Bab 12
Psych Schizophrenia
To : Amad
Amad, malam ni kau free tak?
Kalau kau free, boleh tak hantarkan persoalan yang wujud di minda kau. Tak pun
hantar idea pun boleh. Jangan idea bodoh sudah. Dan jangan hantar perkara yang
melucukan yang dilayan oleh mereka yang suka melayan nafsu ketawa. Malam ni aku nak layan minda aku. Layan akal
aku.
……………….
To: narsha_q@yahoo.com
· I am not busy with society, I
am busy with my thinking..... that is why I like to be alone
·
I think I want to give up
but...
·
Aku bukannya mencari kehidupan,
aku mencari kebenaran dalam kehidupan..
·
Aku bukannya nak mengubah
masyarakat, aku hanya nak mengubah diri aku sendiri, kerana individu dalam
masyarakat itu ada caranya dan falsafahnya untuk mengubah dirinya sendiri.....
tetapi siapa (manusia) yang boleh membuka minda seseorang individu, andai kata
kejahilan menguasai diri? Adakah pengalamannya juga memainkan peranan?
·
Andai kata "true
love" diutarakan, manusia mungkin lebih ke arah cinta seorang pasangan
manusia... adakah true love hanya datang daripada cinta antara pasangan atau
true love itu juga ada sumbernya yang lain?
·
Boleh tak di dunia ini aku
tidak perlu bekerja? Aku hanya nak buat sesuatu yang aku suka, sesuatu yang
membawa kebaikan... bukannya sesuatu yang aku buat hanya kerana material.... I
want a freedom... not a slavery of the freedom
·
Kalau sains moden difahami
melalui sains tradisional dan juga metafizik Islam, maka makna nya akan
berbeza, metodologi akan berbeza, kefahamanannya akan berbeza, dan lebih
penting lagi arah yang akan dibawa oleh sains(makna untuk ilmu ini difahami
melalui pandangan sains tradisional dan faham Islam yang sebenar ......yang
telah dikuasai oleh ahli sains Islam suatu ketika dulu).... bolehkah aku
menguasainya disaat dunia ini semakin hari menguasai diriku...... sistem buatan
manusia mengambil jiwaku... pemikiran manusia sekular memecahkan prinsip yang
aku telah bina, manusia yang taksub terhadap sains moden telah mengubah makna
sains tradisional hinggakan berani mengatakan sesuatu yang tidak layak dia katakana
dan jawabkan.....
·
Aku bukannya mencari kehidupan,
aku hendak membina kehidupanku, disaat aku membina kehidupanku, aku ingin
mencari kebenaran dalam kehidupan yang aku bina, bukannya berdasarkan pandangan
sekular tetapi berdasarkan pandangan seorang Islam... berdasarkan ilmu yang
telah dihayati oleh ilmuwan Islam disaat zaman emas tamadun Islam, terutamanya
dalam erti sains tradisional, dan mencabar metodologi sains moden.... dengan
harapan boleh membina erti sains yang dapat menandingi istilah sains moden dan
sains tradisional dan mengembalikan makna sains dalam pandangan seorang Islam....
·
Bagaimana sains moden yang
dipopularkan oleh barat boleh menerangkan makna realiti sebenar alam ini andai
kata mereka membuang istilah Pencipta dalam sains tersebut daripada alam ini?
Lagi menyedihkan apabila seorang Islam tidak menyedari dan tidak memahami erti
sebenar sains dalam pandangan Islam yang telah dihayati oleh ahli sains Islam
suatu ketika dahulu......
·
Adakah sebuah pencarian akan
dilupakan disaat dunia mula menguasai diri? Adakah sebuah impian akan
dilupakan, ditinggalkan disaat dunia moden ditempuhi....disaat tamatnya alam
universiti ? Adakah ilmu yang dihayati ketika ini akan dihancurkan disaat
realiti dunia yang telah didefinisikan oleh manusia yang tidak memahami erti
sebenar realiti dan kebenaran dirasai?
·
Keyakinan dalam
kehidupan......keadilan yang diamalkan, hinggakan meletakkan sesuatu di
tempatnya..... sesuatu pendapat yang berhikmah dihasilkan melalui penghayatan
pandangan Islam yang sebenar.... Keyakinan didapati setelah menghayati makna
ilmu yang sebenar.... pentingnya keyakinan dalam hidup agar menjauhkan diri
daripada sifat fanatic falsafah relativisme....
Sekian.
