Bab 5    Psych Schizophrenia

Aku tunggu selama 20 minit untuk tunggu balasan email dari awek ini. Yang s**t nya, adakah dia reply no comment, dan yang indahnya dia ajak aku lepak esok. Hehehe. Tapi yang paling s**t lagi, macam mana aku nak jumpa dia, lesen motor pun tak  da, lesen basikal adalah.

10 minit kemudian, dia hantar email yang dia esok akan bawa kereta. Dia tahu yang saya tiada lesen tetapi rasa s**t pula hati ini. Malu, beb.

Keesokan harinya, kami berjumpa tepat pukul 8 malam, dan lepak kat tepi pantai. Hah, apa korang fikir, buat seks? S**tlah, korang memang macam tu, lepak tepi pantai mesti fikir buat seks.. come on lah…. aku dengan awek tu tak couple lagi.. Kalau dah couple pun, kenapa nak buat tepi pantai, buat kat biliklah, lagi feel the moment……………… lepas kahwin  la bodoh……………….

Kami lepak kat  kedai tepi pantai. Entahlah aku nak cakap apa dengan dia. Dah lah aku ni anti-social, nak cakap pun fikir banyak kali, tak cakap takut pula dia cakap aku ini sombong.

Dia mulakan perbualan, Dalam hati ini, aku rasa lega sangat. Nasib baik awek ini jenis banyak cakap, bolehlah aku diam sahaja. Biar aku menjadi bayang. Dia pula menjadi cahaya. The brighter the light, the darker the shadow. I am the shadow. tapi, aku takut, seandainya cahaya itu menjadi malap, dan aku tidak lagi perlukan seseorang untuk menjadi cahaya, dan aku bakal menjadi black hole, di mana graviti black hole sangat kuat kerana singularity hasil teori general relativity Einstein, akhirnya cahaya tidak boleh lari dari blackhole, dan aku bertukar menjadi anarki. Aku takut aku menjadi black hole, dan mengalahkan cahaya itu. Khayalan nerd aku menjelma. (Anime Kokuro no Basket).

“Amad, aku rasa tulisan kau semalam tu macam pelik”, dia memulakan perbualan.

“Kenapa pula?”

“Iyalah, tulisan penuh idea yang ingin direalitikan, tetapi malangnya idea itu hanyalah idea kosong dan bodoh”.

“Nanti aku akan komen tulisan kau. Sekarang kita lepak sambil makan. ”

Pada malam itu, aku dan dia berjalan-jalan. Dia tahu aku ini jenis cepat bosan, dan paling penting sekali dia tahu aku ini jenis bosan, siapa kawan dengan aku mesti dia rasa bosan. Kah kah kah, loser sial. Tapi teringat pula anime Your lie in April. S**t, lagi nerd, umur dah tua, masih layan anime. Bodoh. Tapi, lantaklah, kau minat movie apasal aku tidak boleh minat anime. Benci anime konon, ajak tengok hentai nak tengok jugak. kah kah kah.

Berbalik kepada anime tadi, ha hah ha … dia seperti perempuan itu, Cuma yang bezanya perempuan dalam anime itu tidak seanarki dia, yang sama hanyalah mulut dan aku tahu perempuan depan mata aku ini ada simpan rahsia, rahsia yang menyebabkan dia bersemangat untuk hidup, dan air mukanya menunjukkan dia dalam kesakitan. Tahu tak, air muka yang nampak gembira, tetapi kita  memandangnya seperti kegembiraan itu yang dilahirkan dari mukanya hanyalah palsu semata-mata. Kalau tidak palsu pun, kegembiraan yang dilahirkan hasil kesedihan.

Malam itu….

Tepat pukul 1 am, aku dapat email.

To : blackmaskcrew@yahoo.com

Come on lah bro, apasal kau nak penat-penat nak bincangkan pengharmonian teologi-falsafah dan sains.. . Benda itu palsu semata-mata.

Lihat lah dunia sekarang. Kau ingat zaman ini tiada manusia yang kuasai dua-dua bidang, bidang fardu ain dengan fardu kifayah. Ada. Tapi mereka sendiri pun tidak tahu macam mana nak harmonikan kedua-dua benda tu. Dalam minda mereka sendiri dah masuk dah pemikiran bahawa kedua-dua benda tu berbeza. Kau sahaja cakap yang benda itu tidak berbeza. Biarpun aku pernah terbaca bahawa……

“hakikat bahawa akal manusia, alam semesta dan al-Quran mempunyai asas metafizik yang sama, mempunyai asas yang penting bagi kaedah sains dalam Islam.” (buku Falsafah sains dari perspektif Islam)

