Psych Schizophrenia Bab 3

Bab 3   Psych Schizophrenia

Aku jumpa seorang wanita , dan cerita hidupku berubah. Persoalannya adakah perubahan itu bakal membuatkanku gembira atau seperti biasa kesedihan yang mengosongkan hati bakal menjelma semula. Tapi yang penting , sebuah cerita itu pasti ada pengajarannya, tetapi pelik kenapa kesedihan itu memberi pengajaran yang lebih banyak berbanding dengan kegembiraan.

Seperti biasa, lagu itu melayang-layang di benak fikiranku. Walaupun aku tidak menghafal lagu itu, tetapi rentaknya, maknanya dan mungkin juga kesakitannya, selalu bermain di minda ini. Adakah wanita ini akan mengajarku sesuatu, sesuatu yang tidak pernah aku rasakan?

……………………..

Akhirnya, malam itu dia telefon aku. Walaupun aku tidak berharap perkara itu berlaku, tetapi entah, rasa tipu pula apabila aku katakan aku tidak punya apa-apa harapan agar dia menelefon aku. Tetapi hati ini, rasa sangat sakit, kerana aku tahu semua harapan yang muncul hanyalah palsu semata-mata.
Teringat kisah lalu, kisah shit that happening in my life. Tak sangka ada wanita jenis seperti itu, tetapi malaslah nak cerita.

Narsha telefon aku.

Pada malam itu kami hanya bersembang kosong. Tanya hal basic untuk menjadi kawan. Aku beritahu dia bahawa aku ni jenis type yang membosankan untuk lepak bersama, tapi dia tidak kisah sebab dia memang tidak kisah. Dalam perbualan tu dialah yang paling banyak bercakap. Entahlah. Type anarki katakan.

Dia ni jenis suka bicara pasal sistem. Sistem buatan manusia yang tidak layak nak buat sistem. Aku langsung tak faham apa yang dia cakap, sebenarnya aku faham, cuma malas nak masuk, aku pun anarki gak kah kah kah. Ingatkan nak mencapap agar dia tahu aku pun pandai gak.  Malangnya, aku terus dimakinya. Dia cakap kalau tak faham diam, jangan nak mencapap. Jangan nak bajet hebat depan awek. Kah kah kah. Kena anjing sekali lagi.

Selepas setengah jam berbual dalam telefon, dia bagi isyarat yang dia nak letak handphone. Aku pun cakap ok jer. Malas pula nak layan awek ni. Aku takut. Tak pasal-pasal dia cakap aku ni super bodoh.
…….
“Hello, Mad?”

“Hello. Kah kah kah.”

“Kenapa kau gelak?”

“First time dalam hidup aku awek call.”

“Selama ini langsung tiada?”

“Ada, urusan kerja.”

“Loser.”

“Aku malas nak kacau sebenarnya.”

“Alasan. Amad, kau belajar kat mana?”

“Di Selangor.”

“Universiti apa?”

“Rahsia.”

“Amad, nak lepak sekali tak?”

“Boleh, tapi minggu  ni aku sibuk.”

“Minggu depan?”

“Tak sibuk. Ok set, minggu depan kita lepak sekali.”

“Ok.”

“Amad, kau minat benda apa?”

“Tiada, hidup aku kosong.”

“Nak aku tolong isi tak?”

“Isi dengan apa?”

“Pemikiran.”

“Kau nak hack minda aku dengan pemikiran?”

“Ya, supaya kau tidak jadi robot.”

“In the end, aku tidak boleh lari juga.”

“Try lah lari daripada kehidupan kau.”

“Lari pergi mana?”

“Tak tahu.”

“Hmmm.”

“Amad, kau pernah dengar tak ayat ni ‘layan pemikiran vs layan perasaan’?”

“Tak. Apa maksud ayat tu?”

“Nanti ada masa aku cerita. Amad, nanti aku message kau email aku.”

“Untuk?”

“Berbual kat email.”

“Fb ada.”

“Aku tiada Fb.”

“Biar betul kau ni. Rare jumpa manusia macam kau.”

“Buat apa nak buat akaun Fb. Buang masa, malas aku nak mencapap dalam tu. Makin ramai orang like kau punya status, semakin bertambah ego kau. Betul tak hipotesis aku? Kah kah kah”

“Entahlah.”

“Kau tak terasa?’

“Terasa lah.”

“Kah kah kah. Buang masa semua tu. Fb, WhatsApp, Instagram, twitter, semua tu buang masa. No input langsung, kalau kau nak mencapap, bolehlah guna benda tu.”

“Bukan semua manusia guna benda tu nak mencapap.”

“Alasan.”

“Narsha, kau tak masuk universiti?”

“Buang masa. Aku bukannya pandai pun. Aku malas nak belajar semata-mata nak sambung sistem ekonomi dunia. Tu bukan kerja aku, tu kerja kau. Kah kah kah.”

“Kau kaya, tak pelah boleh cakap ,macam tu.”

“Kau nak attack aku pula?”

“Tak payah lah bincang benda tu.”

“Amad, kau jenis baca buku tak?”

“Sikit-sikit, kenapa?”

