Bab 15

Psych Schizophrenia

Aku berjalan- jalan dengan Narsha. Aku berjalan di belakangnya. Aku memandang dirinya. Entahlah kenapa dalam hati aku macam ada sekuntum bunga mawar yang perlu dijaga. Tetapi, aku tahu bunga mawar itu mungkin berwarna kuning dan bukannya berwarna merah.

Hati aku rasa sakit memikirkan semua itu. Aku tertanya-tanya kenapa wanita ini muncul di depan mataku pada malam itu. Inikah seseorang yang aku cari selama ini. Diakah orangnya? Diakah yang bakal mengisi hatiku, yang telah lama kosong?

Yang hairannya, kenapa dia mengusik hatiku? Wanita yang tidak bertudung, wanita yang anarki, wanita yang tidak bermekap, kalau bermekap pun hanya menggunakan bedak tipis ke atas pipinya. Pipinya yang gebu itu sesuai dengan mulutnya yang merah, bajunya yang sentiasa berwarna hitam di saat aku keluar dengannya sesuai dengan seluar jeansnya yang separa  ketat. Rambutnya separa perang sesuai dengan kulitnya yang putih mulus dan matanya yang bulat. Kerana hal itu, menyebabkan aku nak menjaga wanita ini daripada pandangan lelaki lain. Tapi apalah dayaku. Kah kah kah, ayat s**t yang aku malas nak hipokritkan.

Apa ada di hatinya disaat dia memandang mataku. Adakah dia rasa seperti apa yang aku rasa? Hati ini penuh dengan kegembiraan disaat dia memandangku, disaat dia menelefonku, di saat dia tersenyum, di saat dia bercerita denganku.

Adakah semua ini hanyalah khayalanku semata-mata. Inilah yang aku takutkan sekali. Wanita ini. Aku takut dia hanyalah khayalan dan ilusi di hatiku…

“Ah, aku malas memikirkan semua itu, dia ilusi atau tak, itu nanti aku fikirkan. Biarlah masa yang menentukannya”, aku berkata-kata dengan diriku.

“Amad, cepatlah. Kau ni macam perempuan. Jalan lambat sangat, buang masa.”
“Ok ok. Ni Malaysia bukannya Jepun. Kah kah kah.”

Dia buat muka marah, lepas tu senyum balik. Seperti biasa hatiku cair. Korang pernah rasa tak bagaimana hati terasa cair disaat orang yang korang cintai tersenyum sambil memandang mata korang. Korang rasa apa?

Kalau tak pun, korang pernah rasa tak bagaimana hati terasa cair disaat orang yang korang cintai tersenyum sambil memandang mata korang, dan pada masa yang sama kau tahu bahawa orang itu tidak menyukai kau, dia menyukai orang lain?  Kah kah kah. Hati cair macam kena lava. Kah kah kah.

Kalau kau tidak pernah rasa apa itu cinta, jangan risau sebab aku pun baru rasai perasaan itu. Aku rasa lepas jumpa awek ni. Aku ni jenis hati yang keras. Susah nak jatuh cinta. Dan type awek yang aku suka pun rare untuk dijumpai. Sebab tulah first time aku nampak dia aku terus minta nombor telefon (first time aku minta nombor telefon awek untuk urusan peribadi kah kah kah), walaupun dia pandang aku seperti orang bodoh. (aku tipu sebenarnya)

Come on la bro, apa perasaan kau ketika kau melihat seseorang yang kau rasa umpama  bunga mawar yang kau boleh tanam di dalam hati kau. Tak kan kau pandang jer kut. Cinta itu indah. Kalau kau jumpa orang yang sesuai dengan hati kau, beranikan diri untuk minta nombor telefon, kah kah kah.
“Woi jangan menghayal”, awek ini kacau khayalan aku pula.

Apa yang aku perhatikan mengenai awek ni, dia seperti berubah sedikit demi sedikit (maknanya gaya tulisan aku juga mesti berubah kah kah kah). Dia telah jarang memaki. Anarkinya tetap ada. Aku tidak tahu apa punca dia berubah. Adakah kerana dia suka aku? Kah kah kah. Khayalan tingkat tinggi yang akhirnya menyebabkan aku terjerumus dalam dunia kesedihan.

Fuh, kenapalah aku memikirkan semua itu. Inilah masalahnya apabila seseorang itu telah jatuh cinta. Seperti yang dia pernah tulis dahulu, manusia ini lebih suka melayan perasaan daripada melayan pemikiran. Pengaruh perasaan sangat kuat hinggakan perasaan boleh menghancurkan pemikiran. Atau dalam ayat lain hati mudah mengawal akal seandainya seseorang itu telah jatuh cinta. Bolehkah aku survive menghadapi perasaan ini?

“Woi, aku dah cakap jangan menghayal.”, teriak dia.