Lihatlah sekeliling kau. Tak pun kau tengok budak universiti tut tut. Kau ingat universiti tu ditubuhkan kerana apa? Islamkan ilmu yang berasal daripada barat. Tapi sampai sekarang, apa yang ada….. Mulut tambah lebat nak bercakap adalah. Tengok orang yang habis belajar daripada universiti tu, hilang mana… Jadi hamba kapitalisme… kah kah kah…. Kau pun bakal jadi macam tu kah kah kah…

Amad, fardu kifayah zaman sekarang ni senang. Kau tak payah conquer mata pelajaran, kau hanya perlu conquer exam lepas tu kau berjaya. Just follow the system. UPSR, PMR, SPM, asasi, degree, master, PhD.. Semua tu kau buat macam kau robot. Asalkan lepas exam dah cukup. Habuk belajar pun kau tak dapat. Kah kah kah.

Senang tak? In the end, orang akan cakap kau conquer fardu ain dan fardu kifayah. Tapi sebenarnya fardu kifayah kau tak conquer pun. Kau just follow the system. Asalkan lulus sudah. Kau tidak faham ilmu itu pun, kau hanya faham macam mana nak jawab exam. Lepas tu kau cakap yang kau belajar kerana Allah. Niat untuk sedapkan hati.

Senang cakap, kau tak payah susahkan masa yang kau ada dengan bincangkan perkara seperti itu. Lebih baik kau habiskan masa universiti kau dengan bermain game, tak pun baca mangga banyak-banyak. Kalau nak seimbang kokum, kau buat aktiviti yang macam sampah seperti yang kau tengok di setiap universiti. Lepas tu, dalam aktiviti tu kau letak perkataan Islam. Baru nampak islamnya. Kah, kah ,kah… Bukan itu mahasiswa selalu buat. Time nak exam baru nak buka buku. Senang cakap, kau follow the system. Time nak exam kau belajar macam anjing menunggu tulang kena buang, time free kau lepak dengan kawan kau bincang fasal awek, kan senang hidup. Ni tidak, nak bincang pasal  islamkan ilmu manusia , diri sendiri pun tidak  macam Islam kah kah kah. Sedar diri tu sikit. Baca al-Quran tak faham, nak cakap islamkan ilmu, itu bukan kerja kau bro.

Cuba kau fikir, berapa ramai sekeliling kau yang nak islamkan ilmu. Mesti kau tahu, bukan adik kau belajar kat universiti tut tut. Tak kan dia tak pernah cakap fasal islamkan ilmu, ataupun adik kau jenis belajar kerana nak kerja semata-mata. Kah kah kah. Tiada bro. Langsung tidak wujud depan mata kau yang nak islamkan ilmu manusia. Mereka sibuk nak islamkan politik adalah. Tak pun, sibuk kumpul harta dunia. Bagi mereka Islam itu sekadar solat, baca al-Quran, pemakaian. Tapi pemikiran macam hamba dunia. Macam kau kah kah kah.

Lagi seronok kau pergi mencapap depan awek, tak pun kau pergi mencipap. Dapat kepuasan nafsu. Kah kah kah. Sebab tulah, aku nasihatkan lupakan semua tu. Ambil fizik sekadar kerana exam, tak payah tahu apa makna sebenar quantum mekanik, tak payah falsafahkan quantum mekanik, yang penting kau jadi apa yang kau nak, dapat duit, lepas itu mati. Kan indah hidup. Kalau tak indah lagi, kau kumpul ramai kawan, lepas tu kau mencapap supaya kau jadi popular. kah kah kah
Tulah, aku suruh kau belajar betul-betul, jaga CGPA. Ini tidak, dah CGPA kau hancur, mulut nak lebat bincang fasal hubungan teologi-falsafah dan sains. Tengok mereka yang tinggi CGPA, mana ada bincang pasal benda tu, mereka bincang benda lain. Mereka bincang pasal masa depan. Nak beli kereta apa, nak kahwin bila, nak awek berapa, bila nak mencapap, bila nak mencipap. Mana ada bincang semua tu. Buat apa mereka nak bincang, tak dapat apa-apa pun. CGPA tak menaik pun. Kah kah kah.

Golongan pelik lagi, ambil fizik, biologi, atau kimia tapi tiap hari bincang politik. Ambil fizik, tapi cerita mengenai fizik pun tidak tahu apa-apa. Langsung tidak tahu apa masalah fizik sekarang, politik tahu pula. Kalau macam tu tukar course lah, ambil sains politik, kan senang. Ni tak, mulut nak lebat. Orang tinggi CGPA tidak pandai lah, orang tinggi CGPA macam robot lah, kalau bodoh, jangan bagi alasan. Kau ambil bidang kau, kuasai bidan itu, kau berusaha, kalau kau benci CGPA pun, jangan kerana alat pengukur tu kau benci bidang kau. Buktikan tanpa alat pengukur tu, kau pun boleh menjadi hamba kapitalism, kah kah kah.

