Bab  10    

Psych Schizophrenia

Walaupun aku tahu dia tidak suka akan aku, mungkin suka hanya sekadar kawan tetapi awek ini betul-betul memberi aku sesuatu untuk diisi untuk hidup ini. Email yang dia hantar juga pelik. Aku tahu dia rasa seperti aku, rasa kosong, tetapi dia seperti berlakon dengan semangatnya menunjukkan bahawa dia telah menjumpai tujuan hidupnya. Dan aku pula hanya diam mengikut alir sungai.

Dia ini berbeza dengan wanita lain, disaat wanita lain melayan perasaan dia sibuk dengan melayan pemikiran, akhirnya dia menjadi anarki tanpa perasaan. Mungkinkah dia kekurangan kasih sayang, atau dia memberontak dan menganggap bahawa kasih sayang itu hanyalah mainan yang  memberi ilusi kepada manusia agar manusia boleh dieksploitsi melalui perasaan itu, dan akhirnya  puak kapitalis membuat iklan mengatakan bahawa materiallah yang boleh memberi kasih sayang yang hakiki. Ataupun mereka membuat iklan bahawa kasih sayang itu muncul kerana wujudnya material, populariti, pangkat yang ada pada seseorang. Itukah erti kasih sayang?

Awek itu berbeza dengan wanita lain. Dia tidak kisah mengenai mekap, dia tidak kisah mengenai material. Bibirnya seperti senyuman heroin anime your lie in april. Shit lah, apasal aku ingat pula anime tu. Tapi,  memang betul, wanita dalam anime itu pemain violin yang mengajar erti usaha kepada hero dalam anime itu. Wanita ini pula bagi aku umpama salji yang turun di saat musim sejuk walaupun keadaan sungguh sejuk tetapi pemandangan yang dilahirkan oleh salji membuatkan orang terpegun dengan alam… Dalam musim itu terasa sejuk, umpama aku yang cold, dan dia umpama salji yang memberi manusia kegembiraan dan aku pula hanyalah kesejukan di mana manusia lain mencuba untuk menjauhkan diri dari kesejukan itu.

Hari ini dia menghantar email lagi. Email yang pelik ditulis oleh si anarki.


To: blackmaskcrew@gmail.com

Seekor burung yang berterbangan, mencari tempat yang diingininya. Walaupun keseorangan, tidak ditemani oleh sesiapa, tetapi dia tahu, dia tidak perlukan semua itu. Dia tahu apa yang ditujuinya bakal membuatkannya berseorangan, terasa asing dengan manusia moden yang bernilaikan kebendaan . Walaupun dia dihina kerana berwarna hitam, tetapi apa gunanya dipuji seandainya dia yang memuji itu juga berwarna hitam, tetapi tidak sedar diri.

Burung yang lain memotongnya, kelajuan burung yang lain hanyalah perlahan  jika dibandingkan dengan kelajuannya, tetapi kenapa? Kenapa si burung itu bergerak dengan sayapnya, dengan lajunya, dikalahkan oleh burung lain yang hanya berdasarkan pandangan mata luaran , bergerak perlahan? Kenapa? Kenapa burung itu kalah? Apa yang kurang? adakah kerana burung itu tiada semangat untuk terbang? Sekiranya ya, kenapa dia masih terbang juga? Adakah kerana itu sahaja pergerakan yang dia mampu lakukan? Adakah kerana sikap terbang itu sahaja yang dia mampu tunjukkan?

Burung itu hinggap di sebuah pohon yang rendang. Angin yang bertiup melembutkan sayap-sayapnya. Ketika itulah dia bermonolog.

“Adakah apa yang aku pilih ini betul? Adakah aku akan berubah kerana pilihanku ini? Atau adakah aku ini sama dengan aku lima tahun yang akan datang? Ah! Kenapa persoalan itu dipersoalkan? Kenapa mesti ada persoalan yang menjatuhkan? Kenapa dipersoalkan? Adakah kerana persoalan itu perlu dijawab? Tetapi oleh siapa? Mereka? Tetapi, apakah aku tahu apa persoalan itu, kerana takut persoalan yang lahir itu bukanlah sebuah persoalan, tetapi sekadar alasan untuk diikuti oleh badan yang telah penat dan lelah ditiup oleh angin kesejukan. Tetapi adakah aku harus berputus asa atau tidak perlu terlalu berharap?”

