Bab 18
Psych Schizophrenia
Psych Schizophrenia
Masa ni pula aku teringat pasal Rin (nama tak boleh bla, dah itu nama dia).
Dia ni matrik sekali dengan aku dan Hinarqy (nama ni pun tak boleh bla…..ada ku
kisah ….kah kah kah ). Nama sebenar Rin eh….. aku lupa. Kah kah kah. Sepanjang
aku berkawan dengan dia, apa yang aku perhatikan, dia ni benci sangat dengan
golongan kaki pengkomen. Dalam bahasa lain, kaki mengomen.
Bagi dia, golongan kaki komen ni no life. Hidup mereka untuk mengomen,
lepas habis universiti, cari duit pun dengan mengomen. Human being katakan. Ni
salah satu ayat yang dia pernah cakap.( Aku ingat atau lupa itu urusan aku
….sebab korang semua ni ada otak.. bukannya sekadar terima bulat-bulat.. lepas
tu dengan kebangangan minda korang share kat Facebook…untuk mencapap kah kah
kah…ego manusia …..makin bertambah like makin mengembang keegoan...kah kah kah)
“Di dunia ni, semua benda yang kita buat akan dikomen oleh manusia (iyalah
manusia yang akan komen hidup manusia, tak kan babi kut nak komen hidup
korang.. tapi kalau dia komen pun… mesti dia cakap yang korang ni tuuuuuuuuuuuuuuuuut).”
Dia sambung lagi
“Tak pun kau akan dihina. Kalau kau pendiam, orang akan komen hidup kau,
kalau kau seorang yang bising, orang pun akan komen hidup korang, Kalau kau
mencapap, kau pun akan dikomen. Boleh dikatakan, apa sahaja yang kau lakukan
akan dikomen. Terletak komen itu berilmiah atau tak. Kau pakai baju apa, muzik
apa yang kau dengar, buku yang kau baca, cara hidup kau, semuanya akan dikomen.
Kadang-kadang alien pun akan dikomen. Manusia katakan. Mungkin sebab tu lah
Darwin cakap yang manusia ini daripada monyet. Kah kah kah. Eh jab. Sejak bila
Darwin cakap manusia ni berasal daripada monyet? Dia ada cakap eh? Dia ada
tulis eh? Tulah, lain kali baca buku On Origin Of Species, bukannya korang
percaya bulat-bulat gambar monyet jadi manusia tu. Aku silap eh? Kah kah kah.
Lain kali baca buku tu… bukannya baca dari sumber yang kesepuluh. kau faham kan
Mad?”
Kalau mamat ni bercakap…. mesti tak henti-henti…Dia komen orang yang
mengomen… maknanya dia pun golongan kaki komen gak eh?
“Ada kalanya awek yang kau suka juga akan dikomen. Kalau kau baca al-Quran
pun, kau akan dikomen. Semua benda, golongan ni akan komen. Kau buat baik ker,
kau buat jahat ker atau kau jadi macam batu yang tidak pandai bergerak, semua
akan dikomen. Yang lagi shit kalau komen tu dicakap oleh golongan kaki komen
yang jahil. Tapi seronok gak kalau lihat golongan ni bercakap.’
Dia pun terpengaruh dengan Hinarqy. Seperti yang Hinarqy pernah cakap
“Salah satu perkara yang paling seronok dalam dunia ini adalah kalau kau lihat orang jahil
berkata-kata. Dia ingat dia pandai, in the end terserlah kejahilan. Golongan
jahil yang berilmu. Tu lah paling seronok. Orang jahil dan bodoh bijak
berkata-kata, orang yang layak pun bijak berkata-kata, akhirnya masyarakat
bingung mana satu pandai, mana satu bijak, mana satu jahil atau bodoh. Kah kah
kah.”
Oh ya, tak habis lagi si Rin bercakap dalam minda aku.
“Tapi ada aku kisah. Bagus lagi kalau ada manusia yang kaki komen, boleh
aku turut serta mengomen. (baca ayat betul-betul, mengomen bukan beromen.
Masyarakat kita ni pelik sikit. Baca sekali lepas tu nak sebar. Baca salah,
sebar macam gabang.) Sebab tu lah aku suka tengok golongan ni mengomen. Umpama
kau lihat manusia yang ada bekas middle finger kat muka. kah kah kah. Golongan
yang ada bekas middle finger kat muka ni biasanya kaki komen yang tidak
berilmiah, tidak berhikmah, macam aku. kah kah kah.”
