Bab 20

Psych Schizophrenia

Hari ni aku nak buat perkara yang boleh dimaki atau diejek oleh awek rambut perang ni. Aku nak hantar email lagi pasal idealism aku. Idealism yang dikatakan oleh orang lain sebagai perkara yang sia-sia dan tidak sedar diri untuk beridealism. Iyalah aku kan bodoh, super bodoh, idealism tak sesuai dengan CGPA kah kah kah. Ada ku kisah, aku bukannya pernah komen hidup korang pun.  
Seronok layan pemikiran dan kongsi pemikiran dengan Narsha, walaupun dia selalu cakap bahawa aku tidak layak layan pemikiran macam tu. Jangan risau, masyarakat pun selalu beritahu aku ayat tu. Kah kah kah.

To : Narsha

Fizik, falsafah, agama…sekadar pandangan

Tiga bidang ini mungkin memberi sesuatu kepada mereka yang menguasai ketiga-tiga bidang tersebut. Tetapi bagaimana nak sesuaikan fizik, falsafah dan agama atau dalam bahasa yang lebih elok adalah bagaimana nak harmonikan falsafah, fizik dan agama agar fizik dan falsafah tidak bertentangan dengan agama? Apabila pandangan alamnya adalah Islam, maka bolehkan dia berfikiran seperti ahli fizik yang boleh menghasilkan teori yang tidak bertentangan dengan pandangan alamnya? Atau adakah fizik, falsafah dan agama itu berbeza dan tidak boleh diharmonikan? Kerana seandaianya diharmonikan maka akan berlakunya penentangan makna dan tujuan..? Begitukah? Tidak bolehkah masukkan falsafah dan agama dalam fizik? Atau adakah aku bodoh kerana berfikiran dan mempersoalkan semua ini?

Apa pandangan ahli agama dan ahli falsafah mengenai teori fizik yang mengatakan bahawa tenaga itu tidak boleh dicipta dan dimusnahkan? Apa pandangan mereka bahawa tenaga itu hanya boleh ditukarkan kepada bentuk tenaga lain? Adakah hanya perlu cakap bahawa teori itu tiada makna metafizik, teori itu hanya untuk dunia fizikal semata-mata? Apa pandangan ahli sufi, ahi kalam, ahli falsafah, ahli fizik dan ahli mistik? Atau adakah perlu ingat bahawa “jangan falsafahkan fizik”?
Andai kata ilmu itu tidak bebas nilai, bagaimana hendak mengetahui dan mengubah sesuatu teori fizik itu agar nilai yang ada dalam teori tersebut tidak bertentangan dengan pandangan alamnya? Bagaimana menggunakan pandangan alam untuk melahirkan sesuatu teori? Apa  jenis ilmu yang perlu dikuasai? Atau adakah aku bodoh kerana menanyakan semua itu?

Fizik itu ada amali dan teori. Fizik boleh digunakan untuk melakukan research. Dan fizik juga telah digunakan untuk mencari dan menerangkan tujuan kehidupan manusia, atau dalam ayat lain untuk menjawab persoalan asas yang manusia lain tidak boleh menjawabnya (golongan ateis). Dalam bahasa lain sains/teori sains digunakan untuk mencipta pandangan alam. Tetapi bagaimana soalan asas itu boleh menjawab andai kata dalam pengkajian sains terutamanya fizik, makna metafizik telah dipisahkan daripada dunia tabii? Bagaimana hendak mengetahui hakikat yang mendalam dan sebenar dalam teori fizik terutamanya hakikat mengenai alam tabii? Bukankah pengkajian sains sekarang telah memisahkan makna spiritual daripada alam tabii dengan menggunakan ayat “pemikiran saintifik”? Maka, boleh dikatakan bahawa fizik itu tidak boleh menerangkan fundemental question.. Tapi mengapa ada ahli sains Barat masih mahu menggunakan sains untuk menjawap persoalan fundemental itu?

Bagaimana cara untuk mengetahui makna spiritual dalam pengkajian alam tabii? Apakah maksud sebenar makna spiritual tersebut?

Apakah pandangan ahli sains atau ilmuwan Islam mengenai perkara ini? Apa pandangan Ibu sina, al-Biruni, al-Tusi, Ibn Rusy, Imam al-Ghazali dan sebagainya? Atau adakah aku salah kerana mempersoalkan semua ini, kerana zaman ini sukar untuk menemui mereka yang benar-benar faham dan boleh menggabungkan atau mencuba mengharmonikan fizik, falsafah dan agama dalam pengkajian mereka? Aku silap eh? Kalau aku silap jangan maki tapi bisanya orang akan maki dan cakap belakang, malay katakan …..Orang pandai tak semestinya bijak
Maaf, banyak sangat persoalan bermain di minda aku.

