Bab 1 Psych Schizophrenia (penting : saya tarik balik tulisan yang ada kena mengena dengan sains, fizik, dan falsafah)
Psych Schizophrenia
Kisah ini bukan kisah
yang mengangkat tragedi, supaya pembaca boleh di hack hatinya untuk melayan
tragedi perasaan romantik. Kisah ini juga bukan mengangkat romantik melebihi
akal, hinggakan pembaca hanya tahu melayan perasaan tetapi tidak tahu atau
malas melayan pemikiran sampailah wujud ramai golongan pelik. Kisah ini melayan
pemikiran bodoh, idealism yang dikatakan idealism ilusi, karakter yang penuh
dengan kejahilan pendapat, dan pemberontakan yang disembunyikan kerana dia give
untuk hidup. Kisah yang bosan bagi mereka yang suka melayan perasaan romantik,
lawak bodoh, dan seumpamanya. Aku serius kisah ini bosan sekiranya pembaca
hendak melayan tragedi perasaan.
Cerita ini mengenai Amad, seorang introvert
nerd yang penuh dengan lakonan kerana dia hendak hidup dalam dunia sosial. Dia
minat fizik, teologi-falsafah, hinggakan dia berpegang dengan idealism dan jatuh cinta dengan idealismnya itu–
mengharmonikan falsafah-teologi dan sains. Dia juga setuju dengan pengislaman
ilmu manusia dan melahirkan ilmu yang berasal daripada tanah Malaysia, bukan
sekadar pengguna ilmu, tetapi juga penghasil ilmu. malang sekali, kerana
kebodohannya dan kejahilannya dia sering dimaki masyarakat kerana tidak sedar
diri dan penuh dengan fantasi.
Pada masa yang sama dia kenal dengan
seorang awek yang bernama Narsha. Awek radikal, introvert/berlakon extrovert,
observer, the conspirator, lonely women. Mulut penuh dengan ayat-ayat machine
gun hinggakan akan mengeluarkan ayat-ayat yang menyakitkan hati kepada mereka
yang mendengar.
Amad juga berkawan dengan Azlan/Hinarqy
Hyuoka, seorang kawan yang penuh dengan idealism, dan mengajarnya teori supaya
masyarakat memanggilnya pandai. Serupa dengan Narsha.
Kisah Din yang give up dengan idealismnya
kerana mungkin terkena idealism shock. Masyarakat takut culture shock, tapi
Amad lebih takut kepada Idealism Shock. Apa itu idealism shock?
Kisah Hisyam, si peminat sastera. Dia
belajar di universiti yang sama dengan Amad.
Kisah Irfan yang anti romantik, mengajar
Amad apa itu erti cinta moden yang sebenarnya.
.................................................................................
.................................................................................
Aku ada cerita.
Cerita ni mungkin kisah benar, dan mungkin juga kisah buatan fantasiku. Tetapi
probability untuk mengatakan cerita ini benar adalah tinggi, dan begitu juga
sebaliknya. Kerana sebuah cerita itu muncul di fantasi mungkin kerana realiti
yang memunculkannya. Cerita di fantasi adalah bayangan hasil realiti, tetapi
mungkin diubah berdasarkan pengalaman penulis.
Pengenalan
Nama aku Amad. Aku
ini jenis loser yang kaki mengkhayal. Hidupku penuh dengan gaya introvert, dan
malas untuk bersosial. Masa aku habis dengan baca buku, tidak kisahlah buku
apa, manga (bukan mangga artis tu, manga yang berasal daripada jepun), fizik,
falsafah, anarki (buku memberontak atau buku golongan sebelah kiri, tak pun
buku terbitan DuBook), novel (novel yang diterbit Lejen Press terutamanya, tak
pun buku terbitan ITBM seperti buku Mawar yang hilang atau buku Siddhartha),
hacker, tak pun layan pemikiran Greek, Yunani,
zaman Medieval, atau layan pemikiran ahli falsafah moden (jangan jelous
sebabnya aku tak conquer pun semua tu kah kah kah).
Kalau bosan baca
buku, aku akan layan anime, anime yang serius bukannya anime yang banyak lawak
bodoh. Anime seperti Log Horizon, Tokyo Ghoul, Attack On Titan, Shirobako adalah pilihan utama aku. Tapi type anime seperti itu susah nak
cari, sebab itulah aku layan semua type anime, asalkan jangan anime yang pelik
sudah (kalau pelik on the spot aku delete dari laptop aku). Kalau tak layan
anime, aku layan Running Man, tapi sekarang ni kurang sangat, sebab malas nak
layan nafsu ketawa, seronok lagi layan nafsu berfikir. Aku juga layan game, itu
pun kalau bosan tahap four flat. Tapi game, aku jarang main, sebabnya aku ni
jenis cepat bosan. Main tak sampai 30 minit, aku akan rasa bosan. What a life?