To: Amad
Woi, kau ni tak serik-serik ker. Jangan habiskan masa kau
nak cari hubungan teologi-falsafah dan sains. Tu bukan kerja kau. Tu kerja
orang lain. Orang yang hebat fardu ain dan pada masa yang sama hebat fardu
kifayah. Kau tidak layak benda tu. Nanti kau hanya akan dimaki masyarakat
sahaja.
Aku balas
To :Narsha
“Hebat fardu ain dan hebat fardu kifayah (sains) ? Siapa?
Kalau hebat fardu ain lepas tu hebat politik adalah. Berlambak. Tak pun hebat
fardu ain lepas tu hebat jadi hamba kapitalis. Seperti yang kau pernah cakap “hamba kapitalis yang berfardu ain”.”
To : Amad
“Kau dah tunjukkan kearnakian kau. Kah kah kah.”
To : Narsha
“Aku cuma teringat apa yang pernah kau cakap.”
To :Amad
“Aku terfikir pula, seperti yang kau pernah tulis dulu.
Apa akan dilahirkan daripada seorang ahli fizik seandainya pemikirannya
dikuasai oleh ilmu logik dan falsafah yang
dikawal oleh ilmu wahyu? Di mana pemikirannya adalah pandangan alam Islam
(islamic worldview). Sebab pernah terfikir apa akan terjadi seandainya ada
manusia yang hebat fiqah, hebat akhlak, masalahnya dia ni terpengaruh dengan
pemikiran barat? Worldviewnya lebih ke arah secularism, tak pun jenis dalam
pemikirannya ada dualism. Bak kata pepatah “kaki masjid, sekali gus hamba
kapitalis, what a combination…” kah kah kah.”
To:Narsha
“Aku rasa kau dah terpengaruh dengan pemikiran aku. Tulisan
kau pun dah jadi skema. . Kah kah kah Teringat pula, pernah dengar tak golongan
relativisme. Golongan ini mengatakan bahawa dunia ini tiada kebenaran yang
absolute. Tiada yang absolute salah dan tiada yang absolute betul. Semuanya
relatif. Lepas tu golongan ni gunakan theory relativity Einstein untuk katakan
bahawa pegangan mereka benar. Apa lagi, ada golongan yang kritik lah. Golongan
ni katakan bahawa biarpun teori Einstein itu mengatakan bahawa sesuatu itu
relatif kepada si pencerap, tetapi bukankah kelajuan cahaya itu constant untuk
semua pencerap. Sebab itulah ada orang katakana bahawa jangan falsafahkan teori
fizik , kerana falsafah hanya merosakkan teori fizik.“
To :Amad
“Sh**lah. Aku bukannya terpengaruh. Aku nak layan
pemikiran jer. Tapi, aku tak syorkan kau teruskan hobi kau tu. Cari hobi lain.
Dan pasal relativity tu aku tak faham, dan tak nak faham kah kah kah. Lebih
baik kau tinggalkan semua itu sebelum terlambat. Aku hairanlah apasal kau nak berkawan dengan
aku? Golongan anarki..”
To:Narsha
“Tulisan kau pun dah berinsan kah kah kah. Suka hati aku
lah dan berkawan dengan siapa.”
To:Amad
“Diamlah. Kau ada soalan atau perkataan lagi tak yang aku
boleh layan? Soalan yang kau hantar tu aku tidak tahu jawapan, cari sendiri kah
kah kah. Idea pun tak pe ? Lebih baik kau cari sendiri, kalau kau tanya orang
lain, conform hati kau tidak puas hati dengan jawapan yang kau dapat. Kalau nak
tanya pun, cari orang yang layak, bukannya orang yang bajet layak.”
Aku hantar email ini.
To:Narsha
Narsha, aku jumpa ni kat buku
Falsafah sains dalam perspektif Islam
·
Di dalam ‘oriental philosophy
Ibnu Sina’, alam langit telah disebut dan dikaji berdasarkan pengalaman mereka
yang arif di dalam pengembaraan rohaniah.
·
Manusia zaman lampau
menghabiskan sepanjang hayatnya mencari kebenaran dan bukannya mencari sains
kerana demikianlah yang diperlukan di dalam tujuan hidup manusia iaitu
mengetahui dan mengalami yang benar dan bukannya menggantikan yang benar dengan
yang mendatangkan kejelasan objektif.
·
Agama tak perlu atau tidak
mungkin menafikan sains atau sains moden selagi sains atau sains moden tidak
menafikan agama. Agama menganggap sains
sebagai ilmu gunaan, terbatas dan perlu dihubungkaitkan dengan agama.
·
Dari sudut pandangan
tradisional, sains moden adalah semata-mata sains gambaran (deskriptif). Ia
menerangkan kebenaran tanpa memberi sebarang makna kepadanya.