Sekian.

To : Amad
Kau nak kena pijak? Kan aku dah seratus kali katakan bahawa benda itu tiada. Fizik adalah untuk dunia fizikal dan tidak boleh masukkan agama. Sebabnya nanti ada clash kalau kau nak mengharmonikan benda tu. Misalnya kau boleh lihat di zaman ini, ada berapa ramai manusia yang berdebat tentang perkara tu. Lihat saja ahli sains dan ahli falsafah berdebat, tak pun lihat saja ahli agama dan ahli sains berdebat. Sampai sekarang tiada kesudahan.
Bagus kalau kau hanya tumpukan sains/fizik dalam bidang research, jangan habiskan masa kau untuk cari teori yang boleh membuatkan seseorang untuk mengubah pandangan alamnya atau untuk teori yang boleh memberitahu hakikat sebenar alam. Kau bukannya pandai. Aku bukan merendah-rendahkan kau, aku tak nak kau sakit. Walaupun aku pernah cakap supaya banyakan layan pemikiran kurangkan layan perasaan tetapi lebih baik kau tukar pemikiran kau. Layan jenis pemikiran lain, benda tu bukan kau yang boleh fikir. Biar orang yang layak sahaja yang terlibat. Kalau kau terlihat hanya membuatkan dunia makin parah. Tak pun kau hanya perlu berdiam diri dan jangan cakap perkara ni dengan orang lain.


To Narsha :
·         Apabila teori itu dikeluarkan, orang akan mengkritiknya…………..teori di sini adalah teori sains (biology, fizik dan mungkin juga kimia(sekiranya ada .. aku tidak tahu pasal kimia)
·         Apabila teori itu bertentangan dengan falsafah, teori itu akan dikritik
·         Apabila teori itu bertentangan dengan agama, teori itu akan dikritik.
·         Orang yang menghasilkan teori itu, sama ada dia tidak kisah mengenai falsafah/agama atau tidak berminat/tidak tahu dengan falsafah/agama atau kedua-duanya sekali atau tidak kisah seandainya teori itu bertentangan dengan falsafah atau agama atau kedua-duanya sekali.
·         Untuk pengkritik pula, bagaimana dia boleh menghasilkan teori yang lebih baik (teori yang menerangkan dunia di mana teori itu bukan hanya digunakan dalam kajian/research sahaja, tetapi teori yang boleh menjadi menukarkan worldview masyarakat mengenai realiyi. (aku ada pertanyaan: adakah boleh dikatakan metafizik seandainya tiada benda yang boleh mengalahkan kelajuan cahaya?)

·         Bagaimana falsafah, sains dan teologi boleh bekerjasama dalam mindanya? “Alat” apa yang boleh mengharmonikan semua itu?
·         Atau sains itu bebas nilai atau tidak? Atau boleh guna alasan bahasa sains(fizik) hanya untuk dunia fizikal sahaja tiada makna metafizik? Seandainya begitu bagaimana seandainya teori sains itu digunakan untuk menyerang agama?
·         Dari falsafah wujudnya sains dan agama tidak boleh digunakan dalam “perjalanan” itu?
·        Atau dari pandangan alam agamanya, dia dapat melahirkan falsafah yang tidak bertentangan dengan pandangan alamnya dan akhirnya dia boleh mereka teori sains berdasarkan falsafahnya?



To: Amad
Boleh bincang benda lain tak!? Aku tak berminat benda tu. Aku tak dapat pekerjaan pun kah kah kah. Amad ilmu kau tak cukup lagi. Sekiranya seseorang yang pandai dan bijak baca email ni pasti dia tahu apa yang kau tidak tahu. Pasti dia boleh nilai apa yang kau tulis ni. Pasti dia tahu kejahilan kau, kebodohan kau. Mungkin kau akan dimaki, tapi bagi aku mereka yang pandai dan bijak mesti mereka yang berhikmah bukannya hanya cakap belakang atau menghina idealism kau. Mungkin dia tahu apa yang kau tidak tahu. Tapi nasihat aku tinggalkan fantasi kau itu….. kau tidak layak untuk semua itu, aku takut kau akan kecewa. Aku harap kau faham apa maksud aku.

To: Nasha
Kah kah kah. Aku tidak kisah pun. Alang-alang ambil degree fizik bagus layan benda ni. Nak hasilkan ilmu yang berdasarkan nilai Melayu. Walaupun CGPA aku rendah tahap s, ada aku kisah. kah kah kah.
To : Amad
Nak hasilkan ilmu sendiri?