Kerana gaya hidupku
ini, aku boleh berlakon. Bukannya berlakon dalam drama TV tetapi berlakon untuk
selamatkan aku daripada dunia orang lain. Aku akan berlakon andai kata
persekitaran menyuruhku berlakon. Aku boleh berlakon gaya extrovert, gaya
troublemaking, thanks to variety show yang berasal dari Korea, Running Man. Aku akan berlakon sebagai
troublemaker seandainya aku malas untuk jadi diriku yang sebenar. Tak pun
berlakon ala-ala minat wanita, berlakon gaya kaki mengurat, kacau awek
seandainya ada awek melintas di depan mata. Biar kawan aku boleh gelak dengan
karakter aku, walaupun aku seorang sahaja tahu bahawa aku sedang berlakon.
Aku juga boleh
berlakon gaya hyperactive, thanks to anime Jepun, One Piece. Aku boleh berlakon
gaya bodoh Monkey D Luffy. Bagi aku, berlakon gaya inilah yang paling seronok.
Sebab mereka akan cakap aku ni macam budak-budak. Tapi aku tidak kisah, sebab
aku tidak tahu kenapa aku rasa gembira berlakon gaya hyperactive ni. Lantaklah.
Asalkan aku gembira sudah. Biasanya kalau aku berlakon gaya ni, mesti ada
beberapa orang yang akan memandang rendah kat aku, tak pun mereka akan buat
muka shit. Tapi ada aku kisah. Kah kah kah.
Ada kalanya aku akan
berlakon sebagai gamer tegar. Aku akan cakap yang aku akan main game sampai
subuh. Tak kisah seandainya mereka memandang aku rendah, sebab aku memang
rendah pun kah kah kah. Hidup aku bukan untuk mencapap atau dalam bahasa lain
mencari publisiti(mencari publisiti = mencapap), Mencapap itu kerja orang lain.
Kau nak cakap aku bodoh, itu hal kau, asalkan jangan kacau hidup introvert aku.
Salah satu prinsip hidup aku adalah
“I am in competition
with no one. I run my own race. I have no desire to play the game of being
better than anyone, in any way, shape or form. I just aim to improve, to be
better than I was before than I was before. That’s me and I am free. ”
Ayat ni aku jumpa kat
Facebook, dan sesuai dengan jiwa introvert aku.
Ada kalanya juga aku
akan berlakon seperti orang yang memberontak/anarki, thanks to buku Nami Cob
Nobbler dan buku Benz Ali. Tapi biasanya, gaya anarki ini aku jarang lakonkan,
sebabnya simple, kerana sekeliling aku jarang ada manusia yang berfikiran
anarki. Ramai seperti manusia “normal” yang tidak kisah dunia lain, hanya kisah
dunianya sahaja. Lantaklah, hidup kau.
Tak pun, berlakon
ala-ala nerd. Ni senang. Kau hanya duduk depan laptop kau lepas tu kau baca
website. Atau nerd melalui karakter kau. Dalam perkataan lain, kau berlakon
yang kau berada di dunia kau, biarpun sebenarnya kau memang sedang berada dalam
dunia kau. Kah kah kah.
Mungkin orang akan
anggap aku ni raja hipokrit. Aku bukannya hipokrit, aku cuma berlakon untuk
masukkan diri aku dalam masyarakat. Bak kata pepatah “bersama masyarakat,
tetapi jangan berfikir macam masyarakat”. Korang boleh anggap ini sebagai
alasan aku. Kah kah kah.
Berbalik kepada
tujuan penulisan ini ditulis.
Apa yang aku nak
ceritakan bukannya cerita yang mengangkat tragedi sebagai tarikan pembaca. Aku
malas nak berfikir tragedi apa untuk mempengaruhi perasaan korang. Aku malas
nak belajar C++ untuk programkan hati korang agar menangis membaca tulisan aku,
seperti yang korang boleh baca dalam novel-novel romantik. Kebanyakannya
mengangkat tragedi sebagai klimaks cerita dalam novel mereka. Tak pun
mengangkat simbol tragedi dalam penghabisan sesebuah novel. Mungkin juga ada
tragedi dalam tulisan aku, tetapi kebanyakan dalam tulisan aku ni -banyaknya
melayan pemikiran yang orang pandai kata, pemikiran bodoh.