“Ok.ok hehehe”

“Amad, aku nak tanya. Kau rasa ada tak lelaki yang suka kat aku?”

“Kalau tiada kenapa hati aku berdebar ketika melihat wajahmu. Kah kah kah.”

“Jangan bergurau, boleh tak.”

Dia seperti ini, setiap kali aku cakap aku sukakan dia. Dia hanya anggap yang aku bergurau dengan alasan dia dah lama kenal aku. Dia tahu seandainya saya tipu atau bergurau. Tapi manusia itukan macam puisi. Kau tak kan faham puisi hati aku, walaupun aku tunjukkan puisi itu menggunakan mulut aku. (Apa akan terjadi apabila romantis tambah anarki?)

Aku balas

“Sejak bila kau layan perasaan ni? Bukan kau ni anti layan perasaan”, aku memandang matanya.
“Aku pun manusia juga.”

“Eeee, kau ada boyfriend tak?”

“Tiada, siapalah nak aku. Anarki, sekular, tudung tak pakai, baju macam ni.”

Aku hanya berdiam diri tetapi aku terdengar sesuatu suara yang muncul di hatiku

“Aku suka kau. Kau telah mencuri hatiku dan menyebabkan akalku tidak berfungsi. Cumanya kau anggap aku tidak wujud. Kalau wujud pun kau hanya anggap aku bayang-bayang.”, ayat bodoh, nak termuntah aku nak taip ayat ni. Kah kah kah.

“Tapikan aku rasa memang benarlah teori aku”, dia menyambung perbualan.

“Teori?”

“Lebih baik kau layan fikiran daripada kau layan perasaan. Sebabnya, perasaan itu boleh dan bakal menyakitkan kau, menyakitkan pemikiran kau dan akhirnya kau akan membenci pemikiran kau.”
“Aku tak faham.”

“Macam ni, disaat orang yang kau cintai menolakmu, atau menipumu, kau akan membenci diri kau. Hati kau akan membenci diri kau, badan kau. Disebabkan fikiran atau minda kau berada di dalam diri kau, akhirnya hati kau akan mula membenci minda dan fikiran kau. In the end, kau membuang pemikiranmu, sedangkan fikiran itu tidak kena mengena dengan kekecewaan hati kau.”
“Kau silap.”

Dia memandangku.

“Kau silap Narsha. Orang itu tidak akan meninggalkan pemikirannya. Orang itu hanyalah meninggalkan hatinya, perasaannya. Dia tidak akan membuang dan meninggalkan fikirannya, ideanya.”

“Apa bukti kau?”

“Apa bukti kau juga? Ada kalanya di dalam hidup ni, ada benda yang kita anggap salah tetapi dalam hati orang lain benda itu tidak salah.”

“Kau silap mad. Itu namanya Relativisme.”

“Kau yang tidak faham apa itu relativisme. Sebab kau memberi makna relativisme itu berdasarkan pemikiran kau. Bukannya berdasarkan pandangan yang adil.”

“Adil? Kau buat lawak. Lihatlah suatu hari nanti, sekiranya kau berjumpa dengan wanita yang kau cintai. Apa yang kau akan buat seandainya wanita itu menduakan kau?”

“Mungkin dia tidak setia dengan aku, tetapi aku tidak akan menolak pemikiranku hanya sekadar benda seperti itu.”

“Mungkin ya, mungkin tidak.”

“Aku yakin.”

“Kau yakin? Suatu hari nanti kau mungkin akan rasa. Dan aku juga yakin yang kau akan meninggalkan pemikiran kau. Tinggalkan benda itu kerana cinta seorang lelaki untuk perempuan.”
“Walaupun aku tinggalkan pemikiran aku, tapi bukannya kerana cinta. Bukan disebabkan aku melayan perasaan, tetapi disebabkan realiti. Realiti menyuruh aku untuk tinggalkan pemikiran aku. Bukan kerana seorang perempuan.”

“Kah, kah, kah.”

“Kenapa kau gelak.”, soal aku.

“Aku  sekadar uji kau.”, jawab awek ni.

“???????”

“Aku cuba menunjukkan kau apa itu erti melayan perasaan. Perbualan tadi itu adalah salah satu contoh melayan perasaan. Perasaan cinta.”

“Kau silap lagi. Tadi itu bukan melayan perasaan. Bukankah tadi itu melayan pemikiran. Kau telah lama tinggalkan perasaan sehinggakan kau tidak boleh pisahkan apa itu melayan perasaan dan melayan pemikiran”

“Kau silap mad. Kau silap.”

Aku hanya diamkan diri.

“Mad, cinta itu indah. Lagu cinta boleh memberi sesuatu kepada si pendengar. Ayat cinta boleh menyuburkan bunga mawar yang berada di dalam hati seseorang. Sebab itulah ramai manusia yang melayan perasaan berbanding dengan pemikiran. Bagi mereka pemikiran tidak mendatangkan apa-apa ,  hanya membuang masa.”