Kisah burung yang hanya dikisahkan, bagaikan sebuah cerita yang disempitkan dengan menggunakan karakter burung, tetapi malangnya burung dengan hidupan lain berbeza ragamnya. Walaupun berwarna hitam, dihina, berlainan dengan aliran atau ikutan lain, di mana benda yang tidak perlu diikut tetap diikut, sehinggakan ramai yang terpesong kerana hal seperti itu, taqlid si babi buta, ramai yang lalai kerana mereka malas mengambil tahu hal seperti itu. Ramai yang  malas berfikir hal dunia kerana mungkin hanya MEMBUANG MASA, ramai juga yang berfikir hal dunia , tetapi mereka sekadar berfikir dan ada juga yang langsung tidak tahu menahu hal dunia realiti kerana sibuk dengan dunia fantasinya sendiri, atau sibuk dengan dunia ciptaan manusia lain yang tidak layak. Terpesong kerana terlalu berfikiran terpesong, manakala lalai kerana langsung tidak berfikir, tetapi bagaimana dengan mereka yang telah putus asa untuk berfikir?

Impian seekor burung untuk terbang bebas mengalahkan globalisasi ciptaan manusia. Burung kebebasan melambaikan sayapnya hinggakan dia penat tetapi tiada peraturan yang pejal untuk menyuruhnya dan mempengaruhinya berhenti terbang. Kebebasan yang difahami olehnya berbeza dengan kebebasan yang difahami oleh si anarki. Mungkin juga perasaan salah faham bakal datang kepada mereka yang suka mencari keburukan orang lain. Tetapi burung itu tidak kisah. Tidak kisah semua itu. Dia penat berlakon di atas cahaya orang lain. Dia tidak mahu menjadi cahaya, kerana cahaya itu mungkin melahirkan bayang-bayang . Dia hendak menjadi lubang hitam atau nama popularnya black hole. Dia tidak kisah seandainya pemikiran si pemikir mungkin mentafsirkan  apa itu cahaya, apa itu black hole. Kerana burung itu tahu, hanya dia sahaja yang memahami makna perkataan cahaya dan black hole. Maksud yang dia fahami melalui pengalaman hidupnya. Cahaya dimaksudkan bukanlah cahaya yang dalam maknanya, ia hanyalah bermaksud cahaya matahari yang dinampakkan sebagai particle hinggakan manusia boleh menganalisis alam sekitarnya.
Indahnya sungguh, si burung berfikir

“ Adakah aku ini bebas terbang? Kerana aku ditahan oleh arus yang tidak kelihatan, di mana mereka katakan bahawa arus itu boleh mengajaknya mencapai kejayaan.”

Burung itu kebingunan, kerana apa yang dimaksudkan oleh mereka akan erti kejayaan. Mungkinkah maksud kejayaan itu adalah dia dapat terbang lebih tinggi lagi atau sekadar bulu sayapnya bertambah, tetapi menyebabkan dia susah untuk terbang? Itukah maksudnya?

“Kenapa aku tidak diberi peluang?” ,itulah yang difikirkan oleh burung itu.

Walaupun kisah ini ada maknanya, tetapi sekadar perumpamaan maknanya. Persoalan yang hadir bukanlah untuk burung lain menjawabnya, kerana si petanya soalan tidak tahu makna sebenar soalannya ataupun berpura-pura tidak tahu jawapannya.

Terima kasih .


………………

Lepas aku habis baca email yang awek itu hantar, aku terfikir sesuatu. Teringat kisah kawan aku. Dia asyik bercakap bahawa falsafah itu hanya buang masa. Kenapa hendak berfalsafah? Buang masa. Lebih baik kau feel hidup kau, tak payah fikir fasal kehidupan, kerana kau hanya akan bersedih kerana kau akan terfikir sesuatu yang hati kau tidak mahu fikir. Tidak perlu berfalsafah, kau hanya habiskan masa kau berseorangan, lebih baik kau feel moment hidup kau. Lagi seronok. Lupakan falsafah, kumpul duit banyak-banyak, lepas itu feel the adventure.

Tapi, apakan daya, falsafah itu telah sebati dalam hidup aku. Bukannya falsafah yang tinggi –tinggi tetapi sekadar terfikir akan makna hidup yang manusia moden telah abaikan, kerana makna hidup mereka tukarkan kepada kepuasan material. Shit alasan.

Narsha hantar aku email pelik, maknanya aku pun nak hantar tulisan aku.


To: Narsha

Cerita sang Pencerita

Aku tulis berdasarkan buku Hyperspace, Michio Kaku. 

Ada sebuah cerita, cerita mengenai hyperspace....sekadar cerita

     Sekarang ini ahli fizik telah mengatakan bahawa ada dimensi lain selain dimensi kita ini. Mereka katakan bahawa ada 10 dimensi. 4 dimensi adalah dimensi kita iaitu 3 dimensi space (tinggi, lebar, panjang) dan satu dimensi masa.  6 dimensi yang lain mereka katakan ia begitu kecil sehingga sukar untuk dikaji (saiz nya adalah plank length). Mereka katakan bahawa  untuk menggabungkan empat daya (graviti, electromagnetism, daya nuclear (strong and weak)) mereka perlukan dimensi sekurang-kurangnya 10 dimensi. Beberapa tahun yang lalu dan sampai sekarang  ahli fizik sedaya upaya untuk menggabungkan empat daya tersebut, tetapi kebanyakan teori yang mereka keluarkan tidak dapat diuji melalui experiment. Ini kerana mereka perlukan energy yang sangat tinggi untuk "membuka" dimensi yang manusia tidak boleh lihat.