Tapi aku tidak kisah,
tulisan aku ini memang penuh dengan idea bodoh yang lahir daripada fantasi nerd
aku. Dan perlu diingat tulisan ini bukannya tulisan berinsan, maknanya kalau
korang orang baik, aku syorkan korang stop baca tulisan ini. Aku gabungkan
kearnakian, nerd, kebodohan, kepandaian, kejahilan, sedikit kebijaksanaan dan
sebagainya. Tulisan ini aku tuliskan kerana aku nak tunjukkan kepada korang
bagaimana dunia anarki, bagaimana dunia budak jahat dan pemikiran jahat yang
aku lalui, bukannya bagaimana dunia sastera. Kalau nak tahu dunia sastera baca
buku tulisan A Samad Said atau tulisan Marsli N.O, tak pun buku Tenggelamnya
kapal Van Der Vijck. Korang ada otak, ada hati, fikirlah sendiri, nilailah
sendiri tulisan aku ini.
Kalau kau nak layan
tragedi, lebih baik kau layan tragedi fikiran kau. Daripada kau layan kisah
romantik yang ending sedih, lebih baik kau layan fikiran kau. Sekiranya terasa
sedih seandainya kisah cinta tidak berbalas, jadi apakah rasanya seandainya
fikiran kau juga menolak kau? Bukankah itu lebih sakit? Tapi biasanya manusia
ni lebih suka melayan tragedi daripada melayan fikiran sendiri, akhirnya dia
hidup di dunia ciptaan si penulis, dan mengabaikan cerita hidupnya. Bukankah
hidup kau lebih bermakna daripada kisah yang ditulis oleh si pencerita? Kecuali
kau nak layan cerita orang lain, bagi aku tak pe, asalkan jangan kerana sebuah
tulisan, kau lupa cerita hidup kau. Layan cerita hidup orang lain, dan layan
juga cerita hidup kau.
Cerita ini tidak
terlalu mengangkat tragedi dan kau akan merasai sesuatu perasaan “bodoh” ketika
membaca cerita ini, salah satunya adalah rasa bosan. Kah kah kah. tetapi
lantaklah, kerana Phantoms yang menulis cerita ini mempunyai banyak perasaan
sehinggakan dia sendiri keliru nak tunjukkan perasaan apa. Sedih ker, anarki
ker, gembira ker, rasa shit ker, matang ker, tak matang ker, jahil, bodoh dan
sebagainya? Sebab itulah ada kalanya cerita ini bertukar-tukar rasa(perasaan),
seperti mana manusia yang merasai pelbagai perasaan sepanjang hari.
Cerita ini juga tiada
jalan cerita yang khusus, sebab aku malas untuk berfikir jalan cerita apa untuk
pengaruhkan kau untuk terus membaca tulisan ini. Tetapi lantaklah. Sebab
berdasarkan Newton’s First Law, kau akan terus membaca buku ini setelah kau habiskan
duit kau untuk membeli buku ini. Dan berdasarkan Newton’s Third Law, lepas kau
habis membaca tulisan ni, pasti akan muncul reaction yang seimbang dengan
action kau. Ataupun berdasarkan teori relativity Einstein yang mengatakan
bahawa spacetime akan curve apabila sesuatu yang menyebabkan ia curve (seperti matahari),
maknanya kau akan seperti bumi yang tidak boleh lari daripada pengaruh matahari
yang menyebabkan space-time menjadi curve. kah kah kah.
Kepada kaki komen,
diingatkan bahawa cerita ini fantasi semata-mata. Kalau bukan fantasi pun,
sekadar idea untuk menulis tulisan ini. Perkataan di atas kau boleh gunakan
suatu hari nanti untuk attack aku. Kerana sepertinya perkataan di awal
perenggan ini seperti ayat yang dikeluarkan daripada mereka yang tiada prinsip.
Tetapi ada aku kisah. Mungkin ada fakta yang salah dalam tulisan ini, tetapi
aku tahu pembaca di sini bukannya golongan yang mudah terpengaruh, bukannya
golongan yang hanya tahu taqlid membabi buta. Dan perlu diingat cerita ini ada
kejahilan, seperti juga kehidupan kita, akan ada situasi atau keadaan yang
jahil, bodoh, pandai, bijak, cinta, benci, dengki, marah dan sebagainya. Maka
jangan marah seandainya ada pendapat jahil, tidak matang dan bodoh yang dikeluarkan oleh karakter yang ada dalam
cerita ni.