Sekian.

Kah kah kah. Pelik punya awek. Tapi, kenapa aku nak ajak awek secular ni bincang benda ni. Iyalah nak bincang dengan siapa lagi. Mana ada orang minat benda ni. Majoriti minat nak Islamkan politik. Mereka anggap benda tu hiarki paling tinggi sekali kat dunia ini. Ah, lantaklah, hdup korang.


Selepas berfikir banyak, aku pun seperti malas lagi nak berfikir semua itu. Betul apa yang dikatakan Narsha. Sejak bila orang bodoh macam aku layak berfikiran seperti itu. Biarlah golongan yang seimbang fardu ain dengan fardu kifayah yang sibukkan diri mereka dengan benda seperti itu. Aku hanya perlu follow the system dan boleh kumpul duit banyak. kan indah hidup. Kah kah kah. Boleh beli cinta romantic moden.

Tapi kenapa, lepas aku berfikir seperti itu, aku rasa sedih. Adakah kerana aku sedar akan kekhayalan aku atau kerana benda itu memang ada hubungan yang harus aku cari sendiri? Tapi …lantaklah. Aku malas nak ambil kisah hati aku. Lebih baik aku main game. Aku dah tidak kisah dengan semua itu, biarlah golongan burcaillisme yang mencari hubungan antara teologi-falsafah dan sains. Orang putih penat-penat buat teori big bang, golongan Bucailleisme pula penat-penat cari big bang kat al-Quran.  Lantaklah, kerja dia, kerja aku main game banyak-banyak. Kah kah kah.


Minda aku berbicara

"Apa teori akan terkeluar seandainya pandangan alam seseorang itu adalah pandangan Islam di mana falsafah dan logik yang berada di minda dia adalah di bawah pengawasan ilmu wahyu. Apa teori akan terkeluar, apa falsafah tentang alam fizikal ini yang akan terkeluar? Lepas tu, boleh buat formula matematik."


Fuh, indahnya khayalan minda, kah kah kah. Indahnya fantasi. Lepas fikir balik, lepas pandang balik persekitaran, baru tersedar semua itu hanya khayalan aku untuk mengisi masa lapang. Orang lain tidak ambil kisah pun. Asalkan belajar  dapat kerja sudah. Golongan inteligensia pun  langsung tidak kisah. Buat apa nak mengharmonikan teologi-falsafah dan sains. Buang masa. Lebih baik aku belajar betul-betul, dapat CGPA bagus, lepas tu jadi pencinta material. Jadi pereka material moden. Kah kah kah.

Tapi itukah hati aku nak?

………………….

Ada kalanya kerana kejahilan seseorang itu boleh bercakap perkara yang tidak betul, perkara yang jahil hinggakan boleh melihat dunia secara jahil. Contohnya adalah seimbang antara fardu ain dan fardu kifayah. Biasanya manusia akan memandang rendah seandainya seseorang itu hanya pandai satu bidang sahaja. Kalau difikirkan kembali, cerminlah diri sendiri. Ya, ada kalanya mulut terlepas menyebut perkara jahil, penyebut perkara bodoh. Biarpun tahu perkara itu jahil, tetapi mulut tetap akan keluarkan perkara itu. Dan malang sekali apabila perkara jahil itu tersebar hanya kerana perbincangan jahil yang berdasarkan mungkin dengki atau kebencian.

Hidup ini adakalanya penuh dengan kepandaian, kebijaksanaan, tetapi adakalanya hidup ini juga penuh dengan kejahilan dan kebodohan, sama ada sedar atau tidak. Bagaimanakah hendak membuang perkara jahil daripada minda? Bagaimana hendak membuang perkara jahil agar tidak memfitnah sesiapa di dunia ini?

Seimbang fardu ain dan fardu kifayah? Manusia itu berbeza keupayaannya, suka atau tidak suka. Tetapi ingat, perkataan “berusaha” wujud. Kenapa perkataan itu wujud? Kenapa perkataan itu ada di kebanyakan bahasa di dunia ini?

Ada manusia yang boleh seimbangkan ilmu agama dan ilmu sains. Pakar dalam kedua-dua bidang. Mungkin itu anugerah Allah. Tapi biasanya kalau tidak seimbang, maka boleh menjadi fitnah. Biasalah apabila masing-masing memberi pendapat, maka manusia akan persoalkan, adakah dia layak memberi pendapat untuk ilmu ini sedangkan ilmu ini bukan bidang dia?

..

Manusia hanya tahu cari kelemahan orang lain, tetapi kelemahan sendiri, dia langsung tidak nampak.
Tersentap hati aku menulis kata-kata ni… kah kah kah










Ulasan

Catatan Popular