“Aku rasa kau perlu jadi kaki buku. Aku cakap buku ni bukan buku type novel romantik, tapi buku yang benar-benar buku.”

“Aku tiada masa untuk baca buku.”

“Alasan. Amad, tahu tak macam mana orang yang berkuasa control dunia?”

“Tak.”

“Mereka bagi kau sesuatu supaya kau sibuk tanpa memikirkan perkara yang perlu fikir. Macam manusia moden sekarang ni.”

“Aku tengok muka mereka gembira, tak sedih pun.”

“Gembira untuk perkara apa? Perlumbaan dunia?”

“Entah.”

Dalam hati aku, aku tertanya-tanya,

‘awek ni ok tak aku rapat, tak pasal-pasal aku terpengaruh jadi macam dia, pemikiran pelik. Ah tak kisah lah. Awek rare, tak kan aku nak lepaskan.’

“Hello Mad, jangan mengkhayal.”

“Aku tak mengkhayal lah.”

“Amad, di dunia ramai manusia tertindas, tetapi kenapa golongan yang tertindas ni langsung tidak didengari?”

“Manusia lain sibuk urus hidup mereka.”

“Sebab itulah aku cakap, kalau kau jadi The Conspirator, kau mesti tahu macam mana nak sibukkan manusia agar manusia tidak akan berfikir benda yang tidak kena mengena dengan hidup mereka. Kau harus pandai kawal pemikiran mereka.”

“Itu teori kau..”

“Ya, ini teori aku. Maaflah Mad, aku tahu kau tidak kisah benda ni, sebabnya tak masuk exam pun, kah kah kah.”

“Bidang aku lain lah.”

“So what. Jangan guna alasan tu. Time masa lapang, kau buat apa?”

“Game, anime.”

“F**k, semua benda yang kau buat hanya benda yang sia-sia.”
“Jangan mencarut lah.”

“Oh, lupa, aku tengah bercakap dengan lelaki. Depan lain jantina kita mesti berlakon jadi baik. F**k. Aku nak bagi middle finger kalau aku jumpa golongan macam tu.”

“Narsha, Narsha.”

“Amad, awek kau tak marah kalau kau telefon aku?”

“Dia tidak tahu pun kalau aku telefon kau.”

“Lelaki macam kau lah paling sial sekali. Cinta berdasarkan nafsu.”

“Aku mana ada awek.”

“Cakaplah awal-awal. Buat aku penat saja nak maki kau.”

“Boyfriend kau tidak marah?”

“Aku tiada boyfriend. Benda macam tu sia-sia. Tiada guna. Daripada aku layan romantik bodoh, lebih baik aku layan ideologi, layan idealism, baru seronok.”

“Ooo, sebab itulah kau punya pemikiran macam ni?”

“Kenapa dengan pemikiran aku? Kau nilai pemikiran aku berdasarkan mulut aku? Mad, ingat Mad, mulut ni adakalanya tidak menunjukkan pemikiran kau. Mulut kau boleh lakonkan, seperti mana kau lakonkan karakter kau.”

“Jangan beritahu aku benda tu. Aku dah tahu. Lebih baik kau beritahu masyarakat.”
“Kah kah kah.”

“Narsha, maknanya aku tiada peluang la ni?”

“Peluang apa?”

“Masuk ke dalam hati kau.”

“S**t, jangan guna ayat s**t depan aku. Aku nak termuntah dengar ayat macam tu. Buang masa.”

“Kah kah kah.”

“Ok, lah Amad, aku dah mengantuk ni.”

“Ok ok.”

“Bye.”

“Bye.”

Awek rare ni yang aku cari selama ni. Kah kah kah……

…….
Di saat semua menjadi hebat,
terkurung di sangkar lama,
di saat bayang-bayang lain terbang,
di udara yang tiada penghujungnya,
aku di sangkar lama,
selesa dengan zon selamat,
tetapi hati memberontak mencari,
carian jalan keluar.

Di saat tertawa tanpa alasan munasabah,
dia menangis kepenatan,
dengan realiti yang dia bakal gembirakan,
dia terkurung,
terkurung di dalam di sebelah sangkarku,
tetapi dia gembira,
walaupun tiada orang memandangnya.
Wahai dia di sana,
adakah kau bakal membantuku,
lari dari sangkar ilusi ini?
Aku mencarimu,
walaupun kau tidak bernyawa,
aku mencarimu,
agar aku boleh meminta gembiramu,
ketawa tanpa ilusi singkat.
Adakah kau akan mendekatiku?
Sekarang sangkar ini dah terlalu lama,
aku penat menjaganya.
tolong bagi aku harapan,
harapan yang tersimpan di luaranmu,
walaupun kau dan aku tidak boleh bersentuh,
sentuhan di dunia fantasiku dan realitiku.
Bolehkah kau tunjukkan diri kau,
agar roda ini berpusing kembali,
mencari kau yang sebenar?
Adakah kau sudi membantuku,
wahai hati ini yang telah terkunci,
dengan kekosongan fantasi dan virtual,
tetapi lari dari realiti ke fantasi?
……………………




Ulasan

Catatan Popular