·
Terdapat perbezaan yang besar
di antara apa yang dimaksudkan dengan fizik bagi sains tradisional dengan sains
moden. (ada sambungan- baca sendiri dan try faham apa maksud ayat tersebut)……
Dengan itu bertambah jelas kepada kita bahawa para ahli sains moden meletakkan
pelbagai jenis sains pada tahap fizik seolah-olah terdapat banyak sains pada
tahap alam yang sama….
Aku try baca biodata Seyyed
Hossain Nasr kat internet. Ada tertulis perkataan ni,
“physics does not concern
itself with the nature of physical reality per se but with mathematical
structure that related to pointer readings.” Betrand Russel
Sekian.
Handphone aku berbunyi. Mesti Narsha ni.
“Kau ni bodoh lah. Kan aku dah cakap stop fikir benda tu. Stop layan benda
tu. Aku bukannya nak halang kau dari layan benda tu, tapi, sedar diri sikit.
Jangan kejar benda tu, nanti kau kena maki. Takpun nanti in the end kau akan
kecewa. Semua tu tiada jawapan, bukan kau yang cari jawapan tu. Biar orang
lain..”, herdik Narsha.
“Hehe. Benda ni seronok. Layan jelah. Jangan risau. Aku ni jenis pendiam.
Tak sebarkan pun . kau seorang jer tahu apa yang aku fikir.”, kata aku.
“Amad, sebenarnya apa tujuan hidup kau.”, soal dia.
“Tujuan hidup aku? Hehehe, kumpul duit lepas tu bla, pergi melancong
seluruh dunia. kah kah kah. Tak pun, hasilkan teori sains di mana teori tu dipayungi
dengan pandangan alam Islam.”
“Indahnya impian. Nanti kau kena hina adalah. Impian melangit, hasil tak
de. Kah kah kah.”
“Tak kisah pun. Dah tu yang tolong aku semangat untuk hidup.”
“Alasan.”
“Betul.”
“Oh ya. Amad, free tak esok malam.”
“Free, apasal?”
“Jom lepak?”
“Jom.”
“Esok aku bawa motor. Kau naik kat belakang, biar aku yang bawa motor tu.”
“Ok..”
…..
Bodohnya aku. Adaker awek yang bawa motor, lepas tu aku duduk kat belakang.
Malu tahap anjing. kah kah kah. But, I am in love right now. Tetapi, aku tidak
berharap apa-apa. Sebab aku pernah berlatih confess kat orang lain, dan belajar
rasa apa itu direject. Aku diajar untuk tidak berharap apa-apa untuk benda
seperti itu. Aku dah belajar untuk berhenti berharap mengenai cinta antara
manusia yang berlainan jantina. Aku dah biasa dah dengan perasaan tepuk sebelah
tangan ni. Rasa seronok sangat, hinggakan aku nak jadi playboy. kah kah kah.
Aku tahu awek ni lain, lain daripada awek lain, tetapi bukankah cinta itu buta.
Cinta tidak kenal manusia. Aku jatuh cinta kerana awek ini beri aku erti
kebanggaan menjadi bayang-bayang. (Ayat jiwang super s**t)
Aku teringat sebuah karya
Awek rare
Rambut yang menutup matanya,
bagaikan hatinya yang telah dikunci,
matanya tidak sanggup melihat,
bagaikan hatinya tidak mahu dibuka.
Dia penat, dia lelah,
bukan kerana hatinya,
tetapi persekitarannya,
sangkar buatan tiada penawarnya…
Air matanya jatuh membasahi jiwanya,
kerana dia penat mencari jawapan,
jawapan kepada soalan yang dia langsung tidak mahu fikirkan.
Aku mencarinya,
aku menunggunya,
aku berharap aku bertemu dengannya,
agar jawapan kepada persoalan tersebut,
bersama mencarinya,
dan soalan itu, bersama luahkannya,
bukan sekadar melalui mulut,
tetapi juga hati,
agar hati bersama-sama berusaha memahami soalan,
dan bersama menghayati jawapan…
Aku menunggumu…..
Adakah kau adalah dia…?
Atau sekadar ilusi aku?
…
Dunia ini penuh dengan kejahilan manusia, sampaikan manusia suka memberi
gelaran kepada manusia lain. Apakah perasaan anda apabila mendengar perkataan
“robot kapitalis” atau “hamba kapitalis yang berfardu ain” atau “macai” atau
“wacai”? Kenapa manusia suka memberi gelaran kepada manusia lain? Ini dunia
aku. Dunia yang penuh kejahilan, kebodohan, yang aku lalui setiap hari.
Ulasan
Catat Ulasan