“Ada satu lagi golongan komen ni. Golongan ni kau akan lihat lepas kau
tengok wayang atau lepas seseorang tu habis baca novel atau cerita. Biasanya
mereka ni akan cakap ‘stardard novel/wayang, jalan cerita semua sama’. Golongan
macam ni biasanya golongan yang kaki komen hidup orang lain. Dia ingat dia
punya hidup yang paling indah, hidup orang lain macam shit, shit yang berbau
shit.”
Malas aku nak cerita tapi apa boleh buat…
Mamat ni mengomen lagi
“Disebabkan golongan ni mengomen, aku pun nak mengomen juga. Golongan ni
pelik, jalan cerita untuk wayang atau novel atau cerita- mereka akan komen. Dia
akan cakap wayang atau novel semua cerita sama, buang masa dan duit untuk beli
tiket wayang atau beli buku. Biasalah, jalan cerita selain jalan cerita hidup
mereka, mereka akan komen. Siap maki lagi. Tapi jalan cerita hidup sendiri, dia
tidak pernah fikir. Tak pernah nak nilai sama ada baik atau tidak. Sama ada
robot atau robot yang rosak RAM. Apa yang dia pandai? Hanya tahu mencapap guna
dia punya jalan cerita hidup. Jalan cerita hidup kau pun macam copy paste, ada
hati nak nilai jalan cerita hidup orang lain, ada hati nak komen jalan cerita
novel atau wayang.”
Aku nak sambung lagi apa yang ada dalam ingatan aku…
“Jalan cerita untuk sesebuah novel mungkin sama dengan jalan cerita novel
lain…..Macam jalan cerita hidup kau. Bukankah sama macam orang lain? Pergi
sekolah, lepas tu pergi universiti, jadi hamba kapitalis, lepas tu mati.
Bezanya cuma apa yang kau isi disaat kau jalani kehidupan macam tu. Lah, macam
novel atau macam wayang. Jalan cerita sama, cuma kisah minor sahaja lain, kisah
yang major hampir sama, tak pun sama 100 %. Lepas tu kau boleh guna kisah minor
hidup kau untuk mencapap….apa yang kau akan cakap….”Inilah baru hidup. Bukan macam kau…” Ni jawapan
aku…Kehidupan apa?…Copy paste tanpa kebenaran atau ada kebenaran?.. Golongan
macam ni biasanya raja komen untuk hidup orang lain. Dia ingat hidup dialah yang
paling hebat, hidup orang lain macam
tahi… No life”
Pelik kawan aku ni. Kalau orang lain tahu mesti dia kena bagi penyepak, tak
pun kena pulau. Oh ya, korang faham kan apa itu kisah major dan kisah minor.
Kalau korang tak faham, jangan risau sebab aku pun tak faham kah kah kah…..
Dia juga pernah berkata ayat ni
“Kalau kau golongan pemikir, kau akan dikomen kerana hanya tahu berfikir
tapi tak tahu buat kerja, kalau kau golongan yang tahu buat kerja, kau juga
akan dikomen kerana tidak atau jarang berfikir, kalau kau golongan yang
berfikir dan tahu bekerja, kau juga akan dikomen. Golongan pengkritik ni pandai
bermain ayat untuk mengomen atau mengkritik. Tapi Amad, biasanya kritikan itu
perlu untuk membina, tetapi masalahnya kritikan jahil tetap akan ada, seperti
kisah ayah, anak dan keldainya. Kau tahu kan cerita tu?”
Aku tahu kawan aku ni jenis observer, seperti aku bezanya dia pandai mencari
sesuatu kesilapan dan tahu mengkritiknya. Tapi menakutkan atau menyakitkan hati
apabila dia mengkritik secara keras dan penuh dengan makian. Tapi biasanya dia
lebih ke arah kritikan yang berilmiah. Lantaklah.