Nasihat terakhir aku,
seandainya kau sedar kau ni pandai, jangan baca tulisan ini. Sebab aku takut
kerana kelajuan kebodohan aku ini sangat perlahan berbanding kelajuan
kepandaian kau, hinggakan aku takut kau akan terpengaruh dengan kelajuan aku
dan menyebabkan kelajuan kau akan menjadi perlahan dan akan menjadi bodoh
seperti aku. Aku takut otak kau kena resonance daripada frequency otak aku dan
menyebabkan otak kau terkena fenomena dumping yang akhirnya otak kau menjadi
bodoh seperti aku. Atau dalam bahasa senang, nanti minda kau kena hack. Tapi
jangan risau, aku bukan pandai hack minda kau, aku cuma takut kau menjadi bodoh
seperti aku.
Sebelum cerita
bermula benarkan aku sampaikan sebuah karya yang murah
Monologku
Tujuan?
Sebenarnya apa tujuan
hidup ini?
Kenapa hati ini
terasa kosong?
Apa yang perlu diisi?
Walaupun ilmu dicari,
tetapi hati ini tetap terasa kosong,
Buku yang dibaca,
memberikan sesuatu
untuk hati ini,
tetapi….. akhirnya
…hati ini kembali kosong…
Kenapa? Kenapa?
Kenapa hati ini
terasa kosong, terasa sakit sangat?
Badan ini terasa
penat?
Jiwa ini terasa
suram, kelam dan kecewa?
Apa sebenarnya tujuan
hidup ini?
Adakah wujud di dunia
ini,
sesuatu perasaan yang
mampu penuhkan hati ini,
dan berkekalan
selama-lamanya?
Apakah rasanya sebuah
kegembiraan?
Apakah yang ada di
hati manusia lain?
Apa yang mereka
rasakan?
Adakah mereka juga
seperti aku,
kehausan untuk
mencari dan mencapai kegembiraan yang hakiki?
Atau mereka telah
lama menjumpainya?
Atau mereka langsung
tidak memikirkannya,
kerana sibuk dengan
dunia mereka,
sibuk dengan impian
mereka?
Indahnya senyuman
mereka,
adakah aku juga bakal
seperti mereka?
Senyuman yang kekal
di hati,
senyuman yang tidak
palsu….
Adakah andai kata aku
tidak memikirkan semua ini,
adakah kegembiraan
itu aku akan capai?
Adakah pemikiran ini
yang menyedihkan dan mengosongkan hati ini?
Kalau begitu,
wujudkah ubat untuk
menghilangkan pemikiran ini,
ubat untuk membuang
pemikiran ini,
agar hati ini kembali
seperti dahulu,
agar minda ini jadi
seperti dahulu,
tanpa memikirkan
semua ini…..?
….
Apakah sebenarnya
maksud impian?
Adakah ia berbeza
definisinya untuk semua manusia,
tetapi membawa
manusia ke tempat yang sama,
tempat yang memberi
erti gembira yang sebenarnya?
Adakah impian itu
adalah kegembiraan?
Adakah apabila impian
itu telah tercapai,
maka rasa gembira
akan berkekalan,
kekal di hati ini,
kekal yang membuang
erti kosong…….?
Atau impian itu
hanyalah ilusi,
sekadar ilusi yang
dihasilkan oleh persekitaran,
agar manusia
mengejarnya,
mengajarnya untuk
melupakan sesuatu?
Adakah aku silap?
…
Apakah hidup ini?
Kenapa ia terasa
kosong?
Walaupun pelbagai
perkara telah dilakukan,
tetapi, kenapa?
Kenapa hati ini
kembali kosong?
Kenapa hati ini
terasa kosong?
Wujudkah sesuatu
perasaan yang boleh mengisi hati ini?
Perasaan yang
bukannya ilusi, bukan fantasi,
bukan khayalan, dan
bukannya hanya sementara singgah di hati ini….
Cerita bermula……………….Ini
sekadar cerita, woi, sekadar cerita, dengar tak ini, sekadar cerita,woi bijak,
eh silap, woi pandai, ini sekadar cerita….
Pernah dengar tak
ayat ni:
“Keburukan manusia
itu umpama cahaya yang terang, sebab itulah keburukan manusia senang nak nampak
berbanding kebaikannya”
Aku nak try apply
benda ni di dalam karakter cerita ni, maknanya nanti korang senang nak cari
keburukan seseorang dalam karakter ni seperti mana korang cari keburukan
seseorang di dalam realiti korang. Supaya korang boleh attack seseorang itu
berdasarkan keburukan dia. Dan korang boleh attack aku berdasarkan tulisan aku,
seperti mana korang attack orang lain berdasarkan keburukan dia.
Have a nice
trip.
Sebuah cerita yang
serabut seperti mana serabutnya hidup
aku, minda aku , hati aku. Sebuah cerita bosan….. dipersembahkan :
Ulasan
Catat Ulasan