benda itu adalah sia-sia untuk kehidupan dan kemajuan manusia.”

Hinarqy pernah beritahu aku (korang ingat lagi siapa Hinarqy?)

“Paling bahaya sekali apabila golongan mahasiswa pun terkena idealism shock. Lepas terkena shock tu, mereka akan malas untuk belajar, kerana menganggap bahawa belajar dalam sistem pendidikan hanyalah sia-sia belaka. Mereka akan mula membaca buku yang anarki, buku sebelah kiri hinggakan “buku universiti” dibuang dan hanya diambil kembali untuk dibaca di saat musim peperiksaan sahaja. Mereka tidak lagi belajar bersungguh-sungguh untuk berjaya dalam bidang mereka. Mereka tidak mahu menjadi golongan intelektual dalam bidang mereka. Mereka tidak lagi membaca buku calculus, fundamental equation, pharmacy, medication, ataupun  buku yang berkaitan dengan bidang mereka. Sebabnya buku seperti itu dianggap tidak berguna dan tidak mendatangkan apa-apa . Buku itu perlu dibaca masa peperiksaan sahaja. Mereka ini tidak mahu menjadi golongan inteligensia yang berintelektul, kerana menganggap semua inteligensia adalah robot semata-mata, sedangkan ada juga golongan profesional memiliki pemikiran yang hebat dalam bidang yang bukan bidangnya.”

Dia menyambung lagi.

“Setelah seorang mahasiswa itu dipengaruhi atau terkena idealism shock, maka dia dengan bodohnya akan menyebarkan perasaan anarkinya. Golongan bodoh yang mudah terpengaruh ni sangat bahaya, kerana takut menjatuhkan semangat mahasiswa lain yang ingin menjadi profesional, walaupun bukan semua mahasiswa mudah terpengaruh.”

….

Bagi aku, ada ku kisah. Korang nak anarki ker, tak ker. Just f**k up dan jangan kacau hobi aku. Kalau korang nak baca politik ker, ekonomi, fizik atau biologi, ada ku kisah. Korang bidang lain ker nak baca lain ker atau layan bidang yang korang ambil di universiti time exam sahaja ker, ada ku kisah.  Korang ada otak ada hati korang tahu mana yang baik mana yang buruk. CGPA boleh jaga tak kan benda lain tidak boleh jaga. Tengok aku, dua-dua aku tak layan/jaga/minat, kah kah kah.

Aku anarki pendiam. Hidup aku ajar aku macam tu - jangan kisah apa yang orang lain buat, kalau kisah pun kau sekadar benci sahaja (itu pun kalau perkara buruk/maksiat), sebab kalau aku tegur biasanya orang lain tidak dengar. Iyalah, bayangkan orang bodoh macam aku tegur orang lain yang pandai (pandai mencapap adalah), conform mereka tidak mahu dengar. Orang pandai ni ada ego, mereka tidak mahu ditegur oleh orang bodoh, sedangkan orang pandai ni bukannya pandai pun. Sebab tulah aku jarang komen hidup orang lain. My life. Kah kah kah.

Aku seorang pendiam dan anarki..kah kah kah. Observe the moment, bukannya comment the moment, itu kerja orang lain, kerja aku diam dan observe, lepas observe diam lagi. Shadow is not exist in human life. Tapi ada ku kisah. This is my life. Tapi jangan sampai aku komen hidup korang. Kalau aku komen hidup korang, korang akan tahu bagaimana anarki yang shit berkata-kata. Aku tak kan komen sikap korang, aku lebih prefer komen fikiran robot korang. Tapi jangan risau, itu kisah dulu, kisah aku dulu-dulu. Sekarang ni korang nak jadi robot, korang nak jadi robot putus wayar, korang nak jadi hamba kapitalis …. ada ku kisah….kah kah kah.