     Bagaimana daya ini boleh digabungkan melalui penambahan dimensi?  Kita boleh melihat bahawa bumi ini berbentuk sphere apabila kita naik ke atas (melalui kapal angkasa).  Kita tidak ketahui bahawa dunia ini sphere sekiranya kita melihat dunia ini sekadar "2 dimensi". Sebab itu lah manusia perlu tambah dimensi (naik atas) agar manusia boleh melihat dengan jelas bahawa dunia ini sememangnya berbentuk sphere. Tetapi ada manusia katakan bahawa bumi ini berbentuk sphere hanya kerana mata manusia hanya mampu melihat 3 dimensi (manusia  dikatakan bahawa hanya boleh melihat tidak melebihi tiga dimensi space). Seandainya manusia mampu melihat 4 dimensi space maka bumi ini kemungkinan tidak kelihatan sphere. Betulkah?  Ahli fizik juga katakan bahawa manusia tidak boleh membayangkan sesuatu objek yang ada empat dimensi space. Ia bagaikan, mereka yang tinggal di 2 dimensi space membayangkan bagaimana bentuk sesuatu objek yang terletak di 3 dimensi dan mempunyai 3 dimensi space( sekiranya sesuatu objek terletak di tiga dimensi maka objek tersebut ada tiga dimensi atau dua dimensi atau juga satu dimensi).

      Pernah dengar cerita Flatland, si bulat yang tinggal di 2 dimensi hanya boleh melihat objek dua dimensi sahaja. Dunia ini dinamakan dunia flatland .Dalam dunia Flatland hanya ada kiri, kanan, depan dan belakang. Dunianya tiada perkataan atas dan bawa.  Bayangkan suatu masa ada sesuatu yang menarik Si Bulat ke atas iaitu ke tiga dimensi. Maka dia tidak akan melihat jelas  objek yang berdimensi tiga.  Si Bulat hanya mampu melihat apa yang berbentuk dua dimensi di dunia tiga dimensi. Dia hanya boleh melihat segi empat tepat tetapi tidak boleh melihat cube(dengan jelas), dia hanya boleh melihat garisan tetapi tidak boleh melihat silinder (dengan jelas).  Dan apabila objek  yang tinggal di 3 dimensi melihat si bulat, maka objek tiga dimensi boleh melihat si bulat dengan jelas kerana tiga dimensi objek boleh melihat dua dan satu dimensi objek dengan jelas. Bayangkan sekiranya objek tiga dimensi masuk ke dua dimensi(flatland), apakah bentuk yang bakal dilihat oleh mereka yang tinggal di dua dimensi? Mereka yang tinggal di Flatland tidak akan dapat melihat bentuk sebenar objek yang datang dari tiga dimensi.

     Bayangkan sekiranya Flatland ini seperti kertas (si bulat yang tinggal di kertas), apabila kertas itu direnyuk, maka setelah kertas itu dibalikkan kepada keadaan asal maka si bulat apabila bergerak akan ada rasa seperti "sesuatu" dalam menghadapi pergerakannya di dunia flatland. Dan mungkin "sesuatu" itulah yang dinamakan "force". Si bulat mungkin boleh bergerak seperti dia bergerak dengan kertas yang elok, tetapi perbezaannya adakah ketara kerana si bulat tidak akan dapat merasa "daya" tersebut sekiranya dia berjalan "di" kertas yang baik keadaannya.

     Bayangkan juga seandainya cube(tiga dimensi) disuluhkan, maka bayang-bayangnya adalah segi empat tepat. Maka, seandainya hypercube di 4 dimensi disuluhkan maka bayang-bayangnya adalah cube di tiga dimensi. Harus ketahui perbezaan antara Forth dimension dan four dimension. Apa berbezaan antara third dimension dan juga three dimension?

     Bayangkan sekiranya cube (di dunia 3 dimensi) itu dipecahkan maka ada 6 segi empat tepat(boleh dilihat di dunia 2 dimensi). Seandainya hypercube(di dunia empat dimensi) itu dipecahkan maka ada berapa cube di dunia tiga dimensi ?
   
   
….
   
     Wujudkah sesuatu yang bergerak lebih laju dari kelajuan cahaya?  Adakah betul yang dikatakan Albert Einstein bahawa tiada di dunia ini yang boleh kalahkan kelajuan cahaya?


Dia hanya membalas ayat ini

To : Amad

Super Nerd.

















Ulasan

Catatan Popular