Bab 11
Psych Schizophrenia
Psych Schizophrenia
Masa aku banyak habis memikirkan dunia aku, dunia fantasi aku. Tapi selepas
aku menemui awek ini, dunia aku telah berubah, aku melihat dunia ini
berwarna-warni. Aku melihat dunia aku indah. Aku asyik memikirkan awek itu,
karakternya yang berbeza, karakternya yang tidak memandang kemewahan material.
Tetapi adakah dia menyukai aku, seperti mana aku menyukainya? Berdasarkan
pengalaman hidupku, aku diajar untuk tidak berharap hal seperti ini. Aku diajar
bahawa wanita itu seperti bunga, bunga itu tidak perlu dicabut, bunga itu perlu
dijaga. Kerana takut seandainya bunga itu dicabut, maka duri yang ada di
sekeliling batang bunga itu akan memberi luka yang amat sangat.
….
Dia lihat ke kiri, ke kanan, ke kiri, dan sekali lagi ke kanan. Tetapi dia
mencuba melihat ke atas, bawah depan, belakang, tetapi malangnya, dia dilarang
memandangnya kerana persekitarannya mengatakan bahawa perbuatan itu hanyalah
sia-sia sahaja. Dia pun, dengan perasaan ingin tahu, mencuba untuk melihat ke
arah itu, tetapi kerana kesibukan, dia tiada masa melihat arah tersebut dengan
pandangan mata yang difahami oleh akal dan diterima oleh hati. Pada suatu hari,
kerana realitinya, kerana sedihnya hatinya, kerana gembiranya hatinya, dia
telah melihat ke arah itu walaupun pada masa itu dia belum lagi memahami dengan
sepenuhnya makna arah tersebut. Dia ada masa melayan arah itu, tetapi
akibatnya, entah kenapa dia tidak lagi berminat ke arah kiri dan kanan.
Mungkinkah dia kecewa kerana kiri dan kanan itu telah mengajarnya realiti yang
dia tidak sedar sepanjang pandangan matanya hanya sekadar berubah ke kiri dan
ke kanan sahaja? Realiti yang dia sedar, sepanjang matanya sekadar memandang ke
kiri dan ke kanan, tetapi dia belum lagi dibuka pandangannya untuk memahami
makna kiri dan kanan.
Dia berjumpa dengan seseorang. Seseorang yang mengajarnya erti lepas. Erti
yang dia fahamkan kerana sedar realitinya dan maknanya tidak sesuai dengan seseorang itu. Walaupun
perasaan yang dia lakukan, dia telah dapat temukan realiti yang dia hendak
zahirkan, walaupun persekitaran dan hasilnya alat pengukur tidak membenarkannya
mengzahirkan realiti tersebut. Dia asyik tertanya-tanya, soalan yang asyik
mengacau jiwanya, kekeliruan yang telah dihasilkan oleh persekitaran dan lebih
parah lagi apabila alat pengukur itu juga menyinggung jiwanya. Kerana dia
mencuba jalan lain, jalan yang indah itu telah dia tinggalkan. Adakah patut dia
mencuba jalan lain, ataupun ikut jalan indah itu, jalan di mana ramai orang lalui?
Tetapi masalahnya, apakah yang diertikan dengan “jalan”?
Adakah dia boleh
mencari jawapannya ataupun dia bakal berputus asa dan berusaha kembali agar dia
melupakan arah atas, bawah, depan, dan belakang dan kembali memandang arah kiri
dan kanan, walaupun dia menangis kerana tidak memahami erti arah kiri dan
kanan?
Di saat persekitarannya gembira, dia mencuba gembira. Di saat
persekitarannya membuatkannya marah, dia mencuba mengawalnya, tetapi dia tidak
kuat kerana belum lagi bisa mengawal hatinya.
Di pagi hari dia berjalan. Suatu jalanan yang merenung arah. Arah yang
jarang dipandang , tetapi dia keliru. Dia keliru dan tertanya-tanya
“Adakah arah yang aku pandang ini salah?”.
Ada kalanya dia berputus asa mencari jawapan untuk soalan itu, tetapi
kerana hatinya, dia akan kembali menanyakan soalan itu. Dia termenung
“Adakah seandainya aku hilang ingatan dan kembali kepada aku yang dulu,
siapakah aku di saat ini, disaat hilangnya ingatan ini dan fikiran ke arah ini?
Adakah aku yang lupa ingatan itu , bakal melakukan perkara yang sama, iaitu aku
yang asyik memandang kiri dan kanan? Aku yang gembira dengan hasil nilaian
pengukur ciptaan manusia?”
Erti kehidupan, Adakah itu yang “dia” cari? Adakah itu yang bermain di
kepala”nya”? Walaupun “dia” telah tahu erti kehidupan”nya”, tetapi hanya kerana
penzahiran yang “dia” lakukan, “dia” telah jatuh, “dia” telah jauh dari erti
tersebut. Dan malang sekali apabila persekitarannya juga mencuba menjauhkannya
daripada realiti tersebut. Walaupun erti itu dia rasai di hatinya, tetapi anggotanya
jauh sekali memahami erti tersebut…. dan dia juga mencuba , dia berusaha
tetapi akhirnya fikirannya dicelarukan
oleh persoalan yang sama……..persoalan yang sama…….. tetapi jawapannya asyik
berubah, berubah hasil pemikiran dan perasaan si dia.
Ulasan
Catat Ulasan