To : Narsha
Sampai bila nak menjadi pengguna ilmu, bukan pembuat ilmu….

To: Amad
Bincang benda lain lah. Malas lah nak layan fantasi kau….. Kau tak marah kan aku cakap macam tu?

To: Narsha
Tak, aku dah biasa…

To:Amad
kah kah kah. Loser…

To: Narsha
Narsha, aku nak tanya. Mana lebih penting bina sistem ekonomi sendiri atau kuasai ekonomi kapitalis? Sebab zaman sekarang ni ramai manusia yang berusaha dan berimpian untuk kalahkan Steve Job, Bill Gates, dan semua raja kapitalis. Jarang ada manusia yang nak kalahkan Karl Marx atau Adam Smith atau pun mereka yang mereka sistem ekonomi atau menyokong sesuatu sistem.

To :Amad
Kita perlukan dua-dua, sebab kalau semua nak kuasai ekonomi dalam sistem kapitalis, nanti siapa yang nak kalahkan pemikir tu. Kalau semua nak jadi macam Karl Marx atau seumpamanya, maknanya kau tengah hidup dalam dunia fantasi kau. Zaman sekarang ni bukan zaman berfikir, tapi zaman mengikut. Kau mesti faham benda tu. Kalau semua manusia berfikir maknanya dunia ini tidak wujud. Mesti ada pekerja dan mesti ada pemikir. Tapi biasanya kedua-dua pihak ni akan memandang rendah pihak yang lain. Sebab itulah berdasarkan teori aku ni, kau jadi anarki yang pendiam. kah kah kah. Bajet anarki, tapi pemalas tahap Gunung Kinabalu.
Dalam masyarakat mesti ada pemikir, mesti ada pekerja. Sebabnya, kalau tiada mangsa kapitalis bagaimana geng sosialis/komunis mengomen sistem kapitalis. Begitu juga dengan sebaliknya. Mesti ada mereka yang menjadi bahan experiment untuk sesuatu sistem, sedar atau tidak sedar, kejam atau tidak kejam, terpaksa atau tidak terpaksa, setia atau tidak setia.
Kita tidak boleh memaksa mereka untuk berhenti bercita-cita menjadi seperti Bill gates sebabnya nanti mereka tiada tujuan hidup. Begitu juga kita tidak boleh memaksa mereka untuk mengalahkan Karl Marx dan seumpamanya sebab takut nanti hanya wujud golongan yang hanya tahu berfikir sahaja tetapi malas untuk menjadi bahan experiment.
Dalam sesebuah masyarakat mesti seimbang…..semua type manusia sebaiknya ada….. tapi kau akan lihat macam mana mereka ini berdebat antara satu sama lain.. kau kan observer… useless observer, tahu observe saja, komen tidak tahu. kah kah kah.

To : Narha
Apasal tulisan kau ni macam something wrong. Sejak bila kau berubah..?

To: Amad
Apa yang lain? Fikiran dan hati seseorang itu boleh berubah….aku nak sambung lagi :
Macam politik juga, mesti ada golongan yang nak mengubah “masyarakat” berdasarkan politik dan ada juga golongan yang nak mengubah “masyarakat” tetapi bermula dari “bawah”…dan golongan yang paling ramai golongan yang tidak ambil kisah, golongan yang bakal menjadi mangsa politik dan mangsa fanatik politik. Golongan yang kedua ni biasanya tidak berminat politik tetapi mereka menjadi aktivisme untuk mengubah masyarakat dan biar golongan lain pula mengkritik politik. Golongan pertama ni biasanya berminat dengan politik hinggakan mudah memandang rendah golongan kedua dan ketiga. Tapi, dalam setiap golongan ada manusia yang jenis suka memandang orang yang bukan masuk dalam golongannya. Mereka akan belajar spin ayat untuk merendah-rendahkan golongan lain. (aku tulis “masyarakat” bukannya masyarakat, kau ada otak kau fikir sendiri apa maknanya).
Begitu juga dengan kes boikot produk Yahudi. Ada yang boikot dan ada yang tidak. Masing-masing pandai spin ayat. Dan setiap golongan mesti ada yang saling memandang rendah golongan lain. Tapi biasanya ramai golongan yang join golongan yang tidak kisah sebab dia malas untuk layan ayat-ayat spinning yang dikeluarkan oleh semua golongan.

To :Narsha
Kau ni Narsha” Apasal tulisan kau ni macam bukan kau?

To: Amad
Kah kah kah….Bye. Aku nak tidur.

To: Narsha
Ok. Bye

Dia tidak layan soalan aku plak....





Ulasan

Catatan Popular