“Kau dah jadi pelik dah.”

“????.”

“Masa kau melayan perasaan anarki, kau gunakan ayat yang keras. Tetapi disaat kau melayan perasaan, kau gunakan ayat yang lembut.”

“Hidup mad. Kalau aku guna ayat yang lembut dalam anarki aku, adakah si pendengar akan mendengar suara aku? Ada kalanya kita harus gunakan ayat yang keras agar si pendengar terasa dan boleh membuatkannya berfikir.”

“Mungkin ya mungkin tidak. Terletak kepada si pendengar. Sebab takut seandainya menggunakan ayat yang keras, mereka hanya akan memarahi si anarki. Akhirnya hanya menimbulkan konflik.”
( Iklan : Kalau korang tak percaya cuba baca balik dari awal cerita ni. Kah kah kah. Korang marah tak kalau ada orang cakap korang ni macam robot, hamba kapitalis atau geng kapitalis yang berfardu ain, tak pun kena panggil anjing yang menunggu tulang dibuang?)

Selepas melayan bahasa yang berinsan daripada seorang awek anarki, aku mengajaknya pulang. Kah kah kah.

Dis menghantarku balik. Ketika di atas motor, aku sempat memeluknya. Itu pun secara tidak sengaja, sebab dia menekan brek secara tiba-tiba. Tapi yang peliknya, dia cakap kalau kau nak selamat lebih baik kau peluk aku. Kah kah kah. Indahnya khayalan. Di dalam minda bodoh aku, aku terfikir, adakah dia suka aku atau ini sekadar permainan nafsu. Nafsu dan suka itu lain. Nafsu dan cinta itu lain. Biasanya manusia jatuh cinta kerana nafsu bukan kerana makna cinta yang sebenarnya. Tapi bagi aku, di saat ini, aku suka dia bukan kerana nafsu tetapi kerana cinta.(cinta adalah ilusi)
Khayalan tingkat tinggi. Kah kah kah.

Semasa berada di bilik, aku terfikir sesuatu. “Adakah benar aku bakal meninggalkan pemikiranku seandainya dia menolakku?

Tapi aku yakin. Aku tak kan meninggalkan pemikiran aku (orang lain panggil pemikiran aku sebagai khayalan aku tapi ada aku kisah), hanya kerana seorang perempuan. Aku akan terus melayan idealisme aku. Kah kah kah. Biarlah aku seorang sahaja faham. Korang bukannya nak faham pun, iyalah, asyik nak layan perasaan macam mana nak layan benda-benda macam ni, tak dapat awek pun, kena anjing masyarakat adalah. Kah kah kah.

Tetapi betulkah aku tidak akan meninggalkan benda tu? AH, malaslah nak fikir, malam ni aku nak layan perasaan.

Kawan aku pernah berkata

“Rasa “mengharap cinta” itu boleh berkurangan seandainya kau mendengar lagu sedih yang bertemakan cinta. Tak kan kau tengah layan rasa cinta lelaki perempuan tiba-tiba kau nak layan lagu patriotik. Tapi biasa ada golongan macam tu. Lantaklah hidup diorang. “

Dia sambung lagi

“Begitu juga dengan lagu motivasi. Kau perlu dengar lagu motivasi agar kau boleh belajar untuk menerima seandainya cinta kau ditolak. Bukannya mendengar lagu motivasi untuk menaikkan semangat untuk terus berusaha merebut hati orang yang kau cintai. Kau perlu belajar apa itu erti undurkan diri. Belajar apa itu The art of leaving. Apa itu kegembiraan yang dibawa oleh perasaan cinta.”

Tak sangka pula aku mendengar nasihat golongan emo ni. Kawan aku ni layan emo, siap pakaian pun ala-ala emo. Rambut emo, mata emo, badan emo, sikap emo. Semua emolah, siap hati pun emo. Lagu yang dia layan semua membawa kesedihan. Aku pun hairan, time gembira dia layan lagu emo, time sedih pun dia layan emo.

Biarlah hidup dia. Jangan buat perkara lain daripada lain sudah. Tapi bukankah….. Ah lantaklah.
Pernah sekali dia tag aku kat Facebook ayat ni.

“Cinta itu adalah melihat dan membenarkan seseorang yang kau cintai gembira walaupun orang yang memegang tangannya bukanlah kau, tetapi orang lain.”

Aku pun komen :

“Cemburu itu adalah melihat dan membenarkan seseorang yang kau cintai gembira walaupun orang yang memegang tangannya bukanlah kau, tetapi orang lain. Kah kah kah.”

Bagi aku, aku tak kan layan perasaan sampai tahap tu. No love no cry. Ayat hipokrit sial. Yang aku suka Narsha apasal. Bunga bukan sekuntum, kalau layu aku cari lain. Kah kah kah.

























Ulasan

Catatan Popular