“Amad, biasanya ahli falsafah atau mereka yang minat falsafah -senang nak
kena komen. Misalnya, tahu falsafah tapi kerja tidak buat. Dan biasanya ahli
falsafah akan dibanding-bandingkan dengan mereka yang tahu buat kerja. Golongan
aktivis akan mengomen golongan yang hanya tahu berfikir tetapi tidak tahu nak
buat kerja. Golongan berfikir pula mengomen aktivis kerana buat kerja tanpa
ilmu. Biasalah- komen, kritik, komen , kritik, susun ayat, balas ayat, spinning
ayat, tambah ayat, debat, and continue forever.”
Ni lagi ayat dia
“Amad, kau tahu tak macam mana nak masukkan diri kau sebagai bahan yang
boleh dikomen? Macam mana hidup kau akan dikomen atau dikritik? Itu senang, kau
hanya perlu berlainan dengan orang lain. Berlainan pendirian ataupun berlainan
pilihan, lain daripada majoriti atau jangan ikut majoriti. Kau akan dikomen.
Ataupun kalau kau ini lain daripada lain. Kau akan dikomen. Ataupun kalau kau
ini pandai atau bijak. Kau juga akan dikomen. Kau akan dibanding-bandingkan
dengan mereka yang pandai atau yang bijak. Ada kalanya juga kau akan
dibanding-bandingkan dengan kebodohan seseorang. Kalau kau pandai atau lain
pemikiran kau daripada golongan majoriti, semua yang berkaitan dengan diri kau
akan dikomen, tidak kisah lah pemikiran kau kah, sikap, baju, muzik, perkara
yang kau buat untuk mengisi lapang, keluarga, pengetahuan agama kau, buku yang
kau baca, muzik, game, anime, sosial, komunikasi, pilihan politik, CGPA,
semualah benda yang boleh dikomen atau dikritik.. Sebab itulah kita kena berani
pilih hidup kita. Ingat, semua pilihan akan dikomen atau dikritik. Tapi apa
beza kritik dengan komen eh? Kah kah kah”
…….
Bagi aku aku tidak kisah pun, kau nak komen atau tak. Sebabnya, lebih baik
ada golongan macam ni, boleh kita tahu apa kita punya kelemahan. Tapi lihat
juga siapa yang mengomen , golongan bajet pandai atau golongan bebal atau golongan yang layak untuk
menasihati..
Bab-bab komen hidup manusia ni… Aku malas nak komen hidup manusia lain…
Hidup aku pun bukannya hebat sangat pun… nak mencapap kisah hidup aku pun- aku
tidak tahu apa yang boleh dicapapkan. Tapi kalau korang nak komen hidup orang
lain, cubalah secara berilmiah bukannya membandingkan kehidupan korang dengan
kehidupan orang yang ingin dikomen.
“Kawan yang sebenarnya adalah kawan yang ingin mencipta kisah hidup mereka
bersama-sama bukannya kawan yang suka membandingkan kisah hidup dia dengan
kisah hidup kawan-kawan yang lain. Tapi susah nak jumpa manusia macam tu.
Manusia itu ada ego. Masing-masing nak nampak hebat di depan masyarakat.
Masing-masing nak mencapap hidup masing-masing, sebab tulah aku menjadi
phantom…… Phantom yang tiada shadow sebabnya phantom adalah shadow yang kedua
untuk shadow. Kah kah kah. This is my life…Enjoy it…dan jangan komen hidup
orang lain…. tapi ajak orang lain untuk buat kisah hidup bersama”
Sebelum aku lupa, korang pernah dengar tak perkataan/ayat keyboard warrior?
Kalau korang pernah dengar please jangan salah guna ayat tu. Bagi aku lah, ayat
tu untuk para programmer yang mencari kesalahan sesuatu sistem komputer tak pun
para hacker, tidak kisah lah white hat hacker, grey hat hacker atau black hat
hacker/cracker. Perkataan untuk keyboard warrior hanya sesuai untuk golongan
seperti itu atau golongan seumpamanya, bukannya golongan peminat teori
kontroversi atau golongan yang kaki komen, atau geng fanatik politik dan
golongan lain-lain. Golongan tersebut, lebih baik disebut komen warrior atau
critic warrior atau capap warrior tak pun bangang warrior/pandir warrior/luncai
warrior/ macai warrior/wacai warrior). Kan senang.
Jangan rosakkan ayat keyboard warrior. Tapi kenapa manusia suka memberi
gelaran kepada manusia lain? Adakah kerana kebaikan atau dengki atau cemburu
atau tanya hati korang?
Ulasan
Catat Ulasan