Layan-punya layan….aku teringat Irfan pernah cakap sesuatu. Semua yang dia cakap, semua hampir sama, analogi dan ayat sahaja berbeza. tapi ada aku kisah……

 “Mahasiswa ni kalau nak bincang politik mesti macam robot yang pandai berkata-kata, hebat, boleh mengalahkan Annuar Ibrahim. Tapi kalau nak bincang pasal matematik atau permasalahan fizik, kimia atau biologi, atau dalam bidang yang dia ambil, mesti dia tarik muka, tak pun dia akan tarik penis untuk bincang pasal awek. Bagi mahasiswa type ini, bidang yang dia ambil di universiti adalah untuk dia persembahkan kepada ketua kapitalis agar dia boleh hidup dalam sistem kapitalis. Macam kau mad, kah kah kah. Amad, jangan marah, realiti kau kah kah kah. Ada juga type mahasiswa yang cakap bahawa untuk  majukan Islam adalah melalui politik sahaja. Benda lain belakang kira, lepas kuasai politik baru kisah pasal benda tu. Ataupun ambil tahu pasal bidang lain time nak exam sahaja, kalau banyak masa free layan politik, baca artikel politik, agar hujah bertambah hebat dan mudah spin ayat untuk kalahkan musuh berdebat. Nak hebat lagi, time berdebat kau tambah ayat al-Quran dan hadis atau kau tambah ayat ilmuwan Islam dahulu, supaya masyarakat yang tidak tahu berfikir akan menyokong kau… dan akhirnya kau akan dianggap menang dalam berdebat. What a life… Kah kah kah….”

Ayat yang biasa Irfan keluarkan disaat kami lepak kat kedai mamak. Tapi aku tak kisah sangat. Dah pemikiran dia macam tu, tak kan aku nak ambil batu lepas tu pukul kepala dia supaya dia lupakan pemikiran dia.

Bagi aku, apa yang dia cakap tu mungkin ada benarnya dan mungkin salah, tapi seperti biasa aku tak ambil pot sangat, walaupun kadang-kadang hati aku tersentap. Kah kah kah.

Hidup aku pun busy dengan idealism aku. Idealism yang akan dimaki oleh ramai orang. Layan fizik pun seronok gak, apalagi kalau layan falsafah fizik. Kalau layan fizik, biasanya aku akan layan teori, formula  matematik aku tak layan sangat, layan pun kalau ada semangat nak derive sesuatu formula. Kalau korang tidak tahu apa itu derive sesuatu formula, ia umpama seseorang buat milo, dan kau berusaha cari apa bahan yang digunakan untuk membuat minuman itu. Aku salah analogi eh? Ah, lantaklah…Korang mesti faham.. kah kah kah.

Kalau layan falsafah fizik, aku akan layan interpretasi untuk quantum mekanik. Tak pun layan pasal hukum sebab dan akibat. Layan ni pun seronok, sebab ada kena mengena dengan fizik klasik (classical Physics) dan quantum mekanik. Nanti ada masa aku akan cerita pasal fizik. Tapi aku tahu korang tak minat benda-benda macam tu, iyalah, semua nak layan tragedi dalam sesuatu novel. Jangan layan sangat perasaan, nanti pemikiran kau tumpul, tak boleh pisahkan apa itu robot, apa itu manusia….. Tapi seperti biasa….Ada aku kisah… Hidup korang kah kah kah.

Sebab dan akibat - kalau korang nak tahu apa benda ni, bagus korang kaji apa itu sebab dan akibat berdasarkan classical physics dan quantum physics. Lepas tu kaji berdasarkan pandangan ahli falsafah. Masa zaman emas Islam pun ada berdebat pasal benda ni – cuba try cari apa pendapat ahli kalam(al-Ghazzali) dan ahli falsafah Islam (Ibn Sina) pasal benda ni, tu pun kalau korang nak layan pemikiran, kalau korang nak layan perasaan(romantik, gelak, etc) – korang boleh cari novel romantik lepas tu korang layan benda tu.

Tak pun korang layan Arad dan Jawhar, cari guru yang real. Tapi bagi aku -korang tak kan minat benda ni, sebabnya tak masuk exam pun kah kah kah.




















Ulasan

